Monday, November 14, 2011

Modifikasi: tukar rim



Ade plan nak tukar rim? nak rim cantik atau besar? atau sangat besar? Elok-elok sikit pilih rim tu... jangan macam pilih gula-gula.. bawak padah nanti.

Tapi kalau nak kereta cantik, sebelum sentuh apa-apa memang kene usik rim dulu! Lainla kalau beli2 rim tu dah cantik kan? ataupun korang suke rim tu lantak la...

Ok, jika anda menggunakan kereta biasa-biasa, bukan kereta supercar, bukan sportcar ataupun kereta luxury yang harga RM200,000 keatas, anda mesti akan ke kedai tayar biasa dan pilih rim. Percaye jela cakap tauke tu.. semua rim kat kedai biasa bawah RM2000 semua bukan ori. Kecuali Enkei made in Malaysia atau Lenso dari Thailand. Yang ni original, tapi tidaklah sehebat rim Jepun.

Rim original Jepun atau europe atau US, harga kat kedai potong pun boleh cecah RM2500 untuk rim 15... Rim 17 RM5000! ambik ko rim second hand! yang baru? dulu penah nampak la kat Eneos jual rim 17 BBS RM10,000 untuk 4 bijik. Jangan tanye la harga rim AC Shnitzer ke, rim hamann ke... kalau korang tanye harga dah confirm2 korang tak boleh beli atau cukup-cukup je duit nak beli.

Jadi yang anda nak kene tahu, rim yang biasa kite pakai ni adalah Taiwan dan imitation! walau ape brand pun, material dan kualiti hampir sama. Ade yang ringan sikit ade yang kuat sikit, kite pun tak tau. tapi JRD Malaysia yang orang gelak-gelakkan dulu pun dan makin hebat sekarang!

Ok! sebelum upgrade Rim ke saiz besar sikit, korang kene faham, tayar akan makin nipis sebab nak menyamakan diameter overall saiz tayar sebenar dengan yang baru ni. Memang saiz rim berbeza tapi diameter tayarnya tetap sama! Jadi bile makin nipis, pemanduan makin tak selesa. kenapa?


ok, gambar menunjukkan sebuah tayar yang agak tebal dan memijak sebiji batu kecil. Ape yang terjadi di situ? mari kite kaji.

1. Tayar yang tebal mempunyai sidewall yang lembut, jadi bahagian tayar lain masih memijak lantai dan batu itu masuk ke bawah tayar berkenaan.
2. Tayar yang tebal dan diisi angin sama fungsi dengan belon, jadi bile tekanan dikenakan, tayar tersebut mampu menyerap impak dan menghantarnye ke bahagian lain.
3. Tugas sistem suspensi adalah menyerap impak, tapi setelah dibantu oleh tayar, suspension anda cuma perlu menyerap sedikit je impak dari batu yang telah anda pijak tadi.

Oleh yang demikian, banyak penyerapan berlaku dan anda berasa selesa dan sistem suspension anda tidak perlu bekerja keras kerana dibantu tayar anda dan rim anda pun berasa selesa kerana kebanyakan impak yang sepatutnya disampaikan rim kepada suspension telah pun diserap oleh tayar.


Tapi apabila anda bertukar ke rim yang lebih besar:

Ni dia! tayar nipis dah sampai! merujuk kepada theta yang berwarna hijau, diameter tayar adalah sama seperti gambar sebelum ini. Mari kita lihat apa yang berlaku jika terjadi situasi sepeti tadi.

1. Tayar nipis mempunyai sidewall (bertanda biru) yang sangat keras, ini untuk melindungi rim anda dari pecah. akan tetapi akibat ia keras, ia tidak membenarkan bahagian lain mereflek dan menyentuh tanah apabila memijat batu, jadi batu tersebut tidak tenggelam di bawah tayar sebaliknya tayar anda terangkat akibat memijak batu tersebut.
2. Sidewal yang keras tidak membenarkan impak diserap dan dihantarkan ke bahagian tayar lain, jadi rim anda akan menanggung kesannya dan menghantar ke suspension anda.
3. Kalau tayar anda tebal, ia akan menyerap tekanan dari badan kereta dan juga batu tersebut, oleh sebab tayar anda kini tidak memainkan peranan berkenaan, suspension anda sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan apabila impak diberi, ia lebih tertekan dan tak mampu menerima sebarang impak lagi kerana kekenyalannya sudah sampai ke tahap maksimum.
4. Apabila ini berlaku, kebanyakan impak akan diterima oleh rim anda, suspension anda dan badan kereta anda dan juga anda!


Oleh kerana itu, apabila anda menukar rim, anda juga harus memikirkan untuk menukar sistem suspensi yang baru yang lebih baik.


Di sini menunjukkan yang diameter tayar adalah sama cuma diameter rim berbeza dan mengapa suspension rim besar lagi pendek? Bila kereta anda dalam keadaaan statik dan tidak memijak batu, tayar yang tebal telahpun menjalankan kerjanya dan menyerap berat badan kereta anda manakala tayar yang nipis tidak berbuat demikian.

Oleh itu, suspension dengan tayar tebal lebih selesa kerana sebahagian kerjanya telah diambil oleh tayar, manakala suspension dengan tayar nipis terpaksa melakukan kerja sepenuh masa setiap masa.

Oleh yang demikian, suspension dengan tayar nipis lebih mudah rosak kerana ia bekerja lebih dari yang biasa. Jadi anda perlu tukarkan dengan suspension yang mampu bekerja keras ataupun yang keras kepala (keras laa....) dan sanggup menanggung impak berkenaan. Tapi awas, setengah suspension yang tidak bertanggungjawab akan menjadi terlalu keras dan menghantar semua impak kepada rim dan badan kereta anda menyebabkan barang lain yang rosak akibat twist dan bending yang berlaku! Dan kemungkinan badan anda juga akan rosak!

Brand spring yang bertanggungjawab adalah seperti yang berjenama iaitu Eibach, Tein dan Gab dengan pilihan tidak terlalu keras.

Brand absober yang baik untuk menyerap impak pula adalah seperti Monroe, Gab, APM performax, dan jika anda mempunyai wang yang lebih pilihlah Koni.

Setiap modifikasi akan sedikit merosakkan kenderaan anda, tapi itulah modifikasi, anda hanya perlu ambil langkah berjaga-jaga jika mahukan kelainan tapi tak perlulah takut untuk mengubahsuai kenderaan anda jika anda berduit.


1 comments:

Patt Harris said...

Assalammualaikum tuan blog ( Muslim kan ??)
Saya ada satu masalah brkaitan suspension nee.. Sbelum ne saya sudah menukar spring kepada yg 'lowered' cket laa n masalahnya skg,ada bunyi yg kurang menyenangkan d bahagian kanan/belakang.. Mungkin ianya absorber yg sudah leaking tp masih blum pasti lg.. Ada apa2 cadangan dari Tuan ?? adakah perlu ganti absorber sahaja atau ganti suspension guna hi-lo trus atau mcmna ??

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger