Picture: TougeG.wordpress.com
16 Julai 2011 Konmei kembali beraksi di luar padang sendiri. Kerana biasanya sesi kami adalah tertutup dan kami jarang menjemput ahli lain untuk memandu bersama kami. Konmei FUN DRIVE ini diuruskan oleh bahagian motorsports Konmei iaitu Danial dan Hibat.
Seramai 14 orang wakil dan ahli Konmei terlibat dan tempat perjumpaan diadakan di Danau Kota. Walaubagaimanapun sebahagian yang terlibat iaitu Touge G telah pun berkumpul di batu caves seawal 11 malam. Oleh kerana ahli kebanyakan ahli Konmei yang hadir kebanyakannya dari Seremban dan Senawang, kelewatan yang tidak dijangka telah berlaku kerana ada diantara ahli yang terlibat gagal hadir pada masa yang ditetapkan di tempat perjumpaan di Senawang atas urusan kerja.
Seawal 10.45 malam ahli Konmei dari bahagian Kuala Lumpur telah bertemu di Danau Kota dan menanti ketibaan ahli lain. Ahli dari Senawang seramai 8 orang telahpun bergerak dalam 2 kumpulan, Kumpulan pertama tiba pada pukul 11.30 malam dan kumpulan kedua tiba pada pukul 1.30 pagi.
Kami menasihatkan ahli Touge G untuk tidak menunggu kami dan meneruskan perjalanan berikutan kelewatan ahli kami.
Sementara menunggu, ada diantara ahli Konmei yang masih baru menyertai aktiviti ini dan mereka telah diberi penerangan oleh bahagian Automotif Konmei terlebih dahulu.
Kami bergerak pada pukul 2 pagi dan tidak mengikut jalan ulu yam seperti yang dicadangkan, kerana kami tidak mahu ahli touge G menunggu kami lebih lama di tempat pertemuan kami di Awana. Berikutan ada ahli yang baru dan tidak pernah menggunakan jalan genting sempah atau lintang, kami meletakkan had laju 90kmj. Sebanyak 5 jentera dari Konmei beraksi tetapi ada yang mengeluh konvoi ini terlalu perlahan. Walaubagaimanapun kami terpaksa bersabar kerana tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku pada ahli baru kami.
Kami berhenti di Genting Sempah sebelum memulakan pendakian ke Awana. 15 minit kemudian kami bertemu dengan Touge G di tempat yang telah ditetapkan.
Setelah sesi bergurau senda sambil menikmati minuman panas habis, kami memulakan perjalanan menuruni Genting. Masih dalam mood cruising seperti sebelum ini, kami tidak terlalu laju. Dan sebelum memulakan perjalanan melalui Sempah atau Lintang sekali lagi, kami berkumpul di Genting Sempah, sebanyak 11 jentera menunggu untuk beraksi.
Masih dalam mood Fun Drive, kami memilih untuk tidak memotong sesiapa dan tidak memaksa kenderaan kami ke mood laju walaupun kami telah membuka ruang untuk mengikut haluan masing-masing. Jadi kesemua jentera Konmei berada dalam mood cruise kami dan bersetuju untuk kekal dalam barisan masing-masing.
Mungkin kerana terlalu seronok melihat gelagat Touge G, ada antara kami telah mula beraksi lebih nakal dan cuba memintas rakan-rakan Konmei yang lain di penghujung jalan. Kini kami tidak lagi berada di barisan masing-masing cuba memintas antara satu sama lain. Walaubagaimanapun kesemua tiba di tempat pertemuan sebelum bersurai tanpa sebarang kesulitan.
Kami kemudian bersurai lebih kurang pukul 5 pagi di Danau Kota.
Sekian saja ulasan dari kami di Konmei Institution dan di sini kami mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada kumpulan yang menyertai kami iaitu Touge G atas kelewatan kami dan jadual aktiviti kami yang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sesi Fun Drive kami akan berlansung lebih kerap lagi dengan tujuan memandu sambil belajar, sesiapa saja dialu-alukan untuk menyertai kami kerana pengalaman memandu anda bersama kami mungkin lebih berharga. Untuk mereka yang tidak yakin untuk memandu laju di jalan yang sempit, anda tak perlu risau kerana akan ada diantara kami yang sanggup memandu pada tahap anda demi pengalaman anda.
Untuk ulasan dari Touge G sila layari: http://tougeg.wordpress.com/2011/07/22/konmei-evnt/
0 comments:
Post a Comment