Pages

Thursday, March 1, 2012

Insuran kereta!




EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?

Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan                   Harga insuran
RM40,000                             RM1,251
RM50,000                             RM1,500
RM60,000                             RM1,700
RM70,000                             RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insuran seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:  RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Sila KLIK SINI untuk kalkulator insuran

Tuesday, February 28, 2012

Track Day Dato Sagor semakin hampir!



Akan berlansung pada 11 Mac 2012! Penyertaan masih terbuka, sila hubungi Alex Lim di 010-2793460 untuk menyertai trackday ini! TT untuk event ini akan diadakan pada Sabtu ini 3 Mac 2012 di Cafe Strawberry Petaling Jaya jam 9 malam.





Sunday, February 19, 2012

Autobacs dibuka di Malaysia!



Autobacs 'one stop center' untuk automotif dari Jepun akan dibuka di Meru Klang (belakang Giant Meru) pada 20 Februari 2012!

Kesemua yang anda perlukan seperti servis, alat ganti, performance tuning, aksesori, penjagaan kereta, car wash dan polish, tayar berada di bawah satu bumbung!

AUTOBACS Klang Sentra
(Store)

No.2B, Persiaran Klang Sentral 4/KU 5, Klang Sentral, Bukit Raja, Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : +6 0333436677
Fax: +6 0333434141

Thursday, February 16, 2012

selalu jadi ni..


apahal ade kasut tepi jalan?


Cat kereta anda sendiri!!



Produk baru dari Autosmart!! kini anda boleh DIY sendiri cat kereta anda yang tercalar, ataupun terguris akibat perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab ataupun anda sendiri yang tidak bertanggungjawab. Jadi sesiapa yang mencari jalan untuk cat kereta murah ataupun touch up kereta murah, buat sendiri! ataupun yang perempuan boleh mintak tolong abg, kawan, suami ataupun bf anda. Tapi janganla cuba nak cat satu kereta pulak. Boleh didapati di  Sila hubungi Mr.Jeffrey Kok 0193347098/0123729968 untuk sebarang pertanyaan ataupun boleh layari http://autosmartmalaysia.blogspot.com/ atau Facebook page mereka di http://www.facebook.com/AutoSmartMalaysia

Harga:

Crystal Color* RM100.00


Solid Metallic RM90.00

berikut adalah video cara menggunakan produk ni:
http://www.facebook.com/photo.php?v=3044881798829

Wednesday, February 15, 2012

Cars... y u no...


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger