Pages

Tuesday, November 22, 2011

Apa itu LSD?



LSD singkatan bagi Limited Slip Differential atau kalau translate terus dalam bahasa melayu jadi pengehad pembezaan gelinciran! Oh... tidak! Tolong jangan terus translate macam tu, lagi tak faham maksudnye.

LSD terletak pada hujung gearbox anda dan tak semua kereta ada LSD tapi semua kereta ada differential, kereta canggih atau mahal je biasa ada dan ia dah wujud agak lama dan biasanya zaman 90an kereta untuk tujuan performance je yang dilengkapi LSD. Tapi sekarang kereta canggih pun dah agak murah, van pun dah ade LSD tapi penting sangat ke LSD ni?

LSD sebenarnya ada banyak jenis, tapi yang biasa orang panggil LSD ni adalah jenis clutch. Kereta lagi canggih lagi pelik LSD dia, tapi kite bukan nak buat LSD tak nak tau ape tu LSD je.

Jadi setiap kereta ade differential seperti yang dah diterangkan ia di hujung gearbox di mana enjin anda akan membekalkan kuasa kepada gearbox, dan gearbox akan memberi gear dan pusingan yang selesa dan dihantar kepada differential dan kemudia differential akan menghantar kuasa kepada tayar kiri dan kanan. Dengan adanya LSD ia akan mengehadkan perbezaan kelajuan putaran tayar kiri dan kanan.


Semua kereta ade differential yang membuatkan tayar anda boleh berputar pada kelajuan berlainan tetapi kenapa diwujudkan differential dan kemudian ade limited slip? Mari lihat kenapa mereka mewujudkan LSD lepas wujudnya differential.

LSD vs takde LSD.

Nak tau kete tu ade LSD senang je, tak payah menonggeng tengok bawah kereta, jek kereta tu masuk gear biar tayar berpusing. Kalau kite hentikan sebelah tayar, sebelah tayar sana masih berputar dan enjin masih hidup, tak LSD la tu. Tapi kalau ade LSD, kite hentikan atau perlahankan tayar sebelah, yang sebelah lagi pun akan mengikut. Bak kata org cubit kaki kiri kaki kanan pun terasa.... aduhhhh!


Jadi ape kejadahnye ade sampan kat atas tu? Sampan sekarang pakai LSD ke? canggih gile! sampan atok korang ade LSD?

Rilek... sampan tu contoh bagaimana LSD berfungsi sebab sampan mane LSD, pakai tangan, jadi tangan kite la yang berfungsi sebagai LSD. Kalau sape2 penah berkayak ke atau bersampan ke atau berakit ke, mesti korang tau, nak biar sampan tu bergerak lurus, kekuatan kayuhan tu perlu seiring kiri dan kanan dan kene balance. baru dia lurus. Kalau kuat belah kiri tapi kanan dah malas nak kayuh, ke kiri la bot tu kan?


Situasi satu. Torque ataupun kelajuan atau daya pusingan kedua2 pengayuh tu sama dan selari, jadi sampan bergerak lurus, macam tu jugak tayar kereta, bila kedua-dua tayar tu bergerak pada kelajuan yang sama, kereta tegak je kecuali alignment korang hancur.

Situasi kedua, sampan tu nak belok kanan, korang mengenakan daya lebih pada pengayuh kanan dan ia ke kanan. Tapi untuk kereta macam mana jadi macam tu? Mungkin permukaan jalan di tayar kanan lebih licin, atau ada lopak air. Jadi kereta tu secara automatik akan ke kanan walaupun steering anda tegak akibat tayar kiri mengenakan daya yang lebih sebab tayar kanan dah terapung atas air ataupun dah spin. Dah berpusing pun kereta lepas tu.

Situasi ke tiga, sampan nak belok kiri, lebihkan daya atau pusingan pengayuh kiri jadi ia ke kiri. Sama la macam kereta akan ke kiri walaupun steering tegak, kereta akan hilang kawalan dan ke kiri sebab tayar. Samala situasi macam yang kedua, berpusing kereta atau hentam apa saja yang ada di kiri.


Pada kelajuan tinggi walaupun jalan kering tak basah dan takde halangan pun bahaya kalau takde LSD, sebab bila dalam kelajuan tinggi dan anda pun mengambil selekoh, salah satu tayar samada di kiri atau kanan akan mengalami lebih tekanan dari tempat berlawanannya dan memperlahankan pusingan tayar pada bahagian sebelah sahaja. Jika ini berlaku, kedua tayar kiri dan kanan anda tidak berputar mengikut halaju yang sama dan akan membuatkan ia hilang kawalan.

Kalau situasi di atas terjadi pada jalan basah, kesudahannya lebih teruk dari yang akan jangkakan.





Tapi sebaliknya pada kelajuan yang rendah, kereta tanpa LSD lebih mudah untuk membelok kerana tekanan yang dikenakan pada tayar sebelah menyebabkan tayar yang sebelah lagi lebih mudah untuk berputar dan membelok kenderaan anda. Jadi "turning radius" anda lebih baik. Manakala kenderaan dengan LSD akan menyusahkan anda untuk membelok pada kelajuan rendah dan mungkin membuatkan anda terpaksa mengundur beberapa kali untuk melakukan u-turn sahaja.

Jadi LSD ni tak semestinya terbaik tapi mempunyai fungsi tersendiri, differential dicipta untuk keselesaan jalanraya tetapi limited slip differential muncul apabila kenderaan semakin laju. Ia juga mempunyai jenis LSD dengan kunci yang tinggi atau rendah. FULLY LOCK LSD akan membuatkan kedua tayar kiri dan kanan sentiasa berputar pada kelajuan sama dan ini tidak sesuai untuk kenderaan di atas jalanraya. manakala LSD dengan kunci yang lebih rendah mempunyai peratusan putaran yang berbeza.


Fully lock ni dah macam kereta zaman dulu di mana differential diwujudkan lagi. Tapi LSD zaman sekarang makin canggih dan ada yang elektronik. Berikut adalah video dari tahun 1930an menerangkan apa itu differential dan anda mungkin boleh memahami sedikit mengenai Limited Slip pada differential anda. Sila mulakan video dari minit ke 1.50minit untuk skip intro.




Thursday, November 17, 2011

Disc Brake Menyala!


Brake dengan suhu yang sangat tinggi sampai boleh menyala cucuk rokok kat brake!






Audi R8


Ferrari FXX


Mclaren Mercedes SLR


Impreza wrx with Prodrive rotor


Picture belongs to www.rallying-images.com



Penjagaan Transmisi DSG



Anda dah tahu jenis transmisi anda dan beza tranmisi di:


Dan kini anda memiliki salah satu darinya dan mungkin anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga transmisi anda dengan baik.


Penjangaan Transmisi DSG (Direct Shift Gearbox)

DSG atau Dual Clutch Transmission pada Volkswagen atau Ford atau Audi anda mempunyai kos selenggara yang agak rendah seperti gear automatik zaman kini.

Ada yang perlu diselenggara pada setiap 60,000km ada pula 90,000km dan ada yang tidak perlu diselenggara sepanjang hayat gearbox. Pastikan perkara ini pada buku manual anda atau rujuk pusat servis anda.

Seperti gear automatik dan CVT, DSG mempunyai minyak DSG tersendiri yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan berkenaan. Namun DSG sangat lasak kerana ianya dicipta untuk tujuan perlumbaan dan digunakan atas jalanraya.

Penjagaan Transmisi Automatik


Anda dah tahu jenis transmisi anda dan beza tranmisi di:


Dan kini anda memiliki salah satu darinya dan mungkin anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga transmisi anda dengan baik.


Penjagaan Transmisi Automatik


Gearbox transmisi automatik untuk 3, 4 dan 5 kelajuan agak cerewet kerana anda perlu berhati-hati memilih minyak gear dan disyorkan menggunakan minyak gear dari pengilang kenderaan anda kerana viscositynya amat penting.

Minyak transmisi ini perlu ditukar setiap 20,000km dan elakkan untuk meletakkan rev enjin terlalu tinggi untuk jangkamasa yang lama kerana gearbox jenis automatik tidak tahan suhu yang tinggi dan mudah rosak jika selalu dibekalkan suhu tinggi. Sesetengah gearbox akan diberi coolant samada dari radiator atau penyejuk minyak gear sendiri dan ini haruslah diperiksa untuk mengelakkan penyejuk tidak berfungsi dan merosakkan gearbox anda.

Untuk gear automatik 6,7 dan 8 gear pula kebanyakannya tidak perlu diselenggara seumur hidup. Jadi tiada kos selenggara dan gearbox seperti ini lebih tahan lasak berbanding dengan gearbox 3, 4 dan 5 kelajuan.

Penjagaan Transmisi CVT



Anda dah tahu jenis transmisi anda dan beza tranmisi di:


Dan kini anda memiliki salah satu darinya dan mungkin anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga transmisi anda dengan baik.

Transmisi CVT (Continously Variable Transmission)


CVT bukanlah jenis auto jadi berhati-hati ketika memilih minyak CVT, minyak CVT adalah khas untuk transmisi CVT sahaja dan seperti transmisi automatik, ia agak cerewet dan anda dinasihatkan menggunakan minyak yang disyorkan oleh pengilang kenderaan berkenaan dan ditukar setiap 20,000-30,000km mengikut yang disyorkan dalam manual kenderaan anda.



CVT mempunyai belting atau tali sawat yang perlu ditukar dan ia juga seperti disyorkan dalam manual kenderaan anda atau mengikut nasihat pusat servis anda.

Penjagaan Transmisi Manual


Anda dah tahu jenis transmisi anda dan beza tranmisi di:


Dan kini anda memiliki salah satu darinya dan mungkin anda berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga transmisi anda dengan baik.


Transmisi Manual.


Transmisi manual agak mudah dijaga dan agak rendah kos selenggaranya sehinggalah waktu untuk anda menukar clutchnya.

Transmisi manual menggunakan minyak dan biasanya dipanggil Manual Transmission fluid, jenis minyak ini mudah didapat di semua jenis kedai alat ganti dan gear manual tidak berapa cerewet tentang viscositynya tapi pastikan ianya berkualiti dan elakkan yang terlalu murah. Minyak ini perlu ditukar setiap 40,000km

Ketika anda menekan clutch kaki anda, ada sesuatu yang akan menolak pressure plate supaya memberi ruang antara flywheel dan clutch. Samada ia menggunakan hidraulik atau kabel. Jenis Kabel biasanya digunakan pada kereta lama atau kenderaan bercc rendah. Dan untuk kereta berkuasa tinggi ia menggunakan hidraulik. Hidraulik menggunakan bendalir dan pam, jadi minyak hidraulik harus diperiksa untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

Clutch perlu ditukar setiap 80,000-100,000km atau 3 tahun hingga 5 tahun angga menggunakan kereta. Kos penukaran clutch agak tinggi dari RM300 untuk kereta kecil sehingga RM1500 untuk kereta bersaiz sederhana. Jika anda merasakan sebarang kelewatan untuk clutch menolak kereta anda walaupun clutch telah dilepaskan sepenuhnya ataupun kereta anda tak larat nak naik bukit walaupun enjin anda seperti masih mampu mendaki, kemungkinan clutch anda telah haus. Elakkan ia berlarutan kerana kereta anda mungkin tidak boleh berjalan lagi dan flywheel anda akan calar dan meningkatkan kos menukar clutch kerana anda perlu meratakan semula permukaan flywheel.



Gear manual agak unik walaupun ia agak ketinggalan zaman kerana bagi mereka yang suka meluangkan masa dengan kenderaan mereka untuk modifikasi, anda boleh menukar clutch yang lebih baik untuk respon yang lebih baik, tetapi clutch anda menjadi lebih keras dan melenguhkan kaki anda dan lantunannya juga agak kurang selesa ketika memulakan perjalanan.

Jika clutch anda terlalu keras, anda boleh memperbesarkan pump clutch anda jika ia jenis pump dan mengurangkan keras pada clutch anda sedikit. Untuk jenis kabel anda perlu berhati-hati kemungkinan kabel anda akan putus jika clutch terlalu keras.

Valve Overlap


Valve Overlap satu situasi yang perlu anda tahu selepas anda tahu apa itu VE. Proses ini penting kerana inilah yang menyebabkan minyak anda jimat atau tidak, dan berapa efisyen enjin anda.

Situasi ini terjadi apabila kedua-dua valve atau injap inlet dan ekzos terbuka dan situasi ini berlaku ketika exhaust stroke iaitu selepas power stroke di mana piston dari BDC sedang menuju ke TDC.

Seperti sebuah tin susu sejat atau susu manis anda perlu menebuk dua lubang berlainan arah, satu lubang akan mengeluarkan susu dan satu lagi supaya udara boleh masuk memenuhi ruang dan menolak susu keluar dari lubang satu lagi. Begitulahyang berlaku dalam silinder enjin ketika proses overlap.



Gambar di atas menunjukkan proses overlap berlaku untuk 3 jenis enjin. Yang pertama enjin forced induction dengan turbocharge, yang kedua enjin NA GDI (Gasoline Direct Injection) yang ketiga enjin NA biasa yang biasa anda gunakan sehari-hari.

Sewaktu valve ekzos terbuka dan hampir tertutup, valve inlet sudah pun mula terbuka dan memberi ruang untuk udara masuk. Untuk kereta dengan turbocharger contohnya, campuran udara dan petrol berlumba-lumba masuk dan menolak keluar campuran udara dan minyak yang telah terbakar dan memudahkan ia keluar. Tetapi dalam masa yang sama, prinsip bernoulli yang berlaku dalam extractor akan menarik keluar campuran dan dalam masa yang sama, udara dan petrol yang belum terbakar ditarik bersama. Ini membuatkan pembaziran petrol pada sesebuah enjin berkenaan lebih-lebih lagi enjin turbocharge dengan turbocharger yang lebih kuat.

Tetapi dalam teori VE pula, enjin turbocharger sepatutnya lebih efisyen? Ya, memang turbo lebih efisyen dan sepatutnya lebit jimat minyak jika ianya dipandu dengan cermat dan tidak diubahsuai. Jika diubaisuai, ia akan menjadi yang sebaliknya.


Silinder kedua menunjukkan enjin NA jenis GDI. Apa itu GDI? GDI bermaksud Gasoline Direct Injection di mana Injektornya tertanam di dalam combustion chamber seperti spark plug dan akan menyemburkan petrol beberapa detik sebelum spark plug dinyalakan dan ketika kedua-dua valve sedang tertutup. Jadi dalam proses overlap, cuma udara sahaja yang akan masuk ke dalam silinder dan menolak campuran yang telah terbakar. Dengan itu, enjin GDI lebih efisyen dan lebih jimat penggunaat petrolnya dan lebih bersih pembakarannya kerana tiada campuran tidak terbakar terbebas ke udara.


Enjin ketiga adalah enjin biasa yang terdapat dalam kereta biasa. Campuran udara dan petrol yang tak terbakar tak banyak sgt masuk dan tak masuk berlumba-lumba tapi ade jugak campuran tu yang ikut campuran dah terbakar tu keluar, itu yang membuatkan VE tu tak cukup 100% tu. Salah satu sebab la.


Jadi bile nak upgrade camshaft ke high profile dan high lift tu, anda kene tahu lebih banyak overlap berlaku dan ia akan berlaku lebih lama, sebab tu enjin anda makin hebat sebab banyak masa untuk campuran udara dan minyak nak masuk tapi minyak pun hebat la jugak kecuali anda guna enjin GDI tu...

Nak tebuk lubang letak injektor dalam combustion chamber? jangan buat hal.. tapi nak cube ape salahnye, tak penah dibuat orang lagi. Ape-ape jadi andalah yang tanggung..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger