Dengan beberapa
kemaskini dan prestasi yang diyakini, dapatkah C-Class Coupe bersaingdi dalam
aspek ‘Sport’?
Menerangkan kedudukan C-Class Coupe di antara sejarah
–sejarah Mercedes-Benz mengambil sedikit kerja. Mercedes tidak -sangat tidak- mahu anda menganggap ia adalah
model CLC baru, CLC yang dilancar pada 2008 dihasilkan dari bahan terkini pada
waktu itu dari C-Class Sport Coupe, sebuah kereta yang gagal menyaingi 1-Series.
C-Class Coupe baru ini adalah lebih besar, lebih mahal, dan kereta dua pintu
sejati dan bukan kereta tiga pintu hatch.
Jadi ia bukanlah CLC yang baru, CLK baru? Hampir tetapi tak
juga. CLK telah pun digantikan dengan
E-Class Coupe yang besar dan agak tinggi harganya. Jika waktu ini
fikiran anda sedang mengimbas kembali semua huruf dan nombor pada but belakang
Mercedes, bukan anda seorang sebegitu..
Walaubagaimanapun, lupakan seketika pelbagai siri produk
yang menyiksakan dari Merc’s, C-Class Coupe amat mudah. Ia adalah versi dua
pintu C-Class, pesaing sebenar kepada BMW 3-Series dan Audi A5.
Mungkin ia tindakan bijak dari Mercedes-Benz: BMW dapat
menjual 6000 3-Series Coupe tahun lalu manakala Audi A5 juga dapat jualan yang
memberangsangkan. Dengan bersaing secara terus dan tidak bermain sekitar segmen
itu, C-Class coupe tiada tempat untuk melarikan diri lagi . Buat dengan elok
atau tewas.
picture: otomove.com
Tidak mengejutkan, Merc’s telah membuat transformasi dengan
sempurna. Ia mungkin berkongsi platform dan enjin dengan C-Class sedan, tetapi
hanya bonnet hadapan sahaja yang sama
di luaran. Selain daripada itu keseluruhannya adalah baru; garis bumbung adalah
empat sentimeter lebih rendah dari sedan, dan cermin hadapan dicondongkan ke
belakang dengan lebih curam.
Seperti 3-Series dan A5, C-Class Coupe menjanjikan empat
ruang duduk sahaja. Tiada lagi kerusi tengah, yang ada cuma ruangan dari
plastik di antara dua kerusi belakang. Kerusi belakang tersebut boleh dilipat
secara berasingan untuk meluaskan lagi ruangan but. Itulah sebab mengapa
Mercedes memilih gaya yang telah digunakan pada CLS untuk ruang penumpang
belakang. Lebih sukar untuk menjelaskan mengapa tiada tempat rehat untuk
lengan.
Ruangan belakang cukup-cukup untuk memuatkan penumpang yang
berketinggian 6 kaki itupun jika dia duduk menegak kepalanya boleh mencecah
bumbung kereta. Ia cukup selesa untuk perjalanan separa jauh dan seperti produk Merc’s yang terbaru,
kualiti pembuatannya sangat bagus.
Setakat Ini, tiada apa yang mengejutkan. Tetapi apabila
bertukar tempat duduk dari belakang ke hadapan C-Class Coupe, Mercedes ini
berbeza dari musuh-musuh tradisinya.
Set menu yang
ditawarkan mempunyai tiga pilihan untuk petrol –dua 1.8 liter turbo empat
silinder menjana 154 bhp dan 201 bhp, dan 302 bhp enam silinder C350 –dan dua
lagi pilihan diesel. Kami mencuba model C250 CDI, yang paling berkuasa antara
keduanya. Ia adalah model empat silinder
turbo yang menjana 201 bhp dan tork 368 lb ft, mampu memberi anda 58 mpg dan
hanya menghasilkan CO2 sebanyak 128g/km. Statistik yang sangat menakjubkan: menewaskan BMW, enam silinder 325d yang bukan
sahaja lebih dahaga dan kurang bersih dari C-Class coupe, malah menjana kurang
kuasa dan tork. Menewaskan BMW di dalam jual beli kuasa/efisyen seumpama menang
rundingan dengan Bernie Ecclestone.
Ia mempunyai enjin yang tenang. Manakala enam silinder BMW
itu pula mengalakkan anda supaya memaksanya, empat silinder dar Merc’s itu
lebih gemar bermain di kawasan bawah rev,
kotak gear auto opsyen tujuh-kelajuan gemar menukar gear-gear tinggi lebih
awal bila dibiar ia berfungsi sendiri.
Jangan ingat ia perlahan, awas. Ia mampu memacu ke
100km/h dari pegun hanya mengambil tujuh
saat sahaja, tork pertengahannya membolehkan anda memotong tanpa memaksa enjin.
Tetapi kombinasi pemilihan gear tidak mahu anda kekal dalm sesuatu gear; ia
meminta dengan teragak-agak. Dalam pemanduan harian, anda akan lebih selesa
membiarkan kotak gear dan enjin melakukan tarian perlahan mereka, menghantar
kuasa dengan tenang dan tidak gopoh.
Begitu juga dengan rasa pemanduannya. Dibandingkan dengan
3-Series dan A5,ia bergerak lebih lembut. Stereng-nya bergerak dengan darjah
yang jitu untuk pemanduan jalanraya, walaupun dipasang roda 18 inci ia masih
santai, meredah permukaan jalan dengan selesa. Kecuali jika anda memandu atas
jalan baru diturap, bunyian angin danjalan tidak akan kedengaran langsung.
Walaupun dengan system “amplitude
dependent” pada damping secara otomatiknya menyesuaikan
penyerap hentak untuk pemanduan yang lebih kental apabila ia mengesan permukaan
jalan. C-Class Coupe tidak akan berubah menjadi senjata tajam di jalan –B.
secara dinamiknya semuanya rasa betul dan pada tempatnya –olengan badan sangat
minimum, dan casisnya teguh- seperti Merc’s terbaru yang lain, hubungan antara
pemandu dan jalan telah diubah sedikit. Ini bukanlah kelalaian dinamik tetapi lebih
kepada falsafah untuk memandu girang.
Sesetengah pendapat mengatakan, dengan tidak membuat C-Class
Coupe lebih sporty, Merc’s telah terlepas pandang: pembeli yang mencari rasa
pemanduan yang lebih lembut sedikit akan memilih sedan yang berharga lebih kurang
sama. Pemandu coupe, kebiasaannya mengabaikan sedikit praktikaliti untuk set-up yang lebih tajam. Akan tetapi di
pasaran juga sudah banyak kereta coupe yang dibina dengan set-up yang tajam untuk pemanduan agresif. Mercedes percaya bakal
pemilik C-Class Coupe adalah dari khalayak yang lebih memandu untuk bergaya.
Jika anda ingin C-Class Coupe anda lebih nampak sporty, anda
perlu menunggu ketibaan versi AMG nanti.
Prestasi C250 CDI
0-100km/h 7.0 saat.
Kelajuan Maksimum 240
km/h.
Efisyen 57 mpg.
Tork 368 lb ft.
Kuasa 201bhp.
Tech C250 CDI
2143cc, 4 silinder,
pacuan belakang, 1655kg.
Sumber: Sam Philip
Disediakan oleh: ALi@Konmei