Pages

Wednesday, April 20, 2011

Bucket Seat




Bucket seat bukanlah sebuah kerusi yang dibuat daripada baldi atau berbentuk baldi. Ia dicipta untuk memegang anda supaya tidak menggelongsor ketika berlawan dengan g force. Gambar diatas menunjukkan kerusi kanak-kanak berjenama RECARO, pengeluar bucket seat yang terkenal.

Anda bukanlah seorang bayi atau kanak-kanak yang nakal dan gemar bergurau senda di dalam kereta, tetapi anda mungkin agak nakal dan gemar bergurau senda dengan kenderaan anda, jadi anda juga memerlukan salah satu dari ini.

Kegunaan tempat duduk jenis ini adalah untuk menyokong tulang belakang dan leher anda supaya tidak mendapat sebarang kecederaan semasa enjin anda memberi sentuhan kasar pada waktu pecutan. Ia juga menyokong anda supaya tidak tergelongsor ketika mengambil selekoh dalam kelajuan yang tinggi.

Bucket seat ini biasanya mempunyai tarikh luput. Ini hanya berlaku untuk bucket seat yang serius di pasaran yang bertujuan untuk menyokong pelumba dalam perlumbaan dan bucket seat jenis ini diluluskan oleh FIA. Tak semua model dan brand diluluskan, tapi untuk perlumbaan sebenar bertaraf dunia, bucket seat yang telah tamat tarikh luputnya tidak dibenarkan menyertai perlumbaan kerana bahan seat berkenaan mungkin telah rosak dan tidak selamat digunakan kerana mungkin akan mencederakan pemandu.

Perkara sedemikian juga berlaku pada topi keledar yang juga mempunyai tarikh luput.

Bucket seat ini juga mempunyai ruang untuk tali keledar perlumbaan atau lebih mudah lagi, Racing Harness. mempunyai 3 point atau 3 tali, dan 5 point yang akan memastikan pemandu sentiasa melekat pada bucket seat mereka tidak kira dalam apa situasi sekalipun.

Bucket seat ini juga mempunyai saiz, jadi sebelum anda mendapatkannya pastikan pilihan saiz anda betul atau anda mungkin tak selesa atau tak muat untuk duduk diatas seat berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger