Monday, November 14, 2011

Kereta Hybrid di Malaysia!



Pertempuran antara Honda dan Toyota! Di sini anda menyaksikan Honda CR-Z dan Insight, Toyota Prius dan Lexus CT200H bertempur di Malaysia untuk mendapatkan nama kereta hybrid terbaik. Jadi yang mana satu? Mari kita tengok!


Kereta Hybrid pertama yang berani mengharungi Malaysia adalah Honda Civic Hybrid di mana ia tidak lagi dijual dan kemudian Toyota Prius yang terkenal di Amerika telah mengubah penilaian orang Malaysia untuk memilih kereta.

Tak lama kemudian Honda telah mengusutkan lebih lagi fikiran pembeli dengan kehadiran Honda Insight dengan harga lebih rendah dari Prius dan mari kita saksikan perbezaan dua kenderaan ini!


Pertempuran pertama.. Insight vs Prius!
Gambar di atas bukanlah gambar model asal kereta berkenaan, Insight telah diberi sentuhan dari Modulo bodykit dan Prius telah ditambah dengan bodykit Tommy Kaira. Tak seronok la kalau letak rupa biase je kan? Bosan betul tak? Jadi ni idea untuk anda menghias kereta yang bakal anda beli!

Dari segi ruang dikatakan Prius mendahului kerana ruang belakang Insight terlalu rendah dan bakal membengkokkan leher anda. Kedua kenderaan ini diberi tempat duduk jenis fabric dengan warna dalaman yang gelap.



Intrumen dashboard Insight lebih kemas dan menarik, tetapi Prius menawarkan Push start button. Kedua kenderaan ini mepunyai butang Power dan Economy untuk mengawal pemanduan anda kepada ekonomi atau prestasi. Prius menawarkan 8 speaker manakala Insight cuma 4.

Kawalan kedua kenderaan di atas hampir sama ini kerana walaupun Insight lebih rendah harganya, Honda telah membawa filosofinya iaitu 'the power of dream' dan memberi kawalan yang baik untuk Insight.



Prius dibekalkan enjin 1.8liter dengan jumlah kuasa 136hp setelah dicampur dengan enjin motor elektriknya. Pengiraan kuasa hybrid berbeza kerana ia dilengkapi dua enjin iaitu enjin gasolin dan elektrik motor.

Insight yang hanya dibekalkan enjin 1.3 liter cuma memberikan 104hp setelah dicampur dengan kuasa motor elektriknya. Di sini telah menunjukkan prestasi pecutan Prius adalah lebih baik.

Tapi bila tiba untuk membandingkan harganya Insight jauh lebih murah iaitu RM99,800 on the road berbanding Prius yang berharga RM139,900 on the road walaupun beza panjang kedua kereta ini hanyalah 70mm di mana Prius lebih panjang.



Lexus CT200H vs Honda CR-Z


Juga bukan bodykit asal, kedua jentera ini nampak jauh lebih garang untuk sebuah kereta yang hijau! Yang inilah mungkin ada antara anda nantikan dan inilah revolusi dunia automotif kini! Tak semestinya anda tak boleh bergaya walaupun anda sedang menyelamatkan alam sekitar.


Dua "hot hatch" yang bertempur dalam kategori hybrid tapi di sini ade sedikit kelainan yang tidak membuatkan anda pening kepala tetapi memberi anda lebih pilihan kerana kedua kereta ini mempunyai 2 kegunaan berbeza.

Lexus CT200h misalnya, adalah kenderaan 4 pintu 5 seater di mana orang dewasa boleh masuk dan duduk di belakang. Jadi walaupun anda berkeluarga atau merangcang berkeluarga, anda tidak terkecuali untuk memiliki sebuah hot hatch yang garang dan hijau!

Berlainan untuk CR-Z, mengambil alih tempat CRX, CR-Z masih sebuah hot hatchback yang ringan dan garang cuma ianya kini lebih hijau walaupun agak agresif. Kenderaan 2 pintu dan mempunyai tempat duduk belakang untuk kanak-kanak atau rakan anda yang kecil dan tempat menyimpan barang yang agak terhad. Tapi kerana rupanya yang seperti sport car Honda tidak menampakkan anda membawa kehijauan lansung kepada alam walaupun anda sedang melakukannya.

CR-Z dicipta untuk menarik orang muda yang masih lagi agresif untuk memiliki kereta hybrid dan mengurangkan kadar karbon dioksida setiap kali mereka bergerak tanpa menampakkan sebarang perbezaan dengan memandu kereta sporty yang lain. Oleh yang demikia, ruangnya agak terhad sama seperti sportcar yang lain dan pengendaliannya seagresif sebuah sportcar. Rim 16 inci untuk kereta sekecil ini dan enjin 1.5 liter dengan output 122hp setelah dicampur dengan motor elektrik bukanlah sesuatu yang memberansangkan. Tapi di Malaysia, Honda telah membawa masuk cuma model manual 6 kelajuan! Ya, klasik manual dengan clutch tapi 6 kelajuan cukup untuk menyatakan fokus Honda kepada pembeli CR-Z adalah orang muda atau mereka yang merindukan soul Honda yang terdahulu.

Mugen dah HKS telah pun mempersiapkan CR-Z mereka dan berjaya mendapatkan kuasa sebanyak 200hp dengan enjin 1.5liter ini. Bermakna akan ada banyak performance part dan peluang untuk memodifikasi kenderaan ini sama seperti zaman di mana wujudnya CRX dan civic versi EG dan EK. Walaupun ia telah dimodifikasi, sistem hybridnya akan membawa anda kepada penjimatan jika anda tidak memandu laju, dan jika anda perlukan kuasanya, ia akan memberi anda satu soul Honda yang telah lama menyepi.



Sistem 3 Mode hybrid ini agak menarik iaitu economy, normal dan sport di mana warna meternya juga turut berubah di samping respon dan pengendaliannya juga turut berubah. Jadi jika anda mengidamkan Honda jenis baru, inilah masanya! Dengan hanya RM115,000 on the road anda mampu memilikinya.


Lexus CT200h juga tidak kurang hebatnya. Ia telah mendapat rating yang tinggi oleh pengkritik kenderaan dengan keselesaannya, ruangnya yang agak luas, rupanya yang agresif, ruang tempat letak barang yang baik dan juga pengendalian yang sangat baik, ia juga memiliki penjimatan sehebat Prius kerana ia menggunakan enjin yang sama dengan Prius.

Lexus adalah Toyota ditukar jenama untuk pasaran Amerika, jadi Enjin 1.8 liter dan transmisi CVTnya adalah dari Prius. 136hp untuk kedua enjinnya namum oleh kerana pengendaliannya yang cemerlang, pengkritik kenderaan telah memberikan markah yang tinggi untuk prestasinya. Dan oleh kerana ia memegang status kemewahan Toyota, ruang dalanya lebih kemas dari kereta hybrid yang lain.



3 mode memandu juga terdapat pada CT200h yang juga menarik kerana warna meternya juga akan berubah seperti CR-Z. Seperti sebuah kereta sport mewah, CT200h tidak serendah harga kereta hybrid sebelum ini kerana ia memiliki hampir kesemua kemewahan dan kecantikan yang anda mahukan dan juga penjimatan yang memberansangkan.

CT200h boleh dimiliki dengan harga RM172,603.90 untuk model basicnya dan RM201,857.90 untuk model luxury.

Lexus juga menawarkan kereta sedan mewah dengan enjin V8 hybrid dan juga SUV RX dengan hybrid (model toyota harrier).


Kesemua model hybrid di sini sebenarnya tidak bersaing antara satu sama lain. Ia mempunyai keistimewaannya sendiri dan anda perlu tentukan bajet anda dan kegunaan anda sahaja. Penyelenggaraannya adalah seperti kereta biasa tetapi oleh kerana kereta hybrid masih baru dan mempunya 2 jenis enjin iaitu enjin petrol dan elektriknya, belum ada lagi yang menyatakan mengenai penyelenggaraan elektrik motor kereta hybrid ini.

Honda telah meletakkan warranty 5 tahun untuk baterinya, namun sejauh mana hayat bateri berkenaan masih belum kita ketahui. Ada juga yang mengatakan Honda telah memanjangkan tempoh warranty baterinya sehingga 8 tahun tapi itu hanya di luar negara.

Jika anda berani untuk mendapatkan kelainan, tidak salah mencuba dan pastikan bajet anda tidak akan menyusahkan anda hari esok. Untuk lebih lagi pertanyaan dan nasihat kenderaan atau perbankan, sila hubungi 017-2527340. Juga anda boleh hubungi untuk tempahan kereta di atas.

1 comments:

Kenari Putih said...

saya minat honda hybrid, tp my hb ckp hybrid mmg best, tak rosak takpa, kalo rosak, maw tau la... km orgbiasa2 tu maksudnya... blm layak pakai hond hybrid lagi :-/

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger