Sunday, February 27, 2011

Memilih tayar yang sesuai


Tayar terutama tayar kereta anda terdapat pelbagai jenis, pelbagai jenama dan pelbagai harga, dari harga yang mampu di beli hinggalah ke harga yang mampu membayar sebuah kereta second hand secara cash!


Picture: modified.com

Dan gambar di atas pula adalah salah satu contoh tayar yang bagus untuk jalanraya atau untuk tujuan bergurau senda di atas jalan atau litar. Tayar yang disebutkan adalah jenis Falken Azenis yang berwarna hitam dan bukan biru, putih, perang atau kuning!


Tayar adalah nyawa kedua anda selepas brek. Dan tayar juga merupakan nyawa pertama orang lain apabila anda hilang kewarasan. Tetapi mengapa tayar muncul dengan pelbagai bunga dan pelbagai model? adakah ia dicipta untuk tujuan marketing supaya anda menghabiskan duit untuk membeli tayar mereka?

Tayar untuk kenderaan yang biasa atau kenderaan harian untuk ke tempat kerja adalah sangat ekonomi. Ia agak berpatutan harganya.

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis kompaun yang keras juga membuatkan tayar ini tahan agak lama.



Dan jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.



Dan jika anda tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

Tayar yang bila anda tak kisah harganya dan tak bercita-cita untuk laju ketika hujan pula adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.


Bukan semua yang di listkan adalah yang terbaik, cuma ia pernah direview oleh beberapa orang, dan yang tidak terdapat dalam list pula bukanlah bermakna tayar berkenaan tidak baik.


Jadi mari kita kenali jenis2 bunga tayar.

Goodyear Eagle F1

Berikut adalah jenis tayar hujan atau basah. Ia biasanya berbentuk V dan membantu pengaliran air keluar dari tayar, kerana kereta akan hilang kawalan apabila tayar terpung di atas air, bentuk V ini akan mengalirkan air di bawah tayar keluar. Tetapi tayar jenis ini biasanya mengeluarkan bunyi yang agak bising.


Pirelli Pzero Rossa

Jenis bunga yang selesa dan senyap, berbentuk empat segi biasanya dipakai untuk kereta keluarga dan kereta mewah yang mementingkan keselesaan, kelancaran dan bunyi yang agak senyap.

Michelin Pilot Sport

Jenis bunga yang ade rupe V tapi tak macam V, yang ni biasanya tayar-tayar performance atau nampak performance. Untuk setengah jenama terkenal, bunga seperti ini dijadikan untuk sesuatu tujuan dan untuk jenama tak berapa nak kenal, ia dijadikan sebagai hiasan.


Bunga tayar tidak semestinya menjadi ukuran untuk kualitinya, tetapi kompaunnya lebih penting. Jika terlalu keras, tidak terlalu grip dan jika terlalu lembut, tayar berkenaan mudah untuk haus, secepat 3-4 bulan atau 20,000-30,000km sahaja bergantung dengan pemanduan anda.

Review dari pengguna yang atau nasihat dari kedai yang lebih arif tentang sesuatu model tayar berkenaan sangat berguna jika anda memilih dari segi prestasi. Dari segi penjimatan, tayar berkenaan harus juga selamat dan mintalah nasihat kedai yang anda percaya.



2 comments:

Kumbang Senja said...

info yang cukup berguna... tak penah aku peduli pon corak bunga tayar tu sblm ni.. thumbs up..!!

Ridzuwan Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger