Pages

Tuesday, November 22, 2011

Apa itu LSD?



LSD singkatan bagi Limited Slip Differential atau kalau translate terus dalam bahasa melayu jadi pengehad pembezaan gelinciran! Oh... tidak! Tolong jangan terus translate macam tu, lagi tak faham maksudnye.

LSD terletak pada hujung gearbox anda dan tak semua kereta ada LSD tapi semua kereta ada differential, kereta canggih atau mahal je biasa ada dan ia dah wujud agak lama dan biasanya zaman 90an kereta untuk tujuan performance je yang dilengkapi LSD. Tapi sekarang kereta canggih pun dah agak murah, van pun dah ade LSD tapi penting sangat ke LSD ni?

LSD sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang biasa orang panggil LSD ni adalah jenis clutch. Kereta lagi canggih lagi pelik LSD dia, tapi kite bukan nak buat LSD tak nak tau ape tu LSD je.

Jadi setiap kereta ade differential seperti yang dah diterangkan ia di hujung gearbox di mana enjin anda akan membekalkan kuasa kepada gearbox, dan gearbox akan memberi gear dan pusingan yang selesa dan dihantar kepada differential dan kemudia differential akan menghantar kuasa kepada tayar kiri dan kanan. Dengan adanya LSD ia akan mengehadkan perbezaan kelajuan putaran tayar kiri dan kanan.


Semua kereta ade differential yang membuatkan tayar anda boleh berputar pada kelajuan berlainan tetapi kenapa diwujudkan differential dan kemudian ade limited slip? Mari lihat kenapa mereka mewujudkan LSD lepas wujudnya differential.

LSD vs takde LSD.

Nak tau kete tu ade LSD senang je, tak payah menonggeng tengok bawah kereta, jek kereta tu masuk gear biar tayar berpusing. Kalau kite hentikan sebelah tayar, sebelah tayar sana masih berputar dan enjin masih hidup, tak LSD la tu. Tapi kalau ade LSD, kite hentikan atau perlahankan tayar sebelah, yang sebelah lagi pun akan mengikut. Bak kata org cubit kaki kiri kaki kanan pun terasa.... aduhhhh!


Jadi ape kejadahnye ade sampan kat atas tu? Sampan sekarang pakai LSD ke? canggih gile! sampan atok korang ade LSD?

Rilek... sampan tu contoh bagaimana LSD berfungsi sebab sampan mane LSD, pakai tangan, jadi tangan kite la yang berfungsi sebagai LSD. Kalau sape2 penah berkayak ke atau bersampan ke atau berakit ke, mesti korang tau, nak biar sampan tu bergerak lurus, kekuatan kayuhan tu perlu seiring kiri dan kanan dan kene balance. baru dia lurus. Kalau kuat belah kiri tapi kanan dah malas nak kayuh, ke kiri la bot tu kan?


Situasi satu. Torque ataupun kelajuan atau daya pusingan kedua2 pengayuh tu sama dan selari, jadi sampan bergerak lurus, macam tu jugak tayar kereta, bila kedua-dua tayar tu bergerak pada kelajuan yang sama, kereta tegak je kecuali alignment korang hancur.

Situasi kedua, sampan tu nak belok kanan, korang mengenakan daya lebih pada pengayuh kanan dan ia ke kanan. Tapi untuk kereta macam mana jadi macam tu? Mungkin permukaan jalan di tayar kanan lebih licin, atau ada lopak air. Jadi kereta tu secara automatik akan ke kanan walaupun steering anda tegak akibat tayar kiri mengenakan daya yang lebih sebab tayar kanan dah terapung atas air ataupun dah spin. Dah berpusing pun kereta lepas tu.

Situasi ke tiga, sampan nak belok kiri, lebihkan daya atau pusingan pengayuh kiri jadi ia ke kiri. Sama la macam kereta akan ke kiri walaupun steering tegak, kereta akan hilang kawalan dan ke kiri sebab tayar. Samala situasi macam yang kedua, berpusing kereta atau hentam apa saja yang ada di kiri.


Pada kelajuan tinggi walaupun jalan kering tak basah dan takde halangan pun bahaya kalau takde LSD, sebab bila dalam kelajuan tinggi dan anda pun mengambil selekoh, salah satu tayar samada di kiri atau kanan akan mengalami lebih tekanan dari tempat berlawanannya dan memperlahankan pusingan tayar pada bahagian sebelah sahaja. Jika ini berlaku, kedua tayar kiri dan kanan anda tidak berputar mengikut halaju yang sama dan akan membuatkan ia hilang kawalan.

Kalau situasi di atas terjadi pada jalan basah, kesudahannya lebih teruk dari yang akan jangkakan.





Tapi sebaliknya pada kelajuan yang rendah, kereta tanpa LSD lebih mudah untuk membelok kerana tekanan yang dikenakan pada tayar sebelah menyebabkan tayar yang sebelah lagi lebih mudah untuk berputar dan membelok kenderaan anda. Jadi "turning radius" anda lebih baik. Manakala kenderaan dengan LSD akan menyusahkan anda untuk membelok pada kelajuan rendah dan mungkin membuatkan anda terpaksa mengundur beberapa kali untuk melakukan u-turn sahaja.

Jadi LSD ni tak semestinya terbaik tapi mempunyai fungsi tersendiri, differential dicipta untuk keselesaan jalanraya tetapi limited slip differential muncul apabila kenderaan semakin laju. Ia juga mempunyai jenis LSD dengan kunci yang tinggi atau rendah. FULLY LOCK LSD akan membuatkan kedua tayar kiri dan kanan sentiasa berputar pada kelajuan sama dan ini tidak sesuai untuk kenderaan di atas jalanraya. manakala LSD dengan kunci yang lebih rendah mempunyai peratusan putaran yang berbeza.


Fully lock ni dah macam kereta zaman dulu di mana differential diwujudkan lagi. Tapi LSD zaman sekarang makin canggih dan ada yang elektronik. Berikut adalah video dari tahun 1930an menerangkan apa itu differential dan anda mungkin boleh memahami sedikit mengenai Limited Slip pada differential anda. Sila mulakan video dari minit ke 1.50minit untuk skip intro.




9 comments:

sagat said...

terima kasih tuan

Unknown said...

Penjelasan yg mudah faham

Dimezal said...

Hi boss nk tny biasa brp liter diperlukan utk kereta kancil enjin JBJL.. 2 liter ke 4 liter

Unknown said...

Bos nak tanya toyota hilux LN106 pkai 1kz engine axle blkng perlu tukar ke tak

Sv4 H22A said...

aaaaa terima kasih
akhirnya ada juga Melayu skit
nak baca om puteh pula info , blurrrr juga kita

Unknown said...

Lama cari info tentang LSD ni,finally dah faham sekarang. Walau pun posting lama tahun 2011 tapi gaya penyampaian sangat memudahkan pemahaman. Terima kasih

Unknown said...

Penerangan yang ringkas dan padat.👍

Unknown said...

Bagus penerangan

Unknown said...

Tq Infor.... Jelas n padat

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger