Pages

Sunday, September 19, 2010

2. Proses Wear and Tear



"WEAR AND TEAR" bukanlah bermaksud pakai dan koyak! proses wear and tear adalah di mana sesuatu objek berkenaan telah haus atau terhakis. Setiap objek bergerak dan bergeser akan mengalami proses berkenaan.

Sepertimana anda memakai kasut, tapaknya akan haus, jika anda berlari, akan berasa haus. Sesetengah objek pada kenderaan anda tidak memerlukan geseran, dan di tempat ini akan terdapatnya sejenis cecair yang dipanggil pelincir. Untuk pengetahui apa itu pelincir, sila KLIK SINI.

Part seperti tayar, brek, adalah contoh objek yang mahukan geseran maksimum. Part seperti objek bergerak dalam enjin anda, bearing, dan segala objek bergerak lain memerlukan pelincir. Di sinilah geseran akan berjaya dikurangkan tapi tak berjaya dielakkan.

Jika anda membeli kereta baru, hal ini akan berlaku, dan di sini warranty kereta anda tidak akan mempedulikan nasib anda melainkan ia berlaku atas kesilapan kenderaan anda. Tetapi kenderaan anda jarang silap! anda yang selalunya mudah melakukan kesilapan!

Berikut adalah bahagian yg akan mengalami proses wear and tear :

1. Brake pad
- terletak pada brek anda pada bahagian tayar, brake pad inilah yang akan membantu memperlahankan kereta anda. Jika anda mengesan sebarang bunyi bising yang menyilukan, pastikan anda memaklumkan hal demikian kepada service advisor anda. Dikhuatiri akan mencalarkan permukaan disk anda dan akan mencacatkan prestasi brek anda. Biasanya brakepad ini boleh bertahan selama setahun mengikut gaya pemanduan dan jauh perjalanan anda.

2. Tayar
- tayar yang ada bunga tak bererti selamat, kadang2 tayar dengan bunga yang nipis ni sangat bahaya terutama ketika hujan. Tayar mampu bertahan selama 2 tahun jika ia sejenis tayar biasa. Untuk tayar berprestasi tinggi, hayatnya lebih rendah. Jika anda sering memandu, periksa tayar anda setiap 10,000km. Pastikan alignment dan camber adalah tepat, berserta isipadu angin yang mencukupi untuk mengelakkan tayar cepat haus.

3. Penyerap hentak
-atau dipanggil absorber yang menyerap segala hentakan mengejut yang mampu mencacatkan tulang2 anda. Ada jenis yang boleh bertahan sehingga 100km atau 5 tahun, tapi ada yang bertahan selama 3 tahun dan ada yang setahun sekali kene tukar! Bergantung kepada jenis kereta yang anda pakai dan juga cara pemanduan, absorber ini penting untuk keselesaan dan keselamatan anda. Jika terasa kereta anda membuai seperti sebuah bot menangkap ikan, sila periksa sebarang kebocoran pada absorber anda.



4. Tali sawat
-bukan sejenis kapal terbang! tapi sejenis tali yang menggerakkan enjin anda, yang memberikan kuasa bateri kepada bateri dan kereta anda, yang membantu meringankan steering anda dan menyejukkan aircond anda. Tetapi kereta jenis baru lebih banyak menggunakan rantai dari tali sawat, jadi ia tidak perlu ditukar untuk jangka masa yang sangat lama. Untuk aircond/power steering/alternator pula, masih menggunakan tali. Jika anda terdengar seperti tikus menyanyi di dalam ruang enjin anda, mungkin salah satu tali anda perlu ditukar atau terlalu longgar.




5. pengilap cermin
-dipanggil Wiper! berhaga antara rm10 hingga rm120 sepasang. Lebih berbaloi untuk mendapatkan jenis silikon kerana ia tahan lebih lama dan tak perlu diangkat ketika panas. Penglihatan yang jelas sangat penting untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika memandu. Dapatkan sekali syampu untuk cermin yang akan membantu anda menjelaskan pemandangan anda ketika hujan.


6. Mounting enjin/gear
-yang menyokong enjin atau gearbox anda. Jika terdapat gegaran tak normal ketika enjin hidup walaupun kereta anda dalam keadaan statik, periksa mounting enjin anda.

Wednesday, September 15, 2010

1. Penjagaan


Dah ade kereta sendiri? dah seronok? dah puas hati?

Proses membeli memang la seronok, kita pilih kita dapat... tapi tau jaga tak? Nak jaga kereta ni bukan senang, macam jaga awek/laki jgk... ade yg macam jaga anak pun ade! Biase org jaga anak nak belikan baju baru la, nak beli alat mainan comel2, cadar cantik2... yang ade awek tu pulak nak bawak pegi makan, tgk wayang, nak bagi janji2 manis dan macam2 helah dan tipu daya lagi!

Tapi bile dah beli kereta ni realiti, bukan lagi fantasi anda yang boleh dibuat sambil lewa, salah langkah, duit terbang! bukan seringgit dua! tapi berbulan gaji punye cerita!

Servis pertama untuk 1,000km untuk kereta baru! yang ni agak penting la... telefon pusat servis berdekatan untuk temujanji dulu, datang dengan buku servis dan jumpa service advisor anda. Pastikan anda mengadu apa sahaja masalah kenderaan anda jika mengesan apa-apa yang mencurigakan. Ia masih dalam warranty! Pastikan anda datang dengan rakan anda yang mempunyai kenderaan kerana kereta anda mungkin perlu ditinggalkan untuk beberapa jam melainkan anda sanggup menunggu.

Untuk yang membeli kereta terpakai pulak, dapat2 je kereta, terus pegi bengkel yg anda percaya! tengok timing belt, tgk aircond/alternator belt, minyak enjin, minyak gear, dan oil seal enjin anda, pastikan tiada sebarang kebocoran. periksa tayar dan brek jugak. Untuk keselamatan anda! yang calar2 kemek2 tu jika ada, kemudian2 pun takpe... sebarang kebocoran pada radiator pun perlu dikenal pasti. biar habis duit pun takpe, memang kene prepare untuk semua ni kalau beli kereta terpakai.

Thursday, September 9, 2010

3. Survey kereta?

Dah tentukan jenis kereta yang anda inginkan? MPV saiz penuh? mini MPV? atau compact MPV? atau sedan? 2 door coupe? compact car? 4 pintu? 2 pintu? cc 1300 kebawah? 1600? atau 2.0 liter? atau lebih?

Prestasi, penjimatan, kos servis perlu diambil kira. Kadang2 kita inginkan kereta yang cantik, tapi sebelum beli survey dulu harga alat ganti. Mudah didapati atau tidak? mahal atau berpatutan?

Jangan percaya kata pakcik/makcik/adik/ mak atau sape2 je yang ade dalam dunia ni untuk kereta idaman anda. Cara paling baik adalah:

1. Dapatkan 3-4 jenis model kereta yang anda inginkan .Catit atas kertas.
2. di bawah setiap model pilihan anda, listkan Lampu belakang, lampu hadapan, tayar, dan servis
3. pergi ke pusat servis dan dapatkan salinan servis sehingga 10,000km. pastikan salinan ini mempunyai harga servis sekali. Dengan ini anda dapat mencari perbezaan yang mana lebih berbaloi.
4. pergi ke kedai alat ganti dan tanyakan harga lampu, bumper atau apa saja yang mungkin rosak bila dilanggar. bezakan harga yang paling baik. ini termasuklah brek pad, oil filter, air filter, fuel filter dan apa saja yang terlintas di fikiran anda.

Dengan cara ini anda dapat melihat bajet kereta anda apabila beberapa perkara rosak atau perlu diganti. Adakah anda sanggup membayar untuk harga itu? Setengah kereta yang reputasi agak baik, seperti jarang rosak atau tahan lama, mungkin mempunyai harga alat ganti yang lebih mahal kerana alat gantinya jarang dibeli.


4. Loan kenderaan


Dah survey? dah berminat? dah tau harga utk service dan maintainance? kite cite pulak bab duit... part yg orang semua tak suke sangat bercakap bile hal2 berkaitan kereta ni... kat sini la punca beberapa orang hilang minat nak beli kereta baru..


Layak ke anda pakai kereta berkenaan?
Loan biasa dibuat dengan bank, tapi sesetengah syarikat menyediakan loan mereka sendiri seperti Toyota dan Nissan yang mungkin menawarkan interest yang lebih rendah. Berbeza dengan kereta terpakai, kereta yang dah lebih 10 tahun bank tak benarkan buat loan, melainkan ade sesetengah syarikat kereta terpakai yg bg berhutang... yang ini.. pandai2 la korang!

Harga kereta bulanan didarab dengan 3. Itulah yg menentukan anda layak atau tidak memiliki kenderaan berkenaan. Contohnya, harga bulanan kereta berkenaan yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM 700, didarab dengan 3 menjadikan RM 2100. Jika gaji anda lebih dari RM 2100, anda layak memiliki kenderaan berkenaan.

Tapi tak habis di situ lagi, bank statement anda, kukuh atau tidak? kalau tiap2 bulan balance tinggai RM10... susah jgk tu.. pastikan tiap2 bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.

CCRIS!! ni yang paling susah ni... anda pernah beli kereta? personal loan? guna kredit card? atau beli rumah? ada terlambat bayar? kalau ade, kene la tunggu 6 bulan untuk nama anda clear... jadi elakkan la terlambat bayar. Kalau anda ada rekod yang baik, lagi mudah la urusan peminjaman.

dan jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.


Elakkan o downpayment atau downpayment rendah. Kalau dah plan nak beli kereta, pastikan anda boleh bayar 10% downpayment. Lebih baik kalau ade lebih dari 20%. Dan kalau boleh berhutang bawah 7 tahun lebih elok. Nanti bila nak jual kereta, kereta masih ade harga dan ade baki untuk bayar downpayment kereta baru. Ramai yang berhutang lama ni bila nak tukar kereta baru je tak kesampaian kerana banyak lagi baki dengan bank, tambah dengan downpayment kereta baru... tak semua mampu. Jadi plan la untuk masa depan anda.

Jika anda tak yakin, cari wakil penjual yang sanggup membantu anda secara percuma untuk melihat status anda samada layak atau tidak membeli kereta. Kalau dia mintak RM100 pun ok, jangan lebih dari tu. Itu kalau anda tak pasti dengan status anda...

Banyak yang perlu anda fahami sebelum berhutang, jadi fikir masak2 dan survey habis-habisan. Lainla kalau wang bukan masalah bagi anda.

1. Memiliki kereta sendiri!


Keinginan untuk memliki kereta sendiri bagi setiap manusia boleh menjadi keinginan yang sukar dikawal. Memiliki kereta sendiri lebih2 lagi buat pertama kali mungkin akan membuatkan anda rasa bebas untuk bergerak ke mana saja. Tapi apakah anda benar2 tahu apa syarat untuk memiliki kereta anda?


Lebih dari satu syarat, terdapat pelbagai syarat yang membuatkan anda pembeli yang bijak! Walaupun ini mungkin bukan pertama kali anda memiliki kereta anda, anda mungkin tersilap beli kali ini, atau tersilap membuat keputusan untuk kali kedua! Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?


Pilihan yang betul tidak wujud sebenarnya. Apa lagi kalau pada waktu seperti ini, terdapat pelbagai model kenderaan, dan setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu. Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta yang akan membuat kesilapan secara sengaja. Setiap jenis model dan setiap kelebihan dan kekurangan telah pun dikaji bertahun2. Terpulang pada pembeli menentukan kegunaan kenderaan tersebut.

2. Memilih model kenderaan


Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta.

Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment

D-segmen
Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series

C-segmen
Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze

B-segmen
Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai
untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.


Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.

Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.

Thursday, April 15, 2010

MAD-02 Kawalan G-force


Jika kuasa tidak dikawal dengan rapi, anda akan berada seperti situasi di atas yang menampakkan pemandu van ini cuba mengawal kenderaannya yang semakin buas. Ia juga mungkin berlaku kepada anda jadi walaupun anda memandu sesuatu yang mungkin tidak menampakkan unsur-unsur laju, ia mampu menyebabkan anda bekerja keras.


Setiap enjin mempunyai kuasa maksimum yang tertentu yang menyebabkan anda boleh melakukan aksi yang kelakar di atas jalanraya. Tetapi semakin kuat sesebuah enjin itu semakin ia mencapai limit kepada hukum fizik yang wujud yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh Newton sendiri. Hukum fizik berkenaan adalah daya graviti atau g-force yang terhasil.

Ramai diantara kita merungut apabila kenderaan mereka tidak mencapai lajak atau pick up yang diinginkan oleh mereka, bagi mereka, prestasi enjin adalah sangat penting untuk sesebuah kereta, keupayaannya menghabiskan meter kenderaan mereka lebih penting dari keupayaan mereka sendiri untuk mengawal kenderaan.

Setiap kali anda memecut, daya akan terhasil dan anda membawanya bersama. Setiap kali anda membrek atau memperlahankan kenderaan, Daya akan dibazirkan. Jadi mengapa anda perlu memecut begitu laju dan kemudian membazirkannya? Bagaimanakah anda boleh menggunakan daya dengan lebih efektif?

Consistency adalah kunci kepada pemanduan yang lebih efektif, kurang menekan pedal minyak dan brek tetapi kelajuan anda sangat konsisten di jalan lurus atau selekoh. Di sebalik pemanduan di jalan lurus dengan kelajuan 80kmj dan di selekoh 60kmj, dan kembali ke 80kmj di jalan lurus, anda mungkin boleh memandu dengan 70kmj sepanjang perjalanan di jalan lurus atau di selekoh.

Bukankah dengan tidak membrek sebelum selekoh lebih berbahaya? Ia memang agak bahaya, tapi dengan pengawalan kuasa dan kenderaan anda, bahaya boleh dilontar ke Lautan Pasifik.

Untuk jenis kereta dgn transmisi auto, anda mungkin akan membrek di selekoh dan kemudian menekan minyak pada jalan lurus. Ini akan memaksa kereta anda untuk menurunkan gear selepas anda membrek dan menukar gear sekali lagi di jalan lurus. Penggunaan minyak anda akan meningkat setiap kali anda tiba ke selekoh.

Dan untuk kereta dengan transmisi manual, anda mungkin membrek, menurunkan gear pada selekoh dan menekan minyak dan menukar gear pada jalan lurus. Perbuatan ini juga akan menggunakan petrol yang lebih.

Dengan cara mengambil selekoh pada rpm rendah dan pada kadar kelajuan purata anda, anda mungkin mampu menjimatkannya, tp ia agak bahaya dengan tidak memperlahankan kereta di selekoh bukan? Terdapat 30% jalan terturap untuk anda gunakan di setiap lane anda, gunakan sebaik mungkin di selekoh, belajar untuk mendapatkan ruang yang lebih untuk kereta anda mengambil selekoh tanpa mengganggu lane di sebelah anda. Di sini anda bukan saja menyelamatkan minyak anda, tayar dan brek juga mampu diselamatkan.

Dengan mengabaikan kuasa kenderaan anda, anda mungkin mempelajari sesuatu di situ, gunakan rpm serendah mungkin dan cuba untuk menggunakan lane anda sebaik mungkin. Cuba dapatkan garisan yang terbaik sehingga anda tidak merasakan diri anda sedang mengambil selekoh tajam dan penumpang akan selesa walaupun anda laju di selekoh.

Apabila anda membrek dan menekan minyak dengan kuat, penumpang yang tidak memegang steering akan merasa sedikit kurang selesa, begitu juga dengan kawalan steering yang kasar. Cuba dapatkan sudut yang baik dan anda mengambil selekoh dengan satu pusingan steering sahaja. Untuk kereta auto, fahami lajak kereta anda dan cuba kurangkan kejutan setiap kali memecut dan kereta manual, pastikan anda melepaskan clutch seiring dengan menekan minyak untuk mengelakkan kejutan ke belakang atau depan. Jika anda mampu mengurangkan g-force, anda bukan saja membuat penumpang anda selesa tetapi kereta anda juga berada dalam keadaan selesa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger