Thursday, November 10, 2011

Coolant atau air radiator


Ramai antara kita yang biase menggunakan ayat "menambah air dalam radiator" atau "memeriksa air dalam radiator". Sebenarnya perkataan ini tidak tepat sama sekali walaupun masih ramai menggunakan air dalam radiator mereka sebagai penyejuk enjin.


Tak salah guna air, tapi air tidak sebaik coolant di luar dan ramai yang tak menggunakan coolant kerana ia perlu dibeli sedangkan air adalah percuma (hampir). Coolant biasanya berharga antar RM5 hingga RM10 sebotol bergantung pada berapa besar botol berkenaan. Ramai yang katakan menggunakan coolant akan membuatkan enjin lebih sejuk. Salah sama sekali, ini bukanlah kegunaan sebenar coolant.

Coolant adalah satu cecair yang mampu memindahkan haba ke atasnya dengan cepat, samalah seperti air dan kemudia haba dilepaskan dalam radiator juga sama seperti air. Apa yang membezakan coolant dan air ini adalah coolant tidak mewujudkan pengaratan atau tidak membuatkan besi berkarat walaupun besi direndam di dalam coolant. Sedangkan sifat air yang terdiri dari hidrogen dan oksigen akan menyebabkan pengaratan pada besi.

Apabila besi berkarat, water pump contohnya yang bertindak menyalurkan air ke seluruh rangkaian enjin dan berbentuk seperti kipas sukar untuk berputar akibat pengaratan dan pengaratan juga akan menyebabkan besi menjadi nipis dan terhakis dan menyebabkan kebocoran. Air yang bercampur dengan karat juga akan membuatkan air berkenaan membawa haba yang berlebihan. Semua perkara di atas akan membuatkan enjin anda mengalami kepanasan melampau. Semua adalah kerana faktor pengaratan.

Coolant pula tidak bersifat corrosive dan tidak memungkinkan perkara di atas berlaku dengan mudah. Ya, ia masih akan berlaku tapi tidak semudah di atas. Jika enjin anda mengalami overheating, gasket akan terbakar dan menyebabkan kebocoran coolant atau minyak hitam dan menyebabkan air atau coolant akan masuk ke dalam kebuk pembakaran dan enjin tidak dapat dihidupkan ataupun boleh pecah kerana tekanan dalam kebuk pembarakan bercampur dengan molekul cecair yang bersifat tidak boleh dimampatkan seperti udara.

Overheating juga akan membuatkan beberapa besi bengkok dalam enjin anda kerana apabila besi mencapai suhu yang tinggi, ia akan mengembang dan jika ia dilekatkan dengan skru kepada bahagian lain yang pengembangannya tidak sama, ia akan membengkok.

Jadi jika anda seorang yang jarang memeriksa kenderaan anda, cubalah coolant, ia mungkin mampu menjaga kenderaan anda dengan lebih baik dan membuatkan anda lebih tenang hanya dengan meluangkan beberapa puluh ringgit untuk membeli coolant.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger