Pages

Thursday, November 10, 2011

Gear manual? auto? CVT?



Hah!! bende ape pulak kat atas tu? kata nak cerita pasal gear? Ye.. ini la gear masa kini, tombol gear ini milik Jaguar dan mereka menggelarkannya i-Drive. BMW pun aga guna i-drive ni dan land rover yang satu kompeni dengan Jaguar pun guna i-drive ni. Ape special? sama je cuma bentuk je lain.

Jadi apa yang membezakan gear-gear ni semua?

Kalau orang biasa nak beli kereta atau tengok kereta, dia akan tanya "auto ke manual?". Soalan tu 20 tahun lepas boleh la tanye, soalan sekarang ni kene tanye transmisi ape yang digunakan!

Manual seperti yang kite tahu, ade tombol gear, ade clutch. kene tekan clutch dan masuk ke gear 1 dan balance clutch dan pedal minyak dan jalan... sistem susunan H juga biasanya pada kenderaan manual. 'Tolak ke kiri dan keatas, ke kiri dan kebawah, keatas, kebawah, kekanan atas dan kekanan bawah" itulah susuan H manual. Gear manual kini biasanya datang dengan 6 kelajuan atau 7 kelajuan berbanding waktu ia dicipta, 4 kelajuan dan tahun 90an 5 kelajuan.

Dan auto pulak? masuk P, R, N, D, 2, L atau ade butang kecik dengan O/D bermaksud overdrive. Auto zaman dahulu kala ade 3 gear je. Gearbox auto adalah sejenis gearbox yang dahulunya dikawal oleh tekanan cecair gearbox tu untuk menukar gear. Gear auto 4 gear lebih pandai sikit kerana mempunyai TCU atau Transmission Control Unit yang bertindak sebagai otak gearbox untuk menukar gear. Dan kini gearbox 5 gear dan 6, 7 dan 8 kelajuan pun telah wujud dan ia mempunyai memori! Bagaimana ia berlaku? adakah jurutera telah menumbatkan otak manusia ke dalam gearbox?

Memanglah tidak! Gearbox automatik kini lebih bijak dari anda sendiri kerana ia mampu menukar gear sebelum anda mampu menjahanamkan gearbox atau enjin kereta anda sendiri, dan mampu menghafal gaya pemanduan anda, dan jika ia mampu bercakap, mungkin ia akan mengkritik pemanduan anda.

Gear automatik pula terbahagi kepada dua, iaitu Gear manual diatautokan atau gear auto dimanualkan! Pelik kan? terima kasihlah kepada Mercedes dan Ferrari kerana merumitkan keadaan! di mana Ferrari telah mengambil kotak gearbox manual dan dilekatkan dengan otak elektronik yang lebih pintar untuk menukarkan gear lebih lancar dari anda dan ia tidak akan menukar gear jika belum sampai masanya dan Mercedes berjaya meletakkan clutch pada gearbox autonya supaya ia mempunyai respon seperti memandu kereta manual!!

Gear auto dengan 6 kelajuan keatas baik untuk mereka yang kasar dan kadangkala mahukan keselesaan, ia boleh menjadi kedua-duanya tetapi bukanlah yang cemerlang untuk kedua-dua perkara.

Ok, i- Drive dalam gambar tu pulak adalah gear auto yang cuma lain tombolnya, dan dikawal sepenuhnya oleh komputer. anda boleh memilih jalan licin, jalan berpasir dan sebagainya mengikut fungsi i-Drive tersebut.

CVT atau Continously Variable Transmission pula tidak tergolong dalam kategori auto atau manual. Ia berdiri sendiri disebabkan sistemnya yang aneh atau boleh dikatakan unik. CVT dipacu oleh tali sawat atau belting dan mengecas pacuan roda anda. Jika kenderaan auto dipacu oleh tekanan bendalir, CVT dipacu oleh belting dan gearbox jenis ini tidak sama sekali menukar gear seperti auto dan manual.



Video diatas menerangkan bagaimana cvt dipacu. Perhatikan RPM meter, lansung tiada gear ditukar, berlainan dengan auto dan manual yang gearnya sentiasa ditukar. 7 speed atau 6 speed mode CVT pula adalah imaginary gear yang membuatkan pemandu berasa seperti kenderaan berkenaan mempunyai gear . Penyelenggaraan CVT lebih tinggi kerana ia perlu menukar belting CVT dan minyak CVT. Manakala gear auto hanye perlu menukar Minyak gear sahaja dan untuk gear auto 6 kelajuan keatas, tiada penyelenggaraan diperlukan. Minyak tidak perlu ditukar sepanjang hayat.


CVT sangat selesa untuk mereka yang hanya memandu dari rumah ke tempat kerja, atau ke pasar atau bersantai sahaja dan tidak boleh dipandu kasar, jika anda pemandu yang kasar dan suka berseronok di atas jalan raya sehingga meraung tayar anda di selekoh, CVT bukanlah untuk anda. Jika anda seorang yang memandu cermat, CVT boleh menjadi kereta yang jimat untuk anda.




Berikut adalah video contoh bagaimana gearbox manual dan auto menukar gear, dan bezakan dengan video CVT diatas. Akan tetapi Lexus LFA menggunakan sistem DSG.

Ape pulak DSG ni.....

DSG atau Dual Sequential Gearbox atau Dual Clutch gearbox adalah sistem seakan2 gearbox manual di autokan. Ia mempunyai rupa seperti gearbox manual cuma setiap gear diberikan satu clutch sendiri.

DSG ini pun tidak memerlukan penyelenggaraan. Tapi ade yang mengatakan gearnya agak kasar, tetapi DSG zaman kini lebih lembut dan selesa berbanding dahulu. DSG telah pun wujud pada tahun 1970an digunakan oleh Audi Quattro dalam perlumbaan rally dan cuma dikomersialkan pada tahun 2000 keatas sahaja. Kenderaan seperti Ford Focus, Ford Fiesta, Ford Mondeo dan kesemua Volkwagen menggunakan DSG ini dan kebanyakannya mempunya 6 hingga 7 kelajuan.

Gear jenis ini tahan lasar dan sering digunakan untuk tujuan perlumbaan kerana responnya yang sangat baik berbanding gear auto. Jika anda suka berseronok di atas jalanraya, DSG adalah untuk anda.



Kesimpulannya:

Jika anda orang yang cermat, dan memandu sambil mementingkan penjimatan, pilihlah CVT

Jika anda orang yang kasar dan sukakan modifikasi pada kereta anda, pilihlah Manual.

Jika anda seorang yang mahukan kedua-duanya, auto adalah pilihan anda, sebaiknya 5 kelajuan dan keatas.

Jika anda sukakan keduanya tapi lebih kepada respon dan keseronokan, DSG atau Dual Clutch adalah yang terbaik.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger