Pages

Tuesday, November 22, 2011

Memandu dalam hujan



Hujan adalah cuaca yang tak digemari ramai untuk memandu. Waktu ni la nak jem dan mungkin terlalu lebat sampai tak nampak jalan dan jem sangat. Jadi kalau kite hadapi hari hujan pun dapat tengok banyak kemalangan dan kite seboleh-boleh dan elak dari kemalangan tu berlaku pada diri sendiri.

Memandu ketika hujan lagi-lagi hujan lebat perlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Masa ni jangan tergopoh-gapah dan kuat melenting. Jangan terlalu confident masa memandu kerana faktor alam ni tak mudah dicabar, sehebat mana pun pemandu tu boleh kalah dengan cuaca.

Apa yang penting sekali adalah wiper dan cermin anda! Pastikan wiper anda sentiasa dalam keadaan baik dan jika mampu dapatkan wiper silicon. Wiper silicon yang baik pernah saya cuba adalah jenama Dyno yang ada jual di kedai aksesori brothers. RM80 untuk satu set dengan warranty 1 tahun tapi saya guna sehingga hampir 3 tahun baru rasa nak tukar sebab dah mula kabur. Rajin lapkan wiper untuk mengelakkannya rosak.

Cermin adalah yang kedua di mana ramai yang tak pentingkan penjagaan cermin. Dapatkan cecair untuk mencuci cermin dan rajin2 cuci cermin tu guna cecair tu. Rain x adalah jenama terkenal tapi agak mahal, jenama macam turtle wax atau waxco mungkin lebih murah dan berkesan. Cuci cermin anda menggunakan kertas surat khabar, karbonnya akan menyerap minyak yang melekat pada cermin anda. KL ni memang banyak minyak. Tinted depan jangan terlalu gelap dan tepi pun jangan lebih gelap kerana apabila bahagian luar lebih gelap, penglihatan anda juga terganggu.




Jika aircond anda rosak, jangan redah hujan lebat, ia akan mengakibatkan kabus pada cermin bahagian dalam dan ia sukar untuk dihilangkan. pandu perlahan dan mungkin sediakan tuala untuk mengelap cermin dari dalam jika anda mahu meredah hujan tersebut.

Periksa tayar anda, pastikan bunganya masih tebal dan jika anda sedari tayar anda dah mula haus dan anda masih berdegil untuk menukarnya, pandu dengan cermat. Jika tayar adalah sesuatu yang membebankan bagi anda, dapatkan tayar terpakai untuk sementara yang jauh lebih murah. Pada musim hujan jangan isi angin tayar terlalu padat. Kebiasaanya angin tayar diisi antara 28-32PSI atau 193-220Kpa bergantung pada berat kenderaan, lebih berat, anda boleh isi lebih sehingga 32psi. Dan untuk mereka yang nak jimatkan tayar dan memandu cermat, anda boleh menggunakan 32psi. Tapi dalam hujan, sila turunkan tekanan kepada 24-28psi atau 172-193Kpa. Lebih ringan kenderaan anda misalnya kelisa atau viva, anda boleh mengurangkan lebih tekanan sehingga 24psi. Seeloknya 26psi untuk semua kenderaan.


Gunakan gear yang betul, Jangan terlalu rendah dan jangan terlalu gopoh menekan pedal minyak dan brek. Pedal control adalah sangat penting ketika ini dan yang paling penting, jangan brek terlalu lambat dan mengejut.

Nyalakan lampu ketika hujan, dan JANGAN SEKALI-KALI NYALAKAN HAZARD LIGHT ketika memandu dalam hujan melainkan anda mempunyai masalah dan kenderaan anda tidak dapat bergerak dalam hujan. Ini akan mengelirukan antara kereta rosak dan kereta boleh berjalan.


Perhatikan line jalan ketika hujan. Lampu kuning atau fog lamp kuning boleh menembusi kabus dan hujan. Jika anda menggunakan headlamp biru, pastikan fog lamp anda adalah kuning atau sebaliknya.

Jika ada kenderaan di depan anda telah melalui jalan yang sama dengan anda, perhatikan kesan tayarnya di atas jalanraya dan cuba ekori kesan tayarnya iaitu tayar anda memijak kesan tayarnya. Ini kerana tayar akan mengalirkan air ke bahagian lain dan membuatkan kawasan yang dipijak tayar berkenaan lebih kurang air atau kering dari bahagian jalan lain. Jadi cuba pastikan tayar anda berada di atas kesan tayar kenderaan hadapan.



Jangan redah air yang terlalu tinggi hingga ke paras atas pintu anda, elakkannya dan jika anda akan mengharungi banjir, biarkan kenderaan hadapan jalan jauh dahulu. Berhentikan kereta anda sebelum banjir berkenaan, setelah melihat kenderaan hadapan melepasi banjir atau jauh dari anda barulah anda memulakan perjalanan, guna gear rendah dan jangan sekali-kali pam pedal minyak anda. Cuba untuk menekan pedal minyak atau memandu pada RPM yang setara atau constant. Jika anda membrek, guna kaedah mengepam, bukan menekan.

Tujuan anda berjauhan dengan kenderaan hadapan adalah untuk mengelakkan ombak yang membuatkan air lebih tinggi dari paras biasa dan masuk ke dalan enjin anda. Air tak boleh dimampatkan jadi ia akan merosakkan enjin anda jika ia masuk ke dalam. Dan jika anda terlalu rapat dengan kereta hadapan, kemungkinan brek anda akan menghadapi masalah dan tak sempat untuk berhenti dan melanggar kenderaan hadapan.

Tujuan anda menekan pedal dengan constant dan tidak mengepam adalah untuk mengelakkan air masuk ke dalam ekzos dan mengelakkan kereta anda mengenjut, jalan dengan perlahan dengan halaju yang setara dan RPM yang setara.


Setelah langkah di atas diamalkan, anda perlu banyak bersabar dalam hujan kerana ini lebih penting untuk nyawa anda.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger