Pages

Sunday, February 27, 2011

Memilih tayar yang sesuai


Tayar terutama tayar kereta anda terdapat pelbagai jenis, pelbagai jenama dan pelbagai harga, dari harga yang mampu di beli hinggalah ke harga yang mampu membayar sebuah kereta second hand secara cash!


Picture: modified.com

Dan gambar di atas pula adalah salah satu contoh tayar yang bagus untuk jalanraya atau untuk tujuan bergurau senda di atas jalan atau litar. Tayar yang disebutkan adalah jenis Falken Azenis yang berwarna hitam dan bukan biru, putih, perang atau kuning!


Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek. Dan tayar juga merupakan nyawa pertama orang lain apabila anda hilang kewarasan. Tetapi mengapa tayar muncul dengan pelbagai bunga dan pelbagai model? adakah ia dicipta untuk tujuan marketing supaya anda menghabiskan duit untuk membeli tayar mereka?

Tayar untuk kenderaan yang biasa atau kenderaan harian untuk ke tempat kerja adalah sangat ekonomi. Ia agak berpatutan harganya.

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis kompaun yang keras juga membuatkan tayar ini tahan agak lama.



Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.



Dan jika anda tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

Tayar yang bila anda tak kisah harganya dan tak bercita-cita untuk laju ketika hujan pula adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.


Bukan semua yang di listkan adalah yang terbaik, cuma ia pernah direview oleh beberapa orang, dan yang tidak terdapat dalam list pula bukanlah bermakna tayar berkenaan tidak baik.


Jadi mari kita kenali jenis2 bunga tayar.

Goodyear Eagle F1

Berikut adalah jenis tayar hujan atau basah. Ia biasanya berbentuk V dan membantu pengaliran air keluar dari tayar, kerana kereta akan hilang kawalan apabila tayar terpung di atas air, bentuk V ini akan mengalirkan air di bawah tayar keluar. Tetapi tayar jenis ini biasanya mengeluarkan bunyi yang agak bising.


Pirelli Pzero Rossa

Jenis bunga yang selesa dan senyap, berbentuk empat segi biasanya dipakai untuk kereta keluarga dan kereta mewah yang mementingkan keselesaan, kelancaran dan bunyi yang agak senyap.

Michelin Pilot Sport

Jenis bunga yang ade rupe V tapi tak macam V, yang ni biasanya tayar-tayar performance atau nampak performance. Untuk setengah jenama terkenal, bunga seperti ini dijadikan untuk sesuatu tujuan dan untuk jenama tak berapa nak kenal, ia dijadikan sebagai hiasan.


Bunga tayar tidak semestinya menjadi ukuran untuk kualitinya, tetapi kompaunnya lebih penting. Jika terlalu keras, tidak terlalu grip dan jika terlalu lembut, tayar berkenaan mudah untuk haus, secepat 3-4 bulan atau 20,000-30,000km sahaja bergantung dengan pemanduan anda.

Review dari pengguna yang atau nasihat dari kedai yang lebih arif tentang sesuatu model tayar berkenaan sangat berguna jika anda memilih dari segi prestasi. Dari segi penjimatan, tayar berkenaan harus juga selamat dan mintalah nasihat kedai yang anda percaya.



16 comments:

Kumbang Senja said...

info yang cukup berguna... tak penah aku peduli pon corak bunga tayar tu sblm ni.. thumbs up..!!

Haffiza said...

Michelin bagus, tapi harga mahal. Tak mampu nak bli.

Ammaramdan said...

kalau michelin mahal, boleh pakai continental harga ade yg murah and kualiti pun boleh tahan juga... boleh survey2 dulu kat workshop2 yg dekat or pegi je workshop continental lagi senang

Muhammad Hazreef said...

I tgh gune VW Jetta , ngan tyre stock... bisingg gileeee mase highway... any recommendation x tuk michelin...

Jamves Kid said...

conti tu macam mane..? sebab saye skrg pakai michelin.. rasa mahal skit~ nak tukar other murah sikit ,dengar kawan cakap conti tu baik ? braking,control,corner turn.. quality tu macam mane?

Unknown said...

Bandingkan Michelin dan Continental, tayar Michelin low noise mmg kuat tp harga sebiji tinggi mampos, manakala Continental harga murah, tok performance.. tengoklah u care yg mana sekali

Muhammad Hazreef said...

Michelin terbaikk

Unknown said...

Michelin mahal mampos tp performancenya biasa aje.. Michelin low noise mmg hebat tp tayar xleh tahan lama. Continental low noise okei jugak, lgpn xde masalah dlm handling dan braking, tp harganya berpatutan. tulah sbb ramai org pakai tayar Continental

Unknown said...

Best brand - Michelin > Continental > Goodyear. Yg lain semua tak blh pakai.

Rokiahmanan said...

hahahaha.... i pun dah byk kali tukar tayar... end up pakai continental je murah pun murah, tahan lama siket dari YH.... tukar tayar kat continental workshop, staff dia mesra dan sgt membantu siap bagi tips utk penjagaan tayar lagi....

Unknown said...

Dah pakai 5tahun conti punye brand.. bulan lepas dah tukar michelin .. harga tu memang tinggi sikit lah tapi rasa memang banyk ok drpd conti.. performance , corner turn,brake smua ok..

Unknown said...

conti kurang skit lah.. hanye tahan lama je..tapi masalah ye memang bising sgt lah.. i balik dari kedah-johor kereta jalan 130 saje tayar dah bising banyak==

Unknown said...

ko boleh cuba pakai tayar Conti sport series punya, sbb performancenya mmg memuaskan. tayar sgt low noise, berfungsi baik xkira jalan kering atau basah

Unknown said...

betul kata. harganya pn x mahal kot.. i beli CC6 cume 160+ sebiji camtu shj.. kan reasonable ni..

Ammaramdan said...

ehh aku boleh dapat dengan harga rm 140 je bro.. hehehehe tak tahu la sebb aku regular customer continental kot.. tapi mmg continental tahan lama percaya la ckp aku

Ammaramdan said...

Alex Anderson
its depends on kereta ape kau pakai jgak bro sbb lain kereta lain rasa dia tau kau kena pandai2 siket pilih model yg sesuai siket...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger