"Ape la kete depan ni lambat sangat..."
"tension aku, dahla aku dah lambat ni! nape teruk sgt ni... aku kene potong kete depan!"
*setelah berusaha keras memotong kereta depan*
"yes!! aku dpt potong dah! skang kene potong kete lagi satu pulak..."
"aku berjaya potong lagi... lepas ni ape pulak?"
*setelah sampai ke office*
"baru 8.25, sempat lagi aku ni, terer juga aku mencilok2 kat jalan tadi"
Dua minit berikutnya.....
"lan, laju awak drive td, habis kereta awak potong?"
"errr bos? mane tau ni?"
"awak potong kete saya td, pukul berapa awak sampai?"
"dua minit lepas bos"
"awak drive mcm tu baru dpt 2 minit depan sy? awak rasa berbaloi ke bahayakan org lain utk 2 minit? kalau dlm trek boleh la awak bangga dgn 2 minit tu, kalau atas jalanraya... tak guna pun, awak sampai lambat ke office 2 minit pun sy belum marah lagi!"
Situasi di atas mungkin pernah berlaku pada anda, anda lambat dan anda pun tak mampu mengawal sikap di atas jalan raya! Ape masalah anda di sini? di luar anda mungkin seorang pendiam, seorang yg tenang tapi bila memegang steering anda tak mampu mengawal emosi. Situasi ini kita boleh namakan, "panik di jalanraya"
Panik bukan bermaksud anda cemas, tetapi panik di sini anda hilang sesuatu ketika memegang steering kereta anda. Anda hilang fokus! ya, anda tidak mampu memfokus. Mungkin anda akan membidas, "saya cukup fokus di atas jalan! saya perhatikan setiap pergerakan kereta lain" tapi ini bukan fokus yg kita nak, fokus bermaksud kebolehan anda menentukan tujuan anda memandu. Bila anda memandu anda mungkin:
1. Mahu mencapai ke destinasi
2. Mahu mendapatkan 'feel' ketika memandu
3. Menghabiskan masa dengan kereta anda
4. Merasa lebih selesa untuk mencapai tempat tujuan anda
Tidak kira anda menghantar nenek anda ke sekolah, balik kampung, ke tempat kerja, memandu secara suka2, atau bersantai dgn kawan atau pasangan anda, keempat-empat perkara berikut mesti berkait melainkan anda memandu dengan tujuan berlumba di mana saya cadangkan ianya patut berada di atas trek, bukan jalanraya!
Anda memandu secara bahaya atau cuai, ini sudah melanggar fokus anda untuk mencapai ke destinasi! bila anda cuai dan bahaya, fokus anda utk mendapatkan feel juga sudah hancur! Melainkan anda memandu kereta Rally WRC yang bernilari 2juta USD yang hanya boleh mendapatkan 'feel' sewaktu memandu secara bahaya. Jika anda cuai dan memandu secara bahaya, anda tidak dapat menghabiskan masa dengan kereta anda, Ini kerana apabila anda cuai, anda mula memfokus kepada kwn anda, atau kerja anda, atau angan2 anda, atau radio dan lagu2 anda! Jadi anda telah curang dengan kereta anda sendiri! Jika anda memandu secaya bahaya, anda meletakkan kereta anda dalam bahaya di mana anda tidak menghabiskan masa dengan kereta anda tetapi anda cuba menghabiskan kereta anda! Jika anda memilih untuk memandu dari menaiki tren atau bas yg sesak, fokus anda di sini adalah utk mendapatkan keselesaan ke tempat tujuan. Adakah anda selesa jika anda tidak mampu mencapai fokus anda, memandu dengan selamat dan cuai?
Bila anda memandu, ingat! fokus anda bukan hanya di jalanraya, tapi terletak pada diri anda sendiri. Kekuatan diri anda untuk terus beraksi di atas jalanraya dan selamat tanpa sebarang kemungkinan. Tidak kira walaupun anda lambat ke kelas, anda dimarahi makcik anda, ataupun anda berada dalam scene 2012, fokus untuk selamat adalah lebih penting dari fokus anda melihat calar2 pada kereta sebelah!
Bila anda sudah mencapai fokus anda, di sini disiplin perlu diterapkan. Adakah anda sudah mendisiplinkan diri anda? TIDAK!! Anda tidak memakai tali pinggang keledar! Ya, di sini anda tidak mampu mendisiplinkan diri anda. Anda balik ke kampung 400km di hadapan dan memakai selipar jepun? Walaupun kereta anda buatan jepun, anda tidak perlu berbuat demikian! Lebih selamat jika memakai kasut. Pada waktu malam anda lupa membuka lampu? atau pada waktu hujan? memang satu masalah besar pada anda kerana tanpa disiplin, fokus anda kini hancur berkecai!
Seperti mana anda mendisiplinkan diri untuk kelihatan cantik atau bergaya, begitulah anda perlu terapkan ketika memandu. Dan seperti mana anda mendisiplinkan diri untuk menjaga tingkah laku dan tutur anda, di situ juga anda perlu mendisiplinkan diri anda bila memegang steering. Ramai yang kata 'seatbelt" atau tali pinggang keledar tidak selesa dipakai. tapi jika ia kebiasaan, secara automatik anda akan menyarungnya sebelum memulakan perjalanan walaupun menghantar adik anda ke sekolah. Anda rasa cukup tidak selesa tanpa sentuhan seatbelt anda. Muka anda mungkin bernilai, lebih bernilai lagi nyawa anda. Tanpa seatbelt, jika anda terlanggar devider jalan, anda akan patah hidung atau kehilangan gigi. itu dengan hanya kelajuan 50kmj dan melanggar devider jalan yg setinggi 15cm. apa lagi jika anda melanggar kenderaan lain pada kelajuan 80kmj? Adakah nyawa anda murah? atau anda memang murah? fikirkan kembali! Jika disiplin anda tinggi, harga diri anda pasti tinggi.
Disiplin anda bukan saja mampu menyelamatkan nyawa anda, ia mampu menyelamatkan poket anda apabla kurang kerosakan anda pada kereta anda. Jika anda tidak memadu terlalu rapat dengan kereta hadapan, anda kurang menggunakan brek dan menekan pedal memecut dengan kerap. dan ini akan menyelamatkan brek, tayar, drive shaft, gearbox, dan enjin anda sekaligus hanya dengan perbuatan mudah ini! Pernahkah anda terfikir perbuatan seperti ini mampu mengurangkan kerosakan pada parts2 berkenaan? tentu tidak kerana anda memang taktau ape2! kalau anda tahu anda tak buat! betul tak?
Pada keadaan pegun atau mungkin anda sedang memberhentikan kereta anda, disiplinkan diri anda untuk menggerakkan kereta anda dengan perlahan2. Bukan terlalu perlahan, tapi dengan lebih lembut. Jangan terus menekan pedal anda dengan kuat untuk menggerakkan kereta anda. Tetapi jika anda dalam Sepang Drag Battle, anda boleh berbuat demikian dan anda mungkin akan kalah! Bila anda menggerakkan kereta anda perlahan2 tanpa memerlukan RPM yang tinggi, sehingga ia mencapai kelajuan optimum di atas jalanraya, anda tidak mengejutkan enjin anda utk bergerak. Cuba anda dalam keadaan duduk dan dipaksa berlari secara tiba2, anda juga akan mengalami sakit2 sendi. Tayar anda akan cepat haus, drive shaft anda juga tidak tahan lama, dan penumpang, tidak berasa selesa. Ini juga akan melibatkan sistem suspensi anda dan mungkin mounting enjin, dan juga chasis kereta anda. Adakah anda lihat betapa tidak senonohnya anda dengan hanya berbuat demikian? bukan saja anda membahayakan orang sekeliling, tetapi membahayakan duit poket anda sendiri!
Selepas anda mempraktikkan fokus dan disiplin anda, anda perlukan komitmen untuk memastikan fokus dan disiplin anda sentiasa dipraktikkan. Komitmen yang tinggi dalam pemanduan dan penjagaan nyawa dan kereta anda akan membawa anda menjadi pemandu yang bertaraf tinggi. Bukan setakat berhemah. Pemandu profesional bukanlah berhemah sangat, mereka juga melanggar peraturan jalanraya dari segi halaju. tapi mereka ada fokus, disiplin dan komitmen yang tersendiri menjadikan mereka pemandu bertaraf tinggi!. Jika anda mampu meletakkan ketiga2 ini dalam diri anda, anda mungkin boleh memandu laju dengan teknik tertentu. Memandu laju dan berlumba adalah satu perkara yg lain. Jangan samakan diri anda di jalanraya seperti di litar lumba. Mungkin semasa memotong kenderaan lain anda akan menganggap kerete berkenaan musuh anda yg harus dipintas! itu adalah kesalahan anda jika tiada fokus, disiplin dan komitmen.
Teknik utk memandu lebih baik boleh dipelajari, mungkin di artikel seterusnya. Tapi walaupun anda mempunyai teknik yg baik, tiada guna tanpa fokus anda, disiplin dan komitmen anda! Anda mampu memandu secara selamat tanpa hilang gaya anda yang cool dengan ilmu yang tinggi!
Sunday, February 7, 2010
MAD-01 Pemanduan yang selamat
4:04 PM
deadMeta
0 comments:
Post a Comment