Pages

Tuesday, November 22, 2011

Selekoh dalam hujan



Ada pulak setengah dari kite ni bile hujan dan jumpe selekoh je jadi macam beruk dapat pisang! Meloncat-loncat, menjerit-jerit seronok gile! Last-last tertelan kulit pisang! Tersangkut kat devider ke atau tergolek dalam gaung!


Memang seronok bile hujan ni senang sikit nak power slide atau orang kata drifting walau tak berape nak drift sangat. Jadi bile rasa dah hebat tu makin laju la dia pegi tanpa faham sebarang proses yang terjadi. Jadi macam mana nak memandu dengan selamat dalam hujan di selekoh tanpa terlalu memperlahankan kereta anda?

Sebelum tu sila baca dulu artikel sebelum ni iaitu memandu dalam hujan.


Lepas dah baca artikel tu, semua dah tau tayar masing2 cantik, wiper pun ok, cermin pun clear je, tayar pressure pun dah kurangkan, kite teruskan.

Yang paling penting selepas kereta dah ok adalah... anda ok ke tak? kat sini kite belajar melengkapkan diri sendiri pulak dalam hujan. Yang pertama sekali, kaki anda cukup sensitif tak?

Kaki sensitif bermaksud, anda ni tak terlalu keras dan kejam ketika menekan pedal, anda mampu menekan pedal dengan lembut dan tahu berapa peratus pedal anda ditekan dan mampu membelai pedal anda seperti membelai seekor kucing tapi dengan kaki anda. Kedua pedal minyak dan brek tidak boleh dikejutkan ketika hujan.

Gunakan gear yang tinggi sikit dan elakkan respon menyejut semasa pecutan atau nyahpecutan iaitu kurangkan g-force yang tinggi ketika menekan pedal minyak dan brek. Ia bergantung kepada kehebatan brek dan tayar anda sebenarnya. Pengguna racing clutch juga perlu berhati-hati melepaskan clutch anda kerana responnya agak mengejut dari clutch biasa. Pengguna kereta manual dengan clutch biasa juga perlu berhati-hati dalam hal ini. Kecekapan anda menggendali pedal sepeti melepaskan sambil menekan brek atau melepaskan clutch sambil menekan pedal minyak untuk mengurangkan kejutan juga adalah perlu. Jadi, practice make perfect!

Penggunaan racing line juga berubah ketika hujan, Apex yang anda pelajari tidak sama dengan ketika kering kerana anda mungkin akan mengalami oversteer atau understeer dengan lebih mudah. Jadi setiap kalu anda oversteer atau understeer, anda pelu bijak memilih apex baru untuk racing line anda. Untuk satu selekoh ketika hujan, anda mungkin memerlukan 2-4 apex baru jika kereta anda mula membuang.

Ketika kereta anda membuang dan anda membetulkan racing line juga, pedal control diperlukan dan pertimbangan dan pengalaman anda sahaja yang mampu memperbaiki weight transfer anda dalam hujan. Teknik brake tapping atau human ABS perlu dikuasai di sini dan ia sangat penting untuk weight transfer anda. Di sini anda bukan saja membrek untuk memperlahankan kenderaan anda tapi juga untuk mengubah haluan kereta anda yang dah tak tentu hala.

Penggunaan tayar hujan sangat membantu dan tayar seperti Goodyear Eagle F1 biasa menjadi pilihan. Elakkan tayar semi slick ketika hujan dan pastukan tekanan udara lebih rendah dari biasa.

Dan seperti biasa apa yang lebih penting adalah kesabaran anda, fokus anda dan pengalaman anda yang boleh membawa anda lebih laju walaupun di selekoh ketika hujan. Berhati-hatilah ketika memandu dan elakkan sebarang kemalangan tapi tambahlah lebih pengalaman.


artikel: Hilmi & Hibat


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger