Thursday, December 1, 2011

10 sebab enjin tak boleh hidup!







Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.


1. BATERI

Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.

pic: probebatteries.co.za

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.



2. Gear LEVER bukan pada P

pic: becarcare.com

Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi.



3. Minyak petrol tak sampai

Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.

4. Steering lock!!
Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!

5. Spark plug bermasalah
Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.


6. Ignition coil bermasalah
Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.


7. Starter bermasalah.
Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.

8. Timing belt bermasalah.
Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.

9. Aircond compressor jammed
Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.

10. ECU bermasalah.
ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!



Bonus!

Push start button/immobilizer user!

Untuk yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu dan kemudia start la macam biasa.

Kalau dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.

46 comments:

mzulfekar said...

input yg bagus. terima kasih atas usaha anda.

Azs & Ana said...

mohon share di blog saya yer.. utk panduan.. Sbb sedang terjadi kpd diri saya... http://azsanalife.blogspot.com/

Hilmi.Saari said...

Sila2... silakan

Fadzli said...

Salam...saya ada masalah besar...kereta Proton Persona thn 2007 tak start dlm 1 bulan..tetiba nak start,x boleh...bateri mmg da lame...sy jump start,x idup...beli bateri baru...sama...dier ade crank ckit mcm injin nak idup mase mula2 start,tp mmg x idup...try kali ke 2 lgsung xde...biar skejap,try lg same keadaan mula2 ade ckit crank,kali ke 2 lgsung xde...begitu la seterusnya...suspek starter,tukar starter...pun samer...join direct starter ke bateri...crank ok maintain tp enjin tak idup (mknanya enjin ok,x jem la kan??)..check semua relay n fius (kat fuse box dlm enjin n bawah stereng )...sumer fius ok jer...check fuel pum kt bawah seat belakang,on kunci tgk mnyak petrol ok jer ade kuar...so skrang mntk tlg sgt2 saper yg pernah jd cmni...adakah ECU kena reset balik sbb lame x start keter tuh..call proton servis,mahal sgt reset n program blk ecu rm 900++,klu ecu prob rm5K...(sales tu bgtau la)...so igt nak g hntar bengkel yg ader program tu...tp nak tanyer sure ker kt bengkel2 biasa mmg boleh reset n reprogram blk??takut program tu secure n proton jer yg ader program tuh...pening2 keter da 1 mggu sadai..huhuhu...

Fadzli said...

Kalu saper2 yg nak membantu n ade cadangan boleh call direct sy 0126968164...Fadzli...harap sgt bantuan anda semua..tq

home theater systems said...

gi sc suh reset ecu,, atau suh masukkn ver firmware yg terbaru,, xmahal lau buat bnda ni,,

aZam said...

salam.klu bunyi tik-tik-tik tu mmg bateri lemah ye bang? kdg2 saya guna skil buka terminal, bersihkan dan pastu pasang balik.pastu enjin buleh start.tp dah masuk kali ketiga ni dah tak jadi.huhu

Fadzli said...

ws...kalu ade klik2 tu dah mmg konpem bateri...kalu da slalu jd cm2 sy rase elok tukar jer terminal tu xpun cuci bersih2....yg kes sy tu rupanyer emobilizer dlm remote kunci kereta problem....

Natrah said...

kereta sypun ngah problem gak ni,kate waja 1.8.xboleh nak start.bile nak start ada bunyi,tp xsmpi.bile dah pggl mekanik nak start ok plak,tp bile mekanik tu dah blk,kereta 2 wat blk perangai.ingt nak jual jer kereta 2,tp d pkrkan blk dah brhabis bnyk,rase cm rugi jer.serupa mcm kite pakai kereta bmw plak,walhal proton jer.

KEDAH PERSON said...

penah jadi bunyi tik tik tik tu bila start.. 2 kali.. semua kata sebab bateri.. kalau kita lupa free gear lepas tu start memang tak boleh start ek? selalu bila enjin tetiba mati saya on kan je balik.. tekan clutch.. x free gear.. dan x tutup pon aircond ke hape.. terus ja on.. memang kena tutup tu semua dulu ka baru on balik? confuse..

~saya budak baru belajar, jadi mintak tunjuk ajar~

Dino Prince said...

saya ada rakaman video apa berlaku kt kreta saya...saya xtaw apa problem..xleh start..lmpu ada..tp xble start..ada bunyi ketak ketak ketak masa nak start kreta..tp enjin xble hidup gak.. apa kes erk? bateery 3 tahun xtukar..cm ok je lg baterry tue,,

toq wan said...

keta sy bunyi tik tik tik..kdg2 tap tap tap bila nak start. bateri jgk ke tu?

ehsan said...

salam. engine sy tak leh nak start. sebelum ni ok je cuma lama tak start dalam sebulan lebih engine berasap panas radiotor bocor.beteri week. skarang sya da gantikan radiotor bru. beteri pun da cas. minyak da isi 15L. minyk engine da tukar skali tapi tak dapat start. engine mcam nak hidup tapi tak juga hidup. hrap encik dapat tolong sya

Yuszaina said...

Kereta saya bila nak start waktu pagi ok je. Bila dah gerak dan enjin dah panas klu nak start semula kena buat sampai 2,3 kali.Kdg2 kena main pedal minyak br boleh hidup.Apa masalahnya?minta bantuan pakar.

Khairul Azmi said...

salam nak tumpang tanya tau tak kat mana leh baiki computerbox/acu honda..

firdaus kosnin said...

Erm slmt ke atas kenkawan sume..sy de mslah jgk niee..mslh nye kn kete xbole start..lmpu panel sume xnyale...bile d buka nye hoot..n bio kjap bole plk d start nye....d kene mengene ngn mane ek?kreng pon xde bunyi..bolu mintk pndangan x?

Kejadian nye terjadi selepas sy balik dr pasang center lock system...mintak jase baek rakan yg mahir dan myb yg pernh terkene binie

Epul Idham said...

Firdaus kosnin.. try check altenator pakai multimeter. overcharging or low charging.. standard kereta 12v je...

Miss Neisa said...

salam kereta saya jenama honda tidak hidup dan ade notis suruh check ABS system...kenape ye??

Johari Ahamad said...

Salam..lepas tu abg buat mcm mana ya? Kereta sy savvy mengalami yg sama skrg..harap dpt bantuan..atau cal sy 0146110122 joe.

Roll Nam said...

tq bro

Mahzan Ajan said...

Sekiranya tukar bateri remote especially waja campro, pastikan cip remote kecik shj warna hitam 4 segi dimasukkan balik dlm remote. Cip tersebut merupakan sensor semasa hendak start enjin.

sham soul said...

saya pakai gen 2 tahun 2005, sejak kebelakangan nie, selepas saya tukar bateri baru, ada masa start enjin sampai 3x tak hidup, kali ke 4 baru hidup, penah 2x dia enjin mati semasa drive...masa ambil selekoh kelajuan dalam 30-40km/j. cuci karbon baru buat,setting computer pon dah buat, plug tukar baru...tetapi stil juga berlaku masalah di atas... just nak tau apa masalahnya... minta pandangan otai2.....

Zaini Sh said...

kereta wira 4g15 auto 1.5
assalam..
adakala start crank tak hidup..dua tiga kali juga cuba baru hidup.adakala ok plak.bateri ok.plug baru.
adakala crank kosong..

sukri daud said...

keta wira 1.3 tahun 2001 pagi2 senang hidup...tapi bila engin dah panas pasang aircon selalu mati masa tengah memandu kadang bahaya waktu coner sebab brek jadi x makan pas tu stering mesti berat punye...kenapa yekkk..

rieliey said...

salam,
crank tu apa?
mohon nak share di blog saya ya

fadhli said...

Salam ,
Saya ada masalah dengan kereta saya ,
Masalahnya begini ,
Bila saya gerakkan kereta saya , tekan minyak sampai rpm naik tinggi dan lepas minyak lepas tu kereta saya terus mati dan start balik susah nak hidup , lama kemudia lampu jadi malap , dan kena biar enjin betul2 sejuk baru boleh start balik , apa masalahnya ? Saya pakai satria auto 1.5 , cable plak dan plak baru tukar masalah masih jadi lagi , dan ada org cakap masalah starter , harap tuan boleh bantu saya ,

shaz said...

sy guna kereta kancil..susah nk start kete..kalu on kunci..radio sume ok..tp mcm power xsmpai ke..agak2 knpa ya??

Mr.Belalang said...

Salam..
sy pn da slalu kn mcm ni..keta wira manual 1.3 sy kuar modal rm1300 buat top overhaul trus.naik benci da bl tgk check enjin asyik menyala je...satria 1.5 auto pn mcm tu..tgh jalan tetiba padam..byk kali da kena..paling bengang bila masuk bandar kl..sakit ati woo..nk setel cara mudah kuar duit rm4-6 ratus tukar trus trotl body..alhamdulillah..

faRid ali said...

Salam.mau tnya la.krete sy kancil tapi enjin viva komplet.tapi bila pagi start skali je tros idop,pas2 ble brenti kt mane2 dy ssh nk idop plak.nape ye kwn2.tolong

mior ahmad ramdzan said...

saya pakai honda sv4 jerung..hari sabtu hari tu satu hari say tak hidupkan injin,so hari ahad tu nak kluar pagi tu start la kereta..aaa sudah dia tak mau hidup..crank kat dua puluh kali tak mau gak hidup...sampai petang masalah masih sama tak mau hidup..saya da geram pump2 minyak banyak kali last sekali baru mau hidup..kesimpulan nya rasa tiap2 kena hidupkan injin

fakhrul hafizy said...

berdasarkan pengalaman saya belajar tentang kereta jika keluar warning check ABS system maka kena pergi ke bengkel and check sama ada brek abs rosak atau sensor dia rosak. kadang2 blh jadi kereta yang latest2 ni masalah sensor. brg semua ok tapi sensor tak ok tetap akan keluar warning.

fakhrul hafizy said...

makna egine crank sama ada crankshaft.. dalam bahasa melayu di panggil aci engkol

atoie said...

kereta waja saya 1.6 campro. tau mau lak dia start nape ek...batery dh baru... tapi tetap mahu hidup. ape masalah sebenar nye. nk balik raya nih...aduhhh...buat hal lak dia.. mohon bantuan sahabat yg pernah ade pengelaman mcm nih. call or whatapps sy 0129591345 faizezmi

Dear Diary said...

Saya guna kembara manual, baru tkr bateri 6 ogos 2013. Tp semalam keta tak nak start..kbtln kat stesen minyak..org tolong tolak so dptla start.. Then org tu ckp..smpi rumah jgn trus off keta..biar charge lama ckit.mungkin bateri keta tak ckp charge.. Masalahnya..bila tgh charge dlm 20 minit tu..keta tiba2 stop sendirinya.. Then tak nak hidup smpi pagi ni pun tak nak hidup.. :'(
Apa masalah eyh??? Klu 'on' keta, lampu2 kat dashboard tu menyala jugak. Anyone can help me????

Hazeman Huzir said...

Memang susah ada Waja ni. Kereta Waja aku pun baru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang:

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html

saiful nizam abd rahaman said...

ada tak contact utk baiki ECU?

Vendetta said...

Salam..sy pakai gen2 auto 1st model..br lps tukar fuel pump sblm raya..pg ni dia wat hal blk.crank cantik..tp enjin xhidup.try lg crank smbl tekan mnyk..bunyi mcm tersengguk2..apa maksudnye tu...

adam rafiq said...

Sy mengalami satu masalah pada enjin evo 3 sy.pertama skali cuma cylinder blok 1&4 ada spark.kemudian enjin lgsung x bleh start.coil dah ditukar tapi enjin masih x hidup.semu plug lgsung x ada spark.plezzzzz help

musyam said...

salam..nak tanye range harga stater selalunye berapa? kereta saya jenis saga fl.tq mohon reply asap.

feyus said...

good info.

Angah Firdaus said...

Salam...saya nak tanya pasal toyota wish...masa tengah bawak...airbag indicator menyala pastu enjin terus mati...terus sy letak gear kat N pastu parking tepi..try start takleh...harap dapat membantu

Mohd Sureh said...

Salam...saya ade membela proton saga lama enjin magma 8 valve...sy ade masalah sedikit kerana bila sy setart kereta enjin hidup tapi dkt karburetor batuk batuk la. Bunyi kceh kceh kceh kluar dkt karburetor..dan enjin maty..bile start idup balik..timing pun jd rendah...sila bantu saya..tq..

ronizan mohamad said...

Isuzu d.max 2.5 sejuk senag hidup.apa bila panas kite stat tak nak hidup...siapa blh tlong

Mat said...

Kete BARU aku baru beli x smpai sebulan dh x boleh start....alahai

hafiz said...

Masalah kereta bro apa punca die, kereta sya mgalami masalah sama.

Toriton said...

utk fix ECU, cuba call Mr. Ang di Meru 0122030102

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger