Pages

Friday, February 25, 2011

Autocross: Pengenalan


Autocross adalah salah perlumbaan yang bertempat di atas tanah lapang. Litar untuk perlumbaan jenis ini sering berubah-ubah kerana sebarang selekoh atau titik untuk memutar hanya ditanda dengan kon.

Masa akan diambil bagi setiap peserta yang berlumba. Peserta hendaklah menghabiskan perlumbaan tanpa tersalah pusingan. Jika peserta terkeluar dari litar asal, ia akan dikelaskan sebagai "did not finish" atau tidak menamatkan perlumbaan. Jika salah satu kon telah terlanggar, peserta akan dikenakan denda masa iaitu masanya akan ditambah 1 atau 2 saat mengikut peraturan perlumbaan.

Perlumbaan seperti ini memerlukan sebuah jentera yang ringan dengan respon yang amat baik. Harus difahamkan di sini, horsepower bukan segalanya dalam litar ini, respon bermakna dari segi handling, ia perlu stabil, sistem suspension keras agak membantu. Rangka kenderaan yang diperkukuhkan dengan stabilizer bar atau spot weld turut memudahkan pengendalian dan dari segi brek, kedua-dua antara skill pemandu membrek dan sistem brek itu sendiri perlu bekerjasama.

Dari segi enjin pula, respon enjin sangat penting. Jika ia adalah enjin dengan torque yang besar, enjin turbo misalnya, penukaran gear sangat penting bagi mengelakkan kehilangan kuasa apabila berada di hujung rpm dan bagi enjin dengan rev yang tinggi (high revving) pula, pemandu perlu berhati-hati supaya rpm jentera berkenaan tidak jatuh merudum ketika memandu.


Kereta dengan torque tinggi kadangkala tak mampu dikawal dengan mudah di selekoh tetapi kuasanya amat diperlukan di jalan lurus atau keluar dari selekoh. Manakala enjin dengan high revving lebih laju ketika selekoh tetapi agak sukar untuk litar yang tidak menentu pendek dan panjang selekohnya.Enjin jenis ini memerlukan penukaran gear yang sangat teliti.

Di Malaysia, perlumbaan Autocross dianjurkan oleh GRA atau Grass Racing Autocross yang diadakat 4 kali setahun dan lokasi biasanya melibatkan stadium seksyen 13 shah alam, putrajaya, puchong dan beberapa tempat lain di Malaysia ini termasuk di Pulau Pinang.

Layari http://www.grassracingautosports.com/ untuk info lebih lanjut.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger