Pages

Tuesday, December 27, 2011

Review: Mercedes-Benz C-Class Coupe


Dengan beberapa kemaskini dan prestasi yang diyakini, dapatkah C-Class Coupe bersaingdi dalam aspek ‘Sport’?

picture: autoblog.com

Menerangkan kedudukan C-Class Coupe di antara sejarah –sejarah Mercedes-Benz mengambil sedikit kerja. Mercedes tidak  -sangat tidak- mahu anda menganggap ia adalah model CLC baru, CLC yang dilancar pada 2008 dihasilkan dari bahan terkini pada waktu itu dari C-Class Sport Coupe, sebuah kereta yang gagal menyaingi 1-Series. C-Class Coupe baru ini adalah lebih besar, lebih mahal, dan kereta dua pintu sejati dan bukan kereta tiga pintu hatch.


Jadi ia bukanlah CLC yang baru, CLK baru? Hampir tetapi tak juga. CLK telah pun digantikan dengan  E-Class Coupe yang besar dan agak tinggi harganya. Jika waktu ini fikiran anda sedang mengimbas kembali semua huruf dan nombor pada but belakang Mercedes, bukan anda seorang sebegitu..
Walaubagaimanapun, lupakan seketika pelbagai siri produk yang menyiksakan dari Merc’s, C-Class Coupe amat mudah. Ia adalah versi dua pintu C-Class, pesaing sebenar kepada BMW 3-Series dan Audi A5.
Mungkin ia tindakan bijak dari Mercedes-Benz: BMW dapat menjual 6000 3-Series Coupe tahun lalu manakala Audi A5 juga dapat jualan yang memberangsangkan. Dengan bersaing secara terus dan tidak bermain sekitar segmen itu, C-Class coupe tiada tempat untuk melarikan diri lagi . Buat dengan elok atau tewas.

picture: otomove.com
Tidak mengejutkan, Merc’s telah membuat transformasi dengan sempurna. Ia mungkin berkongsi platform dan enjin dengan C-Class sedan, tetapi hanya bonnet hadapan sahaja yang sama di luaran. Selain daripada itu keseluruhannya adalah baru; garis bumbung adalah empat sentimeter lebih rendah dari sedan, dan cermin hadapan dicondongkan ke belakang dengan lebih curam.
Seperti 3-Series dan A5, C-Class Coupe menjanjikan empat ruang duduk sahaja. Tiada lagi kerusi tengah, yang ada cuma ruangan dari plastik di antara dua kerusi belakang. Kerusi belakang tersebut boleh dilipat secara berasingan untuk meluaskan lagi ruangan but. Itulah sebab mengapa Mercedes memilih gaya yang telah digunakan pada CLS untuk ruang penumpang belakang. Lebih sukar untuk menjelaskan mengapa tiada tempat rehat untuk lengan.


Ruangan belakang cukup-cukup untuk memuatkan penumpang yang berketinggian 6 kaki itupun jika dia duduk menegak kepalanya boleh mencecah bumbung kereta. Ia cukup selesa untuk perjalanan separa  jauh dan seperti produk Merc’s yang terbaru, kualiti pembuatannya sangat bagus.
Setakat Ini, tiada apa yang mengejutkan. Tetapi apabila bertukar tempat duduk dari belakang ke hadapan C-Class Coupe, Mercedes ini berbeza dari musuh-musuh tradisinya.


Set menu yang ditawarkan mempunyai tiga pilihan untuk petrol –dua 1.8 liter turbo empat silinder menjana 154 bhp dan 201 bhp, dan 302 bhp enam silinder C350 –dan dua lagi pilihan diesel. Kami mencuba model C250 CDI, yang paling berkuasa antara keduanya.  Ia adalah model empat silinder turbo yang menjana 201 bhp dan tork 368 lb ft, mampu memberi anda 58 mpg dan hanya menghasilkan CO2 sebanyak 128g/km. Statistik yang sangat menakjubkan:  menewaskan BMW, enam silinder 325d yang bukan sahaja lebih dahaga dan kurang bersih dari C-Class coupe, malah menjana kurang kuasa dan tork. Menewaskan BMW di dalam jual beli kuasa/efisyen seumpama menang rundingan dengan Bernie Ecclestone.
Ia mempunyai enjin yang tenang. Manakala enam silinder BMW itu pula mengalakkan anda supaya memaksanya, empat silinder dar Merc’s itu lebih gemar bermain di kawasan bawah rev, kotak gear auto opsyen tujuh-kelajuan gemar menukar gear-gear tinggi lebih awal bila dibiar ia berfungsi sendiri.
Jangan ingat ia perlahan, awas. Ia mampu memacu ke 100km/h  dari pegun hanya mengambil tujuh saat sahaja, tork pertengahannya membolehkan anda memotong tanpa memaksa enjin. Tetapi kombinasi pemilihan gear tidak mahu anda kekal dalm sesuatu gear; ia meminta dengan teragak-agak. Dalam pemanduan harian, anda akan lebih selesa membiarkan kotak gear dan enjin melakukan tarian perlahan mereka, menghantar kuasa dengan tenang dan tidak gopoh.


Begitu juga dengan rasa pemanduannya. Dibandingkan dengan 3-Series dan A5,ia bergerak lebih lembut. Stereng-nya bergerak dengan darjah yang jitu untuk pemanduan jalanraya, walaupun dipasang roda 18 inci ia masih santai, meredah permukaan jalan dengan selesa. Kecuali jika anda memandu atas jalan baru diturap, bunyian angin danjalan tidak akan kedengaran langsung.


Walaupun dengan system “amplitude dependent” pada damping secara otomatiknya menyesuaikan penyerap hentak untuk pemanduan yang lebih kental apabila ia mengesan permukaan jalan. C-Class Coupe tidak akan berubah menjadi senjata tajam di jalan –B. secara dinamiknya semuanya rasa betul dan pada tempatnya –olengan badan sangat minimum, dan casisnya teguh- seperti Merc’s terbaru yang lain, hubungan antara pemandu dan jalan telah diubah sedikit. Ini bukanlah kelalaian dinamik tetapi lebih kepada falsafah untuk memandu girang.


Sesetengah pendapat mengatakan, dengan tidak membuat C-Class Coupe lebih sporty, Merc’s telah terlepas pandang: pembeli yang mencari rasa pemanduan yang lebih lembut sedikit akan memilih sedan yang berharga lebih kurang sama. Pemandu coupe, kebiasaannya mengabaikan sedikit praktikaliti untuk set-up yang lebih tajam. Akan tetapi di pasaran juga sudah banyak kereta coupe yang dibina dengan set-up yang tajam untuk pemanduan agresif. Mercedes percaya bakal pemilik C-Class Coupe adalah dari khalayak yang lebih memandu untuk bergaya.


Jika anda ingin C-Class Coupe anda lebih nampak sporty, anda perlu menunggu ketibaan versi AMG nanti.

Prestasi C250 CDI
0-100km/h 7.0 saat.
Kelajuan Maksimum 240 km/h.
Efisyen 57 mpg.
Tork 368 lb ft.
Kuasa 201bhp.
Tech C250 CDI
2143cc, 4 silinder, pacuan belakang, 1655kg.

Sumber: Sam Philip
Disediakan oleh: ALi@Konmei


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger