Friday, December 2, 2011

Analisis Spark Plug anda!


Spark Plug atau palam pencucuh dalam Bahasa Malaysia adalah pencucuh yang bertanggungjawab mencetuskan letupan dalam kebuk pembakaran anda. Jadi ianya terletak diantara luar enjin dan di dalam kebuk pembakaran. Jadi cuma Spark plug sahaja tahu apa yang berlaku dalam kebuk pembakaran anda!

Apa saja yang terjadi adalah jawapan atau penerangan kepada kondisi enjin dan kebuk pembakaran anda.

1. Berkeadaan Normal
Palam pencucuh ini beroperasi dalam keadaan normal di dalam suhu enjin yang baik dan enjin yang sihat. Dalam keadaan yang normal, palam pencucuh kelihatan sedikit perang atau kelabu akibat panas. Jika anda menggunakan NGV, ia akan kelihatan lebih perang dari palam pencucuh yang menggunakan petrol.


2. Palam basah dan berminyak
Yang melekat itu adalah minyak enjin atau minyak hitam. Ini menunjukkan terdapat kebocoran samada di valve stem atau di kebocoran head gasket yang membenarkan minyak enjin melalui masuk ke kebuk pembakaran. Piston ring yang sudah kehausan juga merupakan punca minyak enjin boleh masuk ke kebuk pembakaran. Jika ia bocor pada valve stem atau head gasket, sudah sampai masa anda melakukan "top overhaul" iaitu overhaul cylinder head. Jika ia berpunca dari piston ring, Sudah sampai masa anda melakukan general overhaul atau overhaul keseluruhan.


3. Diliputi karbon
Jika palam pencucuh anda kelihatan hitam berdaki dan pepejal hitam berkenaan agak lembut dan boleh dicungkil, ianya adalah karbon. Jika hanya satu atau dua dari kesemua palam pencucuh anda yang diliputi karbon, sila periksa sebarang valve atau injap yang tersangkut, atau distributor cap yang bocor atau kabel spark plug yang bocor. Jika kesemua palam pencucuh anda diliputi karbon adalah berkemungkinan anda telah memasangkan palam pencucuh dengan julat haba yang salah. Ia menunjukkan campuran udara dan petrol yang terlalu pekat di mana nisbah petrol lebih banyak kemungkinan kerana ada halangan udara untuk masuk ke kebuk pembakaran atau injektor yang bermasalah. Juga sila lakukan 'compression test' untuk melihat jika enjin anda kurang mampatannya.


4. Lusuh
Bukan macam lusuh baju tu, dah terlalu lama dipakai hingga sampai ke hayatnya. Kelihatan macam dah buruk sangat dan macam dah dibakar terlalu lama. Palam pencucuh ni tak mampu lagi menghasilkan api yang sekuat dulu dan mungkin mengganggu prestasi enjin anda dan membuatkan penggunaan petrol lebih tinggi.


5. Berpenebat berkaca (tak berpenebat)
Keadaan ini boleh menyebabkan missfiring ketika rev tinggi. Bahagian berkilat menunjukkan suhu tiba-tiba berubah menjadi tinggi ketika pecutan yang agak kuat. Dan keputusannya, deposit metalik tak sempat dipecahkan lalu cair dan melekat menjadi lapisan konduktor yang menyebabkan missfire. Kekuningan dan warna perang terbakar menunjukkan petrol yang bercampur lead.


6. Kerosakan mekanikal
Biasanya terjadi apabila ada bendasing dalam kebuk pembakaran anda. Wap air yang masuk ke dalam juga mampu membuatkan kerosakan sebegini kerana cecair tak boleh dimampatkan. Periksa juga pada silinder lain kerana bendasing tersebut boleh berpindah ke silinder lain akibat valve overlap.


7. Terlalu panas
Deposit seperti serbuk berwarna putih kelihatan dan boleh dicungkil menjadi habuk. Jarak elektrod juga melebihi jangkaan normal yang sepatutnya. Ini biasanya terjadi akibat ignition timing yang terlalu advance atau terlalu cepat sebelum TDC. atau sistem radiator yang bermasalah atau campuran udara dan petrol yang terlalu nipis di mana petrol sangat kurang. Atau mungkin anda menggunakan spark plug jenis terlalu panas.



8. Percikan kasar!
Berlaku apabila deposit terlalu lama terkumpul akubat missfiring atau beroperasi dengan kurang tenaga. Apabila palam pencucuh baru dipasang dan suhu kebuk kembali normal, sewaktu rev yang agak tinggi deposit yang melekat pada piston tercampak pada penebat palam pencucuh.


9. Serbuk terkumpul
Terjadi akibat pembakaran additive minyak atau additive petrol yang tak sesuai. Serbuk ini bersifat penebat dan mungkin akan menyebabkan misfiring


10. Jurang dirapatkan
Jarang terjadi dalam enjin, dan penyebabnya adalah seperti percikan kasar cuma kali ni deposit tu melekat pada jurang antara elektrod. Menyebabkan misfiring atau api yang sangat kecil.


11. Pra percikan
Jika diperhatikan, elektrod atas telah cair dan kemudian diikuti di bahagian tengah. Selalunya terjadi akibat beberapa masalah enjin yang mengakibatkan pra percikan. Atau mungkin akibat deposit dalam enjin yang menyala kerana terlalu panas atau kegagalan pengawalan suhu enjin atau palam pencucuh jenis yang terlalu panas untuk enjin berkenaan.


12. Letupan
Kejadian ini telah mematahkan muncung penebat. Ia terjadi akubat tekanan yang terlalu ekstrim pada komponen dalaman enjin. Ia terjadi akibat masalah pergerakan valve, campuran udara dan petrol terlalu nipis, ignition timing terlalu awal, atau RON petrol yang terlalu rendah.




artikel telah dialih bahasa, diolah, dan ditulis kembali oleh Konmei, sumber asal artikel dan gambar dari: http://www.championsparkplugs.com/

Article has been translate modified and rewrite by Konmei, original source of article and picture by: http://www.championsparkplugs.com/



2 comments:

kasih rahmat said...

thnx berguna info ni
http://agdaudr.blogspot.com/:)

hafiz hardfiz said...

kenapa motor aku bila enjin panas akan keluarkn asap sikit bau die mcm minyak hitam terbakar.plug pon hitam berdebu..blh perjelaskn x kenapa

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger