Pages

Wednesday, November 16, 2011

Volumetric Efficiency = VE


Selamat datang ke bahagian Advance Teknikal. Taklah hebat mana pun advance ni cuma rumit sikit je nak faham. Tapi bagus untuk yang dah start nak kacau-kacau enjin ke nak custom-custom tu... tapi sebelum kite kenal enjin, kenal VE tu ape.


Volumetric Efficiency atau dalam bahasa melayunye "kecekapan isipadu". Apesal nak cekap pulak kan? Korang dahla tak pandai fizik, ade yang taktau ape pasal fizik! Yang score fizik tu duduk diam-diam! Kang kene soal!

Enjin diukur dengan menggunakan unit SI liter atau cc (cubic centimeter). Contohnye enjin 1.5liter kite panggil 1500cc ataupun boleh jugak kata 1500ml tapi tak penah dibuat orang. Besar mana enjin 1.5 liter tu? Besar air coke botol besar tu je.. tapi ape kejadahnye besar sangat enjin dalam kereta tu? Yang 1.5 liter tu isipadu dalam silinder, jangan la pegi ukur besar mane block kereta tu!

Ok, kalau sebuah Enjin 2.0 liter, ade empat silinder ini bermakna 2 liter tu akan dibahagi kepada empat. Jadi isipadu sebuah silinder tu cuma memuatkan 500cc campuran udara dan minyak dalam satu masa. Sila tengok gambar di bawah:


Sebuah bikar atau bahasa mudah la! gelas! Ini bukan kelas sains kan? ok, gelas ni telah tercatit kalau gelas itu penuh, maka cecair di dalamnya adalah 2 liter. Maka dengan itu, gelas tersebut telah mencapai VE = 100%. Syabas untuk gelas tu.

Tapi ade lagi satu gelas, tak cukup penuh, samada gelas tu yang jahat atau orang yg tuang air tu lembab atau tak cukup dah bekalan air dalam dunia ni, gelas tu cuma terisi 1.8 liter sahaja. Jadi gelas tersebut cuma mencapai VE = 90%.


Begitu juga dengan silinder, enjin NA atau Naturally Aspirated atau enjin tanpa turbocharge atau supercharge, adalah sangat sukar dan hampir mustahil untuk mendapatkan 100% VE oleh banyak faktor. Kerana ade valve yang bergerak dalam kebuk pembakaran, kerana ada overlap, dan mungkin akibat sepanjang perjalanan udara untuk sampai ke intake tu banyak sangat halangan. Cuma enjin yang khas untuk perlumbaan sahaja mungkin mencapai 100% VE oleh kerana profil camshaftnya yang tinggi atau pengubahsuaian pada intake. Tapi ini membuatkan enjin anda tidak stabil dan sukar dipandu. Enjin seperti ini juga menggunakan petrol yang banyak.


Inilah yang berlaku dalam intake stroke untuk enjin jenis NA dan Forced Induction iaitu Turbocharge atau supercharge.

Seperti picagari, iaitu alah untuk menyuntik anda, piston mempunyai omboh. Setiap kali omboh turun ke BDC atau Bottom Dead Center, ia akan menarik udara masuk sepanjang proses omboh tersebut turun ke bawah. Bottom Dead Center merupakan penghujung aras omboh atau piston dalam silinder berkenaan, sepanjang proses stroke turun naik, piston tidak boleh turun lebih bawah dari BDC. Dan disebabkan perkara yang diterangkan di atas, omboh cuma mampu menarik kurang dari 100% udara ke dalam silinder.


Berlainan dengan turbocharge atau forced induction enjin. Udara akan ditiup dan dipaksa masuk ke dalam silinder dan mencapai lebih dari 100% VE sewenang-wenangnya. Bagaimana ia boleh mencapai lebih dari 100%? Udara boleh dimampatkan tidak seperti bendalir. Jadi udara ditiup dan dimampatkan sepanjang proses intake dan membuatkan VE mencapai lebih dari 100%.

Mudah untuk difahamkan? Sebelum memulakan modifikasi anda perlu memahami perkara ini. Dan jika anda fikir anda mampu memperbaiki VE dengan menggunakan filter open pod, anda silap! Enjin zaman kini iaitu injection menggunakan injector untuk menyuntik minyak dan ia dihadkan untuk menyuntik minyak pada had tertentu kerana ignition timing juga mempunyai hadnya walaupun enjin anda jenis continously variable timing atau CVVT atau Dual VVt-i atau i-vtec atau double vanos! Anda perlu menukar memori ECU terdahulu untuk mendapatkan kuasa maksima atau ia akan membuatkan enjin anda mengalami LEAN combustion atau kurang petrol yang menyebabkan suhu combustion chamber lebih tinggi dari biasa dan merosakkan gasket anda atau enjin anda tau menebuk lubang pada piston anda.

Selamat bermodifikasi dan selamatkan modifikasi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger