Pages

Tuesday, December 6, 2011

Kedai Tayar: Tai Soon




Kedai tayar Tai Soon! dah lama bertapak di Jalan Gombak berhadapan dengan Pasar Besar Gombak. Kedai ni menggunakan manual alignment dan mereka akan mencuba kereta anda seganas yang mungkin untuk mendapatkan alignment yang jitu.

Mungkin ada yang kata kedai ni mahal, kerana mereka taknak satu pun barang rosak pada kereta anda yang boleh membuatkan steering anda tidak lurus atau pengendalian kereta anda terganggu, jadi mereka akan senaraikan apa yang rosak dan terpulang pada anda untuk menggantikannya atau tidak.

Kedai tayar ini telah dipercayai ramai dan ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk mendapatkan servis alignment mereka. Kedai alignment dan tayar terbaik setakat ini dari rating pelanggan yang pernah datang ke kedai berkenaan.


Anda boleh menghubungi kedai ini di nombor 03-40235728 atau di alamat No 181, Batu 4 1/2 Jalan Gombak 53300 Kuala Lumpur.


Zero R Auto






Lokasinya di Desa Mentari berhampiran Sunway, Bengkel ini dimiliki oleh Mitch Chong, salah seorang pelumba GRA yang telah menjuarai kategori OC dalam perlumbaan berkenaan.

Berpengalaman lebih 10 tahun menguruskan bengkel sendiri, ini adalah bengkel keduanya yang dimiliki sepenuhnya oleh Mitch sejak tahun 2009 dan akan berpindah ke USJ 1 pada 2 bulan akan datang dan kami akan mengemaskini alamat dan peta untuk bengkel akan datang.

Jangan memandang rendah bengkel kecil ini kerana ia sering dilawati oleh jentera-jentera lumba GRA dan gymkhana kerana Mitch adalah seorang yang pakar dalam mengendali enjin dan suspensi untuk perlumbaan jenis itu. Beliau juga aktif dalam perlumbaan litar sejak tahun 2000 dan drag race.

Mitch hanya menerima tetamu jika mereka menghubunginya terlebih dahulu sebelum datang ataupun mereka datang dulu untuk nasihat dan janji temu.

Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang datang untuk meminta nasihat bagaimana untuk memodifikasi kereta mereka supaya lebih stabil dan lebih respon.

Mitch juga telah ditaja oleh AFI brakes, Brisk Spark Plug, Liquid Moly dan Agip. Jadi anda boleh mendapatkan barangan ini dengan menghubunginya di alamat B6-G-32 Jalan PJS 6/6C Desa Mentari 46150 Petaling Jaya Selangor atau hubungi beliau di 017-677 6177 untuk janji temu.


Sunday, December 4, 2011

Speed City KL 10.0



Satu lagi event drift yang berlansung pada 3 December 2011 pada belah malamnya di Speed City KL. Pada yang tertanya-tanya di mana Speed City KL si rujuk peta di bawah. Dahulunya adalah padang lumba kuda bersebelahan Palace of Golden Horses.






Satu-satunya peserta menggunakan Proton! Prton Satria GTi 1.8. Anda boleh melihat aksinya dalam video di bawah pada minit ke 2:16 dan 4:11. Jentera ini telah disarungkan stiker Konmei kira mewakili Konmei la untuk event ni.



Drift x SIC 3 dec 2011



Drift X yang telah berlansung di petak parking Sepang International Circuit pada 3 December 2011. Berlansung pada tarikh yang sama dengan Sepang 1000KM Endurance Race, penonton dapat melihat 2 jenis perlumbaan iaitu litar dan drifting pada hari yang sama dan apa yang lebih menarik kedua-dua perlumbaan ini boleh ditonoton secara percuma.


Berikut adalah video yang sempat kami rakam pada hari berkenaan





Friday, December 2, 2011

Analisis Spark Plug anda!


Spark Plug atau palam pencucuh dalam Bahasa Malaysia adalah pencucuh yang bertanggungjawab mencetuskan letupan dalam kebuk pembakaran anda. Jadi ianya terletak diantara luar enjin dan di dalam kebuk pembakaran. Jadi cuma Spark plug sahaja tahu apa yang berlaku dalam kebuk pembakaran anda!

Apa saja yang terjadi adalah jawapan atau penerangan kepada kondisi enjin dan kebuk pembakaran anda.

1. Berkeadaan Normal
Palam pencucuh ini beroperasi dalam keadaan normal di dalam suhu enjin yang baik dan enjin yang sihat. Dalam keadaan yang normal, palam pencucuh kelihatan sedikit perang atau kelabu akibat panas. Jika anda menggunakan NGV, ia akan kelihatan lebih perang dari palam pencucuh yang menggunakan petrol.


2. Palam basah dan berminyak
Yang melekat itu adalah minyak enjin atau minyak hitam. Ini menunjukkan terdapat kebocoran samada di valve stem atau di kebocoran head gasket yang membenarkan minyak enjin melalui masuk ke kebuk pembakaran. Piston ring yang sudah kehausan juga merupakan punca minyak enjin boleh masuk ke kebuk pembakaran. Jika ia bocor pada valve stem atau head gasket, sudah sampai masa anda melakukan "top overhaul" iaitu overhaul cylinder head. Jika ia berpunca dari piston ring, Sudah sampai masa anda melakukan general overhaul atau overhaul keseluruhan.


3. Diliputi karbon
Jika palam pencucuh anda kelihatan hitam berdaki dan pepejal hitam berkenaan agak lembut dan boleh dicungkil, ianya adalah karbon. Jika hanya satu atau dua dari kesemua palam pencucuh anda yang diliputi karbon, sila periksa sebarang valve atau injap yang tersangkut, atau distributor cap yang bocor atau kabel spark plug yang bocor. Jika kesemua palam pencucuh anda diliputi karbon adalah berkemungkinan anda telah memasangkan palam pencucuh dengan julat haba yang salah. Ia menunjukkan campuran udara dan petrol yang terlalu pekat di mana nisbah petrol lebih banyak kemungkinan kerana ada halangan udara untuk masuk ke kebuk pembakaran atau injektor yang bermasalah. Juga sila lakukan 'compression test' untuk melihat jika enjin anda kurang mampatannya.


4. Lusuh
Bukan macam lusuh baju tu, dah terlalu lama dipakai hingga sampai ke hayatnya. Kelihatan macam dah buruk sangat dan macam dah dibakar terlalu lama. Palam pencucuh ni tak mampu lagi menghasilkan api yang sekuat dulu dan mungkin mengganggu prestasi enjin anda dan membuatkan penggunaan petrol lebih tinggi.


5. Berpenebat berkaca (tak berpenebat)
Keadaan ini boleh menyebabkan missfiring ketika rev tinggi. Bahagian berkilat menunjukkan suhu tiba-tiba berubah menjadi tinggi ketika pecutan yang agak kuat. Dan keputusannya, deposit metalik tak sempat dipecahkan lalu cair dan melekat menjadi lapisan konduktor yang menyebabkan missfire. Kekuningan dan warna perang terbakar menunjukkan petrol yang bercampur lead.


6. Kerosakan mekanikal
Biasanya terjadi apabila ada bendasing dalam kebuk pembakaran anda. Wap air yang masuk ke dalam juga mampu membuatkan kerosakan sebegini kerana cecair tak boleh dimampatkan. Periksa juga pada silinder lain kerana bendasing tersebut boleh berpindah ke silinder lain akibat valve overlap.


7. Terlalu panas
Deposit seperti serbuk berwarna putih kelihatan dan boleh dicungkil menjadi habuk. Jarak elektrod juga melebihi jangkaan normal yang sepatutnya. Ini biasanya terjadi akibat ignition timing yang terlalu advance atau terlalu cepat sebelum TDC. atau sistem radiator yang bermasalah atau campuran udara dan petrol yang terlalu nipis di mana petrol sangat kurang. Atau mungkin anda menggunakan spark plug jenis terlalu panas.



8. Percikan kasar!
Berlaku apabila deposit terlalu lama terkumpul akubat missfiring atau beroperasi dengan kurang tenaga. Apabila palam pencucuh baru dipasang dan suhu kebuk kembali normal, sewaktu rev yang agak tinggi deposit yang melekat pada piston tercampak pada penebat palam pencucuh.


9. Serbuk terkumpul
Terjadi akibat pembakaran additive minyak atau additive petrol yang tak sesuai. Serbuk ini bersifat penebat dan mungkin akan menyebabkan misfiring


10. Jurang dirapatkan
Jarang terjadi dalam enjin, dan penyebabnya adalah seperti percikan kasar cuma kali ni deposit tu melekat pada jurang antara elektrod. Menyebabkan misfiring atau api yang sangat kecil.


11. Pra percikan
Jika diperhatikan, elektrod atas telah cair dan kemudian diikuti di bahagian tengah. Selalunya terjadi akibat beberapa masalah enjin yang mengakibatkan pra percikan. Atau mungkin akibat deposit dalam enjin yang menyala kerana terlalu panas atau kegagalan pengawalan suhu enjin atau palam pencucuh jenis yang terlalu panas untuk enjin berkenaan.


12. Letupan
Kejadian ini telah mematahkan muncung penebat. Ia terjadi akubat tekanan yang terlalu ekstrim pada komponen dalaman enjin. Ia terjadi akibat masalah pergerakan valve, campuran udara dan petrol terlalu nipis, ignition timing terlalu awal, atau RON petrol yang terlalu rendah.




artikel telah dialih bahasa, diolah, dan ditulis kembali oleh Konmei, sumber asal artikel dan gambar dari: http://www.championsparkplugs.com/

Article has been translate modified and rewrite by Konmei, original source of article and picture by: http://www.championsparkplugs.com/



Thursday, December 1, 2011

10 sebab enjin tak boleh hidup!







Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.


1. BATERI

Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.

pic: probebatteries.co.za

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.



2. Gear LEVER bukan pada P

pic: becarcare.com

Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi.



3. Minyak petrol tak sampai

Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.

4. Steering lock!!
Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!

5. Spark plug bermasalah
Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.


6. Ignition coil bermasalah
Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.


7. Starter bermasalah.
Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.

8. Timing belt bermasalah.
Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.

9. Aircond compressor jammed
Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.

10. ECU bermasalah.
ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!



Bonus!

Push start button/immobilizer user!

Untuk yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu dan kemudia start la macam biasa.

Kalau dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.

Tuesday, November 29, 2011

Apa yang menyala dalam panel meter anda?





Memanglah dashboard anda tak macam dashboard ni kan? semua nak menyala2... tapi ade je bende kecik kadang2 nak menyala, ade yg anda tau dan ade yang anda tak penah tau lansung tanda ape tu! Kadang-kadang takut tapi redah jela kan?


1. Hand Brake Light
yang paling penting dan asas sekali, tapi ramai jugak yang tak perasan dan jarang tengok dashboard hand brake tu tak turun. Kalau menyala maknanya hand brake tak dilepaskan atau tak cukup lepas. Kalau menyala jugak walaupun dan diturunkan tu, ade problem la tu dgn brake tu, minyak tak cukup ke, getah kembang ke... pegi la check.


2. Pintu terbuka
Pintu tu terbuka atau tak tutup rapat, sebelum memandu pastikan semua pintu dah rapat, tengok-tengok sikit mana tau kain anda tersepit kat pintu ke kan? Bonet belakang tak rapat pun boleh menyala lampu ni.


3. Enjin sejuk
Kalau kain layar ni warna hijau ade tulis cool, enjin sejuk lagi, Toyota Vios yang takde meter temperature ade lampu ni nak bagitau enjin masih sejuk, jangan jalan lagi.


4. Enjin panas.
Yang ni terus matikan enjin, jangan mengade nak jalan kalau sayang duit tu. Tak pasal-pasal kene tukar enjin kang. Ini berlaku bila ade kebocoran pada radiator atau air radiator takde la.. sape suruh tak check.

5. Meter minyak menyala
Kalau dia blinking tu boleh lagi tu, kalau menyala je tak reti padam, tinggal beberapa kilometer je tu, cepat la isi minyak.

6. Anak panah pada meter minyak
Kalau ke kiri, maknanya tempat isi minyak anda berada di kiri, kalau anak panah menunjukkan kanan, kat kanan la tempat nak isi minyak tu. Mane la tau.. lupa.



7. Check Engine Light
Rupa paip ni atau dia tulis CHECK ENGINE tu adalah check engine light, lampu ni akan menyala masa pusingkan kunci dan sebelum crack enjin anda. Kalau menyala masa memandu adala sensor kereta rosak atau wiring tak kena tu.


8. Battery tak dicas
Kalau menyala sebelum start engine tu normal je, memang takleh nak cas bateri kalau enjin tak start, tapi kalau tengah memandu tu tibe-tibe menyala, alternator rosak la tu. Kejap lagi mati la enjin anda sampai bateri tu habis. Hubungi la siapa-siapa mintak bawak bateri baru ataupun tow je kereta tu sampai ke bengkel tukar bateri. Bateri baru pun tak boleh jalan jauh mana.


9. Minyak enjin tak cukup
Minyak enjin atau minyak hitam tu dah kurang. ada kebocoran kot atau minyak tu tak berjalan ke serata enjin. Kalau semua ok, minyak ada, minyak pun jalan, sensor rosak la tu. Kalau menyala ni tengah jalan cepat-cepat berhenti periksa takat minyak hitam anda, kalau kurang, jangan terus jalan, beli dan tambahkan sikit baru jalan.


10. Tali pinggang keledar tak dipasang
Pakai la tali pinggang tu... susah sangat ke? Kang pecah muke kalau tak pecah badan.


11. ABS tak berfungsi
Samada masalah ABS atau sensor, lampu ni akan menyala. Untuk kereta yang ada ABS sahaja.


12. Fog Lamp sedang dipasangkan
Fog lamp atau lampu kecik bawah head light tu sedang menyala, samada anda tak tutup atau rosak tak boleh nak tutup. Tapi kalau anda saje pasangkan memangla menyala.


13. Headlamp sedang menyala
Kalau anda sedang pasangkan Headlamp atau headlight, lampu ni akan menyala. Kalau kereta anda ade fungsi auto headlamp atau lampu depan terbuka secara automatik, lampu ni akan menyala menyatakan headlamp sedang dipasangkan kerana cuaca agak gelap.


14. High beam indicator
Atau lampu besar sedang menyala. Kalau anda terperasan menggunakan lampu ni secara tak sengaja, sila padamkannya.



15. Front airbag indicator
Nampak macam anjing je kan? pelik semacam. Samada lambang bawah tu orang dengan bola atau lambang SRS sahaja, bila menyala bermaksud airbag anda bermasalah dan mungkin tidak akan terkeluar jika kemalangan. Sila ke bengkel berhampiran untuk menyelesaikan masalah anda.



16. Pemanas cermin belakang terpasang
Untuk memberitahu anda heater atau pemanas cermin belakang sedang terpasang.


17. Tekanan tayar rendah
Yang ni tak semua kenderaan ada sensor ni dan lampu ni, Ia menyatakan tekanan tayar anda terlalu rendah atau tayar anda dah sampai masa untuk ditukar.


18. Auto Cruise engage
Jika kenderaan anda mempunyai fungsi auto cruise dan anda sedang menggunakannya, ia akan menyala.


19. AWD sedang digunakan
Untuk kenderaan yang mempunyai fungsi AWD yang boleh ditutup dan dipasangkan. Ia akan menyala jika anda sedang menggunakannya.

20. Traction Control ditutup
Tranction Control atau TCS sedang ditutup samada anda menutupnya dengan sengaja atau ia bermasalah. Jika ia berkelip ketika laju atau di selekoh, bermakna ia sedang bertungkus lumus mengelakkan sebarang masalah akibat geseran. Jadi perlahankan kenderaan anda. Untuk kenderaan yang dilengkapi TCS sahaja.



21. Overdrive ditutup
Biasanya untuk kereta transmisi automatik 4 kelajuan dengan butang O/D atau overdrive. Jika anda menekan butang ini, O/D akan dimatikan iaitu gear keempat akan dimatikan dan kenderaan anda tidak dibenarkan diapacu dengan gear keempat. Jadi anda hanya akan berjalan menggunakan gear 1,2 dan 3 sahaja.


Ada banyak lagi lampu indicator tapi untuk kenderaan yang asas, inilah semua yang ada padanya. Lebih canggih kenderaan berkenaan, lebih banyak la lampu yang berkelip-kelip.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger