Pages

Friday, November 25, 2011

Review: Chery Eastar 2.0 MPV


Jarang sekali kami membuat review sebuah kereta, mungkin tak pernah kot untuk satu kereta lagi-lagi sebuah MPV dari China pulak tu? Biasanya kalau review mesti kereta laju atau yang nampak jahat kan?

Sejak beberapa minggu ni banyak search keyword yang membawa kepada blog ni hasil dari keyword "chery eastar mpv" atau "enjin ateco". Agak ramai jugak la yang search keyword lebih kurang macam ni mungkin kerana kami ada review MPV dengan harga munasabah sebelum ni.

Kami bukan taknak review, setiap persoalan kami akan cuba beri jawapan dan kerana itulah terhasilnya semua artikel sebelum ini kerana persoalan ahli-ahli kami ataupun orang yang bertanya kepada kami.

Kita mulakan dengan pengenalan, Chery Eastar adalah sebuah MPV saiz penuh 2.0 liter yang basic dengan gearbox 4 kelajuan. Kalau tengok dari spec enjin takde yang lebih pun untuk sebuah kereta buatan China.

Tapi yang membezakannya bila size kereta ni mula mengambil alih perhatian anda, saiz penuh pada luaran macam Mitsubishi Grandis dan Honda Odessey yang berharga sekitar RM180,000 tu. Tapi dalaman macam mana? Tidaklah semewah Honda dan Mitsubishi kerana harganya pun separuh dari kereta di atas. Ketuk2 memang kosong tapi pandangan mata tidaklah terlalu kosong. Hiasannya agak kemas dan kalau yang tak sangat kemas pun, ingat sekali lagi, anda membayar separuh harga.



Mana nak cari kereta dengan interrior macam ni? Proton Ixora? ok, mungkin saingan agak sengit di sini, yang sebenarnya tidak bersaing pun. Hampir sama besar dengan eastar tapi Ixora memilih untuk mengalahkan Livina dan Citra, enjin kelas 1.6nya tak setanding dengan torque dihasilkan eastar dan ianya pendek sedikit dari Eastar.



Enjin Ateco? Europe? Memang tak pernah dengar, ianya dihasilkan oleh AVL dalam R&D bersama mereka dan telah digunakan oleh Fiat dalam kereta sedannya Linea. AVL adalah sebuah syarikat automotif eropah yang membekalkan alat ganti untuk kereta eropah.


Tak nampak kemas!! Memanglah, mind set anda dah kata ini kereta China, tak berkualiti, semua kata tak nampak kemas. Sekali lagi, harganya adalah separuh dari harga saingannya, ia dihasilkan di China di mana buruhnya sangat rendah dan Quality Controlnya lebih rendah dari kereta eropah atau Jepun. Jadi nak QC yang baik? tengok poket anda dan dapatkan kereta eropah atau Jepun.

Walaupun dipasang di China, oleh kerana ia teknologi eropah, kuasa torque nya sangat memberansangkan, kalaulah tak tahu Chery ni sebuah kereta China, mesti ramai yang terpegun dengan kelancaran enjin ni memecut. Bukan laju tapi lancar, penuh yakin untuk mengangkat kenderaan sebesar ni. Sila pandu uji untuk statement ni!



Pakej Full Spec pun sangat menarik, 2 LCD belakang headrest, sebuah LCD touch screen dengan DVD player di depan lengkap dengan reverse camera bila anda sedang mengundur!


Pilihan Full Spec juga menawarkan tempat duduk kulit dengan pilihan warna berbeza. Jika anda mahukan gelap pilihlah tempat duduk kulit berwarna hitam atau kelabu, jika mahu cerah, pilih coklat atau cream atau 2 tone.


Full spec juga menawarkan Bodykit dan Security tinted 5 mil yang menghalang cermin anda dipecahkan dengan mudah oleh orang tak bertanggungjawab.




Cantik? Untuk kereta yang berharga RM85,988 on the road, memang agak menarik, tapi mesti anda was-was kan? Kereta China, baru nak naik.. alat ganti? Kereta ni buatan China dan harganya pun murah. Semua orang tau kalau nak carik barang murah, cari barang buatan China, jadi macam mana alat ganti kereta China sendiri boleh mahal? logik tak?


Rosak? Kita ambil sejarah Proton, semua rosak dan ramai yang cakap macam-macam, akhirnya semua orang beli Proton kerana takde pilihan lain. Nak kenderaan yang tak rosak, beli la yang mahal! Tapi kenderaan yang mahal tu tak rosak untuk jangka masa sementara je, sampai masa dia nak rosak, mampu ke kita baiki? Waktu tu apa beza dengan kenderaan lebih murah dan kos membaik pulih yang murah?

Cuma kereta import ni tidak memeningkan kepala anda selama 4-5 tahun dan disarankan tukar kenderaan anda selepas jangka masa tu kalau taknak breakdown. Anda dapat peace of mind tapi duit anda pun kene peace!

Kita ambil pula sejarah Naza Ria atau Kia Carnival. Ramai yang kata rosak dan tak bagus. Hakikatnya paling ramai yang memiliki Naza Ria dan walaupun dah tak dijual lagi, ramai yang datang tanyakan Naza Ria di showroom KIA berdekatan. Kalau tak percaya tanye la jurual KIA tu.

Jadi anda pun nak fikir sampai Eastar ni dah habis dijual baru nak beli? Hakikatnya ramai yang dah terbeli kereta Jepun dan nak tukar pada Eastar tapi tak mampu sebab mereka dah buat loan dan terpaksa tambah wang untuk menjual kenderaan mereka. Dan mereka tak puas hati dengan saiz kereta berkenaan.




Berikut adalah gambar yang kami jumpa untuk Eastar yang telahpun terlibat dalam kemalangan. Teruk? tengok dari mata kasar memang teruk tapi cuba tengok betul-betul hasil pelanggaran di atas, kedua-dua Eastar berkenaan tidak terjejas A,B dan C pillarnya sehinggakan pintu hadapan boleh ditutup rapat walaupun setelah kemalangan seperti itu dan menunjukkan pemandu boleh keluar tanpa sebarang masalah. RM85,988 untuk MPV bersaiz penuh dan selamat? Ia juga dilengkapi 2 airbag dan Traction Control (TCS) dan ABS serta EBD.

Ini bukanlah MPV yang terbaik dan harus dibeli, cuma ianya sangat sesuai untuk mereka yang berkemampuan sekitar RM90,000 dan dengan wang pendahuluan sekitar RM8,688 untuk mendapatkan sebuah MPV saiz penuh dan semua kelengkapan canggih di atas.

Ramai yang kemudian tak berpuas hati dengan Eastar kerana ramai jurujual di luar sana banyak yang menipu dan memberi informasi yang salah dan membuatkan pembeli rasa tertipu dan marah. Kami di Konmei terdiri dari penggemar automotif dan sukan bermotor akan memberi nasihat kepada anda untuk kenderaan yang sesuai dengan cara hidup anda, pendapatan anda dan kepentingan anda. Setiap artikel di blog kami juga dikaji dengan terperinci sebelum ditulis.

Sila hubungi 017-2527340 atau emailkan ke hilmi.saari@gmail.com untuk sebarang nasihat ataupun rebat tunai ataupun promosi terbaik yang boleh kami beri dan mungkin lebih menarik lagi. Trade in diterima dan kami akan pastikan anda mendapat kenderaan yang sesuai untuk diri anda dan bukan bagi diri kami.

48 comments:

cikgu said...

Satu artikel yg sgt bagus utk chery easter.

Unknown said...

Baaaaaaggggguuussssss......!!!!!!

KohibahN9 said...

Nak tanya,

kereta Chery saya mempunyai masalah pada gearbox,
Reverse boleh, tetapi nak jalan kehadapan tak boleh,
apa masalah gearbox chery ni ya.

ty.

Mohammad Noor said...

Mana nak dapat alat ganti?

Abu Bakar Bin Muhamad Rom said...

Gambar chery yg berlaku kemalangan teruk tu hebat sbb tayar depan belakang langsung tak pecah macam boleh jalan lagi memang power laa body dia. Seperkara lagi bila baca artikal tuan saya rasa anda sendiri tidak yakin dgn chery ini . Kerana ada berulang 2 kali mengatakan kereta ini separuh harga dari oddesey dan grandis tahukan anda oddysey 210 hp kuasa pecutan sbb tersedia turbo dan 2.4cc malu laa cakap macam nie . Sememang nya exora jauh lebih baik dari chery dari segi space design power save dan spare part and pricing apa pun anda mmg tak yakin dgn cherry eastar ini

WakeTheLadies said...

setuju dengan komen Abu Bakar...penulis mcm merendah2kan cherry easter...sepatutnya bila u buat review, buatlah dengan rasional...xpayah tulis mcm nak pandang rendah pada org yg nak beli easter ni...

Unknown said...

Bongok....klu xtau jgn ckap lebih2..lebih sudu dari kuah la..

Unknown said...

pengalaman mula2 nak beli mcm2 fikir ok ke tak...tawakal tekad sbb anak dah ramai... saya beli second je thn 2010 alhamdulillah xbnyk mslah rezeki saya,selesa sangat2, sikit2 mslh tu baiki...jgn dengar ckp org...masuk club fb chery mcm2 info boleh dapat...

Unknown said...

Ape nama kelab cherry kat fb?

Unknown said...

Ape nama kelab cherry kat fb?

Eimawatie said...

Mampu pakai ni je. Sbb murah dn luas. Jln jauh best. Dh 5 thn pakai. Tk yg major problem. Sakit skit2 tu biasa la. Nama pun kete.

Unknown said...

saya ada juga nak beli chry ni...tapi yg 2nd la...tu ja kemampuan sya...lagi2 kalau ada program dengan pelajar. bnyak barang2 yang nak kena bawa. boleh beritahu, biasanya kalau ada kerosakan, bahagian mana yang selalu rosak. tinggi x kos servisnya??? mohon pandangan. terima kasih, barakallah.

Waniey Swift said...

Saya pun nk tahu. Plan nk amik chery easter tahun dpn

Ajak said...

sekarang tengah offer ni, baru cadang nak beli
http://www.mudah.my/2016+Chery+Eastar+2+0+A+YEARS+END+PROMOTION-50193740.htm

Unknown said...

So far setakat ni sy pakai chery easter 2.0 xde major problem.problem sikit2 tu biasa la.name pn kereta kn. kalau beli kereta mahal sekali pn BMW, Mercedes-Benz ttp rosak jgk.... mentality kena tukar, bkn semua barang china xok. even iphone pn company terbesae die kt china. n majority yg buat iphone adalah org china.tp ramai je org pakai iphone! haa....fikir2 kan dan selamat beramal. 😀✌

Kiena said...

Chery ni orang letak apa untuk kurangkan penggunaan minyak petrol bagi perjaalanan dekat.

Junika B Lagoon Melaka said...

Kereta ni minyak dia berapa km boleh pegi full tank ? Ada sape2 owner kereta ni yg boleh bagi info ?

Unknown said...

Terima kasih...banyak fakta membantu

Unknown said...

Mcm mna mau msuk club cherry tu

Unknown said...

Chery easter telah mengunakan dua model enjin yang berbeza,keluaran pertama mengunakan enjin 2.4cc dari mitsubishi,model yang kedua pula acteco 2.0cc keluaran dari austria,family saya pun tgh mencari chery easter sekarang ni....

Unknown said...

Chery easter telah mengunakan dua model enjin yang berbeza,keluaran pertama mengunakan enjin 2.4cc dari mitsubishi,model yang kedua pula acteco 2.0cc keluaran dari austria,family saya pun tgh mencari chery easter sekarang ni....

Unknown said...

Saya nak cari sebiji engine terus mna nak dapat ya kalau ade pm 0138402773

Unknown said...

Masalah kereta sy jenis chery x dpt star enjin.check water pump ok.pa msalah ya

Unknown said...

Sngt membantu....

Unknown said...

Yang mna lbih bagus 2.0 @ 2.4?.. Dri segi maintenance dan lain2.. Tq

Natasha Aali said...

Sy dh pakai checry almost 5thun.. Beli pon sexond je.. Okla..

Unknown said...

sy plan nk beli yg 2nd hand... tgk komen2 kt sini mcm ok je... hrp ok...

Kama said...

Terima kasih.. Dapat jgk maklumat tentang kereta chery ni. . Bila tengok kereta ni memang jauh lebih murah dari kereta MPV lain.. Bonet pun lebih luas dari exora... Saya pun bercadang nak beli chery ni. Harap rezki dpt kereta yg bagus ikut kemampuan..

Unknown said...

Cik kama......dah beli chery kaa..sy pn dok survey2 niii

Unknown said...

Cik kama..dah beli chery kaa..sy pn don cari2 skrg ni

Unknown said...

Area johor banyak lah jual chery eastar secondhand .

Ruslin said...

Odyssey dan grandis kedua2 nya tak de turbo

Unknown said...

ape mslh kereta cherry aester mase parking nk start tak hidup

Unknown said...

Alhamdulillah ketakutan aku tentang Chery easter ni dah lesap terus setelah berbulan2 buat kajian. Dulu spare part sangat susah dan mahal. Lepas tu banyak bengkel surrender kalau nak repair Chery. Sekarang semua masalah tu tak wujud. Spare part berlambak je dan beli kat Shopee. Bengkel specialist pun ada terutama sapa yg duduk kat Ipoh, KL, Terengganu dan Selangor. Harga spare part pun dah normal macam kereta Jepun jugak. Cuma ada mahal sikit kat bahagian compressor aircond dan ECU je. Yang lain harga spare part boleh senyum je😂. Dah 4 tahun aku pakai Chery easter second keluaran tahun 2013. Satu semenanjung dah pusing dan pegi Krabi pun sudah. Alah membeli menang memakai buat orang yang tak berapa berada macam aku ni👍.

Unknown said...

Fuel pump dah check tak?

amir said...

Saya guna chery 2.0..Masalahnya bila berjalan jauh minyak engine akan berkurang.Kena tambah.Pomen kata engine ok..tak da leaking..asap putih pun tak da keluar. Kata pomen lagi..minyak engine 'hilang' perkara biasa. Mohon bantuan dan pendapat. Terima kasih

Unknown said...

Boleh sy tak apa nama club cherry di facabook

insan said...

Chery engine conti...body mantap keras by lotus engineering...dlm luas jln jauh mmg sdap.spare part dh snang skg dan berbaloi...tkde la mahal dan susah dpt mcm dulu...saya guna chery 2.0.

Unknown said...

Fuel pump cherry dekat mana

Malay Union said...
This comment has been removed by the author.
Malay Union said...

Type je kelab Chery Eastar kt FB nnt keluar la page²nya...

Patah 14 bahgian badan said...

cadang nak amik 2012 reg 2013 millage masih rendah..bos kilang pakai..jrg guna..apa patut sya buat dri segi engine dan sbgainya..tuk pastikan kreta tersebut masih ok..tq

Unknown said...

Mohon pencerahan.. enjin 2.0L ok ke berbanding dengan 2.4L? Sbb plan nk ambik 2.0

Unknown said...

Enjin 2.4L mitsubishi ok ke... Sparepart senang dpat ke.... Sy ddk area taiping... Kat ipoh ada ke kedai servis dia

Jai said...

Pakai timing belt ke chain?

Unknown said...

Sy baru je nak pakai Chery 2.0

Unknown said...

Sya Pon tgh survey nk bli Chery Eastar 2.0 juga.. tp tkut susah nk cari spare part area johor. Kalo ade yg tau mna² tmpt ade spare part area Johor bahru ni info² ye.

Unknown said...

Saya pn berminat ngn keta ni taoi tu la tk yakin sbb krg berpengetahuan ttg keta ni..komen kt sni byk mmbntu saya

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger