Pages

Showing posts with label Crew blog (hilmi). Show all posts
Showing posts with label Crew blog (hilmi). Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Crew Blog: Apabila Selekoh Pendek Bertemu Rev Tinggi


Touge, Drifting, dan autocross, 3 jenis sukan ini adalah pilihan high revver. Ketiga-tiga permainan ini memerlukan pemandu yang cukup berpengalaman dan jentera yang telah di tuned dengan baik. Ia lebih kepada selekoh tajam, tapi bagaimana pula dengan rally? dan perlumbaan di litar? Kedua rally dan litar mempunyai selekoh tetapi mereka tidak berapa memerlukan rev tinggi untuk perlumbaan berkenaan. Rally adala perlumbaan yang memerlukan torque yang tinggi, kuasa dan repon yang cepat! Kadangkala pemandu rally akan brek terlalu kuat dan memerlukan kuasa jenteranya kembali untuk menolak balik keretanya. Kelajuan enjin anda akan sentiasa bermain di atas dan di bawah dan litarnya agak panjang. Dan perlumbaan di litar pula bergantung kepada strategi dan setup jentera anda. Perlumbaan berkenaan mungkin memakan masa beberapa jam dan anda mungkin memerlukan enjin yang kurang stressnya.

Tapi touge, drifting dan autocross lahir dari perlumbaan di jalanan, Perlumbaan hanya memerlukan beberapa minit dan anda tak perlukan top speed kereta anda. Jadi anda boleh menyediakan jentera anda dengan maksimum. Mesin untuk 3 perlumbaan ini kadangkala dibina dengan torque yang sangat rendah tapi horsepower yang tinggi. Enjinnya pula mempunyai output yang sangat lemah pada RPM rendah. Macam mana nak pandu jentera ini? Pandu seperti anda tak perlukan brek! Dah tentulah anda tentukan brek waktu memandu, tapi kurangkan mengurangkan kelajuan jentera anda dengan mengimbangi beratnya.

Masih tak boleh membayangkan beza antara touge, drift dan rally,litar lumba? cubalah 3 litar berbeza ni, jalan sempit dengan selekoh tajam, highway yang banyak selekoh dan jalan yang licin berpasir dengan jalan yang tak rata. Pandu kenderaan anda pada 3 trek berbeza ini dan tolong... tolong lakukannya dengan berhati-hati.

artikel: worldofmeta.blogspot.com april 2009 ditulis semula dan dialih bahasa oleh hilmi

Crew Blog: Natural Power



Naturally Aspirated atau dikenali sebagai enjin NA bermaksud enjin tanpa bantuan paksaan atau forced induction seperti turbocharge dan supercharged. Enjin jenis ini bergantung 100% kepada keupayaan enjin untuk menyedut udara di sekeliling untuk mendapatkan Volumetric Efficiency yang lebih baik.

Kebanyakan supercar seperti Ferrari dan Lamborchini menggunakan enjin NA untuk jentera mereka. Enjin jenis NA biasanya mempunyai limit rev yang lebih tinggi dari enjin forced induction. Enjin jenis ini agak rumit, 5 valve per silinder, compression yang tinggi, short stroke adalah biasanya kriteria untuk NA. Setengah pengilang kenderaan telah pun menggunakan enjin NA sekian lama seperti Honda. Honda cukup dikenali dengan enjin V-tec nya. Sebuah enjin dengan variable valve timing. Ia menggunakan kedua-dua kawalan elektronik dan mekanikal untuk menukar 2 jenis camshaft Mitsubishi Motor pula memberi jawapan dengan enjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Variable valve timing Electronic Control. Dan toyota dengan VVT-i. Pembuat kenderaan Jepun ini tidak keseorangan apabila BMW mempunyai enjin jenis Variable Valve Timing mereka sendiri dipanggil VANOS. Mengapa mereka membuang masa untuk bermain enjin NA sedangkan mereka boleh mendapatkan lebih kuasa dengan enjin forced induction? Jawapannya adalah respon pada enjin NA.

Jika anda pernak mendengar deruman enjin Honda Type R dalam rev yang tinggi, anda pasti menyukainya seolah-olah sebuah simfoni okestra sedang mendendangkan lagu di hadapan anda. Atau mungkin bunyian yang datang dari jentera drift seperti AE86 yang menggunakan enjin AE111 4 throttle atau mungkin bunyi deruman BMW M3 atau M5. Kesemua enjin ini mampu menghasilkan bunyi yang membuatkan penggemar automotif mengalirkan air mata.

Apa kan daya, aku tak mampu untuk memiliki sebarang enjin variable valve timing. Bukan pada waktu itu dan aku masih berpuas hati dengan enjin NA aku tanpa Variable Valve Timing. Aku cuma sukakan selekoh dan enjin NA adalah yang terbaik di selekoh apabila aku boleh menekan pedal sebanyak mana kerana enjin NA dicipta untuk ketahanan pada rev tinggi. Mana-mana short stroker NA adalah dilahirkan untuk di rev tinggi dan sudah tentu, hanya dengan cara yang betul!


artikel dari: worldofmeta.blogspot.com jan 2009 ditulis oleh hilmi dan dialih bahasa semula oleh hilmi untuk Konmei institution.

Wednesday, April 27, 2011

Crew Blog: Memahami konsep kuasa




Aku masih di sini! Ye dan masih dengan kawan yang bercakap pasal kereta. Di hari minggu aku biasanya bersama mereka. Kami tak sentiasa ada rancangan yang menarik tapi sentiasa mendapat masa yang terbaik untuk diri kami. Kami berkumpul dalam kumpulan kecil dan masing-masing mengajak kawan masing2. Keresonokan bermula dan bertambah setiap masa. Bagi sesetengah orang, apa yang kami buat adalah berlumba, tapi itu bukanlah apa yang kami fikirkan. Kami memandu dengan cara sendiri dan berseronok dengan kereta masing-masing dan kawan yang lain. Dan nasihat aku.. tolong! Jangan buat bende macam tu atas jalan. Sebenarnya apa yang orang muda macam kami buat agak merbahaya! Dengan pedal ditekan macam esok takde lagi, kami bergurau senda tanpa terfikir bahaya hanya beberapa inci dari kami! Tapi itulah yang kami lakukan.

Lebuhraya dan selekoh tajam adalah satu perkara yang berbeza. Sekali lagi aku sedar yang jentera aku tidak cukup baik. Kali ni, di atas lebuhraya atau highway. Kenapa aku boleh ikut mereka di jalan kecil dengan selekoh tajam tapi aku tak boleh rapat bila sampai ke highway? Menyelit dan memandu di jalan lurus lebih mudah tapi ia sesuatu yang kereta aku tak boleh buat.

Kembali pada setup kereta aku, ia adalah transmisi automatik. 4 kelajuan dengan enjin 1.5 liter DOHC dan 115hp. Ramai yang tanye, kenapa auto? Satu-satunya transmisi yang mak ayah aku benarkan untuk digunakan jadi aku taklah disaspek berlumba. Gear auto dicipta untuk kehidupan bandar, dan untuk bersenang-senang di lebuhraya, tapi aku gunakan untuk belasah selekoh laju2 dan mengejar orang di highway. Jadi aku tak menggunakan gearbox tu ke jalan yang sepatutnya. Ok, lupekan pasal gearbox, enjin aku... enjin aku tak cukup power! Kenape? Sekurang-kurangnye 115bhp tu cukup utk highway!

Sekali lagi aku mintak nasihat kawan2 yang lagi arif, sorang2 aku interview, macam2 jawapan aku dapat. Dengan nasihat seseorang yang aku rasa boleh percaya, aku buat balik piping ekzos, masih ikut bentuk asal cuma diameter dibersarkan sikit je. Catalytic converter yang dah lama pun ditukar dgn baru, RM800 melayang ke ekzos sistem. Air filter pun diupgrade dgn HKS hybrid drop in. Nape drop in? Orang kata kalau intake standard pakai drop in je, bukan banyak pun angin boleh masuk dalam enjin nanti.

Dengan setup baru kete aku, aku pun cuba la merayau ke highway. Tapi rasa macam makin teruk je, macam sebu semacam. Bila tukar gear je rasa tak tak best. Lagi tak seronok bile lepas tol, dulu sampai menjerit2 tayar aku kalau tekan mengejut... Jauh aku berjalan kecewa tibe2 aku nampak 2 bijik kereta, evo7 dan evo3 macam laju je potong aku, aku pun try la ikut. Aku tekan la sampai meraung2 ekzos tu. Tapi aku perasan bile lepas RPM 4500 je ade power yang tolak kete aku. Jauh sikit aku kene la tinggal dgn evo tu, tapi aku cuba perlahankan kereta aku, dan aku tekan balik pedal minyak tu dan sekali lagi macam ade sesuatu menolak aku lepas RPM 4500! Aku pun mula seronok dan cuba buat kesimpulan di mana torque aku telah dikorbankan untuk mendapatkan respon pada rev lebih tinggi. Mungkin bukan bertambah laju tapi lebih responsive untuk kegunaan aku.

Friday, March 25, 2011

Crew Blog: Kuasa tanpa kawalan



Sedang aku berwindow shopping di zerotohundred.com, forum kereta terbesar di Malaysia, aku tertarik dengan sepasang suspension depan. Ia adalah suspension dari Mitsubishi Evo 3, yang hanya berharga RM300 waktu tu, ia bukanlah adjustable suspension, cuma suspension biasa dari evo 3. Melihat harga tu buat aku terlupa pasal nak tukar rim dan tayar baru, aku pun cuba hubungi penjual berkenaan dan beberapa hari kemudian aku memiliki sistem suspensi yang baru.

Untuk beberapa minggu pertama, aku sangat germbira dengan suspension setup aku yang baru, ia keras, ia cukup mencengkam dan kereta aku kini lebih dengar cakap setiap kali di selekoh, tak perlu dah aku brek banyak-banyak, hentam je selekoh tu. Aku kini lebih laju kecuali apabila berhadapan dengan speed bump jalan.. kene slow sangat, sebab setiap kali langgar, rasa macam kereta aku tengah panjat devider! lagi-lagi bumper kolej yang dibuat dengan simen tu... Keadaan menjadi semakin teruk bila aku nak cepat, aku guna highway utara selatan, dari Bandar sri putra tu keluar ke tol Putrajaya. Faham-faham jela kalau nak cepat, meter Mitsubishi yang sampai 180kmj tu pun aku kasi baring sampai meter tu tertidur. Ape yang tak eloknya? aku lupa aku tinggal kat Malaysia, highway kat sini memang lurus, tapi tak lurus keatas dan kebawah, maksudnya tak rata. dengan speed yang lebih dari 140kmj je dah rasa kereta melompat-lompat, tak selamat lagi adela! Dan aku pun terpaksa tahan sakit belakang meredah jalan di tanah air yang agak berliku ni. Tak lama lepas aku pakai suspension ni aku pun kemudian berada di HKL bahagian fisioterapi. Belakang gila sakit, kene ikut senaman yang diorang bagi.

Kemudian ade pulak nasihat dari kawan, keras tu tak bermakna bagus kecuali di litar yang jalan tu lebih elok. Lumba rally pun tak keras sangat suspension, yang penting respon absober tu, bukan kekerasan spring tu sangat. Aku cuba la faham ape maksud member ni.

Jauh aku melangkah, ade sorang kawan paaki spring Eibach, aku rasa baru faham maksud kawan tadi tu, spring Eibach ni sangat keras tapi tak bumpy pun! tak melantun-lantun, tapi masa tu Eibach baru lagi kat pasaran, takde spring lowered lagi dan harga pun masa tu RM1000 sepasang depan belakang tak termasuk absorber, aku rasa aku tak mampu kot.

APM adjustable, RM1200 sepasang depan belakang, tapi untuk pemanduan aku yang ekstrim ni ade yang kata tak sesuai, lagipun habis je warranty setahun tu ade yang kata bile-bile masa je kene servis.. leceh, aku terus mencari.

GAB adjustable, agak kurang selesa tapi banyak membantu di selekoh, tapi harga Rm1600, aku tak mampu!

Lepas dah banyak kawan-kawan aku melawat dan banyak pendapat aku dengar, aku berakhir dengan Absorber Monroe Sensatrac depan dan Monroe Reflex belakang, kos dalam RM800 kesemua dan spring pulak, Sparco Sport spring yang berharga RM600 lebih, tapi sebab itu barang pernah pakai, ade kawan jual murah la sikit, kos kesemua RM1200. Kali ni tak rasa keras sangat tapi agak selesa untuk jalan-jalan kat Malaysia ni. Bila di selekoh macam pandai pulak absorber tu nak jadi keras, kononnya oleh sebab sistem valve dalam absorber berkenaan.

Kali ni dah takde alasan dah, Kereta selesa dan jahat di selekoh, aku bertambah jahat di jalanraya tapi masih membimbangkan keselamatan kereta aku dan nyawa orang lain.

Monday, February 28, 2011

Crew Blog: Langkah Baru

Kalah bukanlah satu perkara yang seronok diceritakan. Aku dipintas dengan mudah oleh kereta yang sama dan ia lebih laju 2 atau 3 kali dari aku.




Kereta aku pun dah tak sihat, leaking sana sini, gearbox pun dah bermasalah. Lepas berbincang dengan lecturer aku, aku merancang nak overhaul je. Tapi bile kire balik, overhaul RM2000, itupun belum masuk gearbox aku. Aku survey2 enjin kedai potong, ade enjin 4g91, Misubishi twin cam nak dijual dengan gearbox dan segala meter dan dashboard cuma RM2500. Aku kemudia membuat keputusan untuk menukar enjin di kolej aku sendiri dibantu oleh lecturer aku. 3 hari kemudian kereta aku dilengkapi dengan suspension dari Mistubishi, dashboard Lancer, gear automatik 4 kelajuan dan enjin DOHC. Masa tu betapa bangganya aku bile tengok enjin twincam dengan tulisan Mitsubishi dalam engine bay aku.


Auto? Kenapa aku pakai auto lagi? Tak tukar je manual? Masa tu aku fikir aku selalu je ulang alik jalan jauh2 redah jem. Jadi tak sesuai la kalau manual, lagipun aku nak sorok perangai sebenar aku memandu dari mak aku. Depan parent aku, baik je aku bawak, takkan tibe2 tukar manual, memang sah dia bajet aku berlumba.


Enjin tu adalah enjin tahun 1992 dan ia sangat lancar untuk enjin setua itu. 140Kmj kini lebih tenang dan kali pertama aku tak sedar pun aku dah pergi selaju tu. Tapi ada masalah, ekzos lama aku macam tak boleh terima angin dari enjin tu. Mana taknya, dulu 89hp sekarang 115hp, jadi aku pun ke kedai ekzos dan mula cari ekzos yang baik tapi tak bising sebab aku tak suka bising2 lagipun kereta auto.


Enjin dan ekzos baru. Perjalanan aku ke kolej kini lebih menarik. Tapi ada satu masalah di situ. Aku rasa aku semakin perlahan di selekoh. Memang enjin ni bagus, aku laju di jalan lurus, tapi aku banyak menekan pedal brek di selekoh. Bermakna aku masih mengambil selekoh selaju kereta aku dengan enjin yang lama. Walaupun aku ada enjin baru tapi ini tak membantu aku di selekoh. Perlu ke aku tukar tayar? Tayar 16 inci agak mahal dah aku memikirkan untuk tukar kembali ke rim 15inci di mana tayar lebih murah. Waktu itu hanya itulah yang bermain di fikiran aku.

Sunday, February 27, 2011

Crew Blog: Selekoh Gelap

Dah hampir setahun aku pakai kereta waktu tu, satu-satunya modifikasi aku adalah tayar. Aku tukar tayar murah dari rim 16 inci ke silverstone kruizer 1. Masih dalam kategori tak mahal tapi jauh lebih baik dari tayar dulu la. Waktu ni aku dah menonton episod Initial D, kesemua 4 season initial D aku tengok termasuk movie yang keluar kat wayang. Memang banyak bende boleh belajar dalam episod tu lagi-lagi waktu aku masuk pertengahan semester 2 di mana aku dah tak duduk hostel. Oleh sebab tertentu aku duduk rumah kosong kepunyaan mak aku yang terletak 15-20 minit perjalanan dari kolej.


Terdapat 2 jalan, melalui highway dengan tol RM1.80 atau jalan belakang yang mencabar dengan banyak selekoh tajam. Aku pilih yang menjimatkan sebab aku taknak bayar tol! Kelas aku bermula seawal 8 pagi dan habis waktu malam atau petang. Tapi oleh sebab rumah tu kosong dan aku tinggal sorang, jadi aku tak balik selagi tak malam sangat. Aku tumpang hostel kawan aku pada siang hari dan setiap kali sebelum balik ke rumah, lebih kurang dalam pukul 9 malam, aku singgah ke kedai makan di mana kawan2 dari kelab kereta yang aku sebut tadi melepak tapi mereka ni di bahagian Bangi.


Jalan gelap dengan banyak selekoh tajam memang seram lagi2 bila dipandu pukul 12 hingga 2 pagi. Permulaan memang aku takut2 jugak la. Dahla jalan tu tak biasa. Tapi lepas sebulan dua aku mula biasa dengan jalan tu. Waktu malam pun aku boleh laju lagi. Setiap apex dan racing line dah pun aku hafal, jadi jalan tu agak mudah lagi2 di pagi hari, boleh memotong lagi di selekoh sempit tu.


Dan setiap malam aku semakin laju, dan kini aku lebih baik ketika memandu malam dan siang hari aku, tayar aku kadang kala meraung dan menyanyikan lagu merdu. Untuk membuatkan ia menjadi lebih sukar, setiap pagi sebelum ke kelas aku kadang kala singgah ke kedai dan beli air tin. Aku bukak, hirup sikit dan letakkan kat cup holder kereta aku. Kononnya macam initial D la. Kawalan aku makin bagus cuma aku nak perbetulkan weight transfer aku supaya pemanduan lebih selesa. Oh ya, waktu tu aku dah tahu apa itu weight transfer sebab dah selalu main powerslide dekat kolej.





Sampailah satu hari waktu malam aku memandu pulang. Kira2 pukul 12 lebih, aku macam biasa memandu dalam kelajuan aku, tiba datang satu cahaya dari belakang semakin laju, lampu tu cuma satu, jadi aku fikir mungkin sebuah motor besar, sebab ia sangat laju. Apabila ia hampir di belakang aku, baru aku perasan tu sebenarnya kereta, dan di satu selekoh, kereta tu memotong aku. Aku dipotong? Aku rasa dah cukup laju aku waktu tu, sebuah kereta wira sama macam aku, warna pun sama dengan mudah memintas aku di selekoh? Tanpa tayar meraung dan kelihatan sangat tenang pergi semakin jauh di setiap selekoh. Perasaan kagum dan seram mula keluar. Adakah kereta tu memang stabil dan laju ataupun pemandunya lebih bagus? Atau... bukan manusia?


Thursday, February 24, 2011

Crew Blog: Berguru dengan orang tua



Macam yang aku cakap kat posting sebelum ni. Semester pertama boring... Sampailah ke semester kedua.Mungkin pensyarah yang menajar kami pun bukanlah pensyarah automotif, jadi mereka tak pernah kaitkan dengan kegunaan kami kelak. Di sinilah kelemahan sistem pembelajaran kat mana2 pun. Ajar tapi tak bagitau sebab kenapa kene belajar dan kenapa kene faham. Yang dia tau pelajar dia kene skor sebab dia nak bagitau cara dia mengajar bagus. Dia tak pedulik pun korang faham dan boleh aplikasi kat realiti ke tak, sebab diorang pun tak aplikasikan kat dunia realiti diorang.


Pada semester dua ni masih ade lagi matematik, fizik dan kimia cuma kali ni dihiasi lukisan kejuruteraan yang bagi aku sangat mudah dan menarik dan jugak subjek automotive engine! Di sini aku berkenalan dengan Mr. Thomas. Beliau mengajar subjek automotif dan juga ketua kepada bahagian automotive engineering.


Seorang tua yang sangat lucu. Memang pandai buat orang tergelak dalam kelas tapi beliau lebih bijak membuatkan kami faham. Permulaan dan pengenalan kelas juga diajar dengan baik supaya kami tak kecewa dalam kelas ni dan paling penting tak bosan. Beliau mengajar supaya kami keluar dari kotak kami. Bila sebut je enjin, bukan perlu bayangkan piston atau valve. Tapi bentuknya, V8? Tak ramai yang kenal V8 sebab kat Malaysia waktu tu penuh kereta kecik je, paling kurang la 1.5 inline. V6 pun tak ramai tau fungsinya. Dan kebiasaan enjin jepun yang ade turbo, vtec dan tak lebih dari 2.0 liter yang akan dibayangkan.


Ape yang lebih pelik apabila orang tua ni cerita pasal kereta lama. Lagi pelik bila beliau bercerita beliau berlumba dengan kereta jenis corolla tahun 1982 dan kereta mini lama. Boleh laju ke kereta macam tu? Enjin 1.5 single cam, dengan carburator dan horsepower yang sangat kecik.... memang bosan! Mini? Dengan brek drum? Mana Brembo 6 pod caliper untuk lumba? Dunia zaman dulu agak aneh tapi aku cube faham. Webber, tak ramai yang tau webber ape lagi yang boleh stting webber. Tanpa turbo atau vtec dan tanpa kereta yang ada rupa “racing” waktu tu, beliau bercerita macam mana perlumbaan zaman tu.


Jangan fikir apa yang anda fikir semua betul. Kadangkala ada yang lebih tahu sesuatu perkara dari anda tapi mereka merahsiakannya untuk tujuan tertentu atau cuma berkongsi dengan seseorang yang boleh bercerita mengenainya. Jadi cuba merendah diri dan hormat cerita orang lain.



Crew Blog: Rakan dan Kereta


Memandu laju memang mudah! Tapi agak sunyi bila kita tak keluar dari kepompong sendiri. Aku waktu tu pun mula la mencari kawan yang boleh borak pasal kereta. Kat kolej waktu tu pun tak ramai yang betul2 tau pasal kereta. Maklumla, semua pun baru je. Aku pun jenguk2 la internet dan beberapa forum aku aku masuk, semua cakap pasal kereta masing2. Mana nak hangout, mana nak cat kereta, make up kereta. Agak bosan jugak bila diorang cakap bende yang biasa je.


Satu forum ni mengubah terus hidup aku. Forum ni bercakap pasal modifikasi enjin, setup untuk street, track dan drag. Ada bahagian suspension setup. Satu bende baru untuk aku sebab banyak bende aku tak faham kat sini. Untuk beginner macam aku ni, aku memang terkejut! Tak sangka ade orang bercerita macam ni punye serius pasal kereta. Sampai ke litar lumba la jalan cerita dia! Bende yang detail macam tayar dan brek pun ada diselit.


Dah lama berforum, diorang buat TT. Tahun 2005, bukan semua orang tahu maksud TT, ade yang kata TT stand for tea tarik session. Diorang meet up pun kat wangsa maju je, tak jauh dari rumah aku. Jadi aku pun join la untuk pertama kali.


Selamba je aku yg umo 18 ni join diorang. Waktu tu buat muka baik jela sebab sorang2 tu macam banyak ilmu pasal kereta. Sorang2 pernah berlumba. Aku? Kete pun auto je.. dah kenal2 dah borak2 aku ternampak stiker kolej aku kat kete sorang mamat ni. Aku pun tanye kete sape ni. Ade la sorang perkenalkan diri. Senior aku satu sem, ade member rupenye dalam ni. Dia pun sama2 belajar automotif engineering jugak.





Dah lewat malam mereka kata nak tukar tempat. Lokasi Projet ulu kelang (time tu projet lagi). Takla jauh perjalanan dari wangsa maju seksyen 5 tu ke Projet tu, tapi kat situ je aku nampak beza kereta aku dengan yang lain. Masuk je highway, aku start tekan pedal sampai rasa nak berdiri je nak laju sebab yang lain pun macam tekan pedal penuh. Yang depan aku mula menghilang, yang kat belakang pulak start potong aku. Meter aku lepas tu tunjuk 150kmj dan kereta kat depan aku makin menghilang! Masa tu persoalan aku cuma... berapa laju diorang tu?


Waktu tu baru aku faham beza power enjin kat mana. Laju memang laju, aku boleh pandu samapi 190kmj, tapi diorang ni dalam distance yang dekat pun boleh cecah 190kmj. Kat projet tu macam2 rhythm enjin aku dengar. High profile camshaft, turbo dan macam2 bunyi. Sebelum aku masuk projet tu jalan berasap je penuh bau tayar. Budak2 tu cerita sorang mamat yg merupakan senior aku tu buat powerslide masuk projet. Memang aku terpegun la ade orang macam ni driving.


Sertailah mane2 kelab atau forum kereta, macam2 yang anda boleh pelajari dari passion, cara memandu dan apa yang lebih baik untuk anda. Forum kereta pun ada macam jenis, ade yang suka make up ada yang minat sound system, ade yg enthusiast sebuah model dan ade yang serius dalam perlumbaan. Gaya pemanduan pun berlainan, ade yang suka drag race, ade yang prefer touge dan selekoh curam dan ade yang lebih minat drifting. Ikut minat anda.





Crew Blog: Memandu kereta stock!



18 tahun! Memang nombor yang kecik untuk umur lagi-lagi untuk faham pasal kereta. Waktu tu aku tukar minyak enjin wira dari fully syntetic ke semi syntetic. Tibe-tibe kereta tu jadi lebih laju. Dari top speed 100 ke 140. ke 160kmj. Menjadi remaja dengan darah muda ni memang bahaya. Tekan je enjin tu macam esok takde lagi tak fikir pun ape akan jadi dan bakal jadi. Mujurla waktu tu tayar pun bagus. Goodyear NCT5, memang agak grip. Tapi tak lama lepas tu aku tukar rim 16 dari 15, dapat tayar murah pulak tu.. top speed naik 180kmj tapi cornering rasa lain macam. Masa tu taktau tayar main peranan! Tapi aku pun dah start rasa takut nak amik selekoh selaju dulu. Suspension pun stock masa tu, jadi aku mula fikir, kalau aku ubah suspension ni macam mane?




Sebelum aku ubah ape-ape, aku cuba faham kereta baru aku ni! Apasal pelik lepas tukar rim! Lurus laju tapi selekoh hancor! Kalau dulu mrr2 highway tu memang 160kmj punyela, corner pun kurang2 120kmj. Tapi lepas tu macam... takut nak ikut speed dulu. Tapi kat highway, engine tu aku rev macam nak pecah, asal jalan clear je meter baring, 180kmj, 190kmj.. perghh.. kalau ikutkan la, mau mak aku maki hamun kalau tau cara aku drive macam tu.


Semua orang exited bile bwk kete baru, lagi2 untuk darah muda. Tak salah enjoy driving tu, tapi jalan merbahayakan orang lain atau diri sendiri. Laju ade banyak jenis laju dan ada banyak cara nak nikmati jenis laju. Orang yang profesional pun tak drive laju2 atas jalan, mereka pandu secara profesional!




Wednesday, February 23, 2011

Crew Blog: Permulaan



Nissan Daishin Silvia S15, sebuah kereta GT dengan transmisi 7 kelajuan! Agak hebat pada waktu tu. Aku sangat terkejut dengan prestasi jentera berkenaan. Sangat stabil atau harus dikatakan.... sangat dengar cakap! Mudah dikendali pada kelajuan tinggi. Di tahap ini aku telah mahir menggunakan suspension setup dan gear ratio setup. Waktu tu siap ade nota lagi untuk setiap trek! Untuk trek panjang dan pendek masing-masing ade setup gear ratio dan suspension berlainan. Tanpa difahami oleh budak 14-16 tahun, permainan ini betul-betul telah mengajar sesuatu. Sesuatu yang aku tak sangka boleh digunakan kelak.



Pada umur 16 tahun, aku diberi sebuah motorsikal model Suzuki FXR dengan 150cc. Sebuah motor yang agak besar untuk budak baru belajar waktu tu. Mula-mula memang kelakar la, belajar motor dengan clutch. Tapi waktu tu dah nak masuk tingkatan 5 jadi aku gunakan motor tu ke sekolah. Waktu tu memang taktau mana satu sprocket, mana block enjin, ape tu head. Jalan je waktu tu. 150Cc DOHC, torque memang sangat kuat! Tapi bile lama pakai dah mula belajar satu-satu part.


Tiba la waktu habis sekolah, tangan dah mula gatal nak modified bila kawan-kawan selalu je modified. Tapi kawan semua pakai scooter je, modified sampai blok naik 180cc pun takla laju mana. Kene pulak time tu saya menyertai kelab motor yang agak serius. Kelab ni selalu pegi trackday kat sepang circuit. Waktu tu baru tau, pegi sepang hari ahad waktu track day, bayar RM150 dan boleh lenjan motor suka hati. Syarat waktu tu ade full face, jaket kulit, dan knee slider serta glove. Waktu tu je ade 2 bijik helmet fullface. Kelab ni rajin jugak naik turun awana hari ahad. Sebab mereka ni boleh kata golongan profesional dan bukan rempit jalanan, cara mereka modified motor tu lain macam sikit la. Bukan je nak laju tapi nak reliable. Sesuai di pakai di semua jenis keadaan. Atas nasihat beberapa orang dalam tu tentang cara nak modified motor tu, aku pun mula la hantar ke bengkel.


Waktu tu motor tu diarahkan diubahsuai dengan spec yang diberi. Engine block dinaikkan jadi 180cc. Tak sangka pulak torque dia akan jadi lebih besar sebab orang lain modified scooter tak kemana, tapi takut pulak bile dapat enjin yang macam ni. Tapi tak setakut aku try motor Ninja 636 la. Penah test ride Ninja 636, gear satu je aku dah trauma! Tapi oleh beberapa sebab kesalahan bengkel yg usik2 motor aku tu... terkubur la motor tu pulak. Jadi conclusion kat sini, kalau tak kenal sangat workshop punye skill, jangan pandai2!


Umur 18 tahun lepas SPM, aku mula belajar bawak kete. Bile dapat lesen hari-hari lenjan kete mak aku. Wira aeroback 1.5 auto. 89Bhp top speed 100kmj je time tu. Belasah la, janji bole jalan. Time tu kasar, ingat dunia ni dunia lumba je walau kete tak laju. Tapi sebab tau tu kene mak aku, aku bawak hati jela.






Bulan Julai waktu tu, aku pun start masuk kolej. Jurusan kejuruteraan automotif. Semester pertama memang bosan. Belajar balik fizik, matematik dan kimia. Tak sentuh bab automotif lansung! Hujung semester aku dapat kereta wira tu kat tangan aku. Mak aku pun dah ade kete lain dah time tu tapi takdela jauh aku berjalan sebab duit minyak tak banyak time tu. Cukup aku jalan sorang-sorang je. Kat sinilah cerita aku bermula....


Crew Blog: Pengenalan




Hai, selamat datang ke blog saya, atau patut saya ucapkan selamat datang ke dunia saya! Saya Hilmi dari Konmei Automotive Division yang sering menulis di blog Konmei Institution ni. Di sini, di ruang saya sendiri tidaklah saya berhajat untuk menulis sebarang hal persendirian tapi cuma automotif dan motorsports dalam perspektif saya sendiri.


Tapi siapa saya untuk menulis apa-apa tentang dunia automotif saya? Seorang engineer? Pemandu profesional? Tuner? Pembuat kereta? Maaf kalau saya mengecewakan anda, saya cuma seorang yang baru dalam dunia automotif, tapi taklah baru mana, tapi masih lagi seorang yang baru belajar. Jadi mengapa anda harus mengikuti blog ini? Dari seorang beginner kepada seorang beginner. Saya telah melalui jalan yang mula-mula anda lalu dan kini jalan yang lebih baik dari membuang masa di jalanan.







Saya tinggal dan membesar di Kuala Lumpur. Perkara yang membuatkan saya terus ke dalam dunia Automotif adalah kerana permainan video Gran Turismo 2 dalam Playstation. Di situ, membeli kereta baru dan terpakai, mengubah suai, menang, kalah dan hilang kawalan adalah sesuatu yang baru dan menyeronokkan. GT Japan Championship (sekarang dikenali dgn Super GT) adalah satu-satunya sukan bermotor yang saya minat pada waktu tu. Banyak karakter dalam Gran Turismo terdapat dalam perlumbaan berkenaan dan bagi saya, pada waktu itu Formula 1 agak membosankan tapi dunia WRC telah menceriakan suasana.





Kereta pertama yang bertanggungjawab membuatkan saya terjerumus ke lembah automotif dan sukan bermotor ni adalah Toyota Supra RZ. Bagi seorang budak 14 tahun pada ketika itu, saya berminat pada bentuknya dan prestasinya dalam permainan Gran Turismo 2. Pada waktu itu saya tak tahu menahu mengenai enjin 2JZnya atau sistem twin turbo yang menjadikan Supra lebih istimewa. Namun pengendaliannya yang sangat mudah di atas litar membuatkannya kereta yang terbaik lebih-lebih lagi dalam perlumbaan GT Japan ia selalu menjadi juara pada ketika itu. Tetapi di satu tahap Toyota Supra RZ telah diubahsuai turbonya menjadi lebih besar, LSD yang lebih tinggi, ia menjadi liar dan sukar dikawal tak seperti waktu ia mula dibeli. Saya makin keliru dan mula mencari kereta baru.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger