Sunday, November 13, 2011

Oil treatment? perlu ke?







Mobil 1, Shell Helix, Castrol Edge/Magnatec, Petronas Syntium, kesemua jenama minyak enjin atau minyak hitam ni telah bertungkus-lumus dalam R&D mereka bukan sebarang R&D, tapi pada jentera yang paling canggih dalam dunia iaitu Formula 1, jentera rally, dakar dan macam-macam lain sukan bermotor yang mereka cuburi khas untuk menghasilkan minyak enjin terbaik yang boleh mereka cipta.

Tapi hairan kan? sehebat-hebat mereka ni tiba-tiba ada jenama yang tak berapa terkenal datang dan jual oil treatment atau additive yang kononnya boleh merawat minyak enjin anda yang dah cukup hebat tu? aneh tak? entah mana-mana mereka datang dan entah mana R&D mereka dan mereka katakan mereka yang terbaik. Ok, ada yang kata diuji di NASA. Berapa kali roket NASA terbang? Roket NASA pakai internal combustion enjin macam kereta?



Biasanya bahan aktif oil treatment ni menggunakan Teflon atau bahan dengan bahan berklorin dengan parafin atau mineral oil lain. Ia juga kadangkala diisi dengan molekul zink atau fosforus dan ada yang menggunakan agen untuk menukarkan tekanan menjadi ke tahap ekstrem!

Ada cerita menarik dari jurutera minyak enjin ni. Beliau pergi ke pasaraya dan terjumpa satu booth menjual oil treatment ni dan mereka mempunyai mesin seperti enjin dan dilekatkan dengan meter torque. Mereka mendemonstrasi enjin demikian dengan satu persatu minyak enjin di pasaran dan mengenakan torque pada enjin berkenaan. Setiap enjin berkenaan akan tersekat pada 20-40lbft torque. Sehinggalah mereka mencuci enjin berkenaan dan mengenakan oil treatment mereka dan enjin berikut boleh ditekan sehingga 140lbft torque.

Keesokan harinya jurutera berkenaan membawa sebotol cecair dan ketika mereka selesai demonstrasi jurutera berkenaan meminta izin untuk mencuba cecairnya, dan bila diletakkan ke dalam enjin berkenaan, enjin itu juga boleh menghasilkan 140lbft torque. Jadi tertanya-tanyalah penjual oil treatment berkenaan, apakah cecair berkenaan dan jawab jurutera itu, "Shampoo Head & Shoulders!". Memang terkejutlah semua yang ada di situ. Shampoo Head & Shoulders mempunyai molekul Zinc yang tinggi dan mampu melekat pada logam begitu juga dengan coke.

Jadi mahukah anda menuang shampoo atau coke ke dalam enjin anda?



Setiap kali anda memilih minyak enjin, anda mungkin akan menentukan viscositynya samada 5w-50 atau 10w-40. Tapi dengan kedatangan oil treatment, mungkin viscositynya akan berubah? mungkin takat didihnya juga berubah? dan ada oil treatment yang menukarkan bendalir menjadi likat dan menghalang perjalanan minyak enjin ke semua ruang.

Mungkin anda terasa laju jika menggunakan oil treatment? Tapi adakah ia melindungi enjin anda? Seberapa pastikah anda? Mungkin kereta anda sudah lama dan proses wear and tear telah meninggalkan ruang kosong pada enjin anda dan tiba masanya anda perlu menggunakan minyak yang lebih likat, dan dengan oil treatment anda melikatkan minyak enjin anda dan berlakulah magik di situ setelah anda menghabiskan RM70-120 anda! Sedangkan jika anda membeli minyak dengan viscosity lebih likat ianya lebih menjimatkan.

Dan jangan lupa, kereta perlumbaan cuma menggunakan enjin mereka ketika perlumbaan dan akan dioverhaul selepas perlumbaan. Jadi jangan tersalah menyamakan kereta anda dengan jentera lumba dan mencampurkan sebarang bahan ke dalam enjin anda.

Jika oil treatment berkenaan dijual oleh manufacturer minyak enjin yang sama untuk dicampur bersama minyak enjin mereka, ini mungkin lebih logik kerana mungkin ada tujuan tertentu oil treatment berkenaan diwujudkan. Baca label terlebih dahulu.

2 comments:

Floc Crew said...

mohon dikongsi di group.. :)

old said...

Banyak jenama skrg dh x gunakan teflon. Kisah syampoo tu kebetulan je. Engine treatment buat dari syampoo ke?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger