Monday, November 28, 2011

GRA round 5 2011 (final)




Sekali lagi tapak tempat letak kereta di litar Sepang menjadi mangsa keganasan tayar-tayar pelumba GRA. Round 5 atau pusingan terakhir 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 27 November 2011.

Seperti biasa ia dihadiri oleh orang-orang yang dikenali dalam dunia permotoran GRA ini dan mungkin juga akan dihadiri oleh ramai orang baru tahun depan, mana tahu anda salah seorang pemandu untuk GRA pula tahun depan kan?

Cuaca yang panas tapi tak terlalu terik walaupun pada waktu tengahari cukup selesa bagi kami yang tidak berlumba tapi hanya datang untuk menonton. Kehangatan mungkin lansung tak terasa oleh pelumba kerana jentera mereka jauh lebih hangat dari mentari di luar sana.





Sempat ambik gambar seorang kawan lama yang merupakan antara pemandu terbaik GRA yang bernama Mitch. Kenal masa dalam forum Prohatch dulu dan dari kereta warna hijau dah bertukar kuning sekarang ni.

Susunan litar kali ni lebih pendek dari round 4 tapi lebih mencabar dan mengelirukan, ramai yang terlupa susunan litar dan membuat kesalahan dan bahagian slalom yang sempit kelihatan sangat sukar untuk kereta sedan.

Kali ni kami tak banyak sangat gambar kecuali gamba di bawah ni yang mungkin menarik:





Update: Berikut adalah keputusan untuk GRA round 5. KLIK SINI!
Update: GRA 2011 Championship point. KLIK SINI!

Dan video 7 minit seterusnya menceritakan apa yang terjadi pada hari berkenaan! Maaf jika gambar tidak berapa jelas, cuma Digicam 8.1MP je digunakan pada hari tu dan kekurangan krew untuk mengambil lebih video, harap anda enjoy!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger