Cruise modul kami digunakan ketika kami bersantai atau mengadakan sesi Modul pertama kami. Cruise modul ini tidak terhad kepada penggunaan touge sahaja, ia juga bertindak sebagai modul Marshal kami ketika konvoi.
Cruise modul kami untuk touge diolah sedikit dari modul asal "Konmei of Marshal department: Cruise mode" dan modul ini memerlukan sekurang-kurang nya empat marshal.
Di sini kami akan membahagikan konvoi atau kereta kepada 3 kumpulan yang setiap satunya akan diwakili oleh seorang marshal. Dan seorang marshal lagi adalah marshal bebas.
KUMPULAN A
Kumpulan A adalah kelas pemandu yang mahir dari segi skill pemanduan, dan jenteranya berada dalam keadaan baik dan juga berdaya saing. Pemandu kumpulan ini juga hendaklah mahir dalam jalan yang kana dilalui supaya tiada kesilapan berlaku. Dalam kumpulan ini, setiap pemandu bebas memotong. Walaubagaimanapun, setiap pemandu terikat dengan langkah keselamatan kami supaya tidak membahayakan pemandu lain. Marshal kumpulan ini adalah seorang yang agresif.
KUMPULAN B
Kumpulan ini pula tergolong dalam pemandu mahir tetapi tidak biasa dengan jalan yang akan dilalui, ATAU pemandu kurang mahir tetapi sangat arif dengan jalan yang dilalui, ATAU pemandu mahir dan arif dengan jalan tetapi jenteranya dalam keadaan tidak berapa stabil. Kumpulan ini akan dipimpin oleh seorang marshal dengan had laju ditetapkan yang agak tinggi. Marshal untuk kumpulan ini perlu lebih peka dengan sekeliling lebih-lebih lagi jentera yang mengekorinya dan isyarat yang bakal diberi mereka.
KUMPULAN C
Kumpulan untuk melatih modul pertama touge Konmei: Follow the leader. Pemandu yang kurang mahir dan tidak biasa dengan jalan yang akan dilalui. Marshal perlu sangat berhati-hati untuk kumpulan ini kerana mereka perlu lebih peka dengan isyarat atau tindakan sesetengah pemandu yang mungkin akan bermasalah. Walaubagaimanapun mereka perlu profesional dalam memimpin kenderaan lain. Braking point, apex dan racing line perlu lebih berhati-hati supaya pemandu lain mudah belajar pergerakan mereka.
Marshal bebas pula akan pergi sebelum mana-mana kumpulan bertolak dan akan perlahan di pertengahan jalan dan akan berada di belakang kumpulan C dan kemudian akan bergerak untuk memantau semua kelancaran aktiviti. Sebarang masalah atau perkara yang merbahaya, marshal bebas ini akan memberi isyarat dengan memperlahankan kereta dan memberi hazard like seperti safety car dalam litar lumba.
Setiap Marshal perlu peka dengan check point masing-masing. Jangan kumpulkan barisan kereta yang panjang di bahu jalan sebaliknya pecahkan kepada 3 kumpulan.
Sebelum memulakan perjalanan, marshal perlu memberitahu terlebih dahulu checkpoint seterusnya lebih-lebih lagi bagi Kumpulan A yang mungkin hanya akan berkumpul semula apabila di checkpoint.
Di setiap checkpoint, marshal bebas akan berada di belakang sekali dan memberi isyarat kepada marshal A jika kesemua konvoi telah tiba.
Marshal A akan meneruskan perjalanan setelah isyarat oleh marshal bebas diberi.
0 comments:
Post a Comment