Pages

Tuesday, December 27, 2011

Review: Mercedes-Benz C-Class Coupe


Dengan beberapa kemaskini dan prestasi yang diyakini, dapatkah C-Class Coupe bersaingdi dalam aspek ‘Sport’?

picture: autoblog.com

Menerangkan kedudukan C-Class Coupe di antara sejarah –sejarah Mercedes-Benz mengambil sedikit kerja. Mercedes tidak  -sangat tidak- mahu anda menganggap ia adalah model CLC baru, CLC yang dilancar pada 2008 dihasilkan dari bahan terkini pada waktu itu dari C-Class Sport Coupe, sebuah kereta yang gagal menyaingi 1-Series. C-Class Coupe baru ini adalah lebih besar, lebih mahal, dan kereta dua pintu sejati dan bukan kereta tiga pintu hatch.


Jadi ia bukanlah CLC yang baru, CLK baru? Hampir tetapi tak juga. CLK telah pun digantikan dengan  E-Class Coupe yang besar dan agak tinggi harganya. Jika waktu ini fikiran anda sedang mengimbas kembali semua huruf dan nombor pada but belakang Mercedes, bukan anda seorang sebegitu..
Walaubagaimanapun, lupakan seketika pelbagai siri produk yang menyiksakan dari Merc’s, C-Class Coupe amat mudah. Ia adalah versi dua pintu C-Class, pesaing sebenar kepada BMW 3-Series dan Audi A5.
Mungkin ia tindakan bijak dari Mercedes-Benz: BMW dapat menjual 6000 3-Series Coupe tahun lalu manakala Audi A5 juga dapat jualan yang memberangsangkan. Dengan bersaing secara terus dan tidak bermain sekitar segmen itu, C-Class coupe tiada tempat untuk melarikan diri lagi . Buat dengan elok atau tewas.

picture: otomove.com
Tidak mengejutkan, Merc’s telah membuat transformasi dengan sempurna. Ia mungkin berkongsi platform dan enjin dengan C-Class sedan, tetapi hanya bonnet hadapan sahaja yang sama di luaran. Selain daripada itu keseluruhannya adalah baru; garis bumbung adalah empat sentimeter lebih rendah dari sedan, dan cermin hadapan dicondongkan ke belakang dengan lebih curam.
Seperti 3-Series dan A5, C-Class Coupe menjanjikan empat ruang duduk sahaja. Tiada lagi kerusi tengah, yang ada cuma ruangan dari plastik di antara dua kerusi belakang. Kerusi belakang tersebut boleh dilipat secara berasingan untuk meluaskan lagi ruangan but. Itulah sebab mengapa Mercedes memilih gaya yang telah digunakan pada CLS untuk ruang penumpang belakang. Lebih sukar untuk menjelaskan mengapa tiada tempat rehat untuk lengan.


Ruangan belakang cukup-cukup untuk memuatkan penumpang yang berketinggian 6 kaki itupun jika dia duduk menegak kepalanya boleh mencecah bumbung kereta. Ia cukup selesa untuk perjalanan separa  jauh dan seperti produk Merc’s yang terbaru, kualiti pembuatannya sangat bagus.
Setakat Ini, tiada apa yang mengejutkan. Tetapi apabila bertukar tempat duduk dari belakang ke hadapan C-Class Coupe, Mercedes ini berbeza dari musuh-musuh tradisinya.


Set menu yang ditawarkan mempunyai tiga pilihan untuk petrol –dua 1.8 liter turbo empat silinder menjana 154 bhp dan 201 bhp, dan 302 bhp enam silinder C350 –dan dua lagi pilihan diesel. Kami mencuba model C250 CDI, yang paling berkuasa antara keduanya.  Ia adalah model empat silinder turbo yang menjana 201 bhp dan tork 368 lb ft, mampu memberi anda 58 mpg dan hanya menghasilkan CO2 sebanyak 128g/km. Statistik yang sangat menakjubkan:  menewaskan BMW, enam silinder 325d yang bukan sahaja lebih dahaga dan kurang bersih dari C-Class coupe, malah menjana kurang kuasa dan tork. Menewaskan BMW di dalam jual beli kuasa/efisyen seumpama menang rundingan dengan Bernie Ecclestone.
Ia mempunyai enjin yang tenang. Manakala enam silinder BMW itu pula mengalakkan anda supaya memaksanya, empat silinder dar Merc’s itu lebih gemar bermain di kawasan bawah rev, kotak gear auto opsyen tujuh-kelajuan gemar menukar gear-gear tinggi lebih awal bila dibiar ia berfungsi sendiri.
Jangan ingat ia perlahan, awas. Ia mampu memacu ke 100km/h  dari pegun hanya mengambil tujuh saat sahaja, tork pertengahannya membolehkan anda memotong tanpa memaksa enjin. Tetapi kombinasi pemilihan gear tidak mahu anda kekal dalm sesuatu gear; ia meminta dengan teragak-agak. Dalam pemanduan harian, anda akan lebih selesa membiarkan kotak gear dan enjin melakukan tarian perlahan mereka, menghantar kuasa dengan tenang dan tidak gopoh.


Begitu juga dengan rasa pemanduannya. Dibandingkan dengan 3-Series dan A5,ia bergerak lebih lembut. Stereng-nya bergerak dengan darjah yang jitu untuk pemanduan jalanraya, walaupun dipasang roda 18 inci ia masih santai, meredah permukaan jalan dengan selesa. Kecuali jika anda memandu atas jalan baru diturap, bunyian angin danjalan tidak akan kedengaran langsung.


Walaupun dengan system “amplitude dependent” pada damping secara otomatiknya menyesuaikan penyerap hentak untuk pemanduan yang lebih kental apabila ia mengesan permukaan jalan. C-Class Coupe tidak akan berubah menjadi senjata tajam di jalan –B. secara dinamiknya semuanya rasa betul dan pada tempatnya –olengan badan sangat minimum, dan casisnya teguh- seperti Merc’s terbaru yang lain, hubungan antara pemandu dan jalan telah diubah sedikit. Ini bukanlah kelalaian dinamik tetapi lebih kepada falsafah untuk memandu girang.


Sesetengah pendapat mengatakan, dengan tidak membuat C-Class Coupe lebih sporty, Merc’s telah terlepas pandang: pembeli yang mencari rasa pemanduan yang lebih lembut sedikit akan memilih sedan yang berharga lebih kurang sama. Pemandu coupe, kebiasaannya mengabaikan sedikit praktikaliti untuk set-up yang lebih tajam. Akan tetapi di pasaran juga sudah banyak kereta coupe yang dibina dengan set-up yang tajam untuk pemanduan agresif. Mercedes percaya bakal pemilik C-Class Coupe adalah dari khalayak yang lebih memandu untuk bergaya.


Jika anda ingin C-Class Coupe anda lebih nampak sporty, anda perlu menunggu ketibaan versi AMG nanti.

Prestasi C250 CDI
0-100km/h 7.0 saat.
Kelajuan Maksimum 240 km/h.
Efisyen 57 mpg.
Tork 368 lb ft.
Kuasa 201bhp.
Tech C250 CDI
2143cc, 4 silinder, pacuan belakang, 1655kg.

Sumber: Sam Philip
Disediakan oleh: ALi@Konmei


Monday, December 26, 2011

Rim Offset


Nak tukar rim sampai tayar terkeluar? Kalau boleh nak jadi katak kete tu penyek je atas jalan betul tak? Konon nampak cool la.. tak pun nampak racing? Tapi ramai jugak yang tak faham lagi offset ni macam mane kan? Gambar di atas tu menunjukkan posisi belakang kenderaan dan rim dan tayarnya berada pada kedudukan yang senonoh tanpa sebarang modifikasi. Perhatikan centerline tu, itulah keadaan hub rim tu berada betul-betul di tengah rim, kalau anda ingat hub tu berada di tepi, tengok betul-betul di bahagian dalam.



Jika anda menukar rim lebih lebar pun, dan tayar tu ade terkeluar sikit, tapi hub rim masih di tengah di mana kelebaran tayar tu masih sama rata ke dalam dan luar, ia masih lagi zero offset tak kira la berapa lebar mana pun rim tu. Tetapi kalau terlalu lebar dikhuatiri tayar anda akan berlanggar dengan komponen dalaman seperti arm, atau badan kereta itu sendiri.




Haaaa!!! yang ni baru offset terlampau! Samada rim tu semulajadi negative offset atau korang mengada-ngada dan gatal tangan tambah spacer untuk jadi offset! Nak tayar terkeluar mcm katak tu. Kalau untuk track racing ramai yg buat negative offset untuk lebih stabil, tapi kalau guna suspension, arm, bushing biasa nanti macam-macam la rosak akibat stress tayar yang semakin jauh. Cuba lihat centerline di mana tayar anda sepatutnya berada, tak center kan? tayar ke kiri sikit, yang belah dalam lagi sikit dari luar kan? Yang berwarna biru tu spacer atau hub rim anda yang terlebih besar, Garisan biru pulak menandakan berapa jauh offset anda dari centerline. kalau 20mm, ia akan jadi -20 offset kalau 40mm akan jadi -40 offset.


Inilah antara rupa spacer yang bertanggungjawab melarikan offset rim anda. Boleh didapati di internet dan kedai tayar yang mungkin tak berapa dekat dengan rumah anda.



Ada lagi, yang ni positif offset, memang ade rim yang sengaja buat jadi macam ni untuk tujuan tertentu. tayar akan ke dalam sikit dan tayar belah dalam tu lebih dari belah luar. tengok centerline tu, belah dalam lebih lebar dari luar.


Jangan sekali-kali tambah offset kalau tak sedia akibatnya, nak pakai rim lebar boleh tapi offset tak perlu la kacau.

Modifikasi: Air Filter

Simota Filter

Air filter adalah sejenis penapis udara yang akan menapis udara sebelum masuk ke dalam enjin dan dibakar bersama petrol yang menghasilkan kuasa kuda enjin anda. Setiap enjin mempunyai penapis udara yang diperbuat daripada kertas (hampir). Bukanlah kertas biasa, kerta yang boleh menapis.

Jadi kenapa ia perlu ditukar? Penapis biasa akan menghalang beberapa jumlah udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran, tapi jangan risau, jurutera yang membina enjin anda terlah pun mengira jumlah udara yang cukup untuk masuk ke dalam enjin walaupun dengan air filter biasa.

Jika anda fikir anda lebih pandai dari jurutera dan membuang terus penapis udara anda dan tidak memakainya lansung, segara ranting kecil, daun-daun, batu-batu kecil juga akan bercampur ke dalam kebuk pembakaran anda dan sedikit sebanyak akan merosakkan bahagian dalam enjin anda. Enjin anda akan terus rosak apabila ada anak katak yang tersedut ke dalam dan tersangkut dalam enjin atau turbine anda! Jangan gelak! ini pernah terjadi!!

Jadi bagus ke tukar penapis udara ni kepada jenama lain yang bukan alat ganti asli?

K&N Drop In

Penapis udara berjenama seperti K&N dan HKS serta beberapa jenama terkenal telah pun mengkaji bahan yang mereka gunakan. Untuk jenis Drop In air filter, iaitu penapis udara yang mengekalkan bentuk asal penapis dan cuma mengubah bahan penapis dari kertas ke bahan yang mereka percaya. Penapis jenis ini masih mengehadkan jumlah udara yang masuk tetapi lebih lancar dan penapis ini boleh digunakan sepanjang hayat jadi biarpun ia agak mahal semasa membeli, anda tak perlu lagi menukarnya, hanya mencucinya sahaja.

HKS Hybrid Filter


Jadi kenapa Drop in? Jika tiada sebarang modifikasi dalam enjin anda yang memerlukan lebih udara untuk masuk, anda tak perlu menggunakan filter yang akan memberi lebih ruang untuk udara masuk, kerana injektor enjin anda tidak akan menyemburkan lebih petrol walaupun udara yang masuk lebih banyak. Ini akan menyebabkan pembakaran yang 'lean' yang hanya akan merosakkan enjin anda.


Yang ini dipanggil "Open Pod Filter". Jenis ni la yang tak disarankan pakai jika enjin anda tidak mengalami sebarang modifikasi dalaman yang memerlukan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran. Jika anda menggunakan ini, anda mungkin akan terasa lebih pick up pada rpm bawah dan sebu pada rpm tinggi.


Kenderaan dengan modifikasi dalaman yang membenarkan lebih udara untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran adalah disarankan untuk filter jenis ini. Modifikasi seperti turbine lebih besar, piston lebih besar, injektor lebih besar dan apa sahaja modifikasi yang meningkatkan volumetric efficiency anda membolehkan anda menggunakan filter jenis ini.


Sebaiknya jika anda menggunakan filter jenis ini, pastikan anda dapatkan kotak untuk menutup bahagian sekelilingnya untuk mengelakkan udara panas dari dalam bay enjin anda disedut kedalam kebuk pembakaran, kerana filter jenis ini akan menyedut udara dari sekelilingnya. Penggunaan Cool Air Intake yang kemudian disalurkan ke dalam kotak yang menempatkan filter tersebut.



Saturday, December 17, 2011

Punca Suhu Enjin Anda Melonjak!


Tengah drive, samada kat highway ke, kat jalan perumahan atau tengah jem tiba-tiba anda perasan suhu enjin anda dah sampai ke ‘HOT’ dah, aircond anda rasa panas, pun cuba tengok kat suhu enjin ok ke tak? Yang takde suhu enjin tu tengok ade tak lampu kapal layar merah tu menyala?

Mane yang tak perasan tu terus je kereta breakdown. Yela, bawak kereta tak reti tengok panel meter, entah lampu pasang ke tak waktu malam pun tak tau kan? Tau-tau je kereta berenti tengah tengah jalan!  Jadi mari kita tengok kenapa suhu anda tiba-tibe melonjak naik dan kemudian apa nak buat bila situasi ni berlaku!


1.     Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan. Kalau sebulan sekali anda kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak bocor.

Jadi kalau bocor biasa kat mana yang bocor?
a)      Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela, nak kurang la kos pemasangan.  Pam yang rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.

b)      Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.

c)       Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya. Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk kereta biasa.

Jika kebocoran adalah punca, dan kebocoran tu tak terlalu teruk tak banyak air keluar. Tunggu sehingga enjin sejuk dan tambahkan air dengan penuh, kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke bengkel terdekat. Kerap berhenti dan periksa air dan tambah jika perlu.

2.   Kipas Radiator tak berfungsi
Bergantung pada suhu enjin anda berapa tinggi. Kalau meter suhu tu naik turun seolah sedang bermain-main dengan mata anda dan bila anda semakin laju ia normal dan anda memandu perlahan ia naik, berhenti di tepid an matikan terus enjin. Jangan biarkan anda mengambil risiko berkenaan. Hubungi mekanik anda jika berdekatan atau hubungi wakil insuran anda atau AAM jika ada. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah anda sementara sehingga anda boleh memandu ke bengkel anda atau mereka akan menarik kereta anda ke bengkel berdekatan atau pilihan anda.

3.   Thermostat Bermasalah
Thermostat merupakan suis untuk mengawal pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat dan dapatkan bantuan.

4.       4. Radiator Bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan, ia akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada setengah punca bukan akibat ia tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam radiator itu akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak membantu penyejukan air dalam radiator.

5.       Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.

6.      Penutup Radiator Bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. . Cecair yang mengalami tekanan mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius
. Jika penutup radiator anda bermasalah, ia tak mampu mengawal tekanan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator. “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah radiator sejuk. Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso radiator rosak.  Ini akan menyekat air radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor boleh menyebabkan air mengalir keluar.

7.       Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.

SImptom pemanasan enjin:

Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
1.       Kurang coolant atau air radiator (bocor)
2.       Penutup Radiator bermasalah
3.       Kipas radiator tidak berfungsi
4.        Gasket Head Cylinder bermasalah
5.      Pam air berkarat atau bermasalah

Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
1.       Radiator kotor atau tersumbat
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Pam air bermasalah
4.       Hos radiator bermasalah

Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila memandu perlahan
1.       Kipas radiator bermasalah
2.       Penutup radiator bermasalah
Suhu meningkat sekali sekala
1.       Kurang air radiator (bocor)
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
4.       Kipas radiator bermasalah

Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
1.       Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor

Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
1.       Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat atau berkarat
2.       Penutup radiator bermasalah
3.       Thermostat bermasalah
4.       Kipas radiator patah atau rosak
5.       Hos radiator bermasalah
6.       Sisik radiator berkarat atau rosak

Buih pada bekas simpanan air radiator
1.       Cylinder Head Gasket rosak

Suhu meningkat naik agak bahaya, jangan tunggu sampai enjin anda mati! Jika ia berlaku agak terlambat, anda mungkin terpaksa menjalani top overhaul yang berkos RM1000-3000 atau menukar Cylinder head baru yang juga berharga lebih kurang RM1000-3000 untk terpakai dan boleh mencecah RM5000 untuk yang baru!

Friday, December 16, 2011

Cyberjaya Gymkhana 10/12/11


Berlansung di Cyberjaya Sport Arena pada 10 Disember lepas, gymkhana di Cyberjaya ini mempertandingkan 2 kategori iaitu Front wheel drive dan Rear wheel drive dan setiap kategori dipecahkan kepada kategori expert dan novice.

Bermula dengan free run pada pukul 2 petang sehingga 4 petang, peserta telah menunjukkan aksi mereka yang agak baik walaupun dalam latihan. Tak kurang jugak dengan mereka yang melanggar-langgar semua tong dan kon dalam litar berkenaan.

2 biji tayar dari 2 buah jentera berlainan telah pun pecah pada sesi latihan kerana cuaca yang sangat panas dan susunan litar yang agak mencabar. Walaubagaimanapun setiap peserta telah pun bersedia membawa set tayar mereka sendiri.

Acara bermula lebih kurang jam 4 dengan single run dari Front wheel drive dan diikuti Rear dan All wheel drive berikutnya dan berakhir pada pukul 6 petang.

Pada pukul 7.20 petang pula acara twin battle iaitu perlumbaan dua litar yang sama pada berlainan arah.



Acara berakhir lebih kurang jam 10 malam selepas penyampaian hadiah. gambar di atas adalah juara, tempat ke 2 dan ketiga yang mewakili Konmei untuk pertandingan gymkhana di Cyberjaya kali ini.


















Tuesday, December 6, 2011

Rim Center Cone




Image: E-kereta.com

Ape pulak center cone ni! Ade je idea diorang nak habiskan duit kite! tak pasal-pasal dah ade orang jual kite pun gatal tangan rase nak beli bende... ade yang warna warni pulak tu! cantik!

Center Cone ni kononnya digunakan untuk menstabilkan rim dan mengurangkan gegaran. Biasanya kes ni berlaku pada rim taiwan atau rim yang dah rosak, ade ruang antara rim dengan hub tu yang buat gegar. Tapi rim asal pun diorang bantai letak center cone? kenapa? ape lagi.. nak untung la! bende boleh jual diorang jual la kan? sape taknak untung?

Gambar di atas menunjukkan disc brake kereta anda! Kat situ la center cone diletakkan. Semudah tu je diorang letak, dan kemudian boleh pulak tak gegar rim tu kan? Memang center cone ni ada bantu, tapi bukan untuk semua jenis masalah dia bantu, kadang-kadang tu diorang saje je suruh letak nak suruh korang beli. Tapi kalau dah gegar jugak rim tu macam nak roboh, cuba la pasang, mana tau boleh elok kan?



Macam ni pulak lebih kurang center cone dalam rim tu. Dapat bayangkan tak? nak cerita lebih pun tak guna, kalau dah balancing, dah alignment, tayar tak bengkak dan korang pakai rim taiwan dan korang rasa gegar kereta tu. Cuba la pasang center cone ni mana tau boleh kurangkan sikit. Tak mahal pun...

Tapi jangan la tak bersebab, orang lain sebut-sebut center cone ni korang pun gatal nak beli kan? Selamat memandu tanpa sebarang gempa!

Kedai Cermin: DSG Glass



Terletak betul-betul belakang banggunan lama Hospital Tawakal di Jalan Pahang, kedai cermin kereta ni memang menawarkan harga paling rendah dan servis paling baik. Kami belum ambil gambar tapi jika anda faham peta di atas, sila ke kedai berkenaan untuk sebarang pertanyaan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger