Pages

Showing posts with label Racing Modul: Autocross. Show all posts
Showing posts with label Racing Modul: Autocross. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Gymkhana RnR Dengkil 8/12012


Sekali lagi Speed House MY membawakan Gymkhana kali ni di RnR Dengkil! Berlansung pada hari Ahad 8 Januari 2012 acara Gymkhana ini telahpun berlansung dengan meriahnya!

Walaupun cuaca sangat panas pada hari berkenaan, khemah disediakan untuk para penonton melihat sendiri aksi pelumba gymkhana ini di depan mata.

Turut menjalankan aktiviti twin battle yang satu-satunya di Malaysia, litar kali ini lebih mencabar dari yang sebelumnya.

Juara kali ini untuk FWD adalah juga adalah Mitch seperti yang sebelumnya diikuti oleh Hugo dan Ken di tempat kedua dan ketiga. Peserta dari kategori novice yang bertempur dalam kategori open ini iaitu Azman telah membolot tempat keempat.

Juara kategori RWD dimenangi oleh Yoong dari GTRadial dengan skyline R32 V8nya.

berikut adalah koleksi gambar dah video untuk gymkhana kali ini, Gymkhana berikutnya akan berlansung pada 26 Februari 2012!

Azman tempat ke4 FWD

Ken Tempat ketiga FWD

Hugo tempat kedua FWD

Mitch tepat pertama FWD










Monday, November 28, 2011

GRA round 5 2011 (final)




Sekali lagi tapak tempat letak kereta di litar Sepang menjadi mangsa keganasan tayar-tayar pelumba GRA. Round 5 atau pusingan terakhir 2011 telah diadakan dengan jayanya pada 27 November 2011.

Seperti biasa ia dihadiri oleh orang-orang yang dikenali dalam dunia permotoran GRA ini dan mungkin juga akan dihadiri oleh ramai orang baru tahun depan, mana tahu anda salah seorang pemandu untuk GRA pula tahun depan kan?

Cuaca yang panas tapi tak terlalu terik walaupun pada waktu tengahari cukup selesa bagi kami yang tidak berlumba tapi hanya datang untuk menonton. Kehangatan mungkin lansung tak terasa oleh pelumba kerana jentera mereka jauh lebih hangat dari mentari di luar sana.





Sempat ambik gambar seorang kawan lama yang merupakan antara pemandu terbaik GRA yang bernama Mitch. Kenal masa dalam forum Prohatch dulu dan dari kereta warna hijau dah bertukar kuning sekarang ni.

Susunan litar kali ni lebih pendek dari round 4 tapi lebih mencabar dan mengelirukan, ramai yang terlupa susunan litar dan membuat kesalahan dan bahagian slalom yang sempit kelihatan sangat sukar untuk kereta sedan.

Kali ni kami tak banyak sangat gambar kecuali gamba di bawah ni yang mungkin menarik:





Update: Berikut adalah keputusan untuk GRA round 5. KLIK SINI!
Update: GRA 2011 Championship point. KLIK SINI!

Dan video 7 minit seterusnya menceritakan apa yang terjadi pada hari berkenaan! Maaf jika gambar tidak berapa jelas, cuma Digicam 8.1MP je digunakan pada hari tu dan kekurangan krew untuk mengambil lebih video, harap anda enjoy!


Tuesday, November 1, 2011

GRA Round 4 2011


Berlansung di perkarangan tempat letak kereta di Sepang International Circuit (SIC) pada 30 oktober 2011 hari Ahad merupakan GRA atau Grass Racing Autocross yang ke empat untuk tahun 2011.

Hari Ahad yang agak panas membuatkan kami terlalu malas untuk bergerak ke sana dan oleh kerena terlalu lapang kami pun membuat keputusan untuk bertolak pada jam lebih kurang 12.30 dan tiba pada pukul 2 petang.

Seperti yang dijangka cuaca lebih terik di Sepang dan kami yang cuma menonton pun merasa tekanannya apetah lagi mereka yang terlibat. Namun aktiviti mereka diteruskan seperti tidak menghiraukan lansung faktor cuaca.

Berikut adalah antara video untuk GRA round 4, hujan turun untuk beberapa minit lebih kurang sebelum pukul 3.













dan keputusan telah dikeluarkan seperti di bawah. GRA round 5 (final) akan diadakan pada 27 november dan tempat akan diumumkan.

Friday, February 25, 2011

Autocross: Pengenalan


Autocross adalah salah perlumbaan yang bertempat di atas tanah lapang. Litar untuk perlumbaan jenis ini sering berubah-ubah kerana sebarang selekoh atau titik untuk memutar hanya ditanda dengan kon.

Masa akan diambil bagi setiap peserta yang berlumba. Peserta hendaklah menghabiskan perlumbaan tanpa tersalah pusingan. Jika peserta terkeluar dari litar asal, ia akan dikelaskan sebagai "did not finish" atau tidak menamatkan perlumbaan. Jika salah satu kon telah terlanggar, peserta akan dikenakan denda masa iaitu masanya akan ditambah 1 atau 2 saat mengikut peraturan perlumbaan.

Perlumbaan seperti ini memerlukan sebuah jentera yang ringan dengan respon yang amat baik. Harus difahamkan di sini, horsepower bukan segalanya dalam litar ini, respon bermakna dari segi handling, ia perlu stabil, sistem suspension keras agak membantu. Rangka kenderaan yang diperkukuhkan dengan stabilizer bar atau spot weld turut memudahkan pengendalian dan dari segi brek, kedua-dua antara skill pemandu membrek dan sistem brek itu sendiri perlu bekerjasama.

Dari segi enjin pula, respon enjin sangat penting. Jika ia adalah enjin dengan torque yang besar, enjin turbo misalnya, penukaran gear sangat penting bagi mengelakkan kehilangan kuasa apabila berada di hujung rpm dan bagi enjin dengan rev yang tinggi (high revving) pula, pemandu perlu berhati-hati supaya rpm jentera berkenaan tidak jatuh merudum ketika memandu.


Kereta dengan torque tinggi kadangkala tak mampu dikawal dengan mudah di selekoh tetapi kuasanya amat diperlukan di jalan lurus atau keluar dari selekoh. Manakala enjin dengan high revving lebih laju ketika selekoh tetapi agak sukar untuk litar yang tidak menentu pendek dan panjang selekohnya.Enjin jenis ini memerlukan penukaran gear yang sangat teliti.

Di Malaysia, perlumbaan Autocross dianjurkan oleh GRA atau Grass Racing Autocross yang diadakat 4 kali setahun dan lokasi biasanya melibatkan stadium seksyen 13 shah alam, putrajaya, puchong dan beberapa tempat lain di Malaysia ini termasuk di Pulau Pinang.

Layari http://www.grassracingautosports.com/ untuk info lebih lanjut.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger