24 disember 2010
11.30pm - Saya tiba di Shell Batu Caves, mengisi petrol ron97 Khas untuk aktiviti malam ini. Dijangka 6 biji kereta akan tiba untuk menjayakan aktiviti ini.
11.45 - Saya tiba di bistro berdekatan dengan shell, masih menunggu kehadiran Taka yang menjemput saya untuk malam ini, maka tak lama kemudian Taka muncul hanya jenteranya, Honda EX5! katanya kunci keretanya hilang, jadi malam tu dia takkan memandu. Setelah menghubungi beberapa peserta lain, rupanya ade 2 peserta telah pun tiba di bistro lebih awal, cuma kami belum kenal kerana ini kali pertama mereka berdua menyertai kami.
12.15 - Hampir semua peserta telah tiba, dengan berborak kosong , jalan telah di set untuk mengharungi jalan gombak lama atau dikenali dengan nama 'Lintang' hingga ke genting sempah dan akan terus mendaki jalan genting ke Awana dan turun kembali mengharungi Lintang. Kami bertolak pada 12.30 seperti dijanjikan dalam jadual. Destinasi berikutnya adalah Jambatan Kg. Sungai Rumput.
12.40 - Asalnya di bistro batu caves, hanya 6 biji jentera bersedia, tetapi kehadiran beberapa jentera lain menjadikan jumlah 11 biji pada malam itu. Kami kemudian bertolak dengan membahagikan kumpulan yang akan bergerak laju dan yang akan cruise.
12.55 - Perjalanan bermula, saya telah memberi isyarat untuk beberapa kereta memotong saya kerana tidak yakin untuk memandu laju pada malam itu atas sebab kereta saya dalam keadaan tidak berapa sedia memandangkan piston ring telah mula nipis menyebabkan kehilangan minyak enjin, begitu juga cermin yang berkabus yang sangat menyilaukan. Di suku perjalanan, beberapa jentera lagi telah memotong saya meninggalkan hanya 3 buah jentera yang berada dalam Cruise mode iaitu saya dengan jentera wira, Wak dengan Satria Neo, dan Taka dalam Kelisa. Keadaan agak sukar bagi saya yang sangat silau pada ketika itu.
1.20 - Kami semua tiba di genting sempah. Semua jentera telah pun tiba. Tapi tiba-tiba Taka datang kepada kami dengan mengatakan dia mendapat panggilan salah seorang dari kami telah terjun kedalam gaung. Setelah mengenal pasti kami kehilangan satu jentera, semua yang mendapat berita meluru masuk ke dalam jentera masing-masing untuk mendapatkan kembali peserta kami yang tidak bernasib baik itu. Destinasi, Hairpin 16!
Kesan brek sepanjang 10 meter dapat dilihat
1.40 - Kami tiba di tempat yang dikatakan hairpin 16. 2 orang peserta, pemandu dan penumpang jentera berkenaan menunjukkan kereta mereka yang telah terjerumus ke dalam gaung yang tinggi lebih kurang 3 meter kebawah. Mereka berdua melaporkan yang meraka tiada sebarang kecederaan.
2.00 - Beberapa ahli segera mendapatkan bantuan. Oleh kerana jalan terlalu kecil dan beberapa lori besar menggunakan jalan tersebut, kami menyusun jentera kami dengan berhati-hati dan kadang kala terpaksa mengawal lalu lintas.
2.20 - Siren polis berbunyi, Sebuah kereta wira yang lansung tidak kelihatan seperti kereta polis telah tiba. Beliau melaporkan untuk melihat keadaan dan memberi bantuan. Beliau kemudian memanggil 'tow truck' untuk menarik jentera berkenaan keatas.
2.50 - setelah bosan kami menunggu sehingga tercetus idea untuk membuat unggun api di malam krismas ini, akhirnya tow truck yang berupa sebuah jentera bomba pun tiba, dengan lampu merah di sekeliling, mereka kemudian berbincang cara untuk menaikkan jentera berkenaan keatas.
3.15 - Jentera berjaya ditarik naik, kelihatan kerosakan besar di bahagian belakang tanpa sebarang kecacatan pada bahagian kokpit. Jentera berkenaan kemudian ditunda ke bengkel berdekatan. Kami yang tidak berkenaan terus bergerak kembali ke bistro tempat kami mula. Projek Santa Cruize kami dibatalkan kerana malam sudah terlalu tua untuk tujuan itu.
3.30 - kami tiba di bistro di batu caves dengan beberapa orang antara kami yang sudah terlalu lapar. Ada antara kami terus bersurai.
4.15 - bersurai
Dikenalpasti bahawa pemandu terlebih laju pada kawasan berkenaan, dan brek telah dikunci dan pemandu mungkin terlupa untuk menekan pedal pecut kerana panik. Bagaimanapun Taka agak kecewa kerana aktiviti kali ini sepatutnya dilakukan dengan keadaan tenang dan kurang laju untuk videonya.
Pandu cermat! Attitude kills
0 comments:
Post a Comment