Pages

Wednesday, January 20, 2010

MBT-01 turbo? apa itu turbo?

VRROOOOOMMMMMMMM PISSHHH!! VRROOOOOOMMMM CHINGG!!

"kete turbo la!"
"turbo tu ape?"
" turbo tu laju la!"



Pernah dengar bunyi pelik seperti di atas? atau perbualan pelik seperti di atas? apa itu turbo? mari kita kaji balik...


Dicipta pada tahun 1920an oleh orang Switzerland untuk kapal terbangnya. dan mula ditunakan dalam teknologi kereta pada tahun 1960an dan muncul dalam sukan Rally oleh SAAB, BMW, dan MITSUBISHI. Turbo adalah sebuah induksi paksaan (Forced induction) yang memaksa angin untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber) dengan mengecas udara diluar.


Bagaimana ia berfungsi? Turbine (turbo) diletakkan pada bahagian paip ekzos di hadapan enjin yang dipanggil Extractor/outlet manifold. turbine adalah sejenis kipas yang mempunyai bilah di bahagian kiri dan kanannya. apabila angin ekzos dihembuskan, ia akan menggerakkan bilah pada bahagian kiri dan secara tak lansung bilah pada bahagian kanan turut berputar. ini menyebabkan bilah di bahagian kanan akan menyedut udara luar memaksa angin untuk masuk ke ruang pembakaran dengan kuantiti yang lebih banyak.


Kebaikan turbo? Turbocharged sepatutnya lebih jimat dan menawarkan kuasa kuda lebih 30% dari asal. tetapi bergantung kepada setting dan tuning enjin anda. Mengapa ia lebih jimat? Kerana turbo mengitar semula momentum angin yang dikeluarkan oleh ekzos dan memberi bantuan untuk ruang pembakaran bernafas dengan lebih lancar.


Apa maksud ruang pembakaran bernafas dengan lebih lancar? Enjin tanpa turbo atau NA (naturally aspirated) engine mampu menghasilkan Volumetric Efficiency (VE) sebanyak 70% sahaja. VE ini adalah kuasa sedutan angin oleh piston.

Misalnya jika anda mempunyai botol air 500ml, anda perlu isikan air ke dalam botol menggunakan mulut anda. Dan anda hanya mampu mengisi separuh dari botol berkenaan dengan sekali sedutan air ke dalam mulut. ini bermakna VE anda adalah 50%. sahaja.

Sebuah enjin NA yang dihasilkan untuk perlumbaan pun sukar mendapat VE sehingga 100%, tetapi sebuah enjin turbo yang biasa mampu memberi VE sehingga 120% dari yang diperlukan. Ini membuatkan enjin turbo lebih efisyen dan menjimatkan.


Walaubagaimanapun, enjin dengan turbo yang diubahsuai tidak tahan lasak. ini kerana enjin terpaksa menahan tekanan udara lebih tinggi dari yang sepatutnya. dan penggunaan minyak yang dikawal oleh sensor akan menyembur minyak lebih banyak jika kapasiti udara semakin banyak masuk. semasa valve overlap (keadaan di mana valve intake dan outlet terbuka) banyak campuran angin dan minyak yang disembur tidak sempat terbakar dan dibazirkan begitu sahaja. Turbine jenis biasa selain ballbearing juga tidak tahan lasak. ia mudah panas dan tidak tahan halaju tinggi.


BOLT ON TURBO? mungkin anda selalu dengar perkataan ini. apat itu BOT? BOT adalah modifikasi enjin biasa dengan memasukkan sistem turbo. Dengan tuning yang cermat dan teratur, enjin biasa mampu mendapat kuasa kuda yang tinggi dan lebih efisyen. Kos pemasangan juga mampu mencecah RM2000 utk barang 2nd hand. Manakala kos untuk barang baru boleh mencecah sehingga RM4000. jadi anda fikirlah adakah ia berbaloi? Sistem BOT juga tidak disarankan menggunakan turbine yang besar, kerana enjin NA mempunyai piston high compression. jika ruang pembakaran anda mampu menerima VE sejumlah 80% tetapi tiba2 ia menerima 100%, ini sangat merbahaya kepada enjin anda. Kereta yg sgt tinggi compression seperti vtec juga tidak disarankan menggunakan BOT. tetapi pada mereka yang tahu apa yang mereka buat, dipersilakan kerana kosnya mungkin lebih mahal dari biasa. Sistem ECU (electronic control unit) juga perlu diubahsuai untuk membiasakan sistem enjin adan dengan penambahan baru. tetapi siste BOT biasa tidak perlu pengubahsuaian ini.


Keburukan? Kereta jenis turbo ini tidak boleh dikendali terlalu lasak lagi2 jika diubahsuai. Kuasanya yang sukar dikawal akibat Turbo lag akan mengakibatkan anda hilang kawalan. turbo lag adalah satu kejadian di mana anda telah menekan pedal meminta kuasa pada enjin anda tetapi kuasa itu lambat sampai dan apabila ia sampai ia terlalu kuat untuk anda kendali. turbo biasa juga tidak tahan High revving iaitu rev enjin yang tinggi.


bunyi bunyian aneh seperi PISSHHH!!! CHINGG!! itu datangnya dari blow off valve. blow off valve berfungsi untuk melepaskan angin berlebihan yang ditarik oleh turbine. bunyi itu bertujuan untuk menarik minat pembeli dan tidak dipaksa penggunaannya.

intercooler adalah penyejuk angin yang disedut turbine. saiz besar bukan lambang kekuatan sesebuah enjin. tetapi yang penting adalah tuning enjin anda.

Sistem turbo cuma sesuai untuk enjin dengan sisten injection sahaja. penggunaan carburator adalah satu perkara sukar dalam penambahan turbo.


ANTILAG SYSTEM

sistem antilag biasanya digunakan dalam perlumbaan Rally. Antilag turbo berfungsi untuk menyekat kuasa kuda yang tiba2 datang. Dalam perlumbaan, turbo lag sangat bahaya terutama ketika selekoh. bayangkan anda sedang mengambil selekoh dengan laju, kereta anda hampir hilang geseran dan membawa anda ke tepi jalan, anda perlukan kuasa kereta anda untuk membawa kereta anda kembali ke landasan tetapi ia gagal memberi kuasa yang anda minta. Secara tiba2 satu kuasa yang sangat kuat menolak kereta anda dan ini boleh membuatkan anda hilang kawalan dalam keadaan laju di selekoh.

Dalam perlumbaan di litar, anda mungkin selamat. Dalam rally? anda mungkin berpeluang mencium pokok ataupun membuat terjunan bebas bersama kereta anda ke dalam gaung.

Sistem antilag akan me'retard' 'ignition timing' anda dan memberhentikan percikan api dari spark plug buat sementara waktu ketika anda tidak menekan pedal minyak. Tetapi ruang pembakaran sentiasa terbuka dan ini membuatkan campuran yang tidak terbakar terus berlalu di dalam enjin anda. Dan bila anda menekan pedal minyak anda, satu letupan besar akan berlaku pada extractor/exhaust manifold kereta berkenaan. Kereta anda tidak mengalami sebarang Lag tetapi dua atau tiga bunyi letupan yang sangat kuat akan berlaku setiap kali anda melepas dan menekan kembali pedal minyak.


walaubagaimanapun sistem ini tidak sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh. mungkin sepanjang 50-100km memandangkan ia akan merosakkan exhaust manifold atau enjin anda. Suhu turbine anda juga akan meningkat tinggi sehingga 1000 darjah selsius (turbine merah menyala). Engine breaking juga dikurangkan dan enjin anda akan memberi boost pada waktu idle.


Variable Turbocharger.

Satu lagi ciptaan khas untuk mengurangkan turbo lag. variable turbo bertindak seperti turbine yang boleh membesar dan mengecil. Terdapat dua ruand dalam turbine berkenaan, ruang besar dan kecil. Ruang kecil diaktifkan pada Rev rendah dari 0-3000 RPM. Jadi tiada lag berlaku kerana kipas kecil yang digerakkan tidak memerlukan sejumlah tenaga yang besar untuk menggerakkannya. Sebaik sahaja gas ekzos mencapai kapasiti optimum, turbine akan membuka ruang yang lebih besar untuk memberi boost yang lebih tinggi.


Twin turbo

Maksud twin turbo adalah penggunaan 2 turbine. biasanya berlaku pada enjin jenis V yang exhaust manifold masing di arah bertentangan. jenis V6, 3 silinder akan bergantung pada satu turbo. menjadikan 6 silinder dan 2 turbo.


Bi turbo/sequential twin turbo

Turbo bertindih. biasanya mempunyai 2 turbo. Sama seperti variable turbo. ia untuk mengurangkan lag. Pada Rev rendah, hanya satu turbine akan berfungsi, dan memaksa angin masuk ke dalam kebuk pembakaran dengan kadar minimum tetapi pada rev tinggi, turbine kedua diaktifkan dan paksaan udara yang masuk lebih tinggi dan kuat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger