Tengah drive, samada kat highway ke, kat jalan perumahan
atau tengah jem tiba-tiba anda perasan suhu enjin anda dah sampai ke ‘HOT’ dah,
aircond anda rasa panas, pun cuba tengok kat suhu enjin ok ke tak? Yang takde suhu
enjin tu tengok ade tak lampu kapal layar merah tu menyala?
Mane yang tak perasan tu terus je kereta breakdown. Yela,
bawak kereta tak reti tengok panel meter, entah lampu pasang ke tak waktu malam
pun tak tau kan? Tau-tau je kereta berenti tengah tengah jalan! Jadi mari kita tengok kenapa suhu anda
tiba-tibe melonjak naik dan kemudian apa nak buat bila situasi ni berlaku!
1. Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi
sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator
tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak
brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan. Kalau sebulan sekali anda
kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade
kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan
tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh
sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan
takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak
bocor.
Jadi kalau bocor biasa kat mana
yang bocor?
a)
Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau
tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya
pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela,
nak kurang la kos pemasangan. Pam yang
rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat
pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.
b)
Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki
ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.
c)
Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor
akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya.
Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni
pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk
kereta biasa.
Jika kebocoran adalah punca, dan kebocoran tu tak terlalu
teruk tak banyak air keluar. Tunggu sehingga enjin sejuk dan tambahkan air
dengan penuh, kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke bengkel terdekat.
Kerap berhenti dan periksa air dan tambah jika perlu.
2. Kipas Radiator tak berfungsi
Bergantung pada suhu enjin anda berapa
tinggi. Kalau meter suhu tu naik turun seolah sedang bermain-main dengan mata
anda dan bila anda semakin laju ia normal dan anda memandu perlahan ia naik,
berhenti di tepid an matikan terus enjin. Jangan biarkan anda mengambil risiko
berkenaan. Hubungi mekanik anda jika berdekatan atau hubungi wakil insuran anda
atau AAM jika ada. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah anda sementara
sehingga anda boleh memandu ke bengkel anda atau mereka akan menarik kereta
anda ke bengkel berdekatan atau pilihan anda.
3. Thermostat Bermasalah
Thermostat merupakan suis untuk mengawal
pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang
secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak
terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang
sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke
radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin
anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat
dan dapatkan bantuan.
4. 4. Radiator Bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan,
ia akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada setengah punca
bukan akibat ia tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam
radiator itu akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak
membantu penyejukan air dalam radiator.
5. Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak
diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak
berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.
6. Penutup Radiator Bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau
1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan
sebarang wap atau air radiator terkeluar. . Cecair yang mengalami tekanan
mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius
. Jika penutup radiator anda bermasalah, ia
tak mampu mengawal tekanan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih
di dalam radiator. “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada
penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah
radiator sejuk. Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso
radiator rosak. Ini akan menyekat air
radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang
semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor
boleh menyebabkan air mengalir keluar.
7.
Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition
timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek
kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh
menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.
SImptom pemanasan enjin:
Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
1. Kurang coolant atau air radiator (bocor)
2. Penutup Radiator bermasalah
3. Kipas radiator tidak berfungsi
4. Gasket Head Cylinder bermasalah
5. Pam air berkarat atau bermasalah
Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
1.
Radiator kotor atau tersumbat
2.
Penutup radiator bermasalah
3.
Pam air bermasalah
4.
Hos radiator bermasalah
Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila
memandu perlahan
1.
Kipas radiator bermasalah
2.
Penutup radiator bermasalah
Suhu meningkat sekali sekala
1.
Kurang air radiator (bocor)
2.
Penutup radiator bermasalah
3.
Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
4.
Kipas radiator bermasalah
Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
1.
Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor
Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
1.
Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat
atau berkarat
2.
Penutup radiator bermasalah
3.
Thermostat bermasalah
4.
Kipas radiator patah atau rosak
5.
Hos radiator bermasalah
6.
Sisik radiator berkarat atau rosak
Buih pada bekas simpanan air radiator
1.
Cylinder Head Gasket rosak
Suhu meningkat naik agak bahaya, jangan tunggu sampai enjin
anda mati! Jika ia berlaku agak terlambat, anda mungkin terpaksa menjalani top
overhaul yang berkos RM1000-3000 atau menukar Cylinder head baru yang juga
berharga lebih kurang RM1000-3000 untk terpakai dan boleh mencecah RM5000 untuk
yang baru!