Simota Filter
Air filter adalah sejenis penapis udara yang akan menapis udara sebelum masuk ke dalam enjin dan dibakar bersama petrol yang menghasilkan kuasa kuda enjin anda. Setiap enjin mempunyai penapis udara yang diperbuat daripada kertas (hampir). Bukanlah kertas biasa, kerta yang boleh menapis.
Jadi kenapa ia perlu ditukar? Penapis biasa akan menghalang beberapa jumlah udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran, tapi jangan risau, jurutera yang membina enjin anda terlah pun mengira jumlah udara yang cukup untuk masuk ke dalam enjin walaupun dengan air filter biasa.
Jika anda fikir anda lebih pandai dari jurutera dan membuang terus penapis udara anda dan tidak memakainya lansung, segara ranting kecil, daun-daun, batu-batu kecil juga akan bercampur ke dalam kebuk pembakaran anda dan sedikit sebanyak akan merosakkan bahagian dalam enjin anda. Enjin anda akan terus rosak apabila ada anak katak yang tersedut ke dalam dan tersangkut dalam enjin atau turbine anda! Jangan gelak! ini pernah terjadi!!
Jadi bagus ke tukar penapis udara ni kepada jenama lain yang bukan alat ganti asli?
K&N Drop In
Penapis udara berjenama seperti K&N dan HKS serta beberapa jenama terkenal telah pun mengkaji bahan yang mereka gunakan. Untuk jenis Drop In air filter, iaitu penapis udara yang mengekalkan bentuk asal penapis dan cuma mengubah bahan penapis dari kertas ke bahan yang mereka percaya. Penapis jenis ini masih mengehadkan jumlah udara yang masuk tetapi lebih lancar dan penapis ini boleh digunakan sepanjang hayat jadi biarpun ia agak mahal semasa membeli, anda tak perlu lagi menukarnya, hanya mencucinya sahaja.
HKS Hybrid Filter
Jadi kenapa Drop in? Jika tiada sebarang modifikasi dalam enjin anda yang memerlukan lebih udara untuk masuk, anda tak perlu menggunakan filter yang akan memberi lebih ruang untuk udara masuk, kerana injektor enjin anda tidak akan menyemburkan lebih petrol walaupun udara yang masuk lebih banyak. Ini akan menyebabkan pembakaran yang 'lean' yang hanya akan merosakkan enjin anda.
Yang ini dipanggil "Open Pod Filter". Jenis ni la yang tak disarankan pakai jika enjin anda tidak mengalami sebarang modifikasi dalaman yang memerlukan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran. Jika anda menggunakan ini, anda mungkin akan terasa lebih pick up pada rpm bawah dan sebu pada rpm tinggi.
Kenderaan dengan modifikasi dalaman yang membenarkan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran adalah disarankan untuk filter jenis ini. Modifikasi seperti turbine lebih besar, piston lebih besar, injektor lebih besar dan apa sahaja modifikasi yang meningkatkan volumetric efficiency anda membolehkan anda menggunakan filter jenis ini.
Sebaiknya jika anda menggunakan filter jenis ini, pastikan anda dapatkan kotak untuk menutup bahagian sekelilingnya untuk mengelakkan udara panas dari dalam bay enjin anda disedut kedalam kebuk pembakaran, kerana filter jenis ini akan menyedut udara dari sekelilingnya. Penggunaan Cool Air Intake yang kemudian disalurkan ke dalam kotak yang menempatkan filter tersebut.
0 comments:
Post a Comment