Pages

Thursday, March 1, 2012

Insuran kereta!




EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?

Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan                   Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insuran seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Sila KLIK SINI untuk kalkulator insuran

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

terima kasih infonya untuk cara bagaiman acara kredit mobil

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger