Berlansung di Cyberjaya Sport Arena pada 10 Disember lepas, gymkhana di Cyberjaya ini mempertandingkan 2 kategori iaitu Front wheel drive dan Rear wheel drive dan setiap kategori dipecahkan kepada kategori expert dan novice.
Bermula dengan free run pada pukul 2 petang sehingga 4 petang, peserta telah menunjukkan aksi mereka yang agak baik walaupun dalam latihan. Tak kurang jugak dengan mereka yang melanggar-langgar semua tong dan kon dalam litar berkenaan.
2 biji tayar dari 2 buah jentera berlainan telah pun pecah pada sesi latihan kerana cuaca yang sangat panas dan susunan litar yang agak mencabar. Walaubagaimanapun setiap peserta telah pun bersedia membawa set tayar mereka sendiri.
Acara bermula lebih kurang jam 4 dengan single run dari Front wheel drive dan diikuti Rear dan All wheel drive berikutnya dan berakhir pada pukul 6 petang.
Pada pukul 7.20 petang pula acara twin battle iaitu perlumbaan dua litar yang sama pada berlainan arah.
Acara berakhir lebih kurang jam 10 malam selepas penyampaian hadiah. gambar di atas adalah juara, tempat ke 2 dan ketiga yang mewakili Konmei untuk pertandingan gymkhana di Cyberjaya kali ini.
0 comments:
Post a Comment