Pages

Monday, December 26, 2011

Rim Offset


Nak tukar rim sampai tayar terkeluar? Kalau boleh nak jadi katak kete tu penyek je atas jalan betul tak? Konon nampak cool la.. tak pun nampak racing? Tapi ramai jugak yang tak faham lagi offset ni macam mane kan? Gambar di atas tu menunjukkan posisi belakang kenderaan dan rim dan tayarnya berada pada kedudukan yang senonoh tanpa sebarang modifikasi. Perhatikan centerline tu, itulah keadaan hub rim tu berada betul-betul di tengah rim, kalau anda ingat hub tu berada di tepi, tengok betul-betul di bahagian dalam.



Jika anda menukar rim lebih lebar pun, dan tayar tu ade terkeluar sikit, tapi hub rim masih di tengah di mana kelebaran tayar tu masih sama rata ke dalam dan luar, ia masih lagi zero offset tak kira la berapa lebar mana pun rim tu. Tetapi kalau terlalu lebar dikhuatiri tayar anda akan berlanggar dengan komponen dalaman seperti arm, atau badan kereta itu sendiri.




Haaaa!!! yang ni baru offset terlampau! Samada rim tu semulajadi negative offset atau korang mengada-ngada dan gatal tangan tambah spacer untuk jadi offset! Nak tayar terkeluar mcm katak tu. Kalau untuk track racing ramai yg buat negative offset untuk lebih stabil, tapi kalau guna suspension, arm, bushing biasa nanti macam-macam la rosak akibat stress tayar yang semakin jauh. Cuba lihat centerline di mana tayar anda sepatutnya berada, tak center kan? tayar ke kiri sikit, yang belah dalam lagi sikit dari luar kan? Yang berwarna biru tu spacer atau hub rim anda yang terlebih besar, Garisan biru pulak menandakan berapa jauh offset anda dari centerline. kalau 20mm, ia akan jadi -20 offset kalau 40mm akan jadi -40 offset.


Inilah antara rupa spacer yang bertanggungjawab melarikan offset rim anda. Boleh didapati di internet dan kedai tayar yang mungkin tak berapa dekat dengan rumah anda.



Ada lagi, yang ni positif offset, memang ade rim yang sengaja buat jadi macam ni untuk tujuan tertentu. tayar akan ke dalam sikit dan tayar belah dalam tu lebih dari belah luar. tengok centerline tu, belah dalam lebih lebar dari luar.


Jangan sekali-kali tambah offset kalau tak sedia akibatnya, nak pakai rim lebar boleh tapi offset tak perlu la kacau.

14 comments:

syahirooAhmad said...
This comment has been removed by the author.
syahirooAhmad said...

boleh share tak apa akibatnya? part lain boleh rosak ? or skru boleh tertanggal...

coz saya ade pasang spacer tu.. bila nak ikat nut tu nampak macam pendek je.. risau gak..

Blackcengkarung said...

besar kemungkinan bearing boleh rosak sebab stress

deadMeta said...

bearing, arm, bushing, hampir semua sekali lebih mudah rosak, tapi tak semestinya dalam masa yang sama atau terdekat, sbb stress lg banyak

Unknown said...

pasang chamber untuk mengelakan kerosakan tyre, arm, bearing dan sebagainya

Unknown said...

"Jangan sekali-kali tambah offset kalau tak sedia akibatnya, nak pakai rim lebar boleh tapi offset tak perlu la kacau."

nak tanya, maksudnya xde pape risiko la pakai rim lebar kalau xkacau offset,camtu ke?

faizoljoe said...

Rim standart sya offset 50,sya nk bli rim 17 offset 38.akan jd mslah x klu sya pakai offset 38.

Ashmanbahari said...

Assalamualaikum. Saya bru terbukak page ni. Maaf lambat. Harap sapa2 sudi membantu saya. Saya psg rim Lebih lebar. Tpi Wajib pkai spacer Sbb Kalau X pkai rim Saya Akan bergesel dgn pump brake. Spacer saya psg Di depan Saja. Blakang X kena. Mcm mana Tu akibatnya?

Unknown said...

Salam..sy upgrade sistem brek 4pot di depan mslh skang rim yg sy pkai tu sangkut pada caliper 4pot..so apekan ofset sesuai utk sy btulkn mslh offset rim ni

Unknown said...

Salam..sy upgrade sistem brek 4pot di depan mslh skang rim yg sy pkai tu sangkut pada caliper 4pot..so apekan ofset sesuai utk sy btulkn mslh offset rim ni

Unknown said...

Boleh saya tahu 18/8jj/114.3x5/offset 25 sesuai untuk kereta ape?atau boleh digunakan utk kereta jenis ape

Unknown said...

Bagai mana kalau rim 17 9jj et20

Unknown said...

Sy nk bertanya rim sy seblh kanan hadapan sahaja terkeluar.. Yg lain semua ok knpe ye..

Unknown said...

sy telepas pandang beli rim et45 akibat nya kena bubuh spancer tebal depan sb sangkut dkt adjustble&bila pusing hbs streng sangkut tyre belah dlm ke bodi ..bole ke saya gunakan spancer&ape akibat nya x..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger