Pages

Saturday, December 17, 2011

Punca Suhu Enjin Anda Melonjak!


Tengah drive, samada kat highway ke, kat jalan perumahan atau tengah jem tiba-tiba anda perasan suhu enjin anda dah sampai ke ‘HOT’ dah, aircond anda rasa panas, pun cuba tengok kat suhu enjin ok ke tak? Yang takde suhu enjin tu tengok ade tak lampu kapal layar merah tu menyala?

Mane yang tak perasan tu terus je kereta breakdown. Yela, bawak kereta tak reti tengok panel meter, entah lampu pasang ke tak waktu malam pun tak tau kan? Tau-tau je kereta berenti tengah tengah jalan!  Jadi mari kita tengok kenapa suhu anda tiba-tibe melonjak naik dan kemudian apa nak buat bila situasi ni berlaku!


1.     Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan. Kalau sebulan sekali anda kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak bocor.

Jadi kalau bocor biasa kat mana yang bocor?
a)      Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela, nak kurang la kos pemasangan.  Pam yang rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.

b)      Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.

c)       Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya. Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk kereta biasa.

Jika kebocoran adalah punca, dan kebocoran tu tak terlalu teruk tak banyak air keluar. Tunggu sehingga enjin sejuk dan tambahkan air dengan penuh, kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke bengkel terdekat. Kerap berhenti dan periksa air dan tambah jika perlu.

2.   Kipas Radiator tak berfungsi
Bergantung pada suhu enjin anda berapa tinggi. Kalau meter suhu tu naik turun seolah sedang bermain-main dengan mata anda dan bila anda semakin laju ia normal dan anda memandu perlahan ia naik, berhenti di tepid an matikan terus enjin. Jangan biarkan anda mengambil risiko berkenaan. Hubungi mekanik anda jika berdekatan atau hubungi wakil insuran anda atau AAM jika ada. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah anda sementara sehingga anda boleh memandu ke bengkel anda atau mereka akan menarik kereta anda ke bengkel berdekatan atau pilihan anda.

3.   Thermostat Bermasalah
Thermostat merupakan suis untuk mengawal pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat dan dapatkan bantuan.

4.       4. Radiator Bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan, ia akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada setengah punca bukan akibat ia tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam radiator itu akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak membantu penyejukan air dalam radiator.

5.       Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.

6.      Penutup Radiator Bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. . Cecair yang mengalami tekanan mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius
. Jika penutup radiator anda bermasalah, ia tak mampu mengawal tekanan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator. “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah radiator sejuk. Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso radiator rosak.  Ini akan menyekat air radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor boleh menyebabkan air mengalir keluar.

7.       Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.

SImptom pemanasan enjin:

Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
1.       Kurang coolant atau air radiator (bocor)
2.       Penutup Radiator bermasalah
3.       Kipas radiator tidak berfungsi
4.        Gasket Head Cylinder bermasalah
5.      Pam air berkarat atau bermasalah

Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
1.       Radiator kotor atau tersumbat
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Pam air bermasalah
4.       Hos radiator bermasalah

Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila memandu perlahan
1.       Kipas radiator bermasalah
2.       Penutup radiator bermasalah
Suhu meningkat sekali sekala
1.       Kurang air radiator (bocor)
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
4.       Kipas radiator bermasalah

Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
1.       Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor

Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
1.       Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat atau berkarat
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Thermostat bermasalah
4.       Kipas radiator patah atau rosak
5.       Hos radiator bermasalah
6.       Sisik radiator berkarat atau rosak

Buih pada bekas simpanan air radiator
1.       Cylinder Head Gasket rosak

Suhu meningkat naik agak bahaya, jangan tunggu sampai enjin anda mati! Jika ia berlaku agak terlambat, anda mungkin terpaksa menjalani top overhaul yang berkos RM1000-3000 atau menukar Cylinder head baru yang juga berharga lebih kurang RM1000-3000 untk terpakai dan boleh mencecah RM5000 untuk yang baru!

129 comments:

N said...

radiator tak pump air dari radiator spare tank

N said...

ketika injin hidup air dlm radiator menjadi kurang sebab panas tapi kenapa radiator tak sedut air dari radiator spare tank

Zuhairy W Ahmad said...

sebelum enjin jadi lebih teruk, lebih baik kita keluar belanja skit untuk kerosakan yg minimum kan? memang best info ni...TQ

@iz@t said...

Apa punca Temperature kereta naik sampai ke H? Kipas x berpusing lepas jarum separuh antara C dan H. Matikan enjin. Tunggu sejuk,kipas berpusing balik. On aircond pun berpusing. Pelik betul. Adakah termostat, Relay Fan, switch kipas atau??? Mohon bantuan.

SEAFOOD SABAH said...

ada kerta myvi.2,3 minggu guna,, isi kandungan air kurang...boleh saya tau..apa faktor-faktornya berlakau keadaan tersebut..sekian terima kasih.

SEAFOOD SABAH said...

ada kerta myvi.2,3 minggu guna,, isi kandungan air kurang...boleh saya tau..apa faktor-faktornya berlakau keadaan tersebut..sekian terima kasih.

Unknown said...

top overhaul baru saja selesai dalam 2 bulan. semasa pandu perlahan, suhu normal tetapi apabila pandu laju lepas itu parlahan semula, suhu akan meningkat. air didalam radiator keluar melalui bekas simpanan air (tembak). kipas radiaror ok, kipas aircond ok, waterpump ok, radiator ok dah di servis. mohon bantuan dan penjelasan

Unknown said...

bole x kalu buang thermostat...keta sy pakai direct kipas

Unknown said...

apa beza radiator cap 0.9,1.0,1.1,1.3..yg mn sesuai utk kereta perdana

Unknown said...

Salam hormat .. saya guna kereta sv4 2.2 auto cd6.. masalah sy ialah sy temperature sy naik turun semacam xbelen .. sy baru kena ..

syareena said...

Assalamualaikum. Saya pakai kereta atos dan saya perasan temperature kereta saya naik bila saya bukak aircond dan bila saya naik bukit. Tapi semasa naik bukit tu saya tak bukak aircond dan temperature masih naik. Any suggestion on punca kepada masalah ini?

usin said...

kepada syareena, cuba bawa ke bengkel dan minta mekanik check water pump. walaupun kereta masih baru (barangkali) tetapi sebab air yg digunakan adalah air paip, proses pengaratan tetap berlaku. kemungkinan bilah kipas dalam water pump telah patah menyebabkan air tidak dapat rotate secara sempurna. jika water pump ok, kemungkinan masalah ialah dari thermostat. masalah utama termostat ialah bukaan dan penutupan (membolehkan air dialirkan) tidak sempurna mengikut suhu injin. kos upah dan sparepart untuk masalah syareena adalah antara RM150 hingga RM300 sahaja. so, tak payah risau. cepat hantar ke bengkel. kalau sampai injin terbakar....beribu-ribu pulak dan nyawa jugak turut terancam.

khairi Yie said...

air cond kereta saya tidak berfungsi bila kereta di pandu laju..bila kereta di pandu slow air cons mula sejuk balik... benda ni terjadi selepas saya jatuh lubang...kereta jadi senget ke kiri. kereta tiada masalah cuma ada calar2 sikit kat bahagian sirkit dan bumper. lps tu drive keta terus aircond jadi mcm tu..benda ni disebabkan oleh sisitem jem untuk sementara atau macam mana..harap ada yang sudi membantu saya. terima kasih

Rodziah Desa said...

Pagi tengah drive pergi kerja, asap keluar kat bonet depan. Tak perasan temp naik. berhenti tepi. Sebelum tu, aircond rasa panas. Tunggu Enjin sejuk, tambah air, temp dah ok.
Petang, jadi lagi. aircond rasa panas, tengeok temp naik laju. Cepat-cepat berhenti tepi. Ada org tengokkan, katanya kipas rosak, maybe motornya dah tak kuat sbb dah lama.
Sudah tukar kipar, temp pun dah ok. tapi aircond pula tak sejuk (panas) rasa angin je. Rasanya apakah punca masalah ini? Boleh tolong tak?

PCrackedgames said...

Salam bro..nak tanya..gen2 saya smlm overheating tahap pailang punya
lepas saya check bawah kereta saya tengok hos paip tu rengang laa..
luas gak rengangan dia. boleh sambung terus balik ke atau ada benda yang hilang? saya isi air..kat radiator..air keluar balik mcm paip kat bawah..lawak betol la

Unknown said...

Assalamualaikum. . Saya pakai kereta Ford Ranger lama. Bnyak duit saya habis dkat kereta. Kipas air cond dah tambah 2. Radiator tkar bru.timing belt n air cond belt pun dah tkar. Tpi masih lg naik temperature bila bwk laju. . Mohon penjelasan

Unknown said...

Helo,nak konsi pgalaman,saya pakai hilux ln106 2.8,masalah mula bila temp meter air naik,air keluar dari tangki simpanan,bila buka enjin,head bengkok,kena beli yang baru (ori japan)bukan recon,rm4750 d pasaran sarawak,,

WtF said...

Nak tny bro sekalian, myvi 1.3 2008 baru je servis aircond tukar compressor semua la dekat 1.5k gak habis. Skg masalah baru plak dtg. Temp naik. Then tukar kipas. Kipas dh laju skg temp mcm tu gak. Bila stop lame die nsik tapi bila jalan die normal. Minta pandangan

Ibnu Faizal's said...

Tuan kereta temp naik bila jalan jauh... Bpnca dri mna???

Unknown said...

Kereta sy guna ke kdai jarak lebih kurang 1 km..tp enjin terlalu panas seperti perjalanan jauh.temp ok normal tp enjin panas sgt.kipas radiator ok berfungsi adakah ini punca dari radiator tersumbat?

Kiko said...

Salam,temperature kereta kancil(660) naik bila air-cond ditutup.Air pun kering dgn kadar yg cepat.Tapi bila on air-cond,ok je.Boleh jalan mcm biasa.Apa punca dia?

Dah baca semua artikel dlm internet tapi xad pun mslh mcm sy.Ke sy xreti cari?hihi

Carbon & Rose said...

Salam...kereta saya kipas radiator xjalan even sy panaskan dlm 20min. apa yg perlu sy buat. sbb air radiator akan berkurang sedikit demi sedikit Yg saya perasan. Air dekat tank dia sedut.

Unknown said...

kereta sy bocor dekat cover radiator..boleh ke sy tampal dng penampal periuk??

Unknown said...

tebuk panel meter .letak L.E.D ..L.E.D akan menyala bile fan radiator hidup ..sekadar nk tahu fan tu jalan k x ..heeee

Dunia Alam said...

Xsejuk... p tambah gas econ je...tu le punca dia...saya pernh jd mcm tu...

Unknown said...

Salam..nak Tanya n minta bantuan sedikit..adakah normal bila baru beberapa minit start kereta hos radiator t'lalu panas..2)bila start kereta kipas radiator x pusing tp bila on aircond kipas pusing plk..3)jarum temperature x lbh dri setengah n aircond Sejuk..Adakah benda tu normal bagi kereta myvi 1.3..mohon penjelasan..sekian

bro.matt said...

assalam, ada ke takda tuan tanah ni?

gula gula hatiku said...

salam . nk tnya klu motor rosak bole mnybbkn high temprratu k?

Mzk4900 said...

Nk tanye sy guna keta Nissan Sunny 1.5cc masalhnye temperature naik bila jalan jem/ running enjin lama. Perkara2 dh buat :-
1) Tank Radiator dh cuci.
2) Head gasket dh tukar.
3) Alternator pun baru.
Utk makluman keta ni sy baru beli second thermostat dh xda.

Mzk4900 said...

Nk tanye sy guna keta Nissan Sunny 1.5cc masalhnye temperature naik bila jalan jem/ running enjin lama. Perkara2 dh buat :-
1) Tank Radiator dh cuci.
2) Head gasket dh tukar.
3) Alternator pun baru.
Utk makluman keta ni sy baru beli second thermostat dh xda.

Unknown said...

Assalam...saya guna kereta myvi 1.3 se,tp knpa bla tukar radiator,temperatue saya jdi meningkat,sedangkn sblm tukar radiator,temperature ok,tp hnya ada kebocoran atas radiator sahaja?

Unknown said...

Assalam...saya guna kereta myvi 1.3 se,tp knpa bla tukar radiator,temperatue saya jdi meningkat,sedangkn sblm tukar radiator,temperature ok,tp hnya ada kebocoran atas radiator sahaja?

MECHANICA AUTO SERVICES said...

perlu periksa sistem penyejukan yang lain seperti thermostat, water pump, water jacket dan pipe hose samada bocor ke tidak

MECHANICA AUTO SERVICES said...

perlu periksa sistem penyejukan yang lain seperti thermostat, water pump, water jacket dan pipe hose samada bocor ke tidak

Unknown said...

Salam..kereta sy naza bestari 206 aircond tak boleh on n bile kereta jalan slow temp naik..kenape ye?

Unknown said...

Bln lps viva ezi saya accident kat KL. Semasa prjalanan blk ke Manjung enjin tetiba mati kat t/light Sekinchan. Rupanya air radiator kering & bhgn atas radiator retak. Bila enjin sejuk saya tambah air radiator & kereta blh dihidupkan. Saya pandu 50kmj sampai rmh dgn 5 ke 6 kali berhenti utk check enjin & tmbah air. Slps siap pmbaikan 'body' yg kemek olh w/shop didapati enjin masih cpt panas & gegar. Berbeza dgn viva kwn saya walaupun 15 minit enjon dihidupkan keadaan enjon masih biasa. Radiator, thermostat & enjin mounting tlh ditkr baru. Pomen bg tau water pump & kipas tiada masalah. Skrg ni enjin cpt panas & gegar agak kuat drp sblm kereta accident dulu. Mohon bntuan & nasihat dr tuan. Tk.

MECHANICA AUTO SERVICES said...

wsalam...Cuba tgk radiator fan jalan ke tak

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Cuba periksa masih ada bocor tk pd mana 2 bahagian sistem penyejukan...

MECHANICA AUTO SERVICES said...

thermostat dan water pump sudah diperiksa ke blm...

MECHANICA AUTO SERVICES said...

fan ada berfungsi tk

MECHANICA AUTO SERVICES said...

fan ada berfungsi tk

MECHANICA AUTO SERVICES said...

thermostat dan water pump sudah diperiksa ke blm...

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Cuba periksa masih ada bocor tk pd mana 2 bahagian sistem penyejukan...

Unknown said...

kereta saya bila bwa laju dlm 100-120kmj tempereture meter naik tinggi...kenapa ya?

Unknown said...

kereta saya bila bwa laju dlm 100-120kmj tempereture meter naik tinggi...kenapa ya?

Unknown said...

Kelisa saya air radiator tak disedut masa tekan minyak,aircond pon jadi panas. Kereta dalam keadaan iddle.

Unknown said...

Kelisa saya air radiator tak disedut masa tekan minyak,aircond pon jadi panas. Kereta dalam keadaan iddle.

Unknown said...

brp cost repair water jacket kenari??

Unknown said...

Aku dah pakai kereta baru.....asyik enjin panas jer. Skang masalah selesai

Unknown said...

Aku dah pakai kereta baru.....asyik enjin panas jer. Skang masalah selesai

Unknown said...

saya guna proton waja....temprature naik bila berhenti n jalan slow semasa jalan jem tp temprature jd normal bila jalan maintain ..apekah puncanyer

Unknown said...

saya guna proton waja....temprature naik bila berhenti n jalan slow semasa jalan jem tp temprature jd normal bila jalan maintain ..apekah puncanyer

Unknown said...

saya guna proton waja....temprature naik bila berhenti n jalan slow semasa jalan jem tp temprature jd normal bila jalan maintain ..apekah puncanyer

ijad said...

Enter your comment...salam...nak tanya kereta saya baru buat overhaul dan potong head.masalah ialah air dalam spare tank radiator boleh kurang dalam keadaan cepat tambah kalau dah berjalan jauh.bila tanya mekanik dia cakap selepas potong head mmg lah macam tu.normal tak kalau kerap kena check air radiator.

Unknown said...

Syabas Boss ada maklumat yang baik dapat saya ambil.Tq

Unknown said...

Air-cond kereta keluar haba panas bila kereta x jln... Bila kereta jln air-cond sejuk...selang 2 lepas topup gas... Adakah masalah compressor atau kebocora

Unknown said...

Baru je tadi temperature kereta naik..so bile bc another cause of high temperature ni pasal handbrake, bru teringat yg td lupa nk lepas handbrake sekejap..

Unknown said...

Saya punya tak boleh check paip bawah....ada enjin....saya nk tahu paip tu panas ke x...nk tahu pasal thormostat ok ke x...aduh macamnana ni....kereta ford laser

Unknown said...

Saya punya tak boleh check paip bawah....ada enjin....saya nk tahu paip tu panas ke x...nk tahu pasal thormostat ok ke x...aduh macamnana ni....kereta ford laser

Jackmaster said...

No komen..

Unknown said...

Temperature naik..... bile kipas pusing air dri riadiator akn tersembur keluar... topup air same jgk kipas pusing menyembur keluar lg... paip ,hos dh tukar... thormostat dh xpakai... masalah tu dri radiator ataupn water pump?

Unknown said...

Temperature naik..... bile kipas pusing air dri riadiator akn tersembur keluar... topup air same jgk kipas pusing menyembur keluar lg... paip ,hos dh tukar... thormostat dh xpakai... masalah tu dri radiator ataupn water pump?

bijan said...

assalamualaikum. saya guna kereta wira 1.5 auto. tempereture kereta saya selalu overheat sewaktu mendaki bukit atau jalan jem. untuk pengetahuan tuan saya sudah pun cuci radiator. tukar waterpump. tukar motor serta kipas radiator dan Thermostat telah dibuang tetapi masalah masih berlaku. mohon pencerahan

Unknown said...

Kereta atos Saya kotak air radiator bergelegak Dan temp naik. APA puncanya?

Unknown said...

Kereta atos Saya kotak air radiator bergelegak Dan temp naik. APA puncanya?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kenape eh, kipas radiator berfungsi dgn baik, air radiator ade, tapi temperature tetap naik, adakah kene buat top overhaul

nama saya muhammad fahmi said...

Sye baru kena ahad lepas . tetiba kete mati . skali check meter nah temperature dah sampai H . kipas radiator direct switch . air radiator penuh takde bocor pon . minyak hitam baru je tuka skali oil filter tengah hari ahad tu . skrang ni kete boleh start tapi enjin dah kasar pastu keluar asap putih . nak kena buat top overhaul ke padehal bulan 3 aritu baru buat top overhaul siap skim head bagai .

Unknown said...

sy pakai jazz..kete tiba2 temperature H ,bila check tgk air kurang pd radiator tapi air tendang masuk ke spare tank...radiator dah servis..termostat dh tukar n semua hose dah tukar baru..masalah tu tetap sama..adakah gasket head rosak ek???

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Water pump pernah tukar tak ise awe

din said...

Sy punya masalah bila kereta idling terlalu lama temp naik sampai lebih dari H,tapi bila cek air radiator tak kurang pun,yg merisaukan saya bonet depan dan body terlalu panas...sampaikan tak boleh pegang..apakah masalahnya?baru ganti waterpump dan thermostat*

Unknown said...

Saya pakai kereta proton waja, masalahnya selepas berjalan 15km jarum temperature turun naik, selepas bergerak ke km20 jarum temperature naik terus ke paras H, dan air berkurang

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Ada bocor ke tak

Unknown said...

proton waja saya temperature turun naik air berkurangan tetapi tiada kebocoran di mana-mana

MECHANICA AUTO SERVICES said...

1. Jika tiada bocor cuba buka enjin cap tgk air bercampur dgn minyak ke tak, jika nampak spt warna teh susu maknanya head gasket dah tk elok.
2. Cuba buat pressure test pada sistem untuk pastikan mmg tiada kebocoran

Unknown said...

Toyota altis saya apabila buka aircond suhu naik,tutup aircond suhu balik ke normal,boleh tolong apa masalah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
MECHANICA AUTO SERVICES said...

Cuba tgk kipas pusing laju ke pelan

Unknown said...

Salam Hormat tuan..saya pakai kereta Proton Gen2 (Auto)..Top Overhaul baru siap sehari,semasa memandu seperti biasa.. pakai Aircorn mcm biasa..semua nyer mcm ok..tapi belum berapa lama kemudian, Suhu Temperature kereta saya naik dan Aircorn pula tiba2 rasa Panas..bila pergi ke kedai Aircorn Service, selepas diperiksa..keadaan Aircorn kereta Maseh elok..mintak tolong tuan,pada Pandangan tuan..apa kah antara punca2 tersebut yer?

Owner Workshop yg suruh saya buat Top Overhaul Hari tu sudah buat,

Tukar Kipas baru
Tukar Hos Radiator
Tukar Radiator
Tukar Penutup Radiator
Tukar Thermostart
Beli Bateri baru
Tukar Minyak Hitam
Isi Coolant Baru
Tukar Timing Belt.
Tukar Head Gasket.

Thank you di atas maklum balas dari pihak tuan..

012-8488235.

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Kipas ada jalan tk utk aircond dan utk enjin

Unknown said...

motor fan bermasalah..pusingan motor fan sudah x kuat.

Unknown said...

cek fan motor dulu atau relay

Klv said...

Head gasket ada masalah

Unknown said...

Tuan sy mngalami masalah yang sama. Da tukar cap dan presure test. Xde bocor. So masalah ape ye. Pening dah ni.

Unknown said...

Tuan sy mngalami masalah yang sama. Da tukar cap dan presure test. Xde bocor. So masalah ape ye. Pening dah ni.

Unknown said...

Tuan sy mngalami masalah yang sama. Da tukar cap dan presure test. Xde bocor. So masalah ape ye. Pening dah ni.

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Apa masalah sblm ni ya tuan

Unknown said...

Kreta wira auto temperature naik,sebelum ni pernah tukar stopper,tengah bawa hari naik lg, check air dah kering, masalah apa pulak ye.

reza said...

Apabila hujan lebat,, suhu kereta saya drop.. kenapa??

Unknown said...

Kenapa ye air sempanan jadi megelegak,dan suhu tempcer naik

Unknown said...

Kenapa ye air sempanan jadi megelegak,dan suhu tempcer naik

Unknown said...

Assalam.. sy pakai waja auto.. waja sy bile idling terlalu lama slps berjam2, temp naik.. n bile nk reverse (cth nk reverse parking) temp tibe2 naik mendadak.. bile da parking, temp trun balik.. radiator da tukar, fan running normal.. ape masalah ye?? Pening..

Unknown said...

Wsalam,ada cuba tgk fan motor tk samada laju atau pelan pusingannya, thermostat ok ke tak, air dlm block kt enjin ada flushing sekali tk, hose paip semua elok tk dan water pump bila last tukar.

Unknown said...

Kete sy pun jadi mcm to.

Unknown said...

Salam..nk tnye tangki air sy pd awlnya tdung je yg rosak tercabut spring..tp air dlm tngki kering..bile tmbah air..kluar buih2..buih2 hlus mcm teh tarik..bnyk plk tu..agk2 ape mslh..sb mse tdung tngki tu rosak..kereta tgh drive..mse enjin sjuk buka tdung tngki..tgk2 berterabur dh spring..mslh water pumpm ke?ataupn gasket head..pening2..

Unknown said...

Salam..nk tnye tangki air sy pd awlnya tdung je yg rosak tercabut spring..tp air dlm tngki kering..bile tmbah air..kluar buih2..buih2 hlus mcm teh tarik..bnyk plk tu..agk2 ape mslh..sb mse tdung tngki tu rosak..kereta tgh drive..mse enjin sjuk buka tdung tngki..tgk2 berterabur dh spring..mslh water pumpm ke?ataupn gasket head..pening2..

MECHANICA AUTO SERVICES said...

Wsalam, Cuba tukar radiator cap Dulu

Unknown said...

Van rusa temperature naik sekiranya jln lama dan laju...terpaksa berenti sekejap tanpa matikan enjin dan temperature bleh
trun dan jln blk lps temperature tu trun

Amir said...

Assalamualaikum ol ol mintak penjelasan ye. Saya pakai kereta atos 1.0 manual. Saya punya temperature sekarang kerap jgk melonjak naik dri spttnya bila saya on aircond kereta tp kereta tak begerak. Kalau kereta tgh bergerak on aircond temperature tak naik. Tp bila saya berhenti kereta contoh mcm saya nk pergi ke kedai ke atm ke dan berhenti di tepi jalan. Mesti temperature kereta saya naik. Timming kadang saya dengar mcm lambat turun naik dari yg biasa. Dah tukar main pulling dgn belting power stearing semua tp still sma. Kenapa ye. Mintak bantuan.

health said...

HealRun is a health news blog we provide the latest news about health, Drugs and latest Diseases and conditions. We update our users with health tips and health products reviews. If you want to know any information about health or health product (Side Effects & Benefits) Feel Free To ask HealRun Support Team.

Perlelux Canada said...

Pilpedia is supplying 100 percent original and accurate information at each moment of time around our site and merchandise, and the intent is to improve the usage of good and pure health supplement. For More Info please visit Pilpedia online store.

Supplements For Fitness said...

Supplements For Fitness are recommended; like those of growing tallerA woman with heavy menstrual bleeding? You may need an iron supplement to replace the iron for blood loss. To improve absorption, take iron supplements with water or juice on .

Unknown said...

salam...sya pkai proton iriz...msalhnya..bila sya bwa laju dlm 120km atau naik bukit...temperature akn naik...dh tkr tormostart dan servis radioter....tpi msalah ttp sma....air d tank spare hbis...dan d radioter air berkurang...tpi d jln rata or x bwa laju....ok plak...apa msalh nya yerr

Revuesdefaits said...

Revuesdefaits defines personal characteristics of various health merchandise together with skincare, weight loss, muscle and male enhancement. The study presented here is briefly described for reader convenience and to deliver them assurance with health standards. The best potential answers are given here concerning the selection of a perfect supplement or cream or serum that presumably remains to be safe for health and do not cause any facet effects.


http://revuesdefaits.fr/awaderm/


http://revuesdefaits.fr/vital-keto/

Ajim said...

Boss, masalah dah settle ke? Apa brg tukar?

Diabetes Supplements said...

Diabazole is a supplement that claims to be an all-natural supplement that will lower your cholesterol, glucose levels, and blood pressure as well as increase insulin sensitivity, making it the perfect choice for someone living with diabetes. Kindly Visit on http://www.rushyourtrial.com/coupon/diabazole-diabetes-supplement/

jimizul said...

Tuan tanah jenis copy & paste posting orang....bila ada soalan terus senyap sebab mmemang xde knowledge pun

Unknown said...

Kereta sy proton saga flx 1.3...tiba2 enjin naik panas masa sampai parking.. Sy buka bonnet & kipas ber pusing laju masa tu,, lepas 1 jam suhu dah turun sy Cuba start enjin,,tp enjin tk hidup.. Esok sy Cuba lg tetap sama walau pun sy minta kwn tolong jumper kan... Apa masalah keta sy yaa... Apa yg perlu sy buat....

Fat Burner supplements said...

Keto Body Tone is an advanced level of weight loss and management supplement. If you are one of those people struggling with their overweight body, suffering from obesity, have untimely and unhealthy eating habits, get tired easily, and are leading a stressed and lethargic life, this supplement has been designed for those people. It would help you stay in physically good shape and make your body strong in a very short amount of time. If you want an hourglass-like figure or flat tummy, then you should try this Keto BodyTone supplement. Visit On http://www.theapexhealth.com/keto-body-tone-reviews-safe-effective-supplement-for-weight-loss/

Fat Burner supplements said...

The Enhanced Keto is a dietary supplement like various health-boosting supplements. It is designed to make your weight loss more efficient and quick. It is a trustworthy name, which is FDA-approved. Therefore it is safe to use and has no side effects. Visit On http://www.theapexhealth.com/enhanced-keto-weight-loss-diet-reviews/

Matador pdip said...

Mcm ni bukan radiator dah ni. Berat kepada compressor aircond. Try bawa kedai aircond. Bengkel aircond pun susah nak detect punca ni. Suruh dia godek compressor tu. Mcm penyakit misteri sikit benda ni. Pernah ada kes mcm ni. Tukar compressor baru. Alhamdulillah tak buat hal dah waktu berhenti lama. Biasa lah kereta ni bila tua mcm2 penyakit datang. Kita ikhtiar. Kalau tak boleh juga, kita kena redha dan tabah menghadapinya.

yat qhulu II said...

Myvi sy baru jd masa p perak....temp naik tiba2,aircond jd panas.sy berenti sebelah dan off engin dalam 5 minit dan try start balik keta trus temp jd normal balik.soalan saya,adakah aircond punca masalah?sb lepas tutup aircond dan dan xguna trus aircond sepanjang perjalanan,temp sy maintain normal...dan sy bwk p kedai aircond dan depa check relay.relay ada kesan terbakar....

Fadli said...

Kalau kita guna air Bukit, bukan air paip. Adakah pengaratan boleh berlaku

Unknown said...

Ini untuk kereta atau kenderaan yg dah mencecah usia 5 tahun, kereta baru tak mungkin berkarat. Cara nak tengok karat senang je, buka radiator cap dan periksa warna air. Kalau anda tak pernah langsung servis radiator mesti air dalam tu warna kuning atau perang kan?


Karat akan terjadi dengan kehadiran udara dan air. Tak kisah la air mineral ke air R.O ke, ianya tetap bersifat H2O. Tak ada lagi bukti kajian yang menunjukkan air mengandungi mineral mampu menghalang karat.


Khasiat mineral memang bagus, tidak dinafikan. Tapi ia bagus untuk tubuh badan manusia bukan kepada objek seperti besi atau aluminium.


JADI KENAPA AIR DALAM TANGKI RADIATOR BERKARAT?


Sebenarnya karat tu disebabkan Coolant tidak diganti untuk tempoh masa yang disyorkan, iaitu setiap 30,000km ~ 45,000km mileage (bergantung model kereta, boleh rujuk buku manual)



dermavixskin said...

In any case, this is not troublesome. I'm simply kidding, here are the premium notions in association with muscle building. My findings are there very is one key to life - muscle building. If you reckon there is a ton of competition for muscle building, I'd say you would be wrong. It is the simplest point to try to to in the planet, however muscle building is much easier done wholesale.

https://dermavixskin.com/are-steroids-price-the-risk/


Nutra Health Pro said...


I've been sleeping like a baby. I patterned this essay after one of my favorite bloggers. I may be incredibly wrong relevant to that. I am filled with admiration for boost stamina. They're innocent. Last of all, I have noticed over the last year a ketogenice diet that shatters a backdrop for a Weight Loss.





https://www.nutrahealthpro.com/

https://www.facebook.com/nutrahealthpro/

https://twitter.com/nutrahealthpro

Nutra Health Pro said...



I busted my hump over it. That got us via the quick and curlies. I investigated skin care and discovered out greater bordering on pores and skin care. What I truly dwelled on is a way to pass past pores and skin care. focusing on pores and skin care can assist make it enhance and also they wanted to provide a terrific assure.


https://www.nutrahealthpro.com

https://in.pinterest.com/nutrahealthpro1

https://twitter.com/nutrahealthpro

https://www.facebook.com/nutrahealthpro


Unknown said...

Kereta sy temp akan jika tk on aircond.. klu on aircond temp akan jadi normal. Sbb apa ya.. tkasih

Nutra Health Pro Diet said...


You can't blame a lack of morals on women. You may locate that you enjoy doing a couple of things referring to Wellness. I suppose you should take this at face value.
https://www.nutrahealthpro.com/hemp-max-lab-oil/

https://nutrahealthprodiet.blogspot.com/2021/02/hempmaxlaboil.html

https://sites.google.com/view/hempmaxlaboil-review/home

https://www.facebook.com/Hemp-Max-Lab-Oil-110368737763219

https://www.facebook.com/Hemp-Max-Lab-Oil-110368737763219

https://www.pinterest.com/pin/596867756864867010

https://www.instagram.com/p/CLoW78blU-2/

Unknown said...

Naik kancil ezi850 okay je sebelum ni, lepas servis, tukar timing belt and so on, naik dua hari temperature naik, aircond jadi panas.. tak pernah jadi sebelum ni.. dah stop tunggu sejuk, cek smua ok, jalan mcm biasa. Tapi kalau buka tingkap, temp slowly naik, klau idling naik mendadak, klau drive pakai aircond suhu normal, aircond sejuk je.. apa masalah dia ni?

Unknown said...

skrg dah ok ke, repair apa yg dah ok tu

Unknown said...

Tq.. Banyak perkara dipelajari

Unknown said...


Nak tanya... Kenapa air dlm enjin berkarat mcm teh tarik... Apa yg perlu saya lakukan ye.. Enjin panas walaupun bergerak sekejap.. Meter pula sekejap ke paras tengah, sekejap ke paras bawah...

Unknown said...

Saya pakai accord s86 2.0 . Tgh hadap masaalah yg sama mcm tuan. Radiator dah servis. Temp sensor dh tukar.memula bila kita bawak laju je temp naik.slow dia ok..lama2 dia naik turun tanpa kira laju atau slow..kipas ok je ada on off walaupun jarum temp tunjuk temp tinggi. Air radiator atau tangki spare pun x de mendidih. Pening fijir dah ni.nk buka water pump je ni..takut bilah2 dia dh x cantik

Unknown said...

Saya dah semua tukar tinggal overhaul & compressor saja.. Saya rasa compressor tapi org bengkel kata... Lagi mahal tukar kompresor 😓😓😓 bosanlah mcm ni dah jenuh tukar beribu2 kluar asik sama ja... Kesimpulannya kena rajin cuci tangki 6 @ 4 bulan sekali 😑😑😑😑 apa kes ni dulu ada kawan hantar repair entah d mana tahun2 juga x ada apa2 padahal x tukar apa pun masa tu 😑😑😑 adakah harus salahkan nasib dpt keta yg darah tinggi ja ni😑

Unknown said...

Mungkin kena wyring

Candyce Herr said...



Aren't you serious bordering on Keto Advanced Fat Burner or not? You should be able to discover the Keto Advanced Fat Burner of your dreams. The conclusion is to help interlopers out of a Keto Advanced Fat Burner situation they may be experiencing. It's how to cure problems with your Keto Advanced Fat Burner. That has been developed by family members. This was devilish. It has irresistible magnetism.


Keto Advanced Fat Burner

Unknown said...

Cek air .kalau kurang..mesti ada water jacket yg bocor .

Unknown said...

Automatik kipas tak jalan tu rasanya..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger