Thursday, March 1, 2012

Insuran kereta!




EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?

Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan                   Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insuran seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Sila KLIK SINI untuk kalkulator insuran

Tuesday, February 28, 2012

Track Day Dato Sagor semakin hampir!



Akan berlansung pada 11 Mac 2012! Penyertaan masih terbuka, sila hubungi Alex Lim di 010-2793460 untuk menyertai trackday ini! TT untuk event ini akan diadakan pada Sabtu ini 3 Mac 2012 di Cafe Strawberry Petaling Jaya jam 9 malam.





Sunday, February 19, 2012

Autobacs dibuka di Malaysia!



Autobacs 'one stop center' untuk automotif dari Jepun akan dibuka di Meru Klang (belakang Giant Meru) pada 20 Februari 2012!

Kesemua yang anda perlukan seperti servis, alat ganti, performance tuning, aksesori, penjagaan kereta, car wash dan polish, tayar berada di bawah satu bumbung!

AUTOBACS Klang Sentra
(Store)

No.2B, Persiaran Klang Sentral 4/KU 5, Klang Sentral, Bukit Raja, Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : +6 0333436677
Fax: +6 0333434141

Thursday, February 16, 2012

selalu jadi ni..


apahal ade kasut tepi jalan?


Cat kereta anda sendiri!!



Produk baru dari Autosmart!! kini anda boleh DIY sendiri cat kereta anda yang tercalar, ataupun terguris akibat perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ataupun anda sendiri yang tidak bertanggungjawab. Jadi sesiapa yang mencari jalan untuk cat kereta murah ataupun touch up kereta murah, buat sendiri! ataupun yang perempuan boleh mintak tolong abg, kawan, suami ataupun bf anda. Tapi janganla cuba nak cat satu kereta pulak. Boleh didapati di  Sila hubungi Mr.Jeffrey Kok 0193347098/0123729968 untuk sebarang pertanyaan ataupun boleh layari http://autosmartmalaysia.blogspot.com/ atau Facebook page mereka di http://www.facebook.com/AutoSmartMalaysia

Harga:

Crystal Color* RM100.00


Solid Metallic RM90.00

berikut adalah video cara menggunakan produk ni:
http://www.facebook.com/photo.php?v=3044881798829

Wednesday, February 15, 2012

Cars... y u no...


Like a dragster!


Tuesday, February 14, 2012

Spoil Spoiler!!


Sunday, February 12, 2012

Hello Kitty Automotive

Hello Kitty dah tawan dunia automotif! kalau dulu kereta di makeup dgn stiker hello kitty, sekarang ia dah jadi lebih serius!

Ferrari dengan ekzos Hello Kitty

Disc Brake Hello Kitty

Minyak enjin Hello Kitty

Kunci kereta Hello Kitty

Minyak enjin Ultraman.. untuk mereka yg tak minat Hello Kitty! lega tak?

Epic Lambo Exhaust!



Autoshow 19/2/2012 di Titiwangsa!


Mari datang dan sama-sama memeriahkan lagi!

Sunday, January 29, 2012

Artikel dalam blog konmei institution masuk majalah!


Salah satu artikel kami di blog ini telah terpilih untuk dimuatkan dalam majalah Auto Maskulin. Majalah kereta terbitan Kumpulan Karangkraf baru sahaja dilancarkan pada bulan ini iaitu Januari 2012 pada 28/1/2012 di perkarangan Karangkraf ketika berlakunya karnival karangkraf.

Kami turut dijemput hadir oleh editor untuk majlis pelancaran tersebut. Artikel yang dimuatkan dalam majalah ini adalah artikel menyenai modifikasi: tukar rim dan artikel berkenaan telah sedikit diolah bahasanya untuk menyesuaikannya dengan majalah yang diterbitkan.

Dapatkan naskhah Auto Maskulin pada harga RM8 di pasaran sekarang!

Thursday, January 26, 2012

Konmei Blog di Social Media Awards 2012!!



Kami sedang bertanding dalam Social Media Awards 2012! Jika anda menyokong kami sila:

1. Go to http://www.socialmediaweek.com.my/ 

2. Sign up to be a social media members

3. Sign in and go to (auto category) : http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 

4. VOTE for KONMEIINSTITUTION.BLOGSPOT.COM




dan juga rakan kami iaitu engine.my jika berkesempatan. terima kasih diucapkan!

Saturday, January 14, 2012

Dato Sagor Tack day 11 March 2012!!



Dato Sagor Track Day akan berlansung pada 11 Mac 2012 ini yang akan dihadiri lebih 30 buah kereta. Hadiah menarik menanti anda untuk 3 kategori, kategori bawah 1300cc, kategori bawah 1500cc dan kategori terbuka dianjurkan oleh 4G1series dan Tigar Motorsports. Bayaran penyertaan adalah RM140 untuk sebuah kereta.

Berikut adalah peraturan track day berkenaan:

Track Rules & Ethics
  1. Track will be open to participants between 10:00AM – 7.30PM
  2. Crash helmets are compulsory within the track at all times.
  3. Passengers are allowed provided helmets are used. Passengers are only allowed during the open track session.
  4. Driver attire: Shoes and long pants at all times. Driving gloves are not compulsory but recommended.  Any failure of adhering this rule shall result in denial of entry to track.
  5. Seat belt usage are compulsory within the track at all times.
  6. If you suspect anything wrong with your vehicle while driving on the track, GET OFF immediately or drive off into the grass.
  7. No reversing on the track.
  8. This is event is strictly NO CONTACT between participants.
  9. BLOCKING IS STRICTLY FORBIDDEN.
  10. In event a car has overtaken you and has proceeded to take the racing line, do not attempt to force the car off. It is highly dangerous and does not demonstrate sportsmanship.
  11. Please note that organisers reserve the right to bar entrance to anyone who drives dangerously.
  12. This track event is organized for fun and driving skill honing. Try not to take things too seriously and most importantly have fun!

Vehicle rules and Requirements

  1. Vehicle must have factory seat belts or race harnesses in place for all occupants.
  2. Ensure vehicle has sufficient brake pads and vital fluids at all times. Failure to adhere this will result in denial of entry for safety purposes.
  3. Any loose items in or on the car must be removed for safety reasons.
  4. Roll cages although STRICTLY OPTIONAL are allowed
  5. There will be NO RESTRICTION in tyres. However if officials deemed that vehicle tyre condition are in too bad of a state, participants may be denied entry for safety purposes until the tyres have been replaced.
  6. Vehicle must have factory seat belts or race harnesses in place for all occupants.
  7. If officials find that car is leaking any important fluids, vehicle may be denied entry for safety purposes. You may re-enter after the vehicle has cooled sufficiently or/and fluid leak has been sealed.
  8. Participants are allowed to remove items from their car such as seats, carpets, spare tyre etc. as long as it does not jeopardise the integrity of the vehicle.
  9. Fire extinguishers are highly recommended.
  10. Race fuels are STRICTLY FORBIDDEN. All vehicles can only run on street fuel. Octane boosters of up to RON 110 are allowed. Restriction on octane rating for fairness and equality.
  11. Straight through exhausts are STRICTLY FORBIDDEN. Dato Sagor is in a kampong area. Let’s respect the local community a little bit.

Race Format
  1. Qualifying – 2 laps warm-up. 3 laps sprint. Grid Position based upon best timing. 3 cars per sprint.
  2. Race Format – 5 laps. Maximum 6 cars per race
  3. Race of Champions – 5 Laps. Maximum 6 cars per race

Race Classes
  1. Class A – Open
  2. Class B – 1600cc/1800cc
  3. Class C – 1300cc/1500cc

Class A
  1. Open Engine Class.
  2. Single or Twin cam setups are allowed
  3. Normal Aspirated or Force Induction Allowed.
  4. Forced Induction cars shall incur a weight penalty. Seats/carpets/spare tyre CANNOT be removed.
  5. Can be Carbureted or Fuel Injected
  6. Street or Mild Camshafts shall be allowed
  7. 4 wheel disc brake upgrades shall be allowed
  8. Adjustable suspensions are allowed
  9. Semi slick tyres are allowed
  10. Water injection systems are allowed
  11. Chassis reinforcement items such as strut bars, room bars are allowed and recommended
  12. All cars must retain their factory windows. Perspex replacement are STRICTLY FORBIDDEN
  13. Limited Slip Differentials are allowed

Class B
  1. Engines must not be more than 1800CC in capacity
  2. Single or Twin Cam setups are allowed
  3. STRICTLY Normally Aspirated
  4. Can be Carbureted or Fuel Injected
  5. Street or Mild Camshafts shall be allowed
  6. 4 wheel disc brake upgrades shall be allowed
  7. Adjustable suspensions are allowed
  8. Semi slick tyres are allowed
  9. Water injection systems are not allowed at all times.
  10. Chassis reinforcement items such as strut bars, room bars are allowed and recommended
  11. All cars must retain their factory windows. Perspex replacement are STRICTLY FORBIDDEN
  12. Limited Slip Differentials are allowed

Class C
  1. Engines must not be more than 1500CC in capacity
  2. Single or Twin Cam setups are allowed
  3. STRICTLY Normally Aspirated
  4. Can be Carbureted or Fuel Injected
  5. Street or Mild Camshafts shall be allowed
  6. 4 wheel disc brake upgrades shall be allowed
  7. Adjustable suspensions are allowed
  8. Semi slick tyres are allowed
  9. Water injection systems are not allowed at all times.
  10. Chassis reinforcement items such as strut bars, room bars are allowed and recommended
  11. All cars must retain their factory windows. Perspex replacement are STRICTLY FORBIDDEN
  12. Limited Slip Differentials are allowed

Event Schedule
Time Slot                                                  Event
9.00AM – 10.00AM                                 Registration and scrutineering
10.00AM – 10.30AM                               Briefing
10.30AM – 11.00PM                               Class A Qualifying
11.00PM – 11.30PM                               Class B Qualifying
11.30PM – 12.00PM                               Class C Qualifying
12.00PM – 1.45PM                                  Lunch and Solat Break
2.00PM – 2.30PM                                    Class A Race
2.30PM – 3.00PM                                    Class B Race
3.00PM – 3.30PM                                    Class C Race
3.30PM – 4.00PM                                    Race of Champions
4.00PM – Onwards                                 Open Track Session


Anda boleh melawat page Facebook di bawah untuk menyertai track day ini!





Konmei kini adalah kelab sukan bermotor!!


Sijil di atas tu bukanlah photoshop cuma watermark lambang Konmei tu je guna photoshop, tapi sijil ni original, sah dan sahih dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia. Kini Konmei telah layak untuk menjalankan sebarang aktiviti perlumbaan halal.

Jadi untuk sebarang idea perlumbaan seperti drag, autokhana, gymkhana, autocross, rally, track, ataupun nak anjurkan autoshow atau konvoy besar-besaran, bolehlah hubungi kami di  hilmi.saari@gmail.com atau hubungi presiden Konmei di 017-2527340 (hilmi) untuk perbincangan.


Thursday, January 12, 2012

Gymkhana RnR Dengkil 8/12012


Sekali lagi Speed House MY membawakan Gymkhana kali ni di RnR Dengkil! Berlansung pada hari Ahad 8 Januari 2012 acara Gymkhana ini telahpun berlansung dengan meriahnya!

Walaupun cuaca sangat panas pada hari berkenaan, khemah disediakan untuk para penonton melihat sendiri aksi pelumba gymkhana ini di depan mata.

Turut menjalankan aktiviti twin battle yang satu-satunya di Malaysia, litar kali ini lebih mencabar dari yang sebelumnya.

Juara kali ini untuk FWD adalah juga adalah Mitch seperti yang sebelumnya diikuti oleh Hugo dan Ken di tempat kedua dan ketiga. Peserta dari kategori novice yang bertempur dalam kategori open ini iaitu Azman telah membolot tempat keempat.

Juara kategori RWD dimenangi oleh Yoong dari GTRadial dengan skyline R32 V8nya.

berikut adalah koleksi gambar dah video untuk gymkhana kali ini, Gymkhana berikutnya akan berlansung pada 26 Februari 2012!

Azman tempat ke4 FWD

Ken Tempat ketiga FWD

Hugo tempat kedua FWD

Mitch tepat pertama FWD










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger