Pages

Showing posts with label Racing Modul: Touge. Show all posts
Showing posts with label Racing Modul: Touge. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Touge: Cruise Modul


Cruise modul kami digunakan ketika kami bersantai atau mengadakan sesi Modul pertama kami. Cruise modul ini tidak terhad kepada penggunaan touge sahaja, ia juga bertindak sebagai modul Marshal kami ketika konvoi.


Cruise modul kami untuk touge diolah sedikit dari modul asal "Konmei of Marshal department: Cruise mode" dan modul ini memerlukan sekurang-kurang nya empat marshal.

Di sini kami akan membahagikan konvoi atau kereta kepada 3 kumpulan yang setiap satunya akan diwakili oleh seorang marshal. Dan seorang marshal lagi adalah marshal bebas.

KUMPULAN A

Kumpulan A adalah kelas pemandu yang mahir dari segi skill pemanduan, dan jenteranya berada dalam keadaan baik dan juga berdaya saing. Pemandu kumpulan ini juga hendaklah mahir dalam jalan yang kana dilalui supaya tiada kesilapan berlaku. Dalam kumpulan ini, setiap pemandu bebas memotong. Walaubagaimanapun, setiap pemandu terikat dengan langkah keselamatan kami supaya tidak membahayakan pemandu lain. Marshal kumpulan ini adalah seorang yang agresif.


KUMPULAN B

Kumpulan ini pula tergolong dalam pemandu mahir tetapi tidak biasa dengan jalan yang akan dilalui, ATAU pemandu kurang mahir tetapi sangat arif dengan jalan yang dilalui, ATAU pemandu mahir dan arif dengan jalan tetapi jenteranya dalam keadaan tidak berapa stabil. Kumpulan ini akan dipimpin oleh seorang marshal dengan had laju ditetapkan yang agak tinggi. Marshal untuk kumpulan ini perlu lebih peka dengan sekeliling lebih-lebih lagi jentera yang mengekorinya dan isyarat yang bakal diberi mereka.





KUMPULAN C

Kumpulan untuk melatih modul pertama touge Konmei: Follow the leader. Pemandu yang kurang mahir dan tidak biasa dengan jalan yang akan dilalui. Marshal perlu sangat berhati-hati untuk kumpulan ini kerana mereka perlu lebih peka dengan isyarat atau tindakan sesetengah pemandu yang mungkin akan bermasalah. Walaubagaimanapun mereka perlu profesional dalam memimpin kenderaan lain. Braking point, apex dan racing line perlu lebih berhati-hati supaya pemandu lain mudah belajar pergerakan mereka.

Marshal bebas pula akan pergi sebelum mana-mana kumpulan bertolak dan akan perlahan di pertengahan jalan dan akan berada di belakang kumpulan C dan kemudian akan bergerak untuk memantau semua kelancaran aktiviti. Sebarang masalah atau perkara yang merbahaya, marshal bebas ini akan memberi isyarat dengan memperlahankan kereta dan memberi hazard like seperti safety car dalam litar lumba.

Setiap Marshal perlu peka dengan check point masing-masing. Jangan kumpulkan barisan kereta yang panjang di bahu jalan sebaliknya pecahkan kepada 3 kumpulan.

Sebelum memulakan perjalanan, marshal perlu memberitahu terlebih dahulu checkpoint seterusnya lebih-lebih lagi bagi Kumpulan A yang mungkin hanya akan berkumpul semula apabila di checkpoint.

Di setiap checkpoint, marshal bebas akan berada di belakang sekali dan memberi isyarat kepada marshal A jika kesemua konvoi telah tiba.

Marshal A akan meneruskan perjalanan setelah isyarat oleh marshal bebas diberi.

Konmei dan Touge



Touge dan Konmei adalah sangat serasi kerana pengasas juga bermula dengan aktiviti touge secara solo dan time attack ketika beliau masih di kolej. Selekoh tajam telah menjadi temannya setiap pagi dan malam.

Modul pertama Konmei: Follow the leader adalah modul berasaskan touge. Di sini pemandu perlu mengikut pergerakan pemandu hadapan iaitu leader mereka. Waktu membrek, turning point dan racing line harus diperhatikan. Di sini RPM limit ditetapkan. Mungkin ke 3-4k rpm bergantung pada jenis kereta dan enjin. Pemandu belakang dikehendaki memandu dengan rpm serendah mungkin tapi harus mengikut pemandu hadapan dengan jarak tertentu. Dengan racing line, braking point dan apex yang baik, pemandu belakang akan dapat mengekor pemandu depan dengan jarak yang ditetapkan.

Modul kedua Konmei: Drive along pula adalah modul di mana pengajar akan berada dalam kereta pemandu dan mengajar cara mengambil selekoh yang betul. Di sini pengajar akan berkata bila waktu sesuai untuk membrek atau memutar steering atau membalas steering. Sehingga pemandu mampu mengawal oversteer atau understeer dan tidak takut untuk hilang kawalan.


Modul ketiga Konmei: Pressure control di mana pengajar akan berada di belakang pelajar dan cuba untuk mengikut pelajar. Di sini Pelajar perlu fokus dan mendisiplinkan diri untuk tidak melakukan kesilapan. Setiap braking point, apex dan kesalahan racing line akan dikenalpasti oleh pengajar. Tugas pelajar cuma perlu fokus pada braking, apex dan turning point dan tidak melibatkan diri dalam sebarang kemalangan atau menyebabkan kemalangan atau kejutan kepada pemandu lain.




Modul pertama telah dipraktikkan di KONMEI DRIVE CLINIC pertama kami di Sungai Conkak pada Januari 2011. Modul kedua dan ketiga akan dijalankan pada sesi akan datang dan modul pertama akan diulang kembali. Kami akan kemaskini event kami yang akan datang, anda hanya perlu layari facebook dan LIKE konmei institution untuk sebarang update.


Berikut adalah Video Drive Clinic kami yang pertama






Berikut adalah artikel untuk Drive Clinic kami:


Touge: Pengenalan



Touge adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud 'melepasi'. Kerana di Jepun lazimnya, kebanyakan jalan di gunung ganang atau bukit di Jepun dibuat dalam bentuk S atau U untuk memudahkan laluan kenderaan darat. Kerana apabila jalan itu dibuat lurus terus keatas, ia akan menjadi sangat curam. Bentuk S dan U melingakari bukit dan gunung di Jepun ini juga terdapat di negara lain.

Kini Touge dikenali dengan perlumbaan atau pemanduan melepasi gunung, bukit atau jalan rata lain yang mencabar seperti jalan pergunungan dan bukit di jepun. Touge atau Mountain Pass atau Narrow Road Pass makin popular, ada antara pemandu yang menggunakan jalan ini untuk Drifting dan ada yang berlumba untuk bersaing dan ada antara mereka yang berminat untuk time attack di mana mereka berlumba dengan diri sendiri.

Scene touge di Malaysia juga telah lama, sejak tahun 90an lagi. Tidak semua adalah pelumba jalanan. Ada diantara mereka melakukan aktiviti ini secara santai dan tidak terlalu serius. Antara kumpulan yang masuk aktif adalah Touge G dan Touge R. Anda boleh menyertai mereka di www.Touge.my

Touge biasanya terbahagi kepada 3 di Jepun iaitu TIME ATTACK atau GHOST BATTLE. Di mana aktiviti ini lebih selamat dan tidak merbahayakan orang sekeliling. Di mana aktiviti ini biasanya jalan akan diawasi oleh ahli atau rakan pemandu dan kemudia pemandu akan mengambil masa dari point A dan B. Secara fizikal, tiada perlumbaan dilakukan tetapi catatan masa. Ini lebih baik kerana perbazaan mesin, cuaca, dan setiap modifikasi boleh diambil datanya berbanding perlumbaan lain.




GRIP GAMBLER satu lagi jenis touge. Ini dilakukan untuk jalan 2 lane kerana permualaan, kedua kereta berada di titik yang sama dan sebelah menyebelah. Perlumbaan seperti di atas litar, siapa sampai ke titik penamat dahulu, dialah pemenang.

CAT and MOUSE/Sudden Death. Yang ini sangat popular dalam sini animasi Initial D. Di sini lebih rumit kerana perlumbaan perlu berulang berkali-kali untuk mendapatkan pemenang. Kereta akan disusun di depan dan belakang, Kereta pertama iaitu kereta A akan berada di depan dan kereta kedua iaitu kereta B berada di belakang kereta A. Setelah perlumbaan bermula, kereta B hendaklah mengikut kereta A secara rapat. Jika kereta B tertinggal agak jauh, kereta A akan dianggap pemenang, jika kereta B mampu memotong kereta A dan mendahului hingga garisan penamat, kereta B adalah pemenangnya. Tapi sebaliknya jika Pemandu B berjaya mengikut pemandu A rapat dibelakangnya, perlumbaan akan bermula semula di mana Pemandu B akan berada di hadapan pemandu A. Peraturan perlumbaan adalah sama sehinggalah salah satu pemandu dipotong atau tertinggal atau mengaku kalah. Ketahanan jentera dan pemandu diuji dalam perlumbaan ini.


Bagaimanapun cara Grip Gambler, Cat and Mouse/Sudden death ini tidak selamat digunapakai di atas jalanraya dan agak kurang sihat melainkan ia diawasi oleh pihak tertentu. Walaubagaimanapun keselamatan kereta, pemandu dan penonton harus dititik beratkan.




link di atas adalah satu contoh perlumbaan yang diawasi dengan betul oleh pemandu profesional.




Touge tidak semestinya satu aktiviti tidak sihat dan tidak sentiasa disebut sebagai perlumbaan. Ia bergantung kepada pendirian pemandu sendiri, untuk mempelajari sesuatu atau untuk menunjuk-nunjuk. Mencabar adalah sesuatu yang baik tapi terpulang kepada cara anda mencabar. Untuk mendapatkan nama atau untuk mempelajari sesuatu dari pemandu yang lebih hebat. Setiap racing line, behavior dan modifikasi kereta memang berlainan dan banyak aspek perlu diteliti dalam aktiviti ini.

Jika anda baru mencuburi bidang ini, pastikan anda tidak terus mengikut mereka yang lebih profesional dan jangan cuba aksi mereka. Kenali asas sebuah jentera dan keadaan jalan tersebut dahulu.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger