Situasi ini terjadi apabila kedua-dua valve atau injap inlet dan ekzos terbuka dan situasi ini berlaku ketika exhaust stroke iaitu selepas power stroke di mana piston dari BDC sedang menuju ke TDC.
Seperti sebuah tin susu sejat atau susu manis anda perlu menebuk dua lubang berlainan arah, satu lubang akan mengeluarkan susu dan satu lagi supaya udara boleh masuk memenuhi ruang dan menolak susu keluar dari lubang satu lagi. Begitulahyang berlaku dalam silinder enjin ketika proses overlap.
Gambar di atas menunjukkan proses overlap berlaku untuk 3 jenis enjin. Yang pertama enjin forced induction dengan turbocharge, yang kedua enjin NA GDI (Gasoline Direct Injection) yang ketiga enjin NA biasa yang biasa anda gunakan sehari-hari.
Sewaktu valve ekzos terbuka dan hampir tertutup, valve inlet sudah pun mula terbuka dan memberi ruang untuk udara masuk. Untuk kereta dengan turbocharger contohnya, campuran udara dan petrol berlumba-lumba masuk dan menolak keluar campuran udara dan minyak yang telah terbakar dan memudahkan ia keluar. Tetapi dalam masa yang sama, prinsip bernoulli yang berlaku dalam extractor akan menarik keluar campuran dan dalam masa yang sama, udara dan petrol yang belum terbakar ditarik bersama. Ini membuatkan pembaziran petrol pada sesebuah enjin berkenaan lebih-lebih lagi enjin turbocharge dengan turbocharger yang lebih kuat.
Tetapi dalam teori VE pula, enjin turbocharger sepatutnya lebih efisyen? Ya, memang turbo lebih efisyen dan sepatutnya lebit jimat minyak jika ianya dipandu dengan cermat dan tidak diubahsuai. Jika diubaisuai, ia akan menjadi yang sebaliknya.
Silinder kedua menunjukkan enjin NA jenis GDI. Apa itu GDI? GDI bermaksud Gasoline Direct Injection di mana Injektornya tertanam di dalam combustion chamber seperti spark plug dan akan menyemburkan petrol beberapa detik sebelum spark plug dinyalakan dan ketika kedua-dua valve sedang tertutup. Jadi dalam proses overlap, cuma udara sahaja yang akan masuk ke dalam silinder dan menolak campuran yang telah terbakar. Dengan itu, enjin GDI lebih efisyen dan lebih jimat penggunaat petrolnya dan lebih bersih pembakarannya kerana tiada campuran tidak terbakar terbebas ke udara.
Enjin ketiga adalah enjin biasa yang terdapat dalam kereta biasa. Campuran udara dan petrol yang tak terbakar tak banyak sgt masuk dan tak masuk berlumba-lumba tapi ade jugak campuran tu yang ikut campuran dah terbakar tu keluar, itu yang membuatkan VE tu tak cukup 100% tu. Salah satu sebab la.
Jadi bile nak upgrade camshaft ke high profile dan high lift tu, anda kene tahu lebih banyak overlap berlaku dan ia akan berlaku lebih lama, sebab tu enjin anda makin hebat sebab banyak masa untuk campuran udara dan minyak nak masuk tapi minyak pun hebat la jugak kecuali anda guna enjin GDI tu...
Nak tebuk lubang letak injektor dalam combustion chamber? jangan buat hal.. tapi nak cube ape salahnye, tak penah dibuat orang lagi. Ape-ape jadi andalah yang tanggung..
0 comments:
Post a Comment