Pages

Showing posts with label Asas beli kereta. Show all posts
Showing posts with label Asas beli kereta. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Insuran kereta!




EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?

Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan                   Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insuran seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Sila KLIK SINI untuk kalkulator insuran

Friday, November 25, 2011

Review: Chery Eastar 2.0 MPV


Jarang sekali kami membuat review sebuah kereta, mungkin tak pernah kot untuk satu kereta lagi-lagi sebuah MPV dari China pulak tu? Biasanya kalau review mesti kereta laju atau yang nampak jahat kan?

Sejak beberapa minggu ni banyak search keyword yang membawa kepada blog ni hasil dari keyword "chery eastar mpv" atau "enjin ateco". Agak ramai jugak la yang search keyword lebih kurang macam ni mungkin kerana kami ada review MPV dengan harga munasabah sebelum ni.

Kami bukan taknak review, setiap persoalan kami akan cuba beri jawapan dan kerana itulah terhasilnya semua artikel sebelum ini kerana persoalan ahli-ahli kami ataupun orang yang bertanya kepada kami.

Kita mulakan dengan pengenalan, Chery Eastar adalah sebuah MPV saiz penuh 2.0 liter yang basic dengan gearbox 4 kelajuan. Kalau tengok dari spec enjin takde yang lebih pun untuk sebuah kereta buatan China.

Tapi yang membezakannya bila size kereta ni mula mengambil alih perhatian anda, saiz penuh pada luaran macam Mitsubishi Grandis dan Honda Odessey yang berharga sekitar RM180,000 tu. Tapi dalaman macam mana? Tidaklah semewah Honda dan Mitsubishi kerana harganya pun separuh dari kereta di atas. Ketuk2 memang kosong tapi pandangan mata tidaklah terlalu kosong. Hiasannya agak kemas dan kalau yang tak sangat kemas pun, ingat sekali lagi, anda membayar separuh harga.



Mana nak cari kereta dengan interrior macam ni? Proton Ixora? ok, mungkin saingan agak sengit di sini, yang sebenarnya tidak bersaing pun. Hampir sama besar dengan eastar tapi Ixora memilih untuk mengalahkan Livina dan Citra, enjin kelas 1.6nya tak setanding dengan torque dihasilkan eastar dan ianya pendek sedikit dari Eastar.



Enjin Ateco? Europe? Memang tak pernah dengar, ianya dihasilkan oleh AVL dalam R&D bersama mereka dan telah digunakan oleh Fiat dalam kereta sedannya Linea. AVL adalah sebuah syarikat automotif eropah yang membekalkan alat ganti untuk kereta eropah.


Tak nampak kemas!! Memanglah, mind set anda dah kata ini kereta China, tak berkualiti, semua kata tak nampak kemas. Sekali lagi, harganya adalah separuh dari harga saingannya, ia dihasilkan di China di mana buruhnya sangat rendah dan Quality Controlnya lebih rendah dari kereta eropah atau Jepun. Jadi nak QC yang baik? tengok poket anda dan dapatkan kereta eropah atau Jepun.

Walaupun dipasang di China, oleh kerana ia teknologi eropah, kuasa torque nya sangat memberansangkan, kalaulah tak tahu Chery ni sebuah kereta China, mesti ramai yang terpegun dengan kelancaran enjin ni memecut. Bukan laju tapi lancar, penuh yakin untuk mengangkat kenderaan sebesar ni. Sila pandu uji untuk statement ni!



Pakej Full Spec pun sangat menarik, 2 LCD belakang headrest, sebuah LCD touch screen dengan DVD player di depan lengkap dengan reverse camera bila anda sedang mengundur!


Pilihan Full Spec juga menawarkan tempat duduk kulit dengan pilihan warna berbeza. Jika anda mahukan gelap pilihlah tempat duduk kulit berwarna hitam atau kelabu, jika mahu cerah, pilih coklat atau cream atau 2 tone.


Full spec juga menawarkan Bodykit dan Security tinted 5 mil yang menghalang cermin anda dipecahkan dengan mudah oleh orang tak bertanggungjawab.




Cantik? Untuk kereta yang berharga RM85,988 on the road, memang agak menarik, tapi mesti anda was-was kan? Kereta China, baru nak naik.. alat ganti? Kereta ni buatan China dan harganya pun murah. Semua orang tau kalau nak carik barang murah, cari barang buatan China, jadi macam mana alat ganti kereta China sendiri boleh mahal? logik tak?


Rosak? Kita ambil sejarah Proton, semua rosak dan ramai yang cakap macam-macam, akhirnya semua orang beli Proton kerana takde pilihan lain. Nak kenderaan yang tak rosak, beli la yang mahal! Tapi kenderaan yang mahal tu tak rosak untuk jangka masa sementara je, sampai masa dia nak rosak, mampu ke kita baiki? Waktu tu apa beza dengan kenderaan lebih murah dan kos membaik pulih yang murah?

Cuma kereta import ni tidak memeningkan kepala anda selama 4-5 tahun dan disarankan tukar kenderaan anda selepas jangka masa tu kalau taknak breakdown. Anda dapat peace of mind tapi duit anda pun kene peace!

Kita ambil pula sejarah Naza Ria atau Kia Carnival. Ramai yang kata rosak dan tak bagus. Hakikatnya paling ramai yang memiliki Naza Ria dan walaupun dah tak dijual lagi, ramai yang datang tanyakan Naza Ria di showroom KIA berdekatan. Kalau tak percaya tanye la jurual KIA tu.

Jadi anda pun nak fikir sampai Eastar ni dah habis dijual baru nak beli? Hakikatnya ramai yang dah terbeli kereta Jepun dan nak tukar pada Eastar tapi tak mampu sebab mereka dah buat loan dan terpaksa tambah wang untuk menjual kenderaan mereka. Dan mereka tak puas hati dengan saiz kereta berkenaan.




Berikut adalah gambar yang kami jumpa untuk Eastar yang telahpun terlibat dalam kemalangan. Teruk? tengok dari mata kasar memang teruk tapi cuba tengok betul-betul hasil pelanggaran di atas, kedua-dua Eastar berkenaan tidak terjejas A,B dan C pillarnya sehinggakan pintu hadapan boleh ditutup rapat walaupun setelah kemalangan seperti itu dan menunjukkan pemandu boleh keluar tanpa sebarang masalah. RM85,988 untuk MPV bersaiz penuh dan selamat? Ia juga dilengkapi 2 airbag dan Traction Control (TCS) dan ABS serta EBD.

Ini bukanlah MPV yang terbaik dan harus dibeli, cuma ianya sangat sesuai untuk mereka yang berkemampuan sekitar RM90,000 dan dengan wang pendahuluan sekitar RM8,688 untuk mendapatkan sebuah MPV saiz penuh dan semua kelengkapan canggih di atas.

Ramai yang kemudian tak berpuas hati dengan Eastar kerana ramai jurujual di luar sana banyak yang menipu dan memberi informasi yang salah dan membuatkan pembeli rasa tertipu dan marah. Kami di Konmei terdiri dari penggemar automotif dan sukan bermotor akan memberi nasihat kepada anda untuk kenderaan yang sesuai dengan cara hidup anda, pendapatan anda dan kepentingan anda. Setiap artikel di blog kami juga dikaji dengan terperinci sebelum ditulis.

Sila hubungi 017-2527340 atau emailkan ke hilmi.saari@gmail.com untuk sebarang nasihat ataupun rebat tunai ataupun promosi terbaik yang boleh kami beri dan mungkin lebih menarik lagi. Trade in diterima dan kami akan pastikan anda mendapat kenderaan yang sesuai untuk diri anda dan bukan bagi diri kami.

Monday, November 14, 2011

Kereta Hybrid di Malaysia!



Pertempuran antara Honda dan Toyota! Di sini anda menyaksikan Honda CR-Z dan Insight, Toyota Prius dan Lexus CT200H bertempur di Malaysia untuk mendapatkan nama kereta hybrid terbaik. Jadi yang mana satu? Mari kita tengok!


Kereta Hybrid pertama yang berani mengharungi Malaysia adalah Honda Civic Hybrid di mana ia tidak lagi dijual dan kemudian Toyota Prius yang terkenal di Amerika telah mengubah penilaian orang Malaysia untuk memilih kereta.

Tak lama kemudian Honda telah mengusutkan lebih lagi fikiran pembeli dengan kehadiran Honda Insight dengan harga lebih rendah dari Prius dan mari kita saksikan perbezaan dua kenderaan ini!


Pertempuran pertama.. Insight vs Prius!
Gambar di atas bukanlah gambar model asal kereta berkenaan, Insight telah diberi sentuhan dari Modulo bodykit dan Prius telah ditambah dengan bodykit Tommy Kaira. Tak seronok la kalau letak rupa biase je kan? Bosan betul tak? Jadi ni idea untuk anda menghias kereta yang bakal anda beli!

Dari segi ruang dikatakan Prius mendahului kerana ruang belakang Insight terlalu rendah dan bakal membengkokkan leher anda. Kedua kenderaan ini diberi tempat duduk jenis fabric dengan warna dalaman yang gelap.



Intrumen dashboard Insight lebih kemas dan menarik, tetapi Prius menawarkan Push start button. Kedua kenderaan ini mepunyai butang Power dan Economy untuk mengawal pemanduan anda kepada ekonomi atau prestasi. Prius menawarkan 8 speaker manakala Insight cuma 4.

Kawalan kedua kenderaan di atas hampir sama ini kerana walaupun Insight lebih rendah harganya, Honda telah membawa filosofinya iaitu 'the power of dream' dan memberi kawalan yang baik untuk Insight.



Prius dibekalkan enjin 1.8liter dengan jumlah kuasa 136hp setelah dicampur dengan enjin motor elektriknya. Pengiraan kuasa hybrid berbeza kerana ia dilengkapi dua enjin iaitu enjin gasolin dan elektrik motor.

Insight yang hanya dibekalkan enjin 1.3 liter cuma memberikan 104hp setelah dicampur dengan kuasa motor elektriknya. Di sini telah menunjukkan prestasi pecutan Prius adalah lebih baik.

Tapi bila tiba untuk membandingkan harganya Insight jauh lebih murah iaitu RM99,800 on the road berbanding Prius yang berharga RM139,900 on the road walaupun beza panjang kedua kereta ini hanyalah 70mm di mana Prius lebih panjang.



Lexus CT200H vs Honda CR-Z


Juga bukan bodykit asal, kedua jentera ini nampak jauh lebih garang untuk sebuah kereta yang hijau! Yang inilah mungkin ada antara anda nantikan dan inilah revolusi dunia automotif kini! Tak semestinya anda tak boleh bergaya walaupun anda sedang menyelamatkan alam sekitar.


Dua "hot hatch" yang bertempur dalam kategori hybrid tapi di sini ade sedikit kelainan yang tidak membuatkan anda pening kepala tetapi memberi anda lebih pilihan kerana kedua kereta ini mempunyai 2 kegunaan berbeza.

Lexus CT200h misalnya, adalah kenderaan 4 pintu 5 seater di mana orang dewasa boleh masuk dan duduk di belakang. Jadi walaupun anda berkeluarga atau merangcang berkeluarga, anda tidak terkecuali untuk memiliki sebuah hot hatch yang garang dan hijau!

Berlainan untuk CR-Z, mengambil alih tempat CRX, CR-Z masih sebuah hot hatchback yang ringan dan garang cuma ianya kini lebih hijau walaupun agak agresif. Kenderaan 2 pintu dan mempunyai tempat duduk belakang untuk kanak-kanak atau rakan anda yang kecil dan tempat menyimpan barang yang agak terhad. Tapi kerana rupanya yang seperti sport car Honda tidak menampakkan anda membawa kehijauan lansung kepada alam walaupun anda sedang melakukannya.

CR-Z dicipta untuk menarik orang muda yang masih lagi agresif untuk memiliki kereta hybrid dan mengurangkan kadar karbon dioksida setiap kali mereka bergerak tanpa menampakkan sebarang perbezaan dengan memandu kereta sporty yang lain. Oleh yang demikia, ruangnya agak terhad sama seperti sportcar yang lain dan pengendaliannya seagresif sebuah sportcar. Rim 16 inci untuk kereta sekecil ini dan enjin 1.5 liter dengan output 122hp setelah dicampur dengan motor elektrik bukanlah sesuatu yang memberansangkan. Tapi di Malaysia, Honda telah membawa masuk cuma model manual 6 kelajuan! Ya, klasik manual dengan clutch tapi 6 kelajuan cukup untuk menyatakan fokus Honda kepada pembeli CR-Z adalah orang muda atau mereka yang merindukan soul Honda yang terdahulu.

Mugen dah HKS telah pun mempersiapkan CR-Z mereka dan berjaya mendapatkan kuasa sebanyak 200hp dengan enjin 1.5liter ini. Bermakna akan ada banyak performance part dan peluang untuk memodifikasi kenderaan ini sama seperti zaman di mana wujudnya CRX dan civic versi EG dan EK. Walaupun ia telah dimodifikasi, sistem hybridnya akan membawa anda kepada penjimatan jika anda tidak memandu laju, dan jika anda perlukan kuasanya, ia akan memberi anda satu soul Honda yang telah lama menyepi.



Sistem 3 Mode hybrid ini agak menarik iaitu economy, normal dan sport di mana warna meternya juga turut berubah di samping respon dan pengendaliannya juga turut berubah. Jadi jika anda mengidamkan Honda jenis baru, inilah masanya! Dengan hanya RM115,000 on the road anda mampu memilikinya.


Lexus CT200h juga tidak kurang hebatnya. Ia telah mendapat rating yang tinggi oleh pengkritik kenderaan dengan keselesaannya, ruangnya yang agak luas, rupanya yang agresif, ruang tempat letak barang yang baik dan juga pengendalian yang sangat baik, ia juga memiliki penjimatan sehebat Prius kerana ia menggunakan enjin yang sama dengan Prius.

Lexus adalah Toyota ditukar jenama untuk pasaran Amerika, jadi Enjin 1.8 liter dan transmisi CVTnya adalah dari Prius. 136hp untuk kedua enjinnya namum oleh kerana pengendaliannya yang cemerlang, pengkritik kenderaan telah memberikan markah yang tinggi untuk prestasinya. Dan oleh kerana ia memegang status kemewahan Toyota, ruang dalanya lebih kemas dari kereta hybrid yang lain.



3 mode memandu juga terdapat pada CT200h yang juga menarik kerana warna meternya juga akan berubah seperti CR-Z. Seperti sebuah kereta sport mewah, CT200h tidak serendah harga kereta hybrid sebelum ini kerana ia memiliki hampir kesemua kemewahan dan kecantikan yang anda mahukan dan juga penjimatan yang memberansangkan.

CT200h boleh dimiliki dengan harga RM172,603.90 untuk model basicnya dan RM201,857.90 untuk model luxury.

Lexus juga menawarkan kereta sedan mewah dengan enjin V8 hybrid dan juga SUV RX dengan hybrid (model toyota harrier).


Kesemua model hybrid di sini sebenarnya tidak bersaing antara satu sama lain. Ia mempunyai keistimewaannya sendiri dan anda perlu tentukan bajet anda dan kegunaan anda sahaja. Penyelenggaraannya adalah seperti kereta biasa tetapi oleh kerana kereta hybrid masih baru dan mempunya 2 jenis enjin iaitu enjin petrol dan elektriknya, belum ada lagi yang menyatakan mengenai penyelenggaraan elektrik motor kereta hybrid ini.

Honda telah meletakkan warranty 5 tahun untuk baterinya, namun sejauh mana hayat bateri berkenaan masih belum kita ketahui. Ada juga yang mengatakan Honda telah memanjangkan tempoh warranty baterinya sehingga 8 tahun tapi itu hanya di luar negara.

Jika anda berani untuk mendapatkan kelainan, tidak salah mencuba dan pastikan bajet anda tidak akan menyusahkan anda hari esok. Untuk lebih lagi pertanyaan dan nasihat kenderaan atau perbankan, sila hubungi 017-2527340. Juga anda boleh hubungi untuk tempahan kereta di atas.

Wednesday, August 17, 2011

MPV dengan harga yang munasabah!


MPV seperti dah jadi trend zaman sekarang walaupun ada yang belum berkeluarga atau anak pun tak ramai. Mungkin kerana MPV ni kalau tak dinaiki beramai2, ia menjadi kereta dengan ruang menyimpan barang yang agak luas dan ade sesetengah menyukainya kerana tempat duduknya yang tegak dan tidak terlalu rendah seperti kereta sedan.

Dan di bawah adalah senarai MPV dengan harga mampu milik



Naza Citra MPV bersaiz sederhana dengan enjin 2.0 dan gear automatik 4 kelajuan, citra merupakan MPV 7 tempat dududk yang agak popular di Malaysia. Kini dengan harga hanya serendah RM61,088 dan dengan rebat tunai RM3,000 menjadikan harganya hanya RM58,088 on the road. Bagaimanapun pakej ini hanyalah untuk model asas iaitu tanpa airbag dan abs sahaja kerana model dengan spesifikasi lebih tinggi telah habis dijual dan tidak dikeluarkan lagi. Jika anda tidak meminta rebat RM3,000 anda akan diberi dengan citra yang datang dengan dvd touch screen di hadapan, lcd di tengah, reverse camera dan tinted sekuriti 5 mil.

Harga: RM61,088 on the road
rebat: RM3,000
pakej: CD audio player, 4 speed automatic transmission, power window, sport rim 15 inch, spoiler, air conditioner, reverse sensor.
Pakej tambahan: dvd touch screen head unit, lcd on 2nd row, reverse camera, 5 mil security tinted (RM3,000)
Pakej leather seat: RM3,000
Pilihan warna: putih, silver, hitam, kelabu
Warranty: 5 tahun

Hubungi: 017-2527340 untuk booking atau pertanyaan





Perodua Alza merupakan MPV saiz kecil yang semua orang tahu row belakang sekali hanyalah untuk anak2 kecil berusia bawah 6 tahun. Dengan enjin 1.5 liter dan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan, alza didatangi dengan abs dan airbag (hanya untuk spesifikasi tinggi). Jika anda seorang yang tidak mementingkan keselesaan tempat duduk yang luas dan kerusi yang tebal, ini adalah pilihan terbaik. Dengan harga bermula RM55,490 on the road ia adalah MPV yang paling rendah harganya untuk MPV baru di Malaysia.

Harga: RM55,490-56,190 (gx manual), RM58,490-59,190 (ez auto), RM60,490-61,190 (gh manual), RM63,490-64,190 (zh auto)
rebat: -sila hubungi
Pakej: gx dan ez 15 inch alloy wheel, reverse sensor, power window, cd audio, air conditioner
gh dan zh tambahan audio dengan usb/bluetooth, leather steering, fog lamp, airbag dan abs
Pilihan warna: putih pearl, putih solid, silver, kelabu, hitam dan ungu

Hubungi: 017-2427340 untuk booking atau pertanyaan



Proton Exora 1.6 bersaiz sederhana dengan enjin 1.6 liter dengan transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan. Exora datang dengan 3 spesifikasi iaitu B-line yang datang dengan transmisi manual, M-line dengan pilihan automatik atau manual dan H-line dengan transmisi auto sahaja. Dengan setiap bahagian tempat duduk dilengkapi dengan aliran aircond dan bahagian belakang membolehkan anda meletak beg yang lebih besar berbanding dengan MPV saiz sederhana lain, jika kuasa enjin bukan yang anda cari, ini pilihan anda!

Harga: B line (manual) RM58,548-58,998 , M line (manual) RM65,548-65,998 (auto) RM70,548-70,998 dan H line (auto) RM76,548-76-998 on the road.
Pakej: Aircond, power window, reverse sensor, cd audio, power steering, leather seat (Hline), airbags & abs (M & H line)
Pilihan warna: hitam, putih, silver, biru, biru haze

Hubungi: 017-2527340 untuk booking atau pertanyaan



Chery Eastar 2.0. Kereta buatan China dengan jualan yang agak memberansangkan di Malaysia dan seluruh dunia. Dengan harga serendah RM77,000 anda mampu memiliki MPV saiz penuh. Ya, ini adalah MPV dengan saiz penuh seperti Honda Odyssey. Apabila dinyatakan saiz penuh, keluasan bukan lagi persoalan melainkan anda mahukan keselesaan seperti Toyota Estima dengan harga bawah RM80,000! Dengan enjin 2.0 liter dari Ateco, syarikat yang menjalankan kerjasama dengan Volkwagen, kereta ini dipacukan dengan transmisi 4 kelajuan dengan shiftronic. Dengan harga yang rendah, keluasan dan kuasa bukan lagi persoalan anda.

Harga: RM77,988 low spec, RM85988 full spec
Pakej: Airbag, Abs, EBD, CD audio, power window, power steering
Pakej penuh: DVD LCD touch screen, security tinted, leather seat, full bodykit and spoiler
Warna pilihan : hitam, putih, kelabu, brown
Warranty : 3 tahun

Hubungi: 017-2527340 untuk booking atau pertanyaan


Naza Rondo merupakan pengganti Naza Citra yang akan pupus tak lama lagi. Ia diberi nafas baru dengan menggantikan enjin dan gearboxnya. Jadi ia lebih lancar dan menjimatkan. Menawarkan ruang yang agak lebar, walaubagaimanapun ia tetap MPV saiz sederhana. Dengan enjin 2.0 dan kotak gear shiftronic, ianya amat sesuai untuk anda yang sering berjalan jauh. Pemanduan yang sangat selesa dan mempunyai aliran aircond di bahagian tengah.

Harga: 86,088 low spec, RM90,088 high spec
Pakej: gear shiftronic auto dan manual, dual airbag, ABS dengan EBD, 15 inch alloy wheel for low spec, 16 inch alloy wheel for high spec, digital aircond for high spec, roof racf for high spec.
Warna pilihan: hitam, ungu violet, silver, putih
Warranty: 2 tahun

Hubungi: 017-2527340 untuk booking atau pertanyaan



Toyota Avanza 1.5 liter juga merupakan MPV bersaiz sederhana. Mungkin saiz sederhana yang terkecil berbanding yang lain tetapi ia MPV dari Jepun yang terendah harganya. Dilengkapi sengan kotak gear auto dan aircond di hadapan dan belakang.

Harga: RM69,286 1.5E RM74,286 1.5G RM76,760 1.5S
Pakej: automatic transmission 4 speed, power window, cd audio, twin blower aircond front and rear, airbag and abs (S & G only)
warna pilihan: Silver, kelabu, hitam, putih


Anda mungkin tertanya-tanya di manakah kereta Jepun di sini? Tajuk di atas menunjukkan harga MPV yang munasabah dan kalau diikutkan, kebanyakan MPV Jepun datang dengan harga yang agak tinggi untuk spesifikasinya yang rendah melainkan Avanza . Mungkin ada antara anda yang berkata, kereta ni takde resell value, tapi kepuasan memakai adalah berbeza dengan wang yang anda terlalu sayangkan.

Thursday, September 9, 2010

3. Survey kereta?

Dah tentukan jenis kereta yang anda inginkan? MPV saiz penuh? mini MPV? atau compact MPV? atau sedan? 2 door coupe? compact car? 4 pintu? 2 pintu? cc 1300 kebawah? 1600? atau 2.0 liter? atau lebih?

Prestasi, penjimatan, kos servis perlu diambil kira. Kadang2 kita inginkan kereta yang cantik, tapi sebelum beli survey dulu harga alat ganti. Mudah didapati atau tidak? mahal atau berpatutan?

Jangan percaya kata pakcik/makcik/adik/ mak atau sape2 je yang ade dalam dunia ni untuk kereta idaman anda. Cara paling baik adalah:

1. Dapatkan 3-4 jenis model kereta yang anda inginkan .Catit atas kertas.
2. di bawah setiap model pilihan anda, listkan Lampu belakang, lampu hadapan, tayar, dan servis
3. pergi ke pusat servis dan dapatkan salinan servis sehingga 10,000km. pastikan salinan ini mempunyai harga servis sekali. Dengan ini anda dapat mencari perbezaan yang mana lebih berbaloi.
4. pergi ke kedai alat ganti dan tanyakan harga lampu, bumper atau apa saja yang mungkin rosak bila dilanggar. bezakan harga yang paling baik. ini termasuklah brek pad, oil filter, air filter, fuel filter dan apa saja yang terlintas di fikiran anda.

Dengan cara ini anda dapat melihat bajet kereta anda apabila beberapa perkara rosak atau perlu diganti. Adakah anda sanggup membayar untuk harga itu? Setengah kereta yang reputasi agak baik, seperti jarang rosak atau tahan lama, mungkin mempunyai harga alat ganti yang lebih mahal kerana alat gantinya jarang dibeli.


4. Loan kenderaan


Dah survey? dah berminat? dah tau harga utk service dan maintainance? kite cite pulak bab duit... part yg orang semua tak suke sangat bercakap bile hal2 berkaitan kereta ni... kat sini la punca beberapa orang hilang minat nak beli kereta baru..


Layak ke anda pakai kereta berkenaan?
Loan biasa dibuat dengan bank, tapi sesetengah syarikat menyediakan loan mereka sendiri seperti Toyota dan Nissan yang mungkin menawarkan interest yang lebih rendah. Berbeza dengan kereta terpakai, kereta yang dah lebih 10 tahun bank tak benarkan buat loan, melainkan ade sesetengah syarikat kereta terpakai yg bg berhutang... yang ini.. pandai2 la korang!

Harga kereta bulanan didarab dengan 3. Itulah yg menentukan anda layak atau tidak memiliki kenderaan berkenaan. Contohnya, harga bulanan kereta berkenaan yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM 700, didarab dengan 3 menjadikan RM 2100. Jika gaji anda lebih dari RM 2100, anda layak memiliki kenderaan berkenaan.

Tapi tak habis di situ lagi, bank statement anda, kukuh atau tidak? kalau tiap2 bulan balance tinggai RM10... susah jgk tu.. pastikan tiap2 bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.

CCRIS!! ni yang paling susah ni... anda pernah beli kereta? personal loan? guna kredit card? atau beli rumah? ada terlambat bayar? kalau ade, kene la tunggu 6 bulan untuk nama anda clear... jadi elakkan la terlambat bayar. Kalau anda ada rekod yang baik, lagi mudah la urusan peminjaman.

dan jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.


Elakkan o downpayment atau downpayment rendah. Kalau dah plan nak beli kereta, pastikan anda boleh bayar 10% downpayment. Lebih baik kalau ade lebih dari 20%. Dan kalau boleh berhutang bawah 7 tahun lebih elok. Nanti bila nak jual kereta, kereta masih ade harga dan ade baki untuk bayar downpayment kereta baru. Ramai yang berhutang lama ni bila nak tukar kereta baru je tak kesampaian kerana banyak lagi baki dengan bank, tambah dengan downpayment kereta baru... tak semua mampu. Jadi plan la untuk masa depan anda.

Jika anda tak yakin, cari wakil penjual yang sanggup membantu anda secara percuma untuk melihat status anda samada layak atau tidak membeli kereta. Kalau dia mintak RM100 pun ok, jangan lebih dari tu. Itu kalau anda tak pasti dengan status anda...

Banyak yang perlu anda fahami sebelum berhutang, jadi fikir masak2 dan survey habis-habisan. Lainla kalau wang bukan masalah bagi anda.

1. Memiliki kereta sendiri!


Keinginan untuk memliki kereta sendiri bagi setiap manusia boleh menjadi keinginan yang sukar dikawal. Memiliki kereta sendiri lebih2 lagi buat pertama kali mungkin akan membuatkan anda rasa bebas untuk bergerak ke mana saja. Tapi apakah anda benar2 tahu apa syarat untuk memiliki kereta anda?


Lebih dari satu syarat, terdapat pelbagai syarat yang membuatkan anda pembeli yang bijak! Walaupun ini mungkin bukan pertama kali anda memiliki kereta anda, anda mungkin tersilap beli kali ini, atau tersilap membuat keputusan untuk kali kedua! Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?


Pilihan yang betul tidak wujud sebenarnya. Apa lagi kalau pada waktu seperti ini, terdapat pelbagai model kenderaan, dan setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu. Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta yang akan membuat kesilapan secara sengaja. Setiap jenis model dan setiap kelebihan dan kekurangan telah pun dikaji bertahun2. Terpulang pada pembeli menentukan kegunaan kenderaan tersebut.

2. Memilih model kenderaan


Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta.

Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment

D-segmen
Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series

C-segmen
Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze

B-segmen
Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai
untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.


Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.

Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger