Memanglah dashboard anda tak macam dashboard ni kan? semua nak menyala2... tapi ade je bende kecik kadang2 nak menyala, ade yg anda tau dan ade yang anda tak penah tau lansung tanda ape tu! Kadang-kadang takut tapi redah jela kan?
1. Hand Brake Light
yang paling penting dan asas sekali, tapi ramai jugak yang tak perasan dan jarang tengok dashboard hand brake tu tak turun. Kalau menyala maknanya hand brake tak dilepaskan atau tak cukup lepas. Kalau menyala jugak walaupun dan diturunkan tu, ade problem la tu dgn brake tu, minyak tak cukup ke, getah kembang ke... pegi la check.
2. Pintu terbuka
Pintu tu terbuka atau tak tutup rapat, sebelum memandu pastikan semua pintu dah rapat, tengok-tengok sikit mana tau kain anda tersepit kat pintu ke kan? Bonet belakang tak rapat pun boleh menyala lampu ni.
3. Enjin sejuk
Kalau kain layar ni warna hijau ade tulis cool, enjin sejuk lagi, Toyota Vios yang takde meter temperature ade lampu ni nak bagitau enjin masih sejuk, jangan jalan lagi.
4. Enjin panas.
Yang ni terus matikan enjin, jangan mengade nak jalan kalau sayang duit tu. Tak pasal-pasal kene tukar enjin kang. Ini berlaku bila ade kebocoran pada radiator atau air radiator takde la.. sape suruh tak check.
5. Meter minyak menyala
Kalau dia blinking tu boleh lagi tu, kalau menyala je tak reti padam, tinggal beberapa kilometer je tu, cepat la isi minyak.
6. Anak panah pada meter minyak
Kalau ke kiri, maknanya tempat isi minyak anda berada di kiri, kalau anak panah menunjukkan kanan, kat kanan la tempat nak isi minyak tu. Mane la tau.. lupa.
7. Check Engine Light
Rupa paip ni atau dia tulis CHECK ENGINE tu adalah check engine light, lampu ni akan menyala masa pusingkan kunci dan sebelum crack enjin anda. Kalau menyala masa memandu adala sensor kereta rosak atau wiring tak kena tu.
8. Battery tak dicas
Kalau menyala sebelum start engine tu normal je, memang takleh nak cas bateri kalau enjin tak start, tapi kalau tengah memandu tu tibe-tibe menyala, alternator rosak la tu. Kejap lagi mati la enjin anda sampai bateri tu habis. Hubungi la siapa-siapa mintak bawak bateri baru ataupun tow je kereta tu sampai ke bengkel tukar bateri. Bateri baru pun tak boleh jalan jauh mana.
Minyak enjin atau minyak hitam tu dah kurang. ada kebocoran kot atau minyak tu tak berjalan ke serata enjin. Kalau semua ok, minyak ada, minyak pun jalan, sensor rosak la tu. Kalau menyala ni tengah jalan cepat-cepat berhenti periksa takat minyak hitam anda, kalau kurang, jangan terus jalan, beli dan tambahkan sikit baru jalan.
10. Tali pinggang keledar tak dipasang
Pakai la tali pinggang tu... susah sangat ke? Kang pecah muke kalau tak pecah badan.
Samada masalah ABS atau sensor, lampu ni akan menyala. Untuk kereta yang ada ABS sahaja.
12. Fog Lamp sedang dipasangkan
Fog lamp atau lampu kecik bawah head light tu sedang menyala, samada anda tak tutup atau rosak tak boleh nak tutup. Tapi kalau anda saje pasangkan memangla menyala.
13. Headlamp sedang menyala
Kalau anda sedang pasangkan Headlamp atau headlight, lampu ni akan menyala. Kalau kereta anda ade fungsi auto headlamp atau lampu depan terbuka secara automatik, lampu ni akan menyala menyatakan headlamp sedang dipasangkan kerana cuaca agak gelap.
Atau lampu besar sedang menyala. Kalau anda terperasan menggunakan lampu ni secara tak sengaja, sila padamkannya.
15. Front airbag indicator
Nampak macam anjing je kan? pelik semacam. Samada lambang bawah tu orang dengan bola atau lambang SRS sahaja, bila menyala bermaksud airbag anda bermasalah dan mungkin tidak akan terkeluar jika kemalangan. Sila ke bengkel berhampiran untuk menyelesaikan masalah anda.
16. Pemanas cermin belakang terpasang
Untuk memberitahu anda heater atau pemanas cermin belakang sedang terpasang.
17. Tekanan tayar rendah
Yang ni tak semua kenderaan ada sensor ni dan lampu ni, Ia menyatakan tekanan tayar anda terlalu rendah atau tayar anda dah sampai masa untuk ditukar.
18. Auto Cruise engage
Jika kenderaan anda mempunyai fungsi auto cruise dan anda sedang menggunakannya, ia akan menyala.
Untuk kenderaan yang mempunyai fungsi AWD yang boleh ditutup dan dipasangkan. Ia akan menyala jika anda sedang menggunakannya.
20. Traction Control ditutup
Tranction Control atau TCS sedang ditutup samada anda menutupnya dengan sengaja atau ia bermasalah. Jika ia berkelip ketika laju atau di selekoh, bermakna ia sedang bertungkus lumus mengelakkan sebarang masalah akibat geseran. Jadi perlahankan kenderaan anda. Untuk kenderaan yang dilengkapi TCS sahaja.
21. Overdrive ditutup
Biasanya untuk kereta transmisi automatik 4 kelajuan dengan butang O/D atau overdrive. Jika anda menekan butang ini, O/D akan dimatikan iaitu gear keempat akan dimatikan dan kenderaan anda tidak dibenarkan diapacu dengan gear keempat. Jadi anda hanya akan berjalan menggunakan gear 1,2 dan 3 sahaja.
Ada banyak lagi lampu indicator tapi untuk kenderaan yang asas, inilah semua yang ada padanya. Lebih canggih kenderaan berkenaan, lebih banyak la lampu yang berkelip-kelip.