Sunday, February 27, 2011

Crew Blog: Selekoh Gelap

Dah hampir setahun aku pakai kereta waktu tu, satu-satunya modifikasi aku adalah tayar. Aku tukar tayar murah dari rim 16 inci ke silverstone kruizer 1. Masih dalam kategori tak mahal tapi jauh lebih baik dari tayar dulu la. Waktu ni aku dah menonton episod Initial D, kesemua 4 season initial D aku tengok termasuk movie yang keluar kat wayang. Memang banyak bende boleh belajar dalam episod tu lagi-lagi waktu aku masuk pertengahan semester 2 di mana aku dah tak duduk hostel. Oleh sebab tertentu aku duduk rumah kosong kepunyaan mak aku yang terletak 15-20 minit perjalanan dari kolej.


Terdapat 2 jalan, melalui highway dengan tol RM1.80 atau jalan belakang yang mencabar dengan banyak selekoh tajam. Aku pilih yang menjimatkan sebab aku taknak bayar tol! Kelas aku bermula seawal 8 pagi dan habis waktu malam atau petang. Tapi oleh sebab rumah tu kosong dan aku tinggal sorang, jadi aku tak balik selagi tak malam sangat. Aku tumpang hostel kawan aku pada siang hari dan setiap kali sebelum balik ke rumah, lebih kurang dalam pukul 9 malam, aku singgah ke kedai makan di mana kawan2 dari kelab kereta yang aku sebut tadi melepak tapi mereka ni di bahagian Bangi.


Jalan gelap dengan banyak selekoh tajam memang seram lagi2 bila dipandu pukul 12 hingga 2 pagi. Permulaan memang aku takut2 jugak la. Dahla jalan tu tak biasa. Tapi lepas sebulan dua aku mula biasa dengan jalan tu. Waktu malam pun aku boleh laju lagi. Setiap apex dan racing line dah pun aku hafal, jadi jalan tu agak mudah lagi2 di pagi hari, boleh memotong lagi di selekoh sempit tu.


Dan setiap malam aku semakin laju, dan kini aku lebih baik ketika memandu malam dan siang hari aku, tayar aku kadang kala meraung dan menyanyikan lagu merdu. Untuk membuatkan ia menjadi lebih sukar, setiap pagi sebelum ke kelas aku kadang kala singgah ke kedai dan beli air tin. Aku bukak, hirup sikit dan letakkan kat cup holder kereta aku. Kononnya macam initial D la. Kawalan aku makin bagus cuma aku nak perbetulkan weight transfer aku supaya pemanduan lebih selesa. Oh ya, waktu tu aku dah tahu apa itu weight transfer sebab dah selalu main powerslide dekat kolej.





Sampailah satu hari waktu malam aku memandu pulang. Kira2 pukul 12 lebih, aku macam biasa memandu dalam kelajuan aku, tiba datang satu cahaya dari belakang semakin laju, lampu tu cuma satu, jadi aku fikir mungkin sebuah motor besar, sebab ia sangat laju. Apabila ia hampir di belakang aku, baru aku perasan tu sebenarnya kereta, dan di satu selekoh, kereta tu memotong aku. Aku dipotong? Aku rasa dah cukup laju aku waktu tu, sebuah kereta wira sama macam aku, warna pun sama dengan mudah memintas aku di selekoh? Tanpa tayar meraung dan kelihatan sangat tenang pergi semakin jauh di setiap selekoh. Perasaan kagum dan seram mula keluar. Adakah kereta tu memang stabil dan laju ataupun pemandunya lebih bagus? Atau... bukan manusia?


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger