Pages

Tuesday, September 21, 2010

MBT-02 Jenis Brake



Sebuah kereta kecil biasanya akan diberi disc brake jenis solid, iaitu besi padu yang tiada ruang untuk udara melaluinya kerana kereta jenis ini tidak menghasilkan banyak suhu pada breknya. Berlainan dengan kereta yang lebih besar akan dibekalkan disc brake jenis ventilated. Ruang udara di tengah-tengah membenarkan udara untuk masuk melaluinya dan menyejukkan disc brake dengan lebih cepat.

Ventilated Disc Brake

Untuk tujuan perlumbaan atau kereta jenis sport, brake jenis crossed drilled akan dibekalkan, memberikan lebih ruang untuk udara melaluinya.



Crossed Drilled Disc Brake


Untuk kereta yang berkuasa tinggi sepeti kereta jenis supercar atau sportcar, disc dengan material berlainan akan dibekalkan.

Penggunaan bahan seperti seramik adalah bahan yang lebih banyak digunakan. Bukan seramik seperti lantai tandas anda ataupun mangkuk tandas anda, tetapi ia adalah Carbon Fibre Reinforced Ceramic. Ia lebih ringan dan tahan suhu panas dan cepat menyejuk. Bahan jenis ini mampu bertahan dalam suhu apabila besi lain sudah mula membengkok. Had maksimum suhu untuk beroperasi adalah 900 darjah selsius.

Ceramic disc brake

Kebanyakan supercar seperti Ferrari dan Lamborghini, brake jenis Carbon fibre-reinforced silicon carbide akan digunakan. Hasil campuran silicon carbide dan carbon fibre. Had maksimum suhu berperasi adalah 1400 darjah selsius.


Untuk jentera seperti Formula 1, disc jenis Reinforced carbon akan digunakan. Ia tidak sesuai untuk kereta biasa bukan kerana harganya, tetapi ia hanya berfungsi pada suhu tinggi. Bermakna anda perlu memandu sangat laju hanya untuk memastikan brake anda berfungsi. Jika anda mempunyai pengalaman memandu atau menonton dokumentari F1, jentera ini tidak akan membrek pada halaju yang perlahan.



Brake pad.
Terletak dalam brake caliper. Kalau mekanik cakap brek dah habis, yang dimaksudkan adalah brake pad anda.

Bahannya biasanya adalah asbestos. Tetapi oleh kerana bahan ini tidak baik untuk kesihatan, ia digantikan dengan pelbagai bahan organik. Cara lebih murah untuk mendapatkan brek yang lebih baik adalah dengan menukar brake pad yang lebih baik. Brake pad yang baik bukanlah bermakna ia menggigit lebih kuat atau memberhentikan kereta anda dengan cepat. Ia mungkin tidak mudah menguncikan tayar kereta anda dan memberi brek yang lebih lancar. Tetapi awas, brek yang berpretasi tinggi mungkin lebih bising atau berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi.




MAD-02 Pedal Control (transmisi auto)


Automatik? bagus ke? tak jantan? tak laju? betul ke?

Kalau tak jantan, tak laju, tak bagus, nape hampir kesemua kereta zaman sekarang pakai gear auto? agak2 korangla... kenapa? korang tak fikir ke?

Apasal ade yg kat luar sana berlumba pakai gear auto? BMW? Maserati? Jaguar? Nape mereka drive lebih bagus? lebih jantan?

Adakah gear auto yang tak jantan, atau anda yg membuatkan ia hilang kejantanannya?


Sebelum anda bertanya soalan seperti di atas pada diri anda sendiri, pastikan gear auto jenis apa yang anda pandu. Gear terdapat jenis seperti:

CVT (Continuously Variable Transmission)
yang ini bukan auto atau manual! tidak terdapat sebarang gear dalam transmisi jenis ini. ia dipusingkan oleh tali sawat. Jika terdapat 7 speed mode, ia hanyalah gear khayalan yang dicipta untuk membuatkan anda berasa bangga memandu kereta anda.

Automatic Gearbox
terdapat 3 kelajuan, 4 kelajuan, 5 kelajuan, 6 kelajuan, 7 kelajuan dan 8 kelajuan. Terdapat yang datang dgn shiftronic, iaitu ia boleh dikawal seperti manual dan juga terdapat dalam bentuk paddleshift, iaitu penukaran gear terletak di belakang steering.

Manual Automated gearbox
Gearbox manual dengan fungsi automatik! yang ini jarang terdapat pada kereta biasa!


Apa yang penting dalam penggunaan gear automatik adalah kesabaran anda dalam melaksanakan pedal control. Kebanyakan kereta yang powerbandnya dalam keadaan tinggi, Lajak atau pickup kereta anda mungkin menyedihkan.

Apa itu powerband?KLIK SINI


Apa itu kesabaran? Anda perlu mengawal nafsu kelajuan anda, sabar pada lajakan, biar enjin anda sendiri membawa anda ke kelajuan tertentu, jadi jangan sentiasa menekan pedal anda sehingga habis setiap kali melajak kereta anda. Kecuali jika perlu, apabila memotong, keluar selekoh dan mendaki, anda tak perlulah menggunakan 100% kuasa kereta anda.

Setibanya anda di selekoh atau simpang, kurangkan penggunaan pedal, minyak atau brek, anda boleh cuba menggunakan enjin braking, iaitu menurunkan gear anda dari D ke 3 atau 2, tak perlu sehingga L. ini untuk mendapatkan momentum yang lebih baik untuk kereta anda.

Cuba untuk pelajari kaedah transmisi anda untuk mendapatkannya hampir sama dengan fungsi manual. Jika anda cukup baik dalam penggunaan auto, anda mungkin dapat mengenalpasti kebaikan auto dari manual selain kaki tidak penat dalam kesesakan lalu lintas.

Kenali kereta yang anda pandu, ia akan memberi kerjasama apabila anda sefahaman dengannya.

Sunday, September 19, 2010

2. Proses Wear and Tear



"WEAR AND TEAR" bukanlah bermaksud pakai dan koyak! proses wear and tear adalah di mana sesuatu objek berkenaan telah haus atau terhakis. Setiap objek bergerak dan bergeser akan mengalami proses berkenaan.

Sepertimana anda memakai kasut, tapaknya akan haus, jika anda berlari, akan berasa haus. Sesetengah objek pada kenderaan anda tidak memerlukan geseran, dan di tempat ini akan terdapatnya sejenis cecair yang dipanggil pelincir. Untuk pengetahui apa itu pelincir, sila KLIK SINI.

Part seperti tayar, brek, adalah contoh objek yang mahukan geseran maksimum. Part seperti objek bergerak dalam enjin anda, bearing, dan segala objek bergerak lain memerlukan pelincir. Di sinilah geseran akan berjaya dikurangkan tapi tak berjaya dielakkan.

Jika anda membeli kereta baru, hal ini akan berlaku, dan di sini warranty kereta anda tidak akan mempedulikan nasib anda melainkan ia berlaku atas kesilapan kenderaan anda. Tetapi kenderaan anda jarang silap! anda yang selalunya mudah melakukan kesilapan!

Berikut adalah bahagian yg akan mengalami proses wear and tear :

1. Brake pad
- terletak pada brek anda pada bahagian tayar, brake pad inilah yang akan membantu memperlahankan kereta anda. Jika anda mengesan sebarang bunyi bising yang menyilukan, pastikan anda memaklumkan hal demikian kepada service advisor anda. Dikhuatiri akan mencalarkan permukaan disk anda dan akan mencacatkan prestasi brek anda. Biasanya brakepad ini boleh bertahan selama setahun mengikut gaya pemanduan dan jauh perjalanan anda.

2. Tayar
- tayar yang ada bunga tak bererti selamat, kadang2 tayar dengan bunga yang nipis ni sangat bahaya terutama ketika hujan. Tayar mampu bertahan selama 2 tahun jika ia sejenis tayar biasa. Untuk tayar berprestasi tinggi, hayatnya lebih rendah. Jika anda sering memandu, periksa tayar anda setiap 10,000km. Pastikan alignment dan camber adalah tepat, berserta isipadu angin yang mencukupi untuk mengelakkan tayar cepat haus.

3. Penyerap hentak
-atau dipanggil absorber yang menyerap segala hentakan mengejut yang mampu mencacatkan tulang2 anda. Ada jenis yang boleh bertahan sehingga 100km atau 5 tahun, tapi ada yang bertahan selama 3 tahun dan ada yang setahun sekali kene tukar! Bergantung kepada jenis kereta yang anda pakai dan juga cara pemanduan, absorber ini penting untuk keselesaan dan keselamatan anda. Jika terasa kereta anda membuai seperti sebuah bot menangkap ikan, sila periksa sebarang kebocoran pada absorber anda.



4. Tali sawat
-bukan sejenis kapal terbang! tapi sejenis tali yang menggerakkan enjin anda, yang memberikan kuasa bateri kepada bateri dan kereta anda, yang membantu meringankan steering anda dan menyejukkan aircond anda. Tetapi kereta jenis baru lebih banyak menggunakan rantai dari tali sawat, jadi ia tidak perlu ditukar untuk jangka masa yang sangat lama. Untuk aircond/power steering/alternator pula, masih menggunakan tali. Jika anda terdengar seperti tikus menyanyi di dalam ruang enjin anda, mungkin salah satu tali anda perlu ditukar atau terlalu longgar.




5. pengilap cermin
-dipanggil Wiper! berhaga antara rm10 hingga rm120 sepasang. Lebih berbaloi untuk mendapatkan jenis silikon kerana ia tahan lebih lama dan tak perlu diangkat ketika panas. Penglihatan yang jelas sangat penting untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika memandu. Dapatkan sekali syampu untuk cermin yang akan membantu anda menjelaskan pemandangan anda ketika hujan.


6. Mounting enjin/gear
-yang menyokong enjin atau gearbox anda. Jika terdapat gegaran tak normal ketika enjin hidup walaupun kereta anda dalam keadaan statik, periksa mounting enjin anda.

Wednesday, September 15, 2010

1. Penjagaan


Dah ade kereta sendiri? dah seronok? dah puas hati?

Proses membeli memang la seronok, kita pilih kita dapat... tapi tau jaga tak? Nak jaga kereta ni bukan senang, macam jaga awek/laki jgk... ade yg macam jaga anak pun ade! Biase org jaga anak nak belikan baju baru la, nak beli alat mainan comel2, cadar cantik2... yang ade awek tu pulak nak bawak pegi makan, tgk wayang, nak bagi janji2 manis dan macam2 helah dan tipu daya lagi!

Tapi bile dah beli kereta ni realiti, bukan lagi fantasi anda yang boleh dibuat sambil lewa, salah langkah, duit terbang! bukan seringgit dua! tapi berbulan gaji punye cerita!

Servis pertama untuk 1,000km untuk kereta baru! yang ni agak penting la... telefon pusat servis berdekatan untuk temujanji dulu, datang dengan buku servis dan jumpa service advisor anda. Pastikan anda mengadu apa sahaja masalah kenderaan anda jika mengesan apa-apa yang mencurigakan. Ia masih dalam warranty! Pastikan anda datang dengan rakan anda yang mempunyai kenderaan kerana kereta anda mungkin perlu ditinggalkan untuk beberapa jam melainkan anda sanggup menunggu.

Untuk yang membeli kereta terpakai pulak, dapat2 je kereta, terus pegi bengkel yg anda percaya! tengok timing belt, tgk aircond/alternator belt, minyak enjin, minyak gear, dan oil seal enjin anda, pastikan tiada sebarang kebocoran. periksa tayar dan brek jugak. Untuk keselamatan anda! yang calar2 kemek2 tu jika ada, kemudian2 pun takpe... sebarang kebocoran pada radiator pun perlu dikenal pasti. biar habis duit pun takpe, memang kene prepare untuk semua ni kalau beli kereta terpakai.

Thursday, September 9, 2010

3. Survey kereta?

Dah tentukan jenis kereta yang anda inginkan? MPV saiz penuh? mini MPV? atau compact MPV? atau sedan? 2 door coupe? compact car? 4 pintu? 2 pintu? cc 1300 kebawah? 1600? atau 2.0 liter? atau lebih?

Prestasi, penjimatan, kos servis perlu diambil kira. Kadang2 kita inginkan kereta yang cantik, tapi sebelum beli survey dulu harga alat ganti. Mudah didapati atau tidak? mahal atau berpatutan?

Jangan percaya kata pakcik/makcik/adik/ mak atau sape2 je yang ade dalam dunia ni untuk kereta idaman anda. Cara paling baik adalah:

1. Dapatkan 3-4 jenis model kereta yang anda inginkan .Catit atas kertas.
2. di bawah setiap model pilihan anda, listkan Lampu belakang, lampu hadapan, tayar, dan servis
3. pergi ke pusat servis dan dapatkan salinan servis sehingga 10,000km. pastikan salinan ini mempunyai harga servis sekali. Dengan ini anda dapat mencari perbezaan yang mana lebih berbaloi.
4. pergi ke kedai alat ganti dan tanyakan harga lampu, bumper atau apa saja yang mungkin rosak bila dilanggar. bezakan harga yang paling baik. ini termasuklah brek pad, oil filter, air filter, fuel filter dan apa saja yang terlintas di fikiran anda.

Dengan cara ini anda dapat melihat bajet kereta anda apabila beberapa perkara rosak atau perlu diganti. Adakah anda sanggup membayar untuk harga itu? Setengah kereta yang reputasi agak baik, seperti jarang rosak atau tahan lama, mungkin mempunyai harga alat ganti yang lebih mahal kerana alat gantinya jarang dibeli.


4. Loan kenderaan


Dah survey? dah berminat? dah tau harga utk service dan maintainance? kite cite pulak bab duit... part yg orang semua tak suke sangat bercakap bile hal2 berkaitan kereta ni... kat sini la punca beberapa orang hilang minat nak beli kereta baru..


Layak ke anda pakai kereta berkenaan?
Loan biasa dibuat dengan bank, tapi sesetengah syarikat menyediakan loan mereka sendiri seperti Toyota dan Nissan yang mungkin menawarkan interest yang lebih rendah. Berbeza dengan kereta terpakai, kereta yang dah lebih 10 tahun bank tak benarkan buat loan, melainkan ade sesetengah syarikat kereta terpakai yg bg berhutang... yang ini.. pandai2 la korang!

Harga kereta bulanan didarab dengan 3. Itulah yg menentukan anda layak atau tidak memiliki kenderaan berkenaan. Contohnya, harga bulanan kereta berkenaan yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM 700, didarab dengan 3 menjadikan RM 2100. Jika gaji anda lebih dari RM 2100, anda layak memiliki kenderaan berkenaan.

Tapi tak habis di situ lagi, bank statement anda, kukuh atau tidak? kalau tiap2 bulan balance tinggai RM10... susah jgk tu.. pastikan tiap2 bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.

CCRIS!! ni yang paling susah ni... anda pernah beli kereta? personal loan? guna kredit card? atau beli rumah? ada terlambat bayar? kalau ade, kene la tunggu 6 bulan untuk nama anda clear... jadi elakkan la terlambat bayar. Kalau anda ada rekod yang baik, lagi mudah la urusan peminjaman.

dan jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.


Elakkan o downpayment atau downpayment rendah. Kalau dah plan nak beli kereta, pastikan anda boleh bayar 10% downpayment. Lebih baik kalau ade lebih dari 20%. Dan kalau boleh berhutang bawah 7 tahun lebih elok. Nanti bila nak jual kereta, kereta masih ade harga dan ade baki untuk bayar downpayment kereta baru. Ramai yang berhutang lama ni bila nak tukar kereta baru je tak kesampaian kerana banyak lagi baki dengan bank, tambah dengan downpayment kereta baru... tak semua mampu. Jadi plan la untuk masa depan anda.

Jika anda tak yakin, cari wakil penjual yang sanggup membantu anda secara percuma untuk melihat status anda samada layak atau tidak membeli kereta. Kalau dia mintak RM100 pun ok, jangan lebih dari tu. Itu kalau anda tak pasti dengan status anda...

Banyak yang perlu anda fahami sebelum berhutang, jadi fikir masak2 dan survey habis-habisan. Lainla kalau wang bukan masalah bagi anda.

1. Memiliki kereta sendiri!


Keinginan untuk memliki kereta sendiri bagi setiap manusia boleh menjadi keinginan yang sukar dikawal. Memiliki kereta sendiri lebih2 lagi buat pertama kali mungkin akan membuatkan anda rasa bebas untuk bergerak ke mana saja. Tapi apakah anda benar2 tahu apa syarat untuk memiliki kereta anda?


Lebih dari satu syarat, terdapat pelbagai syarat yang membuatkan anda pembeli yang bijak! Walaupun ini mungkin bukan pertama kali anda memiliki kereta anda, anda mungkin tersilap beli kali ini, atau tersilap membuat keputusan untuk kali kedua! Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?


Pilihan yang betul tidak wujud sebenarnya. Apa lagi kalau pada waktu seperti ini, terdapat pelbagai model kenderaan, dan setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu. Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta yang akan membuat kesilapan secara sengaja. Setiap jenis model dan setiap kelebihan dan kekurangan telah pun dikaji bertahun2. Terpulang pada pembeli menentukan kegunaan kenderaan tersebut.

2. Memilih model kenderaan


Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta.

Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment

D-segmen
Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series

C-segmen
Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze

B-segmen
Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai
untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.


Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.

Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger