Thursday, September 29, 2011

Kereta yang jimat minyak!




Klip diatas diambil dari dokumentari Top Gear season 11 episod 1. Di sini Toyota Prius Hybrid berlawan dengan BMW M3 untuk menentukan kereta mana yang lebih jimat penggunaan bahan bakar.

Hampir semua setuju kalau Toyota Prius yang jadi pemenang, yang paling jimat minyak. Adalah mustahil untuk sesiapa katakan M3 dengan kapasiti enjin 4 liter V8 akan muncul menjadi kereta yang paling jimat minyak. Tapi keputusannya adalah M3 yang lebih jimat!

Macam mane kereta ni diuji sampai M3 boleh menang? Kedua kereta ni diletakkan di dalam litar top gear dan berlumba, di mana Prius di hadapan M3 dan M3 hanya mengikut kelajuan Prius. Di sini Prius berada dalam keadaan tertekan dan terpaksa mengerah kesemua keupayaan enjinnya untuk lari dari M3.

M3 pula dengan horsepower 414 dan kestabilan yang sangat cemerlang cuma agak selesa di belakang Prius. Prius yang mengerah semua keupayaan takkan menggunakan baterinya sebaliknya kuasa enjin 1.5 liternya.

Di sini adalah satu contoh yang paling baik, iaitu walaupun anda memandu kereta dengan kapasiti yang besar, tetapi jika pengendaliannya baik, dan kurang memecut dengan memaksa dan kurang penggunaan pedal minyak dan brek, ia mampu menjimatkan minyak seperti contoh di video di atas.

Prius di hujung perlumbaan mampu pergi sejauh 7.31 kilometer dengan satu liter petrol sedangkan M3 mampu pergi sejauh 8.29 kilometer dengan satu liter petrol. Enjin lebih besar menggunakan lebih banyak petrol? kalau pemanduan anda kasar, kereta yang jimat pun jadi tak jimat!

Saturday, September 3, 2011

Hari raya dan lebuhraya!

Picture Suzie at highway, taken from: http://edo.nierchi.net/2007/03/30/ed_shot_22/


Hari raya dan lebuhraya, 2 perkataan yang memang lain maksudnya tapi akan menghubungkan setiap insan pada hari raya. Menghubungkan? dan ada kalanya terus memisahkan anda dan keluarga serta insan yang tersayang.

Biasanya aku jarang je guna lebuhraya, kalau guna pun waktu nak balik kampung la. Tapi bila dah makin dewasa ni lebuhraya ni jugak digunakan untuk menghubungkan kita dengan kawan-kawan, atau selesaikan kerja. Jadi lebih kerap la aku dengan lebuhraya ni dan mungkin dah bosan agaknya, aku pun dah boleh mengantuk sewaktu memandu atas jalanraya.

Kali ni balik kampung yang tak seberapa tu pun boleh rasa mengantuk dah. Ape lagi solution? kalau nak kata berhenti dan tidur? memang tak boleh tidur la bile sampai ke perhentian, bukan senang-senang nak tido kan? Tapi kebiasaan yang aku buat, berhenti, basuh muka, beli livita atau redbull 2 tin dan air mineral sebotol. Kalau ade coklat NIPS tu aku beli sekali. Kalau aku, lepas basuh je muka tembak pulak aircond sejuk kat muka, memang segar punye la. Tambah pulak setin livita atau rebull aku teguk, sambil drive tu aku telan sebijik2 coklat nips tu. Aku pun drive tak laju kalau musim perayaan ni, salah satu sebab utama pasal speed trap di ON kan sentiasa, kalau hari2 lain tu sebelum 11 pagi diorang jarang nak on speed trap. Jadi kalau tak laju tu tak lane tengah atau kiri je.


Selalunye akula orang paling laju kalau kat highway. Jadi tak perasan la ape yang berlaku kat sekeliling. Aku laju pun kalau jalan kosong je. Memang aku tak suke menyelit kat lebuhraya ni.. sebab macam2 dah jadi kat depan mata aku kat orang2 yang menyelit ni. Kat highway lain permainan dia...


Jadi bile pandu ikut limit kelajuan ni pulak, macam2 perangai aku nampak, yang menyelit tu tak hairan la.. macam hilang je kampung diorang tu kalau tak drive macam tu! Kalau nak laju kat highway, ikut je lane kanan pasang lampu. Kalau orang tak reti nak tepi bagi highbeam je. Kalau bodoh jugak orang tu hon je sampai hon korang pecah, takyah la nyelit2 sampai berlumba2 dengan kereta lain dah pulak!

Sebab biasanya bila kat highway halaju kereta tu dah lain, kalau setakat kereta biasa2 korang drive, tak pasal2 boleh hilang kawalan bile brek atau mengelak kenderaan lain. Macam2 kes jadi sebab ni, diorang ingat diorang cukup hebat la skill tu, kereta pun bagus tapi terbabas jugak akhirnye!

Yang lagi pening aku tengok orang yang pakai lane kecemasan tu time jem. Korang takle pikir ke kalau jem tu, mana la tau ade orang eksiden ke kat depan sana. Ade yang tersepit dah nyawa2 ikan, korang yg gelojoh tak reti sabar pakai lane kecemasan, kalau depan tu tersangkut sebab kereta yang kemalangan tu dah bersepai, habis yang lain pun dah jemkan lane kecemasan. Bomba dengan ambulan nak lalu celah mana pulak lepas tu? Sabar jela kalau jem tu. Enjoy jela time driving, itula yang seronok nak balik raya.

Sikap dan perangai orang Malaysia ni yang buat ramai yang tak sempat sampai ke destinasi. tak kire canggih mana pun kereta dan jalanraya tu, memang tak sampai la kalau sikap kite yang tak berubah.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger