
EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?
Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?
Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?
Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000,...