Pages

Showing posts with label Modifikasi. Show all posts
Showing posts with label Modifikasi. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Rim Offset


Nak tukar rim sampai tayar terkeluar? Kalau boleh nak jadi katak kete tu penyek je atas jalan betul tak? Konon nampak cool la.. tak pun nampak racing? Tapi ramai jugak yang tak faham lagi offset ni macam mane kan? Gambar di atas tu menunjukkan posisi belakang kenderaan dan rim dan tayarnya berada pada kedudukan yang senonoh tanpa sebarang modifikasi. Perhatikan centerline tu, itulah keadaan hub rim tu berada betul-betul di tengah rim, kalau anda ingat hub tu berada di tepi, tengok betul-betul di bahagian dalam.



Jika anda menukar rim lebih lebar pun, dan tayar tu ade terkeluar sikit, tapi hub rim masih di tengah di mana kelebaran tayar tu masih sama rata ke dalam dan luar, ia masih lagi zero offset tak kira la berapa lebar mana pun rim tu. Tetapi kalau terlalu lebar dikhuatiri tayar anda akan berlanggar dengan komponen dalaman seperti arm, atau badan kereta itu sendiri.




Haaaa!!! yang ni baru offset terlampau! Samada rim tu semulajadi negative offset atau korang mengada-ngada dan gatal tangan tambah spacer untuk jadi offset! Nak tayar terkeluar mcm katak tu. Kalau untuk track racing ramai yg buat negative offset untuk lebih stabil, tapi kalau guna suspension, arm, bushing biasa nanti macam-macam la rosak akibat stress tayar yang semakin jauh. Cuba lihat centerline di mana tayar anda sepatutnya berada, tak center kan? tayar ke kiri sikit, yang belah dalam lagi sikit dari luar kan? Yang berwarna biru tu spacer atau hub rim anda yang terlebih besar, Garisan biru pulak menandakan berapa jauh offset anda dari centerline. kalau 20mm, ia akan jadi -20 offset kalau 40mm akan jadi -40 offset.


Inilah antara rupa spacer yang bertanggungjawab melarikan offset rim anda. Boleh didapati di internet dan kedai tayar yang mungkin tak berapa dekat dengan rumah anda.



Ada lagi, yang ni positif offset, memang ade rim yang sengaja buat jadi macam ni untuk tujuan tertentu. tayar akan ke dalam sikit dan tayar belah dalam tu lebih dari belah luar. tengok centerline tu, belah dalam lebih lebar dari luar.


Jangan sekali-kali tambah offset kalau tak sedia akibatnya, nak pakai rim lebar boleh tapi offset tak perlu la kacau.

Modifikasi: Air Filter

Simota Filter

Air filter adalah sejenis penapis udara yang akan menapis udara sebelum masuk ke dalam enjin dan dibakar bersama petrol yang menghasilkan kuasa kuda enjin anda. Setiap enjin mempunyai penapis udara yang diperbuat daripada kertas (hampir). Bukanlah kertas biasa, kerta yang boleh menapis.

Jadi kenapa ia perlu ditukar? Penapis biasa akan menghalang beberapa jumlah udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran, tapi jangan risau, jurutera yang membina enjin anda terlah pun mengira jumlah udara yang cukup untuk masuk ke dalam enjin walaupun dengan air filter biasa.

Jika anda fikir anda lebih pandai dari jurutera dan membuang terus penapis udara anda dan tidak memakainya lansung, segara ranting kecil, daun-daun, batu-batu kecil juga akan bercampur ke dalam kebuk pembakaran anda dan sedikit sebanyak akan merosakkan bahagian dalam enjin anda. Enjin anda akan terus rosak apabila ada anak katak yang tersedut ke dalam dan tersangkut dalam enjin atau turbine anda! Jangan gelak! ini pernah terjadi!!

Jadi bagus ke tukar penapis udara ni kepada jenama lain yang bukan alat ganti asli?

K&N Drop In

Penapis udara berjenama seperti K&N dan HKS serta beberapa jenama terkenal telah pun mengkaji bahan yang mereka gunakan. Untuk jenis Drop In air filter, iaitu penapis udara yang mengekalkan bentuk asal penapis dan cuma mengubah bahan penapis dari kertas ke bahan yang mereka percaya. Penapis jenis ini masih mengehadkan jumlah udara yang masuk tetapi lebih lancar dan penapis ini boleh digunakan sepanjang hayat jadi biarpun ia agak mahal semasa membeli, anda tak perlu lagi menukarnya, hanya mencucinya sahaja.

HKS Hybrid Filter


Jadi kenapa Drop in? Jika tiada sebarang modifikasi dalam enjin anda yang memerlukan lebih udara untuk masuk, anda tak perlu menggunakan filter yang akan memberi lebih ruang untuk udara masuk, kerana injektor enjin anda tidak akan menyemburkan lebih petrol walaupun udara yang masuk lebih banyak. Ini akan menyebabkan pembakaran yang 'lean' yang hanya akan merosakkan enjin anda.


Yang ini dipanggil "Open Pod Filter". Jenis ni la yang tak disarankan pakai jika enjin anda tidak mengalami sebarang modifikasi dalaman yang memerlukan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran. Jika anda menggunakan ini, anda mungkin akan terasa lebih pick up pada rpm bawah dan sebu pada rpm tinggi.


Kenderaan dengan modifikasi dalaman yang membenarkan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran adalah disarankan untuk filter jenis ini. Modifikasi seperti turbine lebih besar, piston lebih besar, injektor lebih besar dan apa sahaja modifikasi yang meningkatkan volumetric efficiency anda membolehkan anda menggunakan filter jenis ini.


Sebaiknya jika anda menggunakan filter jenis ini, pastikan anda dapatkan kotak untuk menutup bahagian sekelilingnya untuk mengelakkan udara panas dari dalam bay enjin anda disedut kedalam kebuk pembakaran, kerana filter jenis ini akan menyedut udara dari sekelilingnya. Penggunaan Cool Air Intake yang kemudian disalurkan ke dalam kotak yang menempatkan filter tersebut.



Tuesday, December 6, 2011

Rim Center Cone




Image: E-kereta.com

Ape pulak center cone ni! Ade je idea diorang nak habiskan duit kite! tak pasal-pasal dah ade orang jual kite pun gatal tangan rase nak beli bende... ade yang warna warni pulak tu! cantik!

Center Cone ni kononnya digunakan untuk menstabilkan rim dan mengurangkan gegaran. Biasanya kes ni berlaku pada rim taiwan atau rim yang dah rosak, ade ruang antara rim dengan hub tu yang buat gegar. Tapi rim asal pun diorang bantai letak center cone? kenapa? ape lagi.. nak untung la! bende boleh jual diorang jual la kan? sape taknak untung?

Gambar di atas menunjukkan disc brake kereta anda! Kat situ la center cone diletakkan. Semudah tu je diorang letak, dan kemudian boleh pulak tak gegar rim tu kan? Memang center cone ni ada bantu, tapi bukan untuk semua jenis masalah dia bantu, kadang-kadang tu diorang saje je suruh letak nak suruh korang beli. Tapi kalau dah gegar jugak rim tu macam nak roboh, cuba la pasang, mana tau boleh elok kan?



Macam ni pulak lebih kurang center cone dalam rim tu. Dapat bayangkan tak? nak cerita lebih pun tak guna, kalau dah balancing, dah alignment, tayar tak bengkak dan korang pakai rim taiwan dan korang rasa gegar kereta tu. Cuba la pasang center cone ni mana tau boleh kurangkan sikit. Tak mahal pun...

Tapi jangan la tak bersebab, orang lain sebut-sebut center cone ni korang pun gatal nak beli kan? Selamat memandu tanpa sebarang gempa!

Monday, November 14, 2011

Modifikasi: tukar rim



Ade plan nak tukar rim? nak rim cantik atau besar? atau sangat besar? Elok-elok sikit pilih rim tu... jangan macam pilih gula-gula.. bawak padah nanti.

Tapi kalau nak kereta cantik, sebelum sentuh apa-apa memang kene usik rim dulu! Lainla kalau beli2 rim tu dah cantik kan? ataupun korang suke rim tu lantak la...

Ok, jika anda menggunakan kereta biasa-biasa, bukan kereta supercar, bukan sportcar ataupun kereta luxury yang harga RM200,000 keatas, anda mesti akan ke kedai tayar biasa dan pilih rim. Percaye jela cakap tauke tu.. semua rim kat kedai biasa bawah RM2000 semua bukan ori. Kecuali Enkei made in Malaysia atau Lenso dari Thailand. Yang ni original, tapi tidaklah sehebat rim Jepun.

Rim original Jepun atau europe atau US, harga kat kedai potong pun boleh cecah RM2500 untuk rim 15... Rim 17 RM5000! ambik ko rim second hand! yang baru? dulu penah nampak la kat Eneos jual rim 17 BBS RM10,000 untuk 4 bijik. Jangan tanye la harga rim AC Shnitzer ke, rim hamann ke... kalau korang tanye harga dah confirm2 korang tak boleh beli atau cukup-cukup je duit nak beli.

Jadi yang anda nak kene tahu, rim yang biasa kite pakai ni adalah Taiwan dan imitation! walau ape brand pun, material dan kualiti hampir sama. Ade yang ringan sikit ade yang kuat sikit, kite pun tak tau. tapi JRD Malaysia yang orang gelak-gelakkan dulu pun dan makin hebat sekarang!

Ok! sebelum upgrade Rim ke saiz besar sikit, korang kene faham, tayar akan makin nipis sebab nak menyamakan diameter overall saiz tayar sebenar dengan yang baru ni. Memang saiz rim berbeza tapi diameter tayarnya tetap sama! Jadi bile makin nipis, pemanduan makin tak selesa. kenapa?


ok, gambar menunjukkan sebuah tayar yang agak tebal dan memijak sebiji batu kecil. Ape yang terjadi di situ? mari kite kaji.

1. Tayar yang tebal mempunyai sidewall yang lembut, jadi bahagian tayar lain masih memijak lantai dan batu itu masuk ke bawah tayar berkenaan.
2. Tayar yang tebal dan diisi angin sama fungsi dengan belon, jadi bile tekanan dikenakan, tayar tersebut mampu menyerap impak dan menghantarnye ke bahagian lain.
3. Tugas sistem suspensi adalah menyerap impak, tapi setelah dibantu oleh tayar, suspension anda cuma perlu menyerap sedikit je impak dari batu yang telah anda pijak tadi.

Oleh yang demikian, banyak penyerapan berlaku dan anda berasa selesa dan sistem suspension anda tidak perlu bekerja keras kerana dibantu tayar anda dan rim anda pun berasa selesa kerana kebanyakan impak yang sepatutnya disampaikan rim kepada suspension telah pun diserap oleh tayar.


Tapi apabila anda bertukar ke rim yang lebih besar:

Ni dia! tayar nipis dah sampai! merujuk kepada theta yang berwarna hijau, diameter tayar adalah sama seperti gambar sebelum ini. Mari kita lihat apa yang berlaku jika terjadi situasi sepeti tadi.

1. Tayar nipis mempunyai sidewall (bertanda biru) yang sangat keras, ini untuk melindungi rim anda dari pecah. akan tetapi akibat ia keras, ia tidak membenarkan bahagian lain mereflek dan menyentuh tanah apabila memijat batu, jadi batu tersebut tidak tenggelam di bawah tayar sebaliknya tayar anda terangkat akibat memijak batu tersebut.
2. Sidewal yang keras tidak membenarkan impak diserap dan dihantarkan ke bahagian tayar lain, jadi rim anda akan menanggung kesannya dan menghantar ke suspension anda.
3. Kalau tayar anda tebal, ia akan menyerap tekanan dari badan kereta dan juga batu tersebut, oleh sebab tayar anda kini tidak memainkan peranan berkenaan, suspension anda sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan apabila impak diberi, ia lebih tertekan dan tak mampu menerima sebarang impak lagi kerana kekenyalannya sudah sampai ke tahap maksimum.
4. Apabila ini berlaku, kebanyakan impak akan diterima oleh rim anda, suspension anda dan badan kereta anda dan juga anda!


Oleh kerana itu, apabila anda menukar rim, anda juga harus memikirkan untuk menukar sistem suspensi yang baru yang lebih baik.


Di sini menunjukkan yang diameter tayar adalah sama cuma diameter rim berbeza dan mengapa suspension rim besar lagi pendek? Bila kereta anda dalam keadaaan statik dan tidak memijak batu, tayar yang tebal telahpun menjalankan kerjanya dan menyerap berat badan kereta anda manakala tayar yang nipis tidak berbuat demikian.

Oleh itu, suspension dengan tayar tebal lebih selesa kerana sebahagian kerjanya telah diambil oleh tayar, manakala suspension dengan tayar nipis terpaksa melakukan kerja sepenuh masa setiap masa.

Oleh yang demikian, suspension dengan tayar nipis lebih mudah rosak kerana ia bekerja lebih dari yang biasa. Jadi anda perlu tukarkan dengan suspension yang mampu bekerja keras ataupun yang keras kepala (keras laa....) dan sanggup menanggung impak berkenaan. Tapi awas, setengah suspension yang tidak bertanggungjawab akan menjadi terlalu keras dan menghantar semua impak kepada rim dan badan kereta anda menyebabkan barang lain yang rosak akibat twist dan bending yang berlaku! Dan kemungkinan badan anda juga akan rosak!

Brand spring yang bertanggungjawab adalah seperti yang berjenama iaitu Eibach, Tein dan Gab dengan pilihan tidak terlalu keras.

Brand absober yang baik untuk menyerap impak pula adalah seperti Monroe, Gab, APM performax, dan jika anda mempunyai wang yang lebih pilihlah Koni.

Setiap modifikasi akan sedikit merosakkan kenderaan anda, tapi itulah modifikasi, anda hanya perlu ambil langkah berjaga-jaga jika mahukan kelainan tapi tak perlulah takut untuk mengubahsuai kenderaan anda jika anda berduit.


Sunday, August 14, 2011

Modifikasi: Downforce



Meningkatkan downforce adalah perkataan betul dan selalu digunakan oleh orang yang lebih bertamadun sedikit dari orang yang memanggil wide body atau bodykit atau spoiler.

Ini kerana, apabila anda menyebut nak tambah spoiler, nak tambah bodykit atau apa saje yang ditambah dengan tujuan kosmetik, anda baru sahaja menambah satu lagi beban ke atas kereta anda dan mungkin ia nampak laju tapi lansung tak membantu melajukan kereta anda.

Oleh kerana itu dengan menambah downforce adalah lebih meyakinkan dari menambah segala yang memberatkan kereta anda.




Anak panah diatas menujukkan downforce, iaitu daya yang sangat kuat menolak sebuah kereta dan meletaknya di bumi yang nyata kerana apabila udara di bawah kenderaan lebih laju dari di atas, satu daya akan menarik kenderaan ke bawah. Jika diperhatikan, anak panah tu cuma ada dua je, sebab di belakang dah mula leper dan lurus, keadaan ini agak membahayakan keadaan kerana bahagian belakang mungkin menjadi lebih ringan, oleh kerana itu spoiler dipasang untuk menambah satu lagi anak panah.


Sebelum anda menghabiskan duit di kedai-kedai yang tak sepatutnya, tanya diri anda, kenapa anda nak habiskan duit tu? adakah untuk tujuan kosmetik dan mencantikkan kereta? Jika ya, sila abaikan artikel ini kerana anda bebas melakukan apa sahaja tapi tolong la jadikan kereta tu sebuah kereta.



Berikut merupakan spoiler untuk membantu anda di jalan lurus dan kebanyakannya digunakan dalam perlumbaan drag. Ia tidak begitu tinggi hanya untuk mengelakkan turbulance di belakang kenderaan sahaja.



Gambar diatas menunjukkan bahagian belakang kereta tanpa sebarang spoiler, badan jenis coupe atau sedan biasanya mengalami masalah ini. Angin yang menemui selekoh tajam akan berputar dan membawa beban di belakang kenderaan berkenaan.



GT wing pula selalu dikesan dalam perlumbaan drift dan track racing, GT wing lebih membantu di bahagian selekoh walaupun mungkin akan mengurangkan drag pada jalan lurus ini kerana, perlumbaan seperti ini lebih di selekoh dari jalan lurus.


Selain spoiler dan GT wing anda, ketinggian kereta memainkan peranan. Terdapat perbezaan antara mereka yang memasang skirt yang lebih rendah berbanding mereka yang merendahkan kereta.

Merendahkan kereta iaitu merapatkan chasis pada lantai iaitu dengan memendekkan suspension anda. Bukan potong spring atau bakar spring tu dan jangan sekali-kali buat perkara tu, tapi carilah suspension yang sesuai yang lebih pendek atau adjustable suspension.

Selepas merendahkan chasis anda, barulah fikir nak tambah2 skirting tu. Biasanya bodykit aftermarket dari tuner2 ni bukan sebarangan, ia dicipta dalam wind tunnel untuk meningkatkan drag dan aerodynamics.

Setiap lekuk pada skirting depan, tpi dan belakang adalah untuk pengaliran udara yang betul untuk jalan lurus dan selekoh. Ada juga yang membantu menyejukkan tayar dan brek dan ada yang membawa udara ke dalam enjin.

Untuk anda yang berminat mencantikkan kereta anda tanpa menghiraukan downforce sebenar mungkin boleh mencontohi kereta2 tuner yang sedia ada daripada anda pasang tak tentu arah.

Thursday, August 11, 2011

Modifikasi: Stabilizer bar




Stabilizer bar atau besi melintang di kawasan yang tak sepatutnya di dalam bonet, atas dan bawah kereta anda! Ramai je yang tampal stiker ultra racing, zenden, cusco dan ramai jugak yang pasang beli ni melintang-lintang dalam kereta masing2. Tapi tau ke ape fungsinye?

Setiap kali anda memecut, membrek, mengambil selekoh, setiap bahagian dalam kenderaan anda akan bergerak, bukan bergerak sebab anda memandunya, tapi ia menghasilkan bending moment atau pembengkokkan sementara.

Seperti juga spring yang dibuat dari besi, ia bersifat anjal, begitu juga rangka kereta anda, ia juga besi dan anjal cuma keanjalannya tidak selembut spring. Dalam anda berseronok, kemungkinan rangka kereta anda membengkok dan jika anda memandu secara tak senonoh untuk beberapa tahun, anda akan dikejutkan dengan rangka kereta anda yang tidak waras walaupun tidak pernah kemalangan.


di atas adalah contoh stabilizer bar yang penting atau popular. Ia dipanggil strut bar dan terletak dalam enjin bay anda, ia mempunya jenis 2 point, 3 point dan 4 point. Strut bar 4 point juga berfungsi ketika kereta anda mengalami kemalangan kerana ia memperkukuhkan rangka kereta anda. Tujuan utamanya adalah untuk memperkukuhkan bahagian depan kereta anda ketika menghadapi selekoh dengan kelajuan tinggi. Anda akan merasakan satu pergerakan yang lebih aneh untuk kereta anda setelah strut bar ini dipasang kerana ia tidak memberi ruang untuk rangka anda bergerak.


Anti roll bar, terletak diantara kedua tayar belakang kenderaan anda. Biasanya kereta moden telahpun dilengkapi dengan anti roll bar dan ia boleh diubahsuai kepada yang lebih besar diameternya untuk pengendalian kenderaan yang lebih baik.

Terdapat lebih banyak stabilizer bar yang boleh di tambah seperti di bawah enjin, di bawah rangka kenderaan bahagian tengah dan belakang, di dalam kenderaan dipanggil room bar dan upper rear bar di bahagian belakang dan fender bar di bahagian tepi kiri kanan depan.

Menambah stabilizer bar akan menjadikan kereta anda lebih stabil tetapi jika terlalu banyak ia akan menyukarkan pergerakan kerana rangka terlalu keras. Jadi biasanya strut bar, anti roll bar dan room bar ditambah.

Terlalu banyak stabilizer bar juga akan menambah berat kereta anda, jadi fikirkan dahulu tujuan anda untuk menambah sebelum anda membazirkan wang anda. Anda boleh layari www.ultraracing.my untuk melihat lebih banyak stabilizer bar untuk kereta anda kerana di Malaysia, mereka yang memonopoli keteguhan kereta di sini.


Modifikasi: Meringankan enjin





Meringankan bahagian enjin antara salah satu modifikasi yang menjadi salah satu modifikasi yang popular. Ini kerana alat ganti yang lebih ringan banyak dijual dan mudah diperolehi dengan harga yang agak rendah.

Memandangkan harga alat ganti yang rendah dan kos pemasangan yang tidak berapa membebankan, campulley atau crankpulley yang ringan contohnya menjadi pilihan ramai peminat kereta sebagai pilihan modifikasi mereka. Tapi tahukah anda apa yang terjadi jika enjin diringankan?


Torque = r x F atau \boldsymbol \tau = rF\sin \theta\,\!


di mana r adalah panjang atau vektor tempat asal daya diberikan dan F adalah daya. Di sini anda mungkin memerlukan satu lagi persamaan iaitu F atau force

Force = m x a

di mana m atau jisim(mass) didarabkan dengan a pecutan(acceleration)

apabila jisim mula berkecimpung dalam kehadiran torque anda yang penting dalam powerband anda... (sila klik sini jika anda tidak pasti apa itu powerband) ia akan memberi kesan kerana r didarabkan dengan F. Untuk mendapatkan F pula, m perlu didarabkan dengan a. Jika m adalah kecil dan didarabkan dengan a, sudah tentu F adalah kecil dan jika F didarabkan dengan r dan ia akan menjadi kecil melainkan r membawakan satu perubahan di mana agak sukar untuk didapati dalam enjin anda.


OK! sekarang anda mesti dah pening kan? BAGUS! sesungguhnya kekeliruan itu sangat indah... Jadi kesimpulannya, jika enjin anda adalah stock dan hanya meringankan part enjin tanpa menambahkan torque, anda telahpun mengorbankan torque anda tapi tahniah! kerana horsepower kereta anda mungkin bertambah kerana:


Horsepower = (torque x rpm)/5252

Persamaan horsepower anda adalah seperti di atas, Revolution per minit atau RPM mungkin berubah! iaitu redline rpm anda mungkin boleh melonjak tinggi atau rpm anda mendaki dengan lebih laju kerana tiada halangan atau inersia telah dikurangkan.


Jadi, mungkin kereta anda bertambah laju? Mungkin ya, ia bertambah lancar, pecutan 0-100 mungkin lebih baik... tapi apa masalahnya?

Untuk anda yang hanya menukar pulley mungkin masih tidak bermasalah tetapi awas kepada enjin kecil seperti 1.3 liter atau bawah 1000cc. Kereta dengan enjin 1300cc dan mempunyai berat lebih 1 tan, jika enjin diringankan ia mungkin tidak mampu membawa kereta anda mendaki dengan lebih baik melainkan anda terus mendaki dengan rpm lebih tinggi.


dan jika anda lebih ekstrim dan mula meringankan bahagian lain seperti crankshaft anda supaya kelihatan lebih tajam seperti di bawah, anda mungkin tak mampu mendaki gunung atau bukit yang curam!

Ini kerana inersia enjin anda telah hilang, walaupun ia mampu dipandu laju di jalan yang lurus, namun ia sangat sukar untuk mendaki kerana inersia dalam enjin diperlukan untuk mendaki melainkan anda memandu enjin 2000cc keatas dengan force induction seperti turbo atau supercharge.

Walaubagaimanapun di litar, meringankan bahagian enjin ini sangat penting kerana kereta anda tidak mendaki bukit yang curam. Dan akibat pecutan RPM yang luarbiasa, proses wear and tear lebih mudah berlaku dan sediakanlan wang yang lebih untuk hari hujan anda.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger